Pageviews

31 Mei 2011

Menunggu cerita baru tentang blog

Selamat sejahtera,


menanti ...
menunggu...
tibanya bila?
tunggu lah

Hari yang baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari yang baru?
Esok... kerana esok adalah 1 Jun 2011
hari yang baru untuk bulan Jun

Hari ini adalah hari terakhir untuk bulan Mei 2011
Dan... hari ini juga hari terakhir bagi beberapa orang
Hari terakhir di jabatan ini dan esok akan tiba orang baru... bersamaan dengan hari yang baru!!

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !


KATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK....
LARANGAN MEROKOK DAH TAK MENJADI...
HANYA INI SAHAJA SUMBANGAN YANG MAMPU DIBERIKAN SEMPENA HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA

Segmen ringkas sempena HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA pada setiap 31hb Mei, dianjurkan oleh blogger Ben Ashaari

syarat no. 1 dan 2 dah siap.

nak jawab soalan no. 3 pulak... rasa macam kelakar tetapi pada zaman moden yang serba vasss ni... tiada yang mustahil. 

Biarlah apa pun yang berlaku jawapan skema kepada soalan kenapa saya tidak tidak merokok adalah ... Saya tidak merokok kerana saya seorang wanita.  Merokok itu bahaya untuk kesihatan wanita terutama bagi wanita hamil kerana boleh memberi kecacatan pada janin.


Jom sebarkannya .... penyertaannya sangat mudah ..
  1. Buat satu entri.. letak banner kat atas ni ..
  2. Tajuk : AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA ! dan linkkan ke entri ni bukan di sini tetapi di link sini http://www.benashaari.com/2011/05/segmen-24-jam.html 
  3. Siap.. tu jer.. tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini berserta kenapa anda tidak merokok ..

sekian.... KATAKAN TIDAK KEPADA ROKOK!

30 Mei 2011

Memang dah pasti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sesaja boring jer...
tak ada apa nak hupdate kat sini...
baca entry pagi... no komen..
memang tak der komen le...
ater dah tak bagi komen kan...

udah la dulu...merepek jer malam2 nih...

huhuhuu.... dalam berita tadi tengok pasal pernikahan salleh yakob di Kulai... hah... apa Kulai?
no komen jugak...

hah... layan

Isnin blues? | No komen

Selamat sejahtera,

Hari ini hari Isnin
Monday Blues Symptom?
No Comment?
Tak per.. dah biasa
dah banyak entry yang tiada pengomen

So, kalau no comment untuk entry ni pun aye tak kisah...
No heart feeling also!

Sekian.

29 Mei 2011

Saya Mahu Lost World of Tambun Ipoh White Coffee dari Eyriqazz.Com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Saya Mahu Lost World of Tambun Ipoh White Coffee dari Eyriqazz.Com.

Actually ini adalah entry mengejut kerana aye dah kekeringan idea untuk update blog ni... Tetiba terserempak pula dengan contest anjuran Eyriqazz.com.  Oleh kerana saya memang penggemar kopi yang tegar, walau bagaimanapun belum sampai lagi ke tahap ketagih.  Cuma saya memang suka bau dan rasa kopi puteh... Opps! ini bukan keperluan atau syarat penyertaan small contest nih.

Yang sebenar-benar syarat dan keperluan contest boleh lihat di sini.

Dan ini adalah slogan aye untuk menyertai contest ini:-

Saya Mahu Lost World of Tambun Ipoh White Coffee dari Eyriqazz.Com kerana saya adalah pengemar kopi dan saya ingin menikmati keenakan rasa dan aroma kopi percuma dari Eyriqazz.com.

Macam mana?...

Layan jer...

Ada masa bertambah dan ada ketikanya berkurangan | Bukan teka teki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Iman itu bisa bertambah dan bisa berkurang. Ketika kita (banyak) mengingat Allah, kita menjadi takut kepada-Nya, (kita laksanakan perintah-Nya dan kita tinggalkan larangan-Nya) maka pada saat itulah iman kita bertambah. Dan apabila kita lalai dari mengingat Allah, kita lupa akan (surga dan neraka)-Nya, kita sia-siakan (perintah dan larangan)-Nya, maka pada saat itulah iman kita berkurang.  ('Umair bin Khumasyah)

28 Mei 2011

28 Mei 2011 | Pendaftaran Pelajar Baru e-PJJ UiTM (Diploma) dan Pendaftaran Kolej Pelajar Lama (Diploma)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Secara kebetulan pada hari ini 28 Mei 2011 juga ada beberapa jemputan kenduri dan majlis tetapi tidak dapat dihadiri kerana bertugas semasa Pendaftaran Pelajar Baru e-PJJ.  Mohon maaf kepada semua.

Dan... pada hari ini juga seseorang yang penting telah berlepas ke UiTM Dungun untuk menyambung pengajiannya di sana... Good Luck.  Mohon maaf kerana tidak dapat menghantar walaupun untuk ke muka pintu rumah cuma...

Kepada semua pelajar baru e-PJJ selamat melanjutkan pengajian semoga tabah mengharungi setiap detik.  Ingatlah bahawa orang yang menuntut ilmu itu hidupnya penuh dengan pahala.  Bersabar mengharungi ujian dan kuatkan semangat untuk terus menyambung semangat ... yang mungkin pernah hilang suatu ketika dahulu.

Sekian.

Ingat yer! tak nak guna dan jangan guna nama tu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Untuk ingatan kepada diri sendiri oleh kerana dah tau cerita ini.  InsyaAllah kalau ada anak cucu akan datang kalau boleh jangan guna nama tu...

Cerita apa?

Cerita tu pasal seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz .  Baca cerita tu kat sini

Memang! banyak dah blog lain atau akhbar lain yang buat cerita tu, tapi aye jadikan blog kat atas tu sebagai rujukan sebab aye baca kat blog dia... SO!

Tiada salah pada nama tetapi tidak salah juga pada maksudnya.  Tetapi perbuatannya yang tak patut dipersetujui oleh sesiapa juga.  Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada Mohd Ashraf dan sesiapa yang mempunyai hasrat sama dengannya supaya bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Semoga Allah selamatkan kita dan anak keturunan kita dari gejala sedemikian.  Jauhkanlah bala bencana.  Amin.

27 Mei 2011

MAD - Masa untuk kaum hawa sahaja di Tini Spa

Selamat sejahtera,

Di hari minggu ini apa kata kita rehatkan badan dan minda seketika.  Belailah diri dengan jayanya.  Rehatkan diri.  Kerana diri yang sihat adalah kerana mempunyai rehat yang cukup dan belaian yang manja...

Dengan penjimatan sehingga 88% untuk Rawatan Muka Dermalogica + Urut Aromaterapi + Pengetonan Badan + Rendaman Kaki & Sajian Ringan di Tini's Spa di 2 Lokasi Spa Tini iaitu di Ampang dan Shah Alam Selangor.

MAD Deal of the Day: RM48 instead of RM384 for: Dermalogica Facial + Aromatherapy Massage + Body Toning + Foot Soak & Light refreshments at Tini's Spa, 2 Locations.

It'd been a while since we promoted girlie time haven't we? We got this special deal for you! Not only it is a relaxing session, not only its a facial session but also its a body toning session!

So go on bring your girlfriends along and look good together! Also get rewarded with every purchase they make with your link!

Maaflah entry ni bercampur aduk sikit bahasanya.  Untuk dapatkan maklumat lanjut dalam Bahasa Malaysia, sila rujuk di sini.