Pageviews

06 Disember 2013

Kematian yang tertangguh [Puisi]

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



gambar hiasan


Kematian yang tertangguh


Kematian...
Satu saat yang tiada siapa tahu
Tiba saatnya satu saat tidak kurang tidak lebih

Kematian...
Apakah boleh ditunggu saat yang sesuai
Atau mampukah bertahan bila tiba saatnya

Kematian...
Yang jauh dan dekat perginya bersilih ganti
Tiba saatnya tanpa diduga
Tanpa disedari

Kematian...
Sesekali kehadirannya terasa hampir
Ketika hati resah dan gelisah
Sesekali seperti terpanggil 
Tatkala melewati Taman Barzakh

Kematian...
Apakah ini kematian yang tertangguh

Sesungguhnya hidupku dan matiku adalah untuk beribadah dan berbakti di jalan Allah


Nukilan  YANGBAIK
13:45, 6 Disember 2013 (2 Safar 1435)


suka duka pentas dunia



Employbility Career Industry Relationship Expo 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Employability, Career & Industrial Relation Expo 2013 (ECAIRE 2013).  
Ekpo ini berlangsung mulai 14 - 17 Disember 2013


Program Employability, Career & Industrial Relation Expo 2013 (ECAIRE2013) memberi pendedahan pelajar, graduan serta orang ramai melalui pameran kerjaya, temuduga terbuka dan berpeluang bertemu dengan syarikat/majikan yang memerlukan tenaga kerja bagi memperoleh tips terhadap pasaran kerjaya yang kian mencabar pada masa ini.


Borang penyertaan dan maklumat lanjut berkaitan program boleh didapati di laman web UiTM (Perak) atau di laman facebook ECAIRE2013 (klik)




sumber gambar ECAIRE2013



JOM SERTAINYA!!







suka duka pentas dunia

Kekuatan di dalam hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Sesungguhnya Allah meletakkan kekuatan orang beriman di dalam hatinya, bukan pada anggota tubuhnya. Tidakkah Anda memperhatikan orang tua yang sudah lemah fisiknya tapi masih mampu berpuasa di siang yang sangat panas dan bangun di malam hari untuk melakukan shalat malam? Padahal banyak orang-orang yang masih muda lagi kuat fisiknya tidak sanggup untuk melaksanakannya.

(Syumaith)



suka duka pentas dunia



*p/s:  Pertandingan entri CONTEST SEO ERIDY terbanyak dibuka dari sekarang hingga 11/12/13.

05 Disember 2013

Ucaplah perkataan yang memberi manfaat kepada manusia sejagat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian (dari kalangan para sahabat dan tabi'in) membenci ucapan yang tidak bermanfaat. 

Mereka mengganggap bahwa semua ucapan termasuk dalam ucapan yang tidak bermanfaat, kecuali tiga hal : 
(1) membaca al-Qur'an, 
(2) amar ma'ruf nahi munkar dan 
(3) pembicaraan seseorang dalam hal yang memang ia harus berbicara tentangnya seperlunya.

('Atha)




p/s:  dimanakah ruang ucapan kita?...


suka duka pentas dunia


04 Disember 2013

Contest SEO Eridy

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Contest SEO Eridy

gambar ini bersumberkan dari google.com dah ambil tak ingat pula dari laman web mana... 


Contest SEO Eridy
Entah tiba-tiba teringin pula nak turut serta dalam contest yang berunsurkan SEO.
Sudah lama sebenarnya tidak menyertai contes yang berkaitan dengan SEO.
Sebabnya Aye memang lemah betul bab-bab SEO
Bukan tidak tahu apa makna SEO tetapi kurang mahir dalam mendapatkan 'feel' SEO untuk blog.


Contest SEO yang pernah aye sertai pada tahun 2012 adalah Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati yang dianjurkan oleh bro Eyriqazz.

Contest SEO Eridy adalah contest SEO pertama tahun 2013 yang aye sertai dan mungkin juga yang terakhir untuk tahun 2013.
Maklumlah bukan senang sebenarnya nak memerah idea di hujung tahun ni... bertambah dengan tugasan yang tidak henti-henti menimpa... kadang-kadang simpati dengan anak-anak kerana kurang meluangkan masa dengan mereka.

Contest SEO Eridy ini diketahui melalui Blog Bro Eyriqazz.
Agaknya apa yang aye akan dapat untuk contest kali ini.

Ketika entry Contest SEO Eridy ini ditaip telah ada 38 peserta yang berdaftar.
Dari bilangan itu terdapat 11 blog yang berasal dari blogspot... selepas dicampur dengan blog aye bertambah lagi... :D

Untuk mendapatkan lebih maklumat berkaitan Contest SEO Eridy sila klik SINI

Ringkas sangat pula rasanya entry Contest SEO Eridy
Jadilah dulu... sementara masih ada masa dan kesempatan.
Selain dari menambah bilangan Rakan Blogger, contest sebegini sedikit sebanyak dapat meningkatkan PR blog.



suka duka pentas dunia

Gambar sama tapi tak serupa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




merpati empat sejoli



suka duka pentas dunia





Di dalam Masjid

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Dua dara pingitan, adik dan kakak ... bersiap sebelum ke masjid.  Gambar hiasan.



Barangsiapa yang duduk di dalam mesjid, maka sesungguhnya ia sedang duduk-duduk bersama Allah. Maka sudah sepantasnyalah baginya untuk tidak berbicara kecuali pembicaraan yang baik.

(Said bin al-Musayyib)


suka duka pentas dunia



03 Disember 2013

Kenyang sangat!?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dah lama tak menyimpul popia.  
Anak-anak dan anak bapa mertua juga suka makan.  
Gambar hiasan.





Hindarilah oleh kalian kekenyangan karena terlalu banyak makan dan minum, karena sesungguhnya hal itu dapat merusak tubuh, menimbulkan penyakit dan membuat malas untuk beribadah.

(Umar bin al-Khattab)



suka duka pentas dunia


02 Disember 2013

Ulang tahun kelahiran ke-6 | Irdina Huda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Apa khabar semua?
Saya Irdina Huda.  Hari ini 2 Disember 2013 genaplah usia saya 6 tahun.
Hari ini umi lewat keluarkan entri sempena ulang tahun kelahiran Dina kerana umi sibuk.  Banyak kerja katanya.  Tak sempat nak rancang majlis hari ulang tahun untuk Dina.

Tidak mengapa Dina amat memahaminya.  Memang umi sentiasa sibuk. 

Dina harap dapat makan kek untuk hari ulang tahun hari ini.  Dapat makan kek durian pun tak apa atau dodol durian.  Dina suka juga makan dodol.

Terima kasih kepada umi dan ayah di atas perhatian yang diberikan kepada Dina.


Selamat ulang tahun kelahiran ke-6 kepada Irdina Huda.
Semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan dan rahmat dari Allah.
Semoga dimurahkan dengan rezeki yang halal lagi baik serta dikurniakan ilmu yang bermanfaat dan kekuatan jati diri.




suka duka pentas dunia


1ST GIVEAWAY by EYDA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Jom pakat ramai-ramai beri sokongan kepada blogger baru.

Klik SINI untuk join atau boleh juga klik pada banner di atas.

Giveaway ini bakal tamat pada  21 Disember 2013.

Terima kasih semua.


suka duka pentas dunia