Pageviews

08 November 2013

Akibat dan sebab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Entah .... lagi sekali tersilap langkah. Nak kata tak fikir panjang tak juga tetapi mungkin juga terlebih fikir kot :D

Asalnya konon-konon nak jimat RM5.00 tetapi dah terkena RM18.00 pula.

Inilah gara tak nak faham soalan dan tidak berhati-hati.

Baru saja tambah nilai talian hp dah kena potong pulak.... ngeee

Mudah-mudahan ada kebaikan bukan mudarat.

Sekian adanya.



Suka duka pentas dunia.

posted from Bloggeroid

CPUV Pertama November 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bukan sekali dua tetapi banyak kali teruja sangat dengan Nuffnang.  Kesilapan yang berlaku bukan sekali dua tetapi cepat diatasi.  Yang pastinya kenalah maklumkan.  Seperti juga kita kadang-kadang pernah juga buat silap ada masanya kita sedar sendiri dan ada ketikanya bila orang lain maklumkan baru kita tahu.


CPUV Pertama November 2013 |  Darlie Expert White


Okey kembali kepada tajuk.  Hari ini, pagi tadi baru jer buat cerita mengenai CPUV November yang telah dikembalikan ke CPUV terakhir Oktober.  Dan menjelang tengahari ini CPUV pertama untuk bulan November telah muncul.  Terima kasih Nuffnang!!



Terima kasih kepada Darlie di atas iklan CPUV di blog ini.

Ada orang (kawan2 lah tu) setiap kali lepas makan gosok gigi.  Jika diikutkan sunnah nabi S.A.W bersugi setiap kali sebelum solat 5 waktu adalah digalakkan.  Tetapi belum lagi sampai peringkat wajib.

Rezeki ini disyukuri dan terima kasih kepada semua di atas sokongan dan dorongan.

Terbaik!!

suka duka pentas dunia


Bubur Jagung Mak Haji

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bubur Jagung Mak Haji

Teringatlah zaman kecil dulu nak makan bubur jagung selalu bukan senang.  Kena tunggu musim cuti sekolah baru jumpa.  Sebabnya masa cuti sekolah tolong kat kebun atau ladang jagung sesekali kat ladang kacang. lepas mengutip jagung dapatlah 'souvenir' jagung dari tuan ladang.  Masa tu rasa bangga tak terkiralah sebab dapat bawa balik hasil usaha sendiri untuk makanan sekeluarga.

Ehh... jangan salah faham pula.  Bukan kena paksa tetapi memang masa zaman sekolah rendah dan zaman kanak-kanak suka cari kerja sendiri untuk tambah belanja sekolah.  Bukan salah mak bapak tetapi memang keinginan sendiri untuk belanja sekolah.

Dari tajuk bubur jagung dah lari pulak ke zaman sekolah.  Ada kaitan tu antara bubur jagung dan zaman sekolah.

Sebenarnya bubur jagung untuk pencuci mulut tengahari ni beli dari kedai makan 'Mak Haji'.  Tak ingat lah nama restoren tapi itulah yang digelar oleh 'ofis-mate'.  Secara kebetulan lepas makan semasa nak bayar ternampak bubur jagung atas meja... mula-mula tu ingatkan untuk sedekah.. :P (banyaklah sedekah!!) Untuk sedekah ada juga tetapi bubur ini untuk dijual... so kenalah beli.

Ambil sendiri sebungkus kongsi dua orang.  Balik makan di 'ofis' sementara tu teringat pula blog tak 'update' lagi... okeh lah bahan untuk'update' blog tengahari ni adalah bubur jagung mak aji (sebutan yang biasa).

Lepas makan jangan lupa berus gigi =)

Cerita untuk petang ni, malam ni dan untuk esok tak tahu lagi.  Ingat nak buat cerita mengenai bola kuning dan bola pink.

Sekian adanya.



suka duka pentas dunia