Pageviews

12 Julai 2012

Belajar mematuhi peraturan

As salam




Belajar patuh pada peraturan.  Setiap dari kita akan melalui beberapa fasa pembelajaran dalam setiap detik hidupnya. 

Justeru kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai kerenah yang akhirnya mampu mematangkan kita dalam kehidupan.

Dalam kehidupan seharian ada kala kita perlu pada peraturan sebagai garis panduan dan pedoman dalam melakukan sesuatu.  Andai tiada peraturan kita pasti akan terbabas ke laluan yang salah atau paling tidak kita kecundang dalam membuat pilihan.

Pematuhan kepada peraturan bukanlah sesuatu yang sukar andainya kita belajar patuh padanya pada setiap detik kehidupan.

Oleh itu "Belajarlah patuh pada peraturan".

(^-^)
.

Hormati Hak Semua Orang

As salam,



Setiap orang dari kita mempunyai hak atau tanggungjawab.  Bila nak bercakap mengenai hak seringkali disalahtafsir sebagai kebebasan diri sendiri untuk membuat pilihan sehingga terlupa akan hak orang lain ke atas diri kita.

Maaf andai kata catatan kali ini mungkin sedikit menyentuh peribadi atau tingkahlaku pembaca secara langsung atau tidak.  Secara dasarnya isu ini pasti menyentuh semua orang sama ada secara langsung atau tidak.  Tetapi percayalah isu ini dibangkitkan bukan untuk menimbulkan kemarahan tetapi lebih kepada ingatan kepada diri @yangbaik sendiri agar sentiasa mengingati akan hak orang lain dan tidak sekadar mementingkan diri sendiri.

Banyak hak orang lain dan salah satunya dalam penggunaan harta awam contohnya SURAU.  Ketika di dalam surau sudah pasti kita akan memikirkan bahawa kita ada hak untuk bercakap tetapi dalam masa yang sama tanpa disedari orang lain juga ada hak untuk mempunyai suasana aman tanpa 'kebisingan' untuk memberikan kekusyukan dalam beribadah terutama solat.

Bukan sekadar solat sahaja, malahan dalam penggunaan kemudahan yang ada di dalam SURAU seperti penyidai, sejadah dan telekung. 

Bila mana kita menggunakan kemudahan yang ada, sudah pasti dalam masa yang sama orang lain juga hendak menggunakan kemudahan berkenaan.  Baiklah bila dah ada orang lain terlebih dahulu menggunakan kemudahan berkenaan maka sudah pasti kita perlu mengikut giliran andaikata kemudahan itu tidak mencukupi.  Tidak perlu kita menutup kemudahan yang ada hanya untuk kepentingan diri sendiri.

Biar sedikit dahulu perkongsian rasa hati yang terbuku ... rasanya makin banyak ditulis rasa macam makin panas pulak.


Sekian.

08 Julai 2012

Perubahan dari hati

As salam,





Sekian lama menyimpan hasrat
mungkin sudah tersirat
atau juga berkat doa
akhirnya dia berubah juga
yang pastinya perubahan itu ikhlas
datang dari hatinya sendiri
mungkin dulu disuruh dan dipaksa
tiada perubahan yang berlaku
kini... hatinya terbuka untuk berubah

sejuk hati...

07 Julai 2012

Alahai Sabtu

As salam


alahai... masih tak siap2 juga lagi...
bila nak siap nie
dah naik lenyor kainnya
benang pun dah makin pudar


06 Julai 2012

Rahsia, antara harus dan wajib untuk jaga atau simpan atau bocorkan

As salam


Hari ini Jumaat. 
Seperti biasa walaupun pada hari-hari lain terpaksa membebel secara tak rela di sini dan ada ketika ada pembaca terpaksa membaca catatan yang entah apa-apa. 
Rileks ler... ;)



Nak cerita tentang 'Rahsia'. 
Biasalah kan... rahsia adalah antara 'kita berdua' sahaja atau hanya 'saya' saja yang tahu. 

Walaupun ada ketika 'rahsia' itu 'saya' terpaksa kongsikan dengan 'awak' supaya saya tidak terbeban utnuk menanggungnya seorang. 
'Saya' ceritakan 'rahsia' ini kepada awak dengan harapan awak akan simpan dan jaga.



Tetapi nampaknya 'awak' juga tidak mampu menanggung beban 'rahsia' ini lantas menceritakannya kepada beberapa orang lagi, sehingga akhirnya 'rahsia' itu bukan lagi rahsia. 
MENGAPA?

'Awak' ada alasan lain kah hingga terpaksa membocorkan rahsia itu?
Jangan segan... boleh juga kita kongsikan pengalaman rahsia itu di sini...


(*-*)
~~

.

05 Julai 2012

Iklan Kemasukan ke UiTM bagi Sesi Pengajian 2012/2013

As salam,




Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

● Pemohon dikehendaki melayari http://online.uitm.edu.my/ untuk mendapatkan maklumat lanjut, sebelum membuat permohonan.

 ● Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 2 Julai 2012 (Isnin) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking.  (no. slip yang dibeli sebelum 2 Julai 2012 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).

 ● Sila nyatakan Peringkat Program (DIPLOMA & ASASI UNDANG-UNDANG/PENERAPAN/ PROFESIONAL) seperti di dalam jadual semasa pembelian no. Slip di BSN. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum  meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, tiada pemulangan bayaran.

 ● Permohonan melalui http://online.uitm.edu.my/ bermula 2 Julai 2012 (Isnin).

 ● Tarikh tutup permohonan online pada 26 Ogos 2012 (Ahad).


NOTA:

● Bagi program e-PJJ dan Pengajian Luar Kampus UiTM selain dari di atas sila layari laman web http://ined.uitm.edu.my
● Bagi program pengajian Pasca Siswazah (Sarjana dan PhD) sila layari laman web http://ipsis.uitm.edu.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi dengan ini juga kepada adik-adik yang tidak terpilih dalam permohonan lepas boleh lah membuat permohonan semula.  Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Selamat maju jaya.


^-^

04 Julai 2012

Mencari Bufered Earning Nuffnang di Nuffnang Blogopolis 2012

As salam,


Tiba-tiba muncul cerita ni pulak.  Pelik-pelik.

Entahlah tiba-tiba jer terasa nak buat tentang Nuffnang.  Bukan apa nak kata lepas geram tak juga cuma tertanya-tanya di manalah Nuffnang sembunyikan Buffered Earning nya untuk blog yangbaik.  Dah hampir 2 minggu terbiar kekeringan. 

So, entry ni boleh nak kata... macam bodek Nuffnang sikit... ;)
Macamlah Nuffnang tu makan bodek ...

Baiklah alang-alang buat cerita tentang Nuffnang dipanjangkan cerita, Nuffnang sekarang sedang membuat kiraan kebawah (countdown) bagi program Blogopolis 2012.


Nuffnang blogopolis bakal diadakan pada 14 Julai 2012 di Hotel Concorde Kuala Lumpur

Nak tahu lebih lanjut mengenai Nuffnang blogopolis Malaysia 2012, ayuh jangan buang masa klik di sini (http://blog.nuffnang.com.my/2012/06/27/countdown-to-blogopolis-2012/).  Nak bercerita panjang @yangbaik kurang sikit dalam kerja penterjemahan... so sebelum disalah tafsir baik baca sendiri pada link yang disediakan.

jangan lupa klik juga di sini untuk dapatkan lebih banyak gambaran...
http://youtu.be/pgJvDOJblrs


Ada lagi, tiket juga telah dijunamkan kepada RM180.00 seorang untuk menyertai program ini.  Cepat-cepat jangan ketinggalan.  Disana pada blogger terutama 'nuffnangers' dapat berjumpa ramai blogger terkenal seperti abangnara blogger hiburan.

@yangbaik... kalau ada rezeki boleh le ke sana itupun jika keadaan kesihatan anak2 mengizinkan.

Sekian.

03 Julai 2012

Antara Dilema dan ...

As salam


Tajuk sebegini rasanya dah biasa dibuat.  Mungkin juga ada yang tertanya mengapa @yangbaik suka buat tajuk dan catatan yang sukar difahami.  Pada @yangbaik itu adalah 'trademark' kerana dalam keadaan tertentu kita sukar untuk meluahkan apa sebenarnya yang terbuku di hati.  Boleh jadi dalam masa-masa yang tidak disangka ada orang tertentu yang benar-benar mengalami peristiwa itu membaca catatan ini, walaupun tiada kaitan tetapi mungkin akan terasa.  Tetapi @yangbaik rasanya tidak pula menceritakan siapa orang yang sebenarnya... Kan?  kalau ada sesiapa yang terasa ia adalah secara kebetulan dan mohon jadikan apa yang ditulis ini suatu peringatan atau pengajaran dalam meneruskan hidup. 

Biarpun catatan ini bukanlah datangnya dari pakar psikologi atau pakar rujuk bagi sesuatu.  Tetapi @yangbaik lebih suka berkongsi pengalaman sekitar kehidupan kerana @yangbaik pasti ada dikalangan pembaca yang mengalami situasi yang sama atau hampir sama.


Sekali lagi @yangbaik kehilangan kata-kata untuk dicatat di sini.  Sebentar tadi Inas Insyirah meragam lagi.  Sejak kebelakangan ini begitulah ragamnya sering terjaga di tengah malam.  Mungkin kerana dia dah tahu dua hari lagi nak kena cucuk.  Suspen pulak...

Tinggal lah dulu... bila dah lapang nanti sambung semula.


haaaa.....

Tertinggal

As salam,


Dah terlepas satu hari nak rekod catatan di sini.



 
alkisah kenapa tak keluar catatan semalam bukan kerana malas atau tiada idea, tetapi lebih kepada sibuk dengan aktiviti keluarga. 



Termasuklah anak demam bawa ke klinik, balik kampung pulak jumpa anak saudara baru serta sambut kepulangan ahli keluarga baru balik dari Lubnan dan Australia.



 
apa pula kaitan dengan orang baru balik kan?  huh... tiada kaitan langsung.  sebenarnya ada juga sedikit tak banyakpun.



okey... di lain kesempatan.... kita merepek lagi...



Peace!!!

01 Julai 2012

Hujan petang

As salam,


Satu petang...

alamak kereta ada di luar sana, hujan pulak... macam mana nak keluar nie?









sekian, dulu... hanya gambar pengantar bicara...bukan menggambarkan hati dan perasaan tetapi untuk memenuhkan ruang dan hobi.