Pageviews

08 September 2012

Hujung Minggu tak ramai pengunjung

As salam,


Hujung minggu adalah hari untuk beristirehat atau beriadah bersama keluarga.  Jadi tak ramai yang ada masa untuk blogwalking atau bersosial di laman web.  Sementelahan kehangatan Syawal masih lagi terasa.  Sesiapa yang jadi tuan rumah sibuk dengan segala macam persiapan sementera penerima jemputan pula sibuk memenuhi undangan rumah terbuka.  So... masa untuk melawat blog juga di pinggirkan.

Ewahh... terperasan ke bersedih nie?  Kalau blog picisan macam ni memang lah dah tentu tak ramai yang berkunjung walaupun sentiasa diupdate. Tetapi itu semua bukan alasan untuk tidak berblog. 


@Yangbaik sendiri pun sebenarnya ada menerima undangan rumah terbuka sempena Syawal.  Rumah ofis-mate ada dua tak termasuk lagi rumah terbuka yang dianjurkan oleh pemilik PASTI.  Tak dapat nak pergi sebab encik suami kerja.  Kalau encik suami kerja memang @yangbaik 'patah kaki' ... tinggal di rumah sajew dengan anak-anak sambil melayan kerena mereka melukis, menonton CD dan juga aktviti mengemas rumah.

Kepada kawan-kawan yang terbaca blog ini (ada ker?), mohon maaflah tak dapat hadir ke majlis kalian.  Bukan tak sudi tetapi seperti yang dinyatakan di atas... 'patah kaki' youuuu.

Oh ya, kepada pengunjung yang sudi hadir ke blog ini terima kasih daun keladi, jika sudi datanglah lagi


'suka duka pentas dunia'

Kueh cara berlauk bukan anak rusa nani

As salam



Tiba-tiba la pulak teringin nak makan kueh cara.  Tak ingat tengok iklan apa kah yang menyebab keinginan itu datang membuak-buak.  Dah lama sangat tak buat kueh cara.  Setiap kali buka kabinet dapur terlihat acuan kueh cara tak pula terasa nak buat.  Teringat juga bulan puasa lepas beli kueh cara manis untuk berbuka ... tapi rasanya kurang memuaskan.  Mulalah rasa baik buat sendiri jer kalau tak sedap pun memang air tangan sendiri tetapi bila beli... rasanya tak sedap dan kurang memuaskan memang tak puas hati.  Malam tadi minta tolong encik suami belikan tepung gandum.  Encik suami memang tak berapa suka nak susahkan orang rumahnya tambah bila dah sarat macam ni.  Katanya 'kesian' kena buat kerja rumah dah lah kat ofispun banyak kerja.  Tak per lah bang... kerja tetap kerja tetapi bab makan bila dah nak buat kena buat ler... nanti meleleh plak air liur.

Panjang lebar pula ceritanya.  Berbalik kepada cerita kueh cara berlauk... bangun pagi ingat nak buat lauk sardin jer tapi dah daging rusa balance bulan puasa hari tu ada sikit lagi... buat lauk daging rusa pulak lah... lain sikit kan.  Jom kita layan resepinya.

Bahan untuk kueh:
2 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk santan
3 mangkuk air
secubit garam (secukup rasa sebenarnya)
serbuk kunyit

cara buat:  yangbaik bukan derhaka yer tetapi saja nak cuba.  Semua bahan di atas dimasukkan dalam blender (hadiah kahwin. hehehe) dan blend sampai sebati... senang kan? lepas blend masukkan dalam besen atau jug kecil untuk mudah tuang ke dalam acuan.

setelah lauk siap. panaskan acuan sapu minyak sebaiknya guna daun pandan yang diikat.  setelah acuan benar-benar panas tuang bancuhan kueh dan diikuti dengan lauk. tutup acuan.

kueh akan mudah dikeluarkan dari acuan sekiranya ia telah masak.

Bahan untuk lauk:
1 mangkuk daging rusa di cincang halus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji kentang (sederhana) dipotong dadu kecil - jika suka boleh tukar dengan karot
1 sudu besar rempah kari daging
garam
air
minyak untuk menumis

cara membuat:
1.  panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
2.  masukkan rempah kari, tumis hingga naik bau.
3.  masukkan daging rusa dan ubi kentang, gaul hingga sebati dan biarkan sehingga air daging kering.
4.  masukkan air ~ anggaran 3 cawan, diikuti dengan garam. 
5.  masak sehingga daging dan ubi kentang empuk.  angkat




'suka duka pentas dunia'

Tiada yang sukar andai itu kehendaknya

As salam
Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutus silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu, dan memaafkan mereka yang menyalahimu.

(HR Ibnu Majah)
gambar ini sungguh tiada kaitan dengan tajuk atau cerita di atas.  Maksudnya gambar ini sekadar hiasan.



Kenapa susah nak tidur

As salam


Susah sangat ke nak tidur?
Tak susahlah, ambil bantal letak kepala sambil menonton tv, sat lagi tidur le
Tak juga, dah tengok tv macam mana nak lelap mata
Boleh jer... kalau tidak tak der lah istilah tv tengok orang tidur.... hahhaha

Habis macam aku ni... sampai sekarang tak tidur lagi macam mana pulak
Ala tak susah... senang jer
Nko kata senang tapi yang nko tak tidur lagi kenapa?
Eh ... aku tak nak tidur lagi laaaa...
Nko buat apa tak tidur lagi nieh...
Ni ha... tengak menaip
Ehhh... sama la kita...
Apa yang samanya
Sama lah... nko menaip aku baca....

Hahahahha

Biul per ....

'suka duka pentas dunia'


.

Resipi cinta mengelak retak menanti belah

As salam,


Pecah menanti sebab, retak menanti belah.  Peribahasa berkenaan menggambarkan sesuatu yang pasti terjadi.  Walaupun begitu tidak semestinya retak itu akan terbelah.  Apa pun yang terjadi berpunca juga dari kebijaksanaan seseorang dalam menangani masalah atau sesuatu situasi.

Apa yang penting dalam mengharungi kehidupan adalah kesabaran dan kesediaan menerima kekurangan orang lain serta menerima apa juga teguran dengan berlapang dada serta bersedia berubah.  Berat tu... Memang berat dan sukar kan?  Tetapi percayalah dalam keberatan dan kesukaran itu kita akan temui kebahagiaan yang kita sendiri kadang-kadang sukar fahami.


Resepi cinta ini tidaklah semanis kurma atau sehebat cinta bidadari namun ramuannya sedikit sebanyak boleh juga membantu melegakan kepanasan dalam hidup berumahtangga. 

Antara ramuan utama adalah kesabaran dan kesetiaan serta rasa hormat kepada pasangan tanpa mengira pangkat atau darjat.  Selain dari itu tidak kurang penting adalah keimanan dan ketakwaan kepada Pencipta dan RasulNya mampu menghilangan rasa marah yang membuak-buak dan meredakan kepanasan hati.

Tips yang tidak kurang penting adalah, setiap kali keluar atau pulang ke rumah berilah salam kepada ahli keluarga atau penghuni yang ada di dalam rumah kita. Ramuan ini jarang digunakan namun ia turut menyumbang kepada kemanisan dalam berumahtangga.

Sedikit kepahitan seperti kekurangan pasangan dapat diatasi dengan bersedia menerima kekurangannya disamping muhasabah diri bahawa kita sendiri juga punya kekurangan dan kekurangan itu sepatutnya dapat diatasi dengan saling bantu membantu dalam menghadapi kesukaran.

Gurau senda serta manisnya kenangan lalu sepatutnya dijadikan sandaran ketika rasa keciwa mula menjelma.

Semoga dengan resepi yang tidak seberapanya ini mampu melengkapi menu kehidupan harian.






'suka duka pentas dunia'

07 September 2012

Hilang

As salam

Sekali lagi ia hilang
hilang dari ingatan
hilang dari pandangan


di mana ia menghilang
puas menanti kepulangan
namun tak jua muncul
tak juga tiba

sungguh kejam
kehilangan itu menjerut sejuta rasa
mencekik seluruh hela nafas

06 September 2012

Mesti balik juga dan tips untuk berjaya sebagai pengurus

As salam

Mesti balik juga.  Di rumah menanti dan pejabat pula kerja memang lah sentiasa menunggu dan sampai bila pun tak siap cuma tak sampai hati nak biarkan tak siap maklumlah tak berapa minggu lagi harus dan wajib bercuti panjang.

Akhirnya balik juga ke rumah walaupun kerja di atas meja pejabat tak selesai lagi... tinggalkan nota untuk makluman tugas esok pula biar tidak terlupa akan tugas yang harus dilaksanakan.

Teringat ada satu kisah berkenaan kisah kejayaan korporat terkenal dunia bagaimana mereka membahagikan tugas dan merencanakan tugas mereka.  Tetapi yangbaik tak berapa ingat pula siapa dan yang mana satu.






Antara tips berkenaan adalah :

1.  Seorang merencanakan atau merancang tugas penting petang ini untuk dilaksanakan pada hari esoknya.
2.  Seorang lagi merancang tugasnya pada hari yang sama sebelum masuk kerja.






Kesimpulan:
Memang terdapat perbezaan antara mereka tetapi apa yang sama adalah mereka memastikan senarai tugas yang dilaksanakan itu tidak lebih atau kurang dari 5 tugas utama.  Bagi yangbaik perancangan mereka itu menjadi perangsang dan pembakar semangat untuk tugas harian.  Bezanya kita yang kurang berjaya ini kadang-kadang terbabas dari membuat perancangan dan melaksanakan perancangan tugas tersebut.  Namun usaha harus ada untuk melakukan yang terbaik dan tidak membiarkan hari-hari yang dilalui kosong tanpa perancangan.


'suka duka pentas dunia'

05 September 2012

Rasa macam tak nak balik

As salam


Hidup ini memang subjektif.  Setiap hari ada saja kerja-kerja yang melambak-lambak dan datangnya tiba-tiba di saat akhir nak balik kerja.  Sesekali rasa macam tak yah balik lah... sambung jer siapkan kerja.. esok tak yah nak ganggu kerja lain pulak.  Mana tidaknya kalau tak siap kerja tu hari ini esok dah berganda pula kerja.  Dan... harus ingat dan sedar bahawa kerja yang berganda itu bukan sahaja kerana kerja yang bertangguh tetapi hadirnya di saat komputer dah nak ditutup... dan meja dah pun kemas bersih... harus kah aku???  Yang tinggal atas meja adalah kerja yang tak siap, nampak macam kita tak pandai urus masa pulak.


Namun... harus ingat ada lagi tugas yang menanti di rumah.  Sebagai seorang isteri dan ibu makanya suami dan anak-anak tidak harus diabaikan walaupun ada tugas di pejabat.  Walaupun diri rasa bersalah kerana kerja tidak siap tetapi masa untuk keluarga tidak harus dikorbankan... kesian mereka menanti dirumah mengharapkan secebis perhatian.
 
Kerja tetap kerja... keluarga masih lagi dihati... anak-anakku.... tunggu sat lagi ummi balik.... huhuhuhu

Tips memikat pasangan

As salam


Macam-macam tips memikat yang kita boleh perolehi di mana-mana sahaja.  Boleh dapat daripada blog atau juga goggle jer jumpa la.  Termasuk tips untuk memikat burung dan kucing juga... hahahha

Tetapi awas, tips yangbaik nak bagi di sini  lebih kepada tips untuk menarik perhatian pasangan agar sentiasa sayang dan ingat pada setiap pengorbanan kita.  Bukan bermaksud untuk menjadi 'ratu kawalan' atau queen qontrol tetapi untuk mengeratkan lagi perhubungan dan mengekalkan perhubungan yang sedia terjalin ini.


1.  Berikan perhatian
Sentiasa memberikan perhatian atas setiap perbualan dan sebarang bentuk komunikasi.  Pastikan kita tidak mengabaikan apa yang dibicarakan walaupun sepatah ayat.  Kerana kemungkinan dengan sepatah ayat itu walaupun seperti tidak bermakna kepada kita tetapi mempunyai makna yang mendalam bagi pasangan kita.
 
 
 

2.  Senyum dan Sabar
Senyum kepada pasangan kita walaupun kita sebenarnya dalam kesukaran.  Sebenarnya senyum itu walaupun pahit sebenarnya menjadi ubat dan penawar bagi setiap kesukaran kita.  Semoga pasangan kita mengerti walaupun kita sebenarnya dalam kesukaran tetapi kita masih mampu membahagiakan dia.



3.  Jangan ambil hati sangat
Janganlah ambil hati sangat terhadap apa yang dikatakan oleh pasangan kita.  Memang pada masa itu kita sungguh terasa hati tetapi percayalah lama-kelamaan sebenarnya hal itu tidaklah menjadi isu.  Sebaliknya kita yang perlu bersabar.  Kerana ada kemungkinan pada masa-masa tertentu kita juga ada sebut sesuatu yang menyakitkan hati pasangan kita.


Rasanya cukuplah dulu 3 tips yang diberikan.  Yangbaik bukanlah pakar motivasi tetapi yang ditulis ini adalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan cetek yang tidak seberapa ini.  Semoga tip ini mampu memberikan kebaikan dan andanya tidak baik jadikan sempadan.

Sekian.

sekadar mencelah bila nuffnang tarik status glitterati

As salam
 
 
Hari ini, baru masuk hari ke-5 yangbaik tak update blog dan baru nak update, kira baru empat hari lah yer.  Bukan malas nak update atau tak ade cerita, tetapi disebabkan banyak sangat cerita sampai tak tau mana satu nak buat cerita kat blog nih... sudahnya langsung hilang cerita melayang-layang macam layang-layang putus tali.
 
Al kisahnya, walaupun empat hari tak update blog tetapi selalu juga singgah kat nuffnang tinjau perkembangan status dan apa-apa yang ditawarkan.  Seperti satu kejutan juga, 2 hari lepas ada rakan blogger buat post pasal status glittterati nya yang tiba-tiba dah hilang. 
 
 
 
 
 
Jadi semalam (4/9) yangbaik pergi le ke Nuffnang dan eh.... status glitterati dah hilang juga.  Malas betul nak layan ... lantaklah.  Tetapi yangbaik tau NUffnang bukanlah dengan sengaja menarik status glitterati tu kan... mungkin jga sebab diaorang sedang update status kot... dan inilah hasilnya, hari ini status glitterati yangbaik telah dikembalikan.  Terima kasih nuffnang.  Cuma nak tahu dalam tempoh kehilangan status glitterati tu ada ganti rugi tak.. macam ada rugi banyak la pulak... memang tak nampak tapi kesannya mungkin ada kan.... mana tau dikemudian hari.
 
Tiba-tiba la pulak blogger yang tak hengat ni nak menceceh pasal glitterati... apa hal nko... sihat?  yangbaik sihat jer... sebab tu masih boleh menceceh kat sini... bila tiba masa dok dalam labour room ni... tak dapatlah nak update kan... sementara masih ada masa ni... menceceh jer dulu.
 
Sekian dulu untuk hari ini... kalau ada sumur di ladang boleh saya membasuh kaki, kalau ada umur yang panjang boleh saya update lagi...
 
'suka duka pentas dunia'