Pageviews

11 Februari 2013

Perlunya berhati-hati dalam perbualan dan tulisan

As salam,


Setiap detik dalam kehidupan pasti ada berlakunya kesilapan.

Mungkin juga dalam sedar atau tidak sedar kita terbuat silap.  Silap dalam membuat pemilihan, penilaian atau pemahaman.

Untuk meminimakan kesilapan atau paling penting kesilapan sifar, ada baiknya sentiasa berhati-hati dalam berfikir dan bertindak agar tidak mendatangkan kesan yang negatif dalam kehidupan kita.


corak hiasan


Hati-hatilah kalian dengan perkataan yang dusta, karena perkataan yang dusta akan menuntun pelakunya kepada perbuatan fajir. Dan sesungguhnya perbuatan yang fajir akan menuntun pelakuya kepada api neraka.
(HR Muslim)


suka duka pentas dunia

10 Februari 2013

SEGMEN: "Saya Blogger Peramah!"

As salam,


Segmen Saya Blogger Peramah?
Tag:  Ibu Salmi


Tarikh Tutup: 12 Febuari 2013


Nota Pink: Segmen ini ditaja oleh Clothez.project. Peserta bertuah akan memiliki seutas "Jelly Watch" yang  sangat comel  ini. Jum. Hanya klik sana dan klik sini sahaja.

peramahkah aye? 

Segmen Top Up CNY2013 by Emas Putih

As salam,


Segmen Top Up CNY2013 by  Emas Putih





Segmen Top Up CNY 2013 by  Emas Putih dan sponser by Khairul Zamri , Mun Violettaxious , Amirah Raduan dan Aiman Aziz


Tarikh Tamat
12 Februari 2013, Selasa, Jam 11.59 Malam
4 Hari Sahaja dan maybe akan tamat awal 
 
Hadiah
Top Up RM5x10 blogger yang bertuah
Sambil bersegmen, sambil peluang menang top up. Sambil tambah follower.
 
 
Selamat Bersegmen :)


Kecantikan memang tidak pernah kekal

As salam,



lipstik yang rosak

Hakikat bahawa kecantikan tidak kekal lama harus diterima oleh semua orang.  Memang benar aye bukan pakar kecantikan dan bukan juga jurusolek artis.

Sama seperti gambaran lipstik di atas.  Nak diceritakan lisptik dan bedak muka kena ada dua set satu tinggal di ofis dalam beg telekung dan satu set lagi tinggal di rumah.  Dalam beg? memang tiada pakai siap di rumah.  Tetapi bila nak keluar jalan-jalan haruslah bawa set dirumah.



Entah di mana silapnya.  Rasanya dah letak di tempat yang selamat dan tidak mudah dicapai.  Rupa-rupanya aye terlupa anak dara berdua di atas tu dah semakin tinggi dan dah pandai nak belek-belek barang peribadi aye... Tidak tahu yang mana satu punya kerja lantaran lipstik di atas menjadi mangsa.

Tidak ingin menyalahkan mereka sebaliknya kesilapan diri sendiri kerana lalai atau alpa ketika membuat penyimpanan maka kecantikan itu tidak kekal.  Sama seperti gambar bunga putih di bawah yang juga tidak kekal.

bunga putih yang masih belum diketahui namanya


Usah diceritakan apa yang didengar

As salam,


design hiasan


Cukuplah seseorang dikatakan berdusta jika dia menceritakan setiap apa yang dia dengar.
(HR Muslim)

09 Februari 2013

Gembirakan orang lain pula

As salam,




 
Setelah ibadah yang wajib, amal yang paling dicintai Allah adalah menggembirakan Muslim lainnya.
(HR Tabarani)

07 Februari 2013

Ada ada dengan Ihsan

As salam,




Ihsan (salah satu kedudukan ruhani tertinggi) adalah menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya; dan jika engkau tidak bisa melihat-Nya, maka yakinlah bahwa Allah melihatmu.
(HR Bukhari, Muslim)

06 Februari 2013

Mengapa mesti menipu untuk dapatkan cuti

As salam,



Mengapa mesti menipu?
Itu satu pertanyaan bagi perbuatan yang amat keji
Kejikah perbuatan menipu?
Jawablah sendiri
Ada akal pakai untuk kebaikan semua orang bukan diri sendiri
ada bijak jangan gadai dengan menipu untuk kepentingan diri sendiri
bersihkan hati ... bawalah bertenang

Entah tak tau lah dah jadi bijak pandai dapat pula peluang mengajar anak bangsa
tiba-tiba untuk kepentingan peribadi boleh pula menipu cuti sakit
Kalau tipu doktor untuk dapatkan cuti sakit itu lain cerita lah
ini dah dapat cuti sakit ... baik punya tukar tarikh


Eh Eh !!! korang tahu tak apa akibatnya
Menipu kan satu kesalahan yang besar
Ini kan pula menipu diri sendiri

Tahu tak apa kesannya kepada perkhidmatan dan maruah diri dan keluarga
habis ... tercalar balar...

Kenapa mesti menipu
Kalau dah betul sangat tak dapat datang kerja
Bagi tahu lah pada Bos perkara yang sebenarnya
Atau... perkara sebenar itu satu rahsia besar
yang tak boleh diceritakan...

TETAPI!!!! KENAPA MESTI MENIPU?

Tolonglah... jaga maruah diri
simpatilah kepada mak bapak
jangan lah ikut suka hati buat keputusan tanpa memikirkan kesan dan akibatnya...

sudah sudah lah buat kerja tak berfaedah tu...

.

Wordless Wednesday: Lima Ringgit sahaja di Jumbo Chicken Rice

As salam,