Pageviews

05 November 2014

04 November 2014

Sayang cinta sepi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bila idea berlalu pergi, terasa sungguh malas bertamu
Bermalasan itu menjadi alasan, lewat internet yang menyipu
Tersedu sedu sang wayarles, kabelpun tiba segagah jentayu
Menyebar sayap seantero wangsa, mengharap talian seteguh tugu

Berkongsi makrifat semoga bermanfaat
Buat tatapan pengunjung yang taat



Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya
Bila ada yang cinta, janganlah titiskan airmatanya
Bila ada yang menanti, janganlah berlalu pergi
Bila ada yang kasih, janganlah cuba membenci
Bila dia berlalu pergi, carilah ia selagi bererti
Kerana...
Bila dia tiada di sisi, kamukan tahu apa erti sepi
Sakitnya tiada bertepi, lukanya tiada berdarah
Parutnya tiada kelihatan, dalam tiada terasa ada.



#Copypaste bersama garapan sendiri....

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

1st Segmen: Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


1st Segmen: Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan



cepat!!!

Segmen akan tamat pada 1 Disember 2014.


Kita banyak berdusta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kita banyak berdusta


Berkongsi sedikit kata-kata ahli hikmah.
Menyelami betapalah kita banyaknya berdusta.
Bagaimana nanti kita di sana.....


corak hiasan


Jika kelak (pada hari kiamat) Allah akan menanyakan kepada orang-orang yang jujur seperti nabi Ismail, nabi Isa 'alaihimas salam [sebagaimana disebutkan dalam surat al-Ahzab ayat 7 dan 8] tentang kejujuran mereka, maka bagaimana pula dengan kita yang banyak berdusta?
(Fudhail bin 'Iyadh)


Berupayakah kita menjawab setiap soalan
Dengan jujur...
Kerana dusta tidak lagi bererti di sana
Sedangkan atas sini kita sering berdusta
Berdusta dengan hati
Berdusta dengan diri

Bermula detik ini... mampukah kita menjadi jujur
kerana Kita yang banyak berdusta itu dulu



03 November 2014

Pedih hati sedetik lalu

Assalamualaikum




Tiada apa yang perlu digaduhkan
Buat hal sendiri pelihara hati
Hijrah ke arah lebih baik itu murni
Sesak nafas mengenang tragedi
Barang yang lepas biar terjadi
Usah dibiar berulang lagi
Andai binasa biarkan pergi
Pulih kembali harga diri
Pendam luka pedih dihati
Lara yang pergi biar bersemadi
Bersama busuknya pekong dihati
Usah dibiarkan merobek jiwa
Teguh semula berdiri megah
Tanpa riak biarpun sedetik....~(@^_^@)~



posted from Bloggeroid

Giveaway By Mamaniza.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Assalamualaikum




Mamaniza melancarkan sekali lagi Giveaway by Mamaniza.com berserta dengan para sponsor yang cukup hebat berserta engan tawaran hadiah yang menarik pasti akan memikat hati kalian.

Tujuan GA ini dijalankan adalah : untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama blogger. Saling kenal mengenali antara satu sama yang lain. Selain itu, kita juga menambah rakan-rakan baru dalam senarai followers kita.

Follow Blog:


Like FB:


     


Syarat utama:

1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.

2. Buat entri bertajuk Giveaway By Mamaniza.com

3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.

4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.

5. Giveway ini akan berlangsung pada 3 Nov pukul 12 tengahari dan berakhir pada 10 Nov 2014 pada  12 tengahari juga.

6. Pemenang akan diumumkan pada 13 Nov 2014 berdasarkan random.

Hadiah Giveaway by Mamaniza.com:

Wang Tunai RM 50 - Top Refferal by Mia Liana
Paper beg - Mamaniza
Kain sulam pasang - Fuza Musa
Shawl - Farahuda
Shawl manik juntai - Shalimar
Bawal, keychain dan masker - Alise
Buku Tetamu Istimewa - Cikgu Helmi
Herblax dan halfmoon bead shawl - Norhana (IbuHana)
Keychain - Norihan
Top up RM 5 - Fatihah Fazlin dan Azwar Syuhada
Misteri - Farah Wahida dan Kathy



Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2015) - Season 2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com (2015) - Season 2




Maaf tiada ulasan panjang lebar kerana sebuk sangat mengejar masa.... 


02 November 2014

Kalau tiada bahu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kalau tiada bahu



Kalau tiada bahu untuk menangis, 
ada lantai untuk bersujud ( ^-^ )

Terima kasih #CikguYunus


Ungkapan ringkas sangat untuk hari ini.
Semoga ada yang mengerti dan memahami.



01 November 2014

Siapa mahu mutiara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Siapa mahu mutiara


Mutiara sudah tentu menjadi rebutan kerana kecantikan dan keunikannya yang tersendiri.  Terutama mutiara asli yang tinggi nilai dan kualitinya.

Sesuatu yang berharga dan bernilai tinggi bila hendak diberikan kepada orang pastikan orang itu menerimanya dengan hati yang terbuka.  Sekiranya tidak diterima dan diberikan juga sudah pasti mendatangkan kerugian berganda.  Rugi kepada pemberi kerana memberinya kepada orang yang tidak mahu, rugi juga kepada orang lain yang mahukan mutiara itu.

Sekadar kiasan dan pandangan peribadi.  Nak berikan ulasan lebih-lebih lagi belum mampu.



Di dalam bekas ini tiada mutiara.
Sekadar gambar hiasan


Jangan berikan ilmu Anda kepada orang yang tidak mau menuntutnya. Jangan Anda tebarkan mutiara kepada orang yang tidak mau mengambilnya. Dan jangan gelar dagangan Anda di hadapan orang yang akan menghancurkannya.
(Yazid bin Maisaroh)


Terimalah seadanya.


Minta dengan penuh syukur

Assalamualaikum


Minta dengan penuh syukur


Nikmat yang diberi kadang-kadang kita tidak perasan.
Tetapi tidaklah salah untuk kita terus meminta.

posted from Bloggeroid