Pageviews

06 September 2011

Dapat surat panggilan Kursus Induksi pula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sedang menggigihkan lagi ... di hari Selasa yang tak berapa nak gigih nih... heiiiii apa punya citer la... langsung tak der SEO apatah lagi google analytics dan alexa nak rank... tak do kaitan langsung.


meja lama ketika di Pusat Latihan UiTM

Tehehehe... hari ini dapat surat panggilan ke Kursus Induksi Khusus/Umum pada 17 - 29 September 2011 di Pusat Latihan UiTM Kampung Gajah.  Oh! tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berkursus... huhuhu...

Pas ni hupdate lagi yek... kemas sikit la... ini versi entry mengejut jerk...agak-agak la dapat jumpa tak sapa2 artis ker yang kena attend kursus induksi... like zizan raja lawak tak pun Juliana Evans.  Sekarang ni sedang top nama depa kat yahoo search... tak sesuai.... laaa...

selamat!

*.*





.

Tanda Cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Diantara tanda kecintaan seorang hamba kepada Allah adalah banyak berdzikir (mengingat dan menyebut) nama-Nya, karena tidaklah Anda mencintai sesuatu melainkan Anda akan banyak mengingat dan menyebut-nyebut namanya.
(Ar Rabi' bin Anas)

05 September 2011

Lukisan Pertama Alif dan Buncho

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Lukisan pertama atau lebih tepat karya seni pertama Muhammad Alif bin Ahmad Kamal menggunakan 'oil pastels'.  Menangis uminya... manakan tidak memang dah mengidam dari sekolah rendah bahkan sekolah menengah juga hendak menggunakan warna minyak pastel berjenama Buncho, tetapi tidak pernah berupaya memperolehinya.  Sehingga satu tahap langsung hilang semangat umi untuk berkarya.  Konon la sangat kan... yang mudahnya memang tak retis nak melukis, kalau di sekolah tu, memang tak ambil pun seni lukis ni... masa ujian selalu dapat corot... huhuhu... malu malu... Tapi apa kesahkan, umi tak pandai melukis, ayah pandai melukis dan turun pulak ke anaknya Alif 'yang kidal'... hehehe

BUNCHO Oil Pastels 24 pieces.

Mana lah umi dan ayah kenal semua ni.  Memang dah jadi lumrah Alif setiap kali ayah keluar ke kedai atau jumpa kawan-kawan, nak ikut sikit-sikit nak ikut.  Kalau kami masa kecik2 dulu mak pak cakap apa... kalau tak jadi ekor tak boleh... ikut jugak... hehehe

Bila pergi ke kedai terutama kedai Runcit Rahmat kat corner tu... tempat yang dituju mula-mula adalah kalau tidak tempat mainan, tempat buku, kalau tiada buku, tempat pensil dan akhir-akhir ni ke tempat warna.  Suatu masa (macam lama sangat pulak), bila ke kedai mungkin Alif ternampak warna air, dia minta dibelikan... "hui, tak boleh lagi, Alif belum pandai guna tunggu besar sikit nanti umi beli yang baik punya!" Konon-konon ayat nak bodek la..

Tetapi nak dijadikan cerita bila pergi dengan ayah, cair ayahnya kena pujuk, katanya nak beli 'crayon' jer. Ayah pun belek punya belek, nah... Alif tunjuk crayon jenama BUNCO.  Ayah pun ambil jer.. terus beli. Balik Rumah bila 'Supervisor' check tengok... ehh.. oil pastel laaa bukan crayon tengok ni.. harga nya, tu yang tulis kat kotak tu... apa ?... Tersengih lah si ayah dan Alif pun dengan selamba jer... buat tak tau... heeeeih.

Cer tengok warna tu, sikit punya pastel lagi berminyak (oil). Crayon pulak katanya, habis melekat kat tangan, lepas lukis nanti jangan lupa cuci tangan nanti keracunan sakit perut pulak... Baiklah umi.. balas Alif dan terus memulakan tugasnya. Tugas melukis lah... Tanya pulak tu nak lukis apa ? Ha.. lukis gambar kat kotak tu... boleh?... Alif cuba lah .

sesi meniru gambar pada kotak pun bermula... kidal bro..

Alif kalau nak melukis memang tak guna meja, dah dibelikan meja lipat ala-ala meja Jepun, dinaik duduk pulak atas meja tu... langsung lipat semula dan simpan.  Tunggu bila dah 'cerdik' sikit baru guna semula meja tu.  Nampaknya Alif lebih senang melukis di atas lantai beralas tikar buluh...

Dan dipendekkan cerita yang dah memang sedia pendek ditambah dengan umi yang tak pandai bercerita... lihatlah hasil lukisan Alif.

Lukisan pertama Alif bersama BUNCHO dengan tema Kapal Angkasa dan BUNCO

Bila tengok gambar ni suka ada sedih pun ada.  Suka sebab umur Alif belum lagi mencecah 5 tahun semasa gambar ini dihasilkan.   Lukisan ini pula menceritakan macam-macam peristiwa dalamnya.  Sedih? Sedih!!! Sebab hasil lukisan ni dah hilang ntah ke mana.  Nasib baik sempat umi rakam dengan Nokia N95.  Boleh tahan juga lah hasilnya.  Kehilangan lukisan ini adalah mungkin kerana kelalaian umi sendiri. 

Ceritanya bermula setelah selesai melukis, Alif nak tampal pada almari buku, tapi tak melekat, lalu dikepitnya di sebalik pintu almari. Tujuannya bila ayah balik nanti nak bagi ayah tengok... cantik tak lukisan Alif.  Kemudian Alif tidur.  Bila bangun umi tak perasan bila masa Alif ambil lukisan tu lalu dilipat dan dijadikan kapal pula, tak jadi kapal laut buat kapal terbang.  Nak simpan tak bagi... lalu melayang-layang lah 'kapal terbang' itu di awangan.... dah kutip semula dan nak tampal... jumpa lagi oleh Alif... lalu hilang entah ke mana... Sayu...

Walau apa pun, Alif akan tetap berkarya dan akan terus berkarya... dan lukisannya akan tetap menjadi kapal laut atau kapal terbang andai lambat disimpan...

Sekianlah.

*-*




.

04 September 2011

Mengapa isteri jumpa lelaki lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Mengapa isteri jumpa lelaki lain.  Huh! panas memang panas tajuk nih.  Nak buat cerita macam mana yer asalkan tiada pihak yang terasa hati.  Boleh tak kita berfikiran positif dengan berfikir begini "Isteri jumpa lelaki lain... semasa urusan rasmi di pejabat" 

apa kaitannya pula dengan Isteri kamu antara lelaki lain?

Kita wanita sebagai isteri keluar rumah adalah atas izin suami sama ada nak ke TESCO dengan kawan-kawan atau dengan anak2 tetapi bukan dengan lelaki lain.

Kita juga sebagai isteri bila keluar rumah kerana bekerja di pejabat juga atas keizinan suami dan suami kita juga harus malahan wajib tahu apa jenis kerja kita dan siapa pula bos kita atau rakan sejawat kita.  Rasanya tak perlu takut untuk memaklumkan kepada suami siapa pula lelaki lelaki lain yang sering berurusan dengan kita semasa berkerja.

Sebagai isteri jangan sesekali membelakangkan suami ketika di mana juga berada walaupun keberadaan kita di luar rumah adalah atas izin suami.



Mengapa pula isteri harus jumpa lelaki lain atas urusan apa pula? 

Janganlah kita sebagai isteri bertindak zalim terhadap diri sendiri dengan berjumpa lelaki lain.

Sekian.

*.*



.

Hasil carian hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Hasil carian untuk hari ini... bukan carian di google atau yahoo tetapi carian ini didapati di TESCO.
Percaya atau tidak belum penuh pun beg besar tu... nilainya dah melebihi RM50.00.  Hanya barang-barang dapur sahaja. 

Esok dah mula kerja, oleh itu hari ini kenalah siap sedia barangan dapur mana yang patut... borong juga mana yang sempat di rembat... bila dah mula kerja memang tak hengat nak shopping dah... dok kerja aje... ngadap komputer dan meja kerja tu...

apa pula hasil carian korang untuk hari ni yerk... hehehe

*.*


03 September 2011

Kerana Pengaruh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kerana pengaruh media, bukan sahaja orang dewasa yang boleh terkena malahan anak-anak juga. Sungguh risau memikirkan mereka ini.  Setelah menonton Upin dan Ipin beberapa kali dalam CD.  Akhirnya mereka terpengaruh dengan cerita. 



Baru petang tadi Alif dan Dina keluar rumah... pergi ke rumah sebelah minta derma.  Kata Alif "dapat 10 sen seorang pun cukuplah... nanti boleh bagi bantuan kepada orang yang rumahnya terbakar macam Aizat".  Hu... sedihnya... anak-anak kecil lagi.  Macam mana nak nasihatkan mereka?

Ada apa dalam hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia

Hati akan sentiasa berbunga penuh warna warni bila mendapat sesuatu yang diidamkan.

Hati juga akan berbunga bunga penuh keriangan bila hati itu gembira ria

Namun hati itu seharusnya sentiasa diberi ingatan agar tidak leka





Antara ingatan untuk hati ini, yang sering leka dan alpa adalah petikan mutiara seperti berikut:



"Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina"  (Abu Sulaiman Ad Daroni)

02 September 2011

Oh! Gadis Jagalah Keselamatan di Jalan Raya | Jangan jadi mangsa fesyen!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera Wanita Hari Ini 1Malaysia


Oh! Gadis Melayu yang bermotosikal, jagalah keselamatan ketika di jalan raya.  Mengapa Gadis Melayu?  Kerana dalam gambar ini adalah Gadis Melayu yang bertudung dan menunggang serta membonceng motosikal.  Andai bukan Gadis Melayu boleh jadi mereka adalah Wanita Melayu (Isteri seseorang). 


Pesanan ini memang ditujukan khas kepada semua gadis-gadis dan sesiapa sahaja yang menunggang motosikal.  Jagalah keselamatan atau Safety First Babe...

Lihatlah pada gambar ini, tiada salahnya pada mereka yang bermotosikal tetapi waspadalah dengan apa yang anda bawa.  Mungkin kita akan kata adalah mustahil mereka membawa dadah. Betul mereka mungkin tidak membawa dadah atau mereka tidak membawa duit yang banyak.  Eh! mana tahu... hanya kerana sedikit kelalaian sahaja.  Tindakan menggalas beg itu sudah sesuai dan cantik mata memandang.  Terutamanya pada beg gadis itu... cantik!

Tetapi sedarkah, anda bahawa anda sedang diperhatikan oleh seorang blogger wanita?... Hehehe aye lah tu.  Tetapi pemerhatian aye terhadap anda tidak mendatangkan sebarang bahaya.  Hanya pandangan mata yang lain yang akan mendatangkan bahaya kepada anda, iaitu pandangan di peragut durjana.  Mereka tidak mengenali mangsa. 

Andaikata hendak berfesyen, okeh biarkan masih boleh diterima tetapi fesyen itu biarlah tidak mendatangkan mudarat kepada anda.  Mengapa?  Kerana si peragut dengan sepantasnya akan mendekati anda dan menarik beg itu memandangkan warnanya yang merah dan memang menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya.  Biarpun beg itu digalas dan tidak akan tertanggal dari bahu atau tangan anda... Cuba fikirkan dan bayangkan begini.... Apabila tiba-tiba datang sebuah motosikal atau kereta pemuda yang kononnya kacak mengiringi anda ketika bermotosikal dan tertarikh dengan beg anda tanpa anda sedari... terus menarik beg itu.... beg itu tidak tertanggal dari anda tetapi beg itu juga turut menarik anda sekali untuk jatuh... kerana kekuatan tali beg itu.  Apa akan jadi?  Sungguh aye tidak sanggup membayangkan kejadian seterusnya.  Oleh itu jangan anda menjadi mangsa fesyen bukan sahaja mangsa kepada peragut.  Mengerti?  Waspadalah.

Seronok menunggang motosikal beramai-ramai.  Teringat zaman sekolah dulu, menunggang basikal jer dengan kawan-kawang sekolah rendah .... semasa hari raya ... berkonvoi juga

Sekian, keselamatan anda adalah hak anda dan anda menentukannya.   Boleh!?

01 September 2011

Status of Tweet

Assalamualaikum, selamat sejahtera 1Malaysia


Inilah cerita status of tweet aye iaitu not accepted, yang baru diterima dari Churp Churp.  Sebelum ini dapat email minta dilaksanakan projek ini.  Tiba-tiba bila dah buat... kena reject pulak. Yang sedihnya direject bukan kerana salah tetapi kerana kuota dah penuh.  Kalau macam tu lebih baik tak perlu email segala bagai lagi, memenuhkan mailbox aje.  Kan baik dibiarkan aje kempen tu kat situ, bila member online je kat Churp Churp terus laksanakan kempen tu... 

Kurang pasti pula apa sebab sebenar direject, adakah kerana aye terlewat laksanakan tugasan tu atau eh kalau kuota dah penuh dan kerap kali juga dimaklumkan kuota dah penuh... Churp Churp perlu lakukan sesuatu seperti tambah kuota atau tak perlu lah buat kuota... First Come First Serve... more better.

*.*

Suka duka Ogos 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Suka duka sebuah perjalanan blog picisan sepanjang Ogos 2011.  Bermula dengan 1422 paparan dan 752 pengunjung yang unik untuk minggu pertama merupakan satu permulaan yang amat membanggakan bagi blog picisan ini yang baru nak menapak dan mencari jalan untuk meneruskan perjalanan dalam dunia blog.  Pada pertengahan bulan Ogos jumlah paparan dan pengunjung yang unik pula mula menurun sedikit demi sedikit sehingga ke penghujung bulan Ogos 2011, paparannya telah menurun kepada 215 dan 121 pengunjung unik. 

Daripada statistik berkenaan memang dapat dirasai oleh penulis ini bahawa idea dan catatan yang telah dikeluarkan tidak menarik minat pengunjung atau terdapat beberapa isu semasa dan isu dalam serta pengurusan blog yang semakin tidak teratur. 

Penulis dalam masa yang sama sedang dan akan terus berusaha untuk menghasilkan tulisan dan karya yang terbaik yang mampu menarik minat pembaca. 

Paling kurang perlu ada info yang bermanfaat bukan sekadar catatan syok sendiri yang akhirnya memakan idea hingga kering kontang lantas melahirkan catatan merapu yang langsung tidak menarik minat. 


Daripada graf dapat juga dijelaskan di sini bahawa pengunjung yang paling ramai berkunjung ke blog ini adalah sudah tentu rakyat Malaysia.  Saya sayang Malaysia.  Diikuti dengan pengunjung dari Amerika Syarikat yang menyumbang peratusan trafik sebanyak 6.03. 

Kurang pasti pula atas dasar apa mereka singgah di blog ini memandangkan seratus peratus bahasa adalah dalam bahasa Melayu kalau ada bahasa Inggeris adalah sekali dua yang menggunakan bahasa rojak. 

Seterusnya diikuti pula dengan pengunjung dari Indonesia dan Singapura.  Pengunjung yang paling rendah adalah dari negara Poland dan Georgia yang masing-masing menyumbang trafik sebanyak 0.07%.  Terdapat juga pengunjung yang tidak dapat dikenalpasti negaranya.


Namun yang paling menarik perhatian adalah berkaitan dengan kata kunci yang turut menyumbang trafik ke blog yangbaik. 

Antara kata kunci yang paling banyak adalah berkaitan jejari runcing.  Ingin dinyatakan di sini bahawa tiada cerita peribadi atau isu-isu yang berkaitan peribadi jejari runcing tetapi semua cerita adalah meminjam istilah berkenaan sahaja. 

Biarpun tiada cerita peribadi tetapi jejari runcing atau blog jejari runcing merupakan kata kunci yang paling top di bulan Ogos.  Mungkin juga ada kaitan dengan kisah peribadi seseorang atau juga yang ada kaitan dengan hubungan seseorang.  Atau mungkin juga akan terus menjadi kata kunci pencarian utama untuk bulan-bulan yang akan datang.

Sedikit sahaja pencarian berkaitan kueh raya atau nama yang dikatakan ada kaitan dengan Makcik Hajja Sitt AlWuzara.  Sedikit juga pencarian berkaitan kebaikan iaitu maksud taqarrub.

Sehingga itu dulu sebuah cerita suka duka perjalanan blog yangbaik untuk bulan Ogos 2011.  Penulis ini dalam kekeringan idea, mungkin juga kerana dah penuh dengan ketupat, lemang, rendang rusa dan kopo O. 

Jangan lupa selepas ini untuk meneruskan amalan Puasa Enam sebaik-baiknya buatlah di awal bulan Syawal dan janganlah tunggu sehingga ke penghujung.  Semoga tidak terlewat dan tidak terlepas untuk melaksanakan puasa 6 di bulan Syawal 1432 / September 2011.