Pageviews

06 Mac 2012

Apa yang dicari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambar hiasan antara kereta impian tiada kaitan dengan jalan cerita

Bila sehari menyepi
Mula terasa sunyi
Page Rank seperti tidak dipeduli
Nuffnang pula seakan bersendiri


Akal pula mengorak langkah
berharap ihsan seo juga google yang megah
sekadar mereka bukan bermegah
untuk hiasan kanvas yang indah

Apa yang dicari
Inilah senarainya
koleksi peribadi 
sekadar adanya
 
blog paling popular 2012 - bakal jadi kenyataan
periksa hati - jika sakit atas sebab kesihatan minumlah tonik hati keluaran al-Jabbar, jika sakit yang sebenarnya banyakkan zikir pengubat hati
poster maulidur rasul - ada tak sebarapa
lakaran masjid - bukan lukisan sendiri
kata kata cemburu - cemburu buta ke cemburu celik?
maksud menanam tebu di tepi bibir - cakap manis tapi hati tawar
anak-anakku - 3 orang semunya
makna celop - pasal
gambar pokok pokok - ada dalam blog yangbaik juga
lirik bekalan sesalan - lirik beribu sesalan ada
promosi di tini - tini spa belum pernah pergi
rumah ayak yatim fatimah az-zahra di Melaka - juga belum pergi lagi
sendiri membuat pilihan - buatlah pilihan yang terbaik andai tersilap kembali ke pangkal jalan, andai sukar buat pilihan Solat Istikharah pilihan terakhir
contoh gambar rumah kembar - tak perasan ada ke tidak... ada kelapangan nanti boleh melawat ke show house
plk ijazah - rujuk di laman web ined -  www.ined.uitm.edu.my


sekian adanya... semoga apa yang dicari ditemui dan bermanfaat

.

05 Mac 2012

Catatan tanpa tajuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebuah catatan tanpa tajuk, semoga disenangi semua...



Tidaklah seorang hamba menghadap (beribadah) kepada Allah dengan menghadirkan hatinya, melainkan Allah akan menghadapkan hati orang-orang yang beriman kepadanya, hingga mereka mencintainya.  (Harom bin Hayyan)


.

Kesibukan di waktu pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Alhamdulillah, pagi ini tersedar lagi
Masih tega meneruskan perjuangan kehidupan bersama keluarga
Syukur nikmat... semoga diberkati kehidupan dan perjalanan hidup untuk pagi ini yang sungguh berkat.

Kesibukan di waktu pagi
Bermula dengan persiapan untuk diri sendiri
menghadap Pencipta Yang Agung
Sebagai tanda mensyukuri nikmatnya
Seterusnya diteruskan dengan kesibukan dengan anak2
Persiapan sarapan dan pakaian sekolah mereka
(mujur juga hari ini mereka tidak sekolah kerana sukaneka semalam)

...lega...

Meneruskan perjuangan untuk tengahari hingga sore...
.

04 Mac 2012

Beribu Sesalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pertama kali ingin ditegaskan bahawa lirik lagu ini tiada kaitan dengan perasaan atau situasi penulis sekarang atau masa lepas atau akan datang. 

Lagu ini adalah antara lagu kegemaran penulis memandangkan tiga orang penyanyi wanitanya mempunyai suara hebat dan lagunya juga menarik.


Lirik Lagu Beribu Sesalan – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku

******************

Perihal remeh dan sangkaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sementara menunggu anak-anak bersiap mandi, pakai baju dan sarapan sebelum ke Parit untuk mengikuti acara sukan pagi nie...

Dititipkan mutiara berikut semoga bermanfaat.


Tidaklah seorang hamba meninggalkan sesuatu karena Allah, kecuali Allah akan menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya dari arah yang tidak dia sangka-sangka. Dan tidaklah seorang hamba menganggap remeh hal yang diharamkan, sehingga ia mengambil yang tidak baik, kecuali Allah akan memberinya sesuatu yang lebih berat daripadanya.  (Ubay bin Ka'ab)

.

03 Mac 2012

Kisah Termos Elektrik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Termos elektrik amat berguna sekali untuk memasak air terutama apabila gas memasak sudah habis.  Dalam masa yang sama sungguh mudah juga kerana tidak perlu beli termos biasa untuk menyimpan air panas.

Dalam tidak disangka rupa-rupanya termos elektrik terdapat dalam berbagai jenis hatta berlainan jenama.  Nak dijadikan cerita termos elektrik ini tidak semuanya mempunyai kemudahan yang sama walaupun nama asasnya sama.

Contoh?  Lihat gambar di bawah

Termos elektrik pertama.  Dibeli sekitar empat (4) tahun dahulu. 
Dibeli oleh 'ayahnya' ketika 'uminya' dalam pantang bersalin anak kedua.  Sekarang, bukan lagi tidak berguna tetapi tidak berfungsi dengan baik di mana airnya tidak panas. 

Kurang pasti pula punca kerosakan adakah kerana penggunaannya yang kerap atau kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.  Lalu ia disimpan dalam kotak asalnya dan menunggu masa untuk dihantar ke 'pomen' atau kedai letrik untuk dibaiki sekiranya boleh.

Termos ini mempunyai tempat penuang air yang boleh digunakan ketika tidak bersambung dengan elektrik.  Bermakna ia mesra pengguna kerana dwi guna iaitu boleh digunakan dalam dua keadaan yang berlainan serta menjimatkan penggunaan elektrik.

Termos elektrik ke dua dibeli setelah termos pertama tadi gagal dibaiki  (Sila abaikan gambar biskut dan kueh raya dalam balang di belakangnye).

Sayangnya termos ini mungkin dibeli tanpa fikir panjang walaupun setelah berkali-kali membuat tinjauan.  Bukan kerana tidak boleh digunakan tetapi kerana fungsi keduanya tidak sama dengan termos pertama tadi.  Ini adalah kerana termos ini tidak dapat mengeluarkan air ketika tidak bersambung dengan elektrik. Bermaksud apabila setiap kali hendak mengambil air panas atau air yang telah dimasak perlu 'on' suis elektrik jika tidak air tidak keluar. 

Kan dan membazir, walau sekadar secawan air panas untuk membuat susu terpaksa 'on' suis.  Bukan sahaja membuang masa malahan turut menyumbang kepada pembaziran elektrik. 

Kesilapan yang tidak disengajakan kerana menyangka semua termos elektrik mempunyai fungsi yang sama.  Tidak kiralah harga yang berbeza tetapi perlu juga mempunyai ciri-ciri tambahan seperti mesra pengguna dan mesra alam.

Semoga kesilapan yang seumpamanya tidak berulang dan setiap kali hendak membeli peralatan hendaklah meneliti keperluan, kemudahan dan fungsi-fungsi sampingan lain yang berupaya memberi nilai tambah dan tidak berlaku pembaziran.

Sekian.

.

Kerana Sibuk Tidak Bertempat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Jenuh juga mencari tajuk yang sesuai.  Khuatir juga bila tajuk tidak sesuai nanti memberi maksud berlainan.  Maklumlah pemahaman dan pemikiran semua orang tidak sama.  Apatah lagi bila penulis tidak mengenali siapa pembaca blognya dan pembaca blog juga ada yang kenal dan ada yang tidak.  Walaupun kenal tidak semestinya mengerti apa yang tersirat dan tersembunyi di sebalik hati dan naluri seorang insan.

Sehingga itu, dititipkan mutiara ini semoga bermanfaat:

"Di antara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wata'ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya"  (Al-Hasan)

^*^
.

02 Mac 2012

Menunggu hadiah dari Moscow

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


sumber:  flickr.com
Moscow! satu daerah asing buat Yangbaik.  Tidak pernah pun walau sedetikpun hadir ke sana.  Jumpa dalam mimpi pun tak pernah muncul.  Pengetahuan mengenai Moscow hanya diperolehi dari pembacaan terutama dari blog ariffshah.com seorang pemuda yang baru saja menamatkan pengajiannya di sana.

Bukan sahaja Moscow malahan Ariffshah juga tidak pernah ditemui secara bersemuka sekadar perjumpaan di ruang maya sahaja.  Melihatkan kisah-kisah pengembaraan di bandaraya Moscow sungguh indah dan menarik.  Untuk menghasilkan penulisan yang mampu menarik minat ramai pembaca tidak sukar namun tidak semudah yang disangka.  Kerana penulisan yang menarik terhasil daripada pengalaman, penghayatan, kreativiti, minat dan pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang.

Hadiah dari Moscow.  Banyak cenderamata menarik dari Moscow.  Uih... tak der lah nak bercerita sangat mengenai hadiah-hadiah dari Moscow ini memandangkan 'tuan tanah kedaung' tak pernah pun menjejakkan kaki ke sana.  Sekadar usha serba sikit kisah Hadiah dari Moscow.

Macam tajuk novel pulak...

Tajuk cerita ni macam tiada kaitannya dengan jalan cerita... Apa Celop! Tidak mengapa, sejurus saja tiba bingkisan hadiah dari Moscow itu ia akan ada kaitan jua

Sekian adanya...
.

Hidangan Panas Cucur Kucai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Cucur kucai

Sesaja nak tayang. Asal jangan ada yang melenting
Tajuk sebelum ni... 4D... ramai yang tak berapa setuju
seolah promosi pulak... promosi apa tak taulah

Nak pantun sikit... tak nak baca tak per...

Pokok kucai ditanam bonda
Dalam pasu ia bersemayam
Cucur kucai mudah disedia
Enak dimakan ditengah malam

Cucur kucai mudah disedia
Makanan kesukaan satu keluarga
Hidup perlu sentiasa ceria
Biar pergi semua derita

Mencari Resepi Cucur Kucai?
sekian adanya
.