Pageviews

09 Julai 2011

Ilmu yang menjadi beban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ada ilmu yang menjadi beban

Ilmu apa yang menjadi beban... cuba fikirkan?

Selian dari ilmu hitam atau ilmu ajaran sesat yang menyesatkan....




Ilmu itu dipelajari untuk diamalkan, sebagaimana sebuah amal dilakukan untuk dapat menyelamatkan. Karena itu, apabila amal yang dilakukan lebih sedikit dari ilmu yang didapatkan, maka sesungguhnya ilmu itu telah menjadi beban bagi pemiliknya.  (Seorang ahli hikmah)

9 Julai 2011 | Aktiviti Bersih halaman rumah dan Exora bersama keluarga

Assalamualaikum dan selamat sejahter,




Entahlah... tiba-tiba rasa nak buat catatan pasal aktiviti pembersihan rumah pulak.  Macam lah sebelum ni tak pernah bersihkan rumah atau tak pernah basuh Exora. 

Okeylah ini sebenarnya baru perancangan aktiviti hujung minggu, kebetulan umi dengan ayahnya tak kena kerja so, nak ajak alif, diena dan inas... eh inas mana boleh... basuh kereta... agak-agak menjadi tak?  Jangan-jangan nanti depa yang dok main air... jenuh pulak nak bersihkan badan...

Okeh kalau jadi aktiviti seperti yang telah dirancang... aye letak picture kat sini eh..

sekian, selamat membersihkan rumah dan kawasan sekitar...

Bersih itu sebahagian daripada Iman!

08 Julai 2011

Saya Sayang Exora Saya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Teringat suatu ketika, macam biasa yangbaik suka buat ayat tergantung kan?...
Iklan Exora selalu bermain dan berlegar di blog nih... eh macam ada kena mengena pulak.

Tak berapa lama kemudian, Exora buat lah anouncement untuk uji pandu... dan dapat jemputan dri bor eyriqazz.com... eh eh jemputan tu melalui facebook dan terbuka kepada semua yang berminat la kot... Memang nak pergi sangat, tapi apa kan daya memang tak boleh sebab urusan kerja walaupun ujipandu Exora tu adalah pada hari Sabtu.... huhuhuuu  tu yang sedih.... tu

Ha... sesiapa yang tahu, memang akan terasa pelik kan?... sebab buat apa nak pergi ujipandu lagi kalau dah ada... Sesaja jer nak meramaikan majlis dan nak merasa memandu ramai-ramai macam konvoi pulak... hehehe... sajaaa

By The Way... saya memang sayang dengan Exora saya... kerana selain daripada menjadi kenyataan memilik kereta besar, ia juga adalah hasil titik peluh kerja dan rezeki untuk anak-anak juga. Ha! tulah sesiapa yang nak merasa pakai kereta besar kena lah ada anak ramai ... betul tak... Macam Bro Eyriqazz anak baru satu jer, kenalah tambah lagi 2 ker... baru sesuai kan?... Tapi bila dah dapat ujipandu tentu teruja sangat kan.

Sebab yang kedua mengapa saya sayang dengan Exora saya adalah kerana ini
...
dah lama dah bertapak kat Buffered Earnings Nuffnang.  Semoga berterusan dan akan terus lagi bertapak dan kalau boleh mem'banglo' kat sini ehhhh... Ye lah... kalau sekadar bertapak itu untuk khemah jer... dan dah tentu sekejap... tapi khemah ni dah bertapak lama... so untuk lebih lama lagi kena lah buat banglo... macam Banglo kat Puncak Iskandar di Bandar Seri Iskandar... Aye suka sangat...

Selain dari itu, Proton Persona pun sesuai juga dijadikan sebagai kereta kedua kan?

Hmmm.... merapu jer la...

Sekarang nih dok sibuk blogger cari SEO pasal bulan Ramadhan dan Hari Raya... tak pun pasal perhimpunan bersih pada 9 Julai 2011.  Oppss.. bercakap pasal perhimpunan bersih tu... harap-harap nama aye taklah termasuk dalam senarai 91 individu yang dilarang masuk ke KL.  Lagi pun apa nak buat kat KL tu esok... kat sini jer pun tak terlayan dengan segala kerenah dan mehnahnya yang macam ragam...

Ha... cakap pasal Exora semula... boring kan?... lantak aaahhh...

Gambar Exora aye?... hehehe... belum tangkap lagi... dan tak der lagi... nanti aye capture dan boleh kongsi kat mana-mana cerita yang akan datang kan?

Sementara itu, inilah gambar sebenar Exora... hadiah daripada Nuffnang... terima kasih nuff...
untuk ketahui lebih lanjut mengenai Exora.... klik SINI


Okeh nak berehat jap... dah penat lari ke sana ke mari...

Tanda-tanda kebinasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Kita selalu cakap dan bising sana-sini
Dan... kita juga selalu dengar oranglain berkata-kata...
Habis lah... kerja tak siap... lantak... bos marah... habis lingkup le korang...
ketika itu kita rasa low sangat mood dan semangat ... rasa macam rendah diri sangatlah...

Cer hayati bait-bait ayat di bawah nih....

baca dulu....

Lima tanda dari tanda-tanda kebinasaan seseorang : (1) kerasnya hati, (2) bekunya air mata untuk menangis karena takut kepada Allah, (3) sedikitnya rasa malu, (4) besarnya kecintaan kepada dunia dan (5) panjangnya angan-angan.  (al-Fudhail bin 'Iyadh)

...So
Adakah kita ada tanda-tanda yang tersebut di atas?

Tak der kan?

So... maknanya kita belum lagi lingkup....
Bertenang lah... kalau kerja tak dapat nak siap buat salah kita...
Tapi kalau kerja tu siap... kita lah yang terbaik!!!Walaupun orang tak sebut nama kita...
Yang disebut adalah.... pikirlah sendiri...

Ini adalah idea merapu... nak kerja dateline baru....

07 Julai 2011

Hari Khamis dah!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ni... dah hari Khamis, baru jer semalam hari Rabu.
Esok hari Jumaat, lusa hari Sabtu....

Cepatnya hari-hari yang berlalu... terasa seperti tak cukup hari....
hari-hari kena kejar... kejar dateline itu dan ini... baru nak siap dah sampai dateline baru...tetaib belum lagi dateline tu dah sampai dateline baru... dalam satu hari ada 2 3 dateline yang kena kejar...


Lariiiii..........

06 Julai 2011

Wordless Wednesday | Ayat skema dan terasa culas?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
hak milik yangbaik.blogspot.com juga!
tetap juga hak milik yangbaik.blogspot.com!

hak milik yangbaik.blogspot.com yer...

wordless wednesday!

05 Julai 2011

Ketika banyak atau sikit sama saja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


sedang berusaha menggigihkan diri untuk mengemaskini blog...

sori la kawan-kawan... tak dapat nak gegarkan blog kalian yang pernah singgah kat sini... sedang cari laluan juga menggegarkan blog lebih 25 orang yang telah menggegarkan blog yangbaik.... heh

eh... nak semak dokumen ... audit perjawatan dah dekat nih... huhuu... nak nanges ada nak lari pon hado... tapi dah tugas dan tanggungjawab, dulu masa sign agreement tak pulak nanges...

so layan dulu peringatan yang sungguh penting untuk diri kita semua...
Janganlah Anda termasuk ke dalam golongan orang yang apabila mereka berada di tengah orang banyak, mereka menjadikan Iblis sebagai musuh. Akan tetapi, ketika mereka menyendiri, mereka menjadikan Iblis sebagai sahabat dekat.  (Sahnun)
*.*

04 Julai 2011

Cerita terkini selepas Jumaat yang terlepas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Salam tetap ada yer..








awasi anak anda...
jangan mereka bersendirian di luar rumah walau untuk seketika...
kerana pencopek opps penculik kanak-kanak tetap ada dan akan terus berleluasa...



































Sekian, adanya..... sori......

01 Julai 2011

Tanda cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Agak-agak la... bila baca tajuk catatan ni apa tanggapan pertama yang keluar di kotak fikiran yang luar biasa tu?  Tambahan pula hari ini hari Jumaat.  Apa sebenarnya tanda cinta?  Tanda cinta banyak kan... ada yang nampak di mata, ada yang hanya nampak di hati, ada yang nampak dengan perbuatan atau body language dan ada juga yang tak nampak-nampak sebab tak ada rasa cinta maka tak adalah tanda cinta.  Itu rentetan tanda cinta oleh manusia,

Tetapi.... bagaimana dengan tanda cinta kepada Allah? 

Meh layan dulu apa yang dinukilkan oleh Hafidz Hakami.  Siapa Hafidz Hakami? Tak kenal lagi.  Nanti kita sama-sama cari biografinya. Atau ada sesiapa yang kenal dan tahu boleh kenalkan.

~~~~~~~~~

Tanda kecintaan seorang hamba terhadap Allah adalah ia mendahulukan perkara-perkara yang dicintai Allah atas perkara-perkara yang dicintai oleh hawa nafsunya walaupun perkara-perkara dicintai Allah itu tidak disukai oleh hawa nafsunya; Ia membenci hal-hal yang dibenci oleh Allah walaupun hawa nafsunya senang kepadanya; Ia mencintai orang-orang yang mencintai Allah dan rasul-Nya dan memusuhi orang-orang yang dimusuhi-Nya; Dan ia akan berusaha untuk mengikuti petunjuk Allah dan Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam. 
(Hafidz Hakami berkata mengomentari firman Allah Subhanahu wa ta'ala dalam surat al-Baqarah ayat 165)

~~~~~~~~~~~~

*

GEGAR BLOG JULAI 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


GEGAR BLOG JULAI 2011




GEGAR BLOG kembali
Penaja hadiah utama RIZI-BIZ.COM .. memang menarik!!!

Bermula dengan proses kumpul url blog diikuti dengan soalan soalan cepu mas ... dan dah ada soalan kena lah jawab kalau tidak mana nak dapat hadiah... itu pun kalau menang... nasib la kan..

Agak-agak la bulan Julai ni... berapa ribu pulak blogger yang akan digegarkan ?... tunggu dan lihat ajer lah...

Seperti biasa ... aye ni masuk nama jer tapi nak join segmen ke jawab soalan ke tak pernah dapat... ahhh janji dapat promosi blog ... okeh lah kan dapat up skit pageview

Okeh citer panjang tak mau... meh kita GEGAR!!!!!