Pageviews

31 Disember 2011

Entry Pilihan di hujung tahun 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Memang teruja sungguh di hujung tahun 2011 dan sebagai permulaan kepada penambahbaikan untuk tahun 2012.  Harapan Yangbaik adalah program penambahbaikan ini akan berterusan dan tidak terputus di awal atau pertengahan tahun 2012.

Hari ini Yangbaik hendak berkongsi entry pilihan dari blog yang sering Yangbaik kunjungi pada hari ini dan bukan hari ini sahaja malahan boleh dikatakan setiap kali Yangbaik Online pasti akan ke blog Denaihati.com kerana banyak info baru yang boleh diperolehi.

Entry pilihan pada kali ini adalah berkaitan top 10 blog Malaysia yang menjadi pilihan di Google untuk tahun 2011.

Walaupun blog Denaihati.com sendiri tidak menjadi pilihan Malaysia tetapi blognya tetap menjadi pilihan Yangbaik.

Sekian.

Selamat Datang 2012 | Terima kasih 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Selamat datang 2012
semoga kehadiran 2012 pada kali ini memberi lebih kekuatan dan kejayaan

selamat jalan 2011
semoga cabaran dan rintangan yang dihadapi di tahun 2011 menjadi iktibar dan panduan untuk hidup lebih bererti

terima kasih 2011
di atas pengorbanan dan harapan

2012
datangmu bersana kejayaan untuk dunia dan akhirat

terima kasih.

p/s;  malam ni ada pertunjukan bunga api ke?
Biasanya di pekan Lumut ada, tapi kalau nak pergi sana ke pergi awal-awal supaya tidak tersekat dalam jam...


.

Antara lelaki dan wanita

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,


Baju ini memang baju seorang suami
sayang sungguh suaminya kepada isterinya
maka diabadikan kerenah isterinya pada kata-kata di bajunya

apa sebenarnya yang nak diperkatakan adalah berhati-hati bila berkawan
lelaki dan perempuan...
bila berdua-duaanya ... diantaranya tersepit dengan senang hati adalah syaitan
lalu berwaspadalah...
belum masa yang sesuai untuk berdua-duaan tanpa ikatan yang sah
walau hanya sekadar memberi sekuntum bunga
atau juga sekotak coklat
hatta seekor teddy bear

hanya kerana hadiah satu itu bisa merosakkan masa depan
memalukan keluarga dan diri sendiri
maruah diri juga tercalar
sukar sebenarnya memulih semula maruah yang tercalar
sulit juga untuk dimengertikan

mengapa harus berdua-duaan di tempat terang atau nyata
apatah lagi di tempat gelap dan tersembunyi
sabarlah...

semoga mengerti sebahagiannya

inilah rintihan hati yang tersentap lagi...
kerana berita yanhg perit itu...

walahai...

*