Pageviews

06 April 2011

Terlibat sudah!!!

Selamat sejahtera,


Setiap kali buat catatan untuk blog pasti ada ucapan 'selamat sejahtera', ucapan ini dibuat adalah sebagai doa semoga pembaca dan terutamanya penulis ini sentiasa selamat dan sejahtera dari segala bala bencana dan musibah.

Terlibat sudah?
Yup!  Sedari mula masuk kerja di tempat baru seboleh-bolehnya tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi atau gossip liar tak kira lah yang hangat seperti goreng pisang panas atau yang dingin seperti ABC. Tak suka jadi bahan gossip, justeru sedaya upaya buat tugas dengan sehabis baik serta kurangkan bercampur dengan group gossip dan menjauhkan diri dari sebarang percaturan tugas yang mendatangkan risiko. 

Namun apa daya, sudah tersilap langkah dan percaturan ku tidak tepat sama sekali, kerana aye bukanlah pandai main catur malahna main dam haji pun tak pandai juga... akhirnya terjebak juga dalam kancah gossip dan kontroversi...

Tak per lah.. yang sudah tu sudahlah jadikan pengajaran supaya jangan diulangi lagi kesilapan yang sama

Ingatan! Jaga tutur kata, tingkahlaku dan gerak geri... jangan sampai terpedaya dengan kerenah dan seribu mehnah.

Sudah lah....

04 April 2011

Isnin, 4 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini Isnin bersamaan 4 April 2011 dan bersamaan dengan 30 Rabiul Akhir 1432.

Syukur Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan pada hari ini.  Mudah-mudahan dikurniakan rezeki yang halal lagi baik. 

Amin.

Esok, 1 Jamadil Awal 1432.  Lepas ni Jamadil Akhir, Rejab, Syaaban dan Ramadhan.... Rindu! Ramadhan.  Ada empat bulan lagi untuk ganti puasa Ramadhan 1431H.  Jangan terbabas...

Sekian.

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Gegar 1,000 blog bulan April bermula.  Segmen tajaan Ben Ashaari.

Terlewat kah aye... ntahkan masuk dalam senarai atau tidak..... tu lah malam tadi dok asyik tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010)... dah terlepas segmen... hampir-hampir terlepas kot..

Cuba jer..

Apa perasaan bila marah?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pernah tak kena marah?
Kesiankan kat budak2 bila kena marah...
bukan tak boleh marah tapi kalau salah tu tegurlah dengan cara yang baik
semua orang ada perasaan
kita pun tak suka bila kena marah kan?




nak tau apa perasaan bila kena marah?
menyampah!!!! benci!!!! meluat!!!

tapi biarlah tak der makna nak menyampah, benci atau meluat kat orang yang marah kat kita ... kan?
kita tak ke mana, dia pun tak ke mana jugak...

so win win situation lah nih...

03 April 2011

Kita yang berbeza

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kita yang berbeza dalam segala bentuk dan rupa, gaya dan bahasa.  Tak percaya?  Bahasa di Perak sahaj dah ada banyak group tu belum masuk lagi bahasa kat Terengganu pun lain-lain jugak.  Cuba check tengok kat Terengganu cakap lagu lain, kat Besut cakap lagu lain pulok.

Okey, bukan nak jadi pakar bahasa atau pakar rupa...

Back... cara kita buat kerja berbeza mengikut kefahaman masing-masing... cara kita mendengan dan bercakap juga berbeza mengikut tahap pick-up kefahaman kita... kan?

So... jangan jadikan perbezaan ini sebagai penghalang untuk kita bersaudara dan bersahabat.  Jangan kerana perbezaan pendapat menjadikan kita saling bermusuhan sehingga tidak bertegur sapa...

Siapalah kita untuk membenci seseorang.  Kebencian Allah itu lebih lagi kepada hambaNya yang tidak bersyukur... So sentiasalah bersangka baik dengan sesiapa sahaja... Apa pun kejahatan yang kita rasakan dia buat pada kita tolak tepi... kalau nak juga... berhati-hatilah dengan percakapan kita agar kita tidak menjadi bahan kebencian orang...

apa lagi... layan jer apa yang dah tertulis ....

*

02 April 2011

Terbuka kepada sesiapa yang belum teka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Nampaknya catatan cuba teka tugas aye dapat sambutan yang agak.... kurang memberansangkan...

oleh itu teka lah... tempoh dan masa masih terbuka kepada sesiapa yang berminat...

yang belum tau... baca kat sini

nak bagi jawapan kat sini boleh, atau kat catatan di atas pon boleh gak...

apa kata jom pakat ramai2 meneka...

Biar betul ! | Biar betul ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Biar betul!
Buat kerja biar betul dan jangan lakukan kesilapan
andai berlaku juga kesilapan ... semak di mana silap dan buat pembetulan

Biar betul?
Kenapa tak betul pulak
betul lah dah buat silap kenalah buat pembetulan
agar kesilapan yang sama tak berulang semual


Betul!!!


layan jer...

01 April 2011

BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

sesaja nak menyibuk... sebab BEN ASHAARI kata AKU TAK SUKA , AKU TAK SUKA LAA !  So... ada aye kesah... idak eh...


Jadi... tak mou banyak cakap (tulis kat sini)... ringkaskan cerita, meh kita baca apa yang Ben nak tau

Sila beritahu kenapa anda tak suka ANONYMOUS ..

-  tak suka ANONYMOUS sebab tak kenal sapa depa, tapi depa kenal kita... heee tak sukaaaaaa


Pengalamanan anda bersama ANONYMOUS.. Ceritakan ..
- Pengalaman?... setakat ni tak der lagi yang menyakitkan mata hati dan perasaan, sebab blog ni tak glamour.. huhuhuu... cuma pernah terjumpa cik ke puan ke encik ke tak tau arrr... dari mana ntah letak cerita yang tak berapa aye paham, satu dalam bahasa Cina lagi satu dalam bahasa Rusia... weh... bahaya tu.. terus letak password kat ruang komen... selamat sikit.


Nasihat anda pada mereka yang gemar mencaci maki dalam blog ?
- nak nasihat bukan senang, belum tentu depa buleh terima sebab depa tu jenis yang suka merapu ... yuhuuu..
okeys... macam nak buat apa buat dok caci maki hamun dalam blog bukan ke perbuatan tu tak baik, bukan jer dalam blog kat mana2 pon tak baik itu bukan budaya kita... BUDI BAHASA BUDAYA KITA!

~~~~~~~~~~~

akhir kata dari penulis:  maaf kepada tuan/puan anonymous... semoga perbuatan yang tak baik tu dihentikan... seyes (ayat ape nih... aye pun tak tau, tapi dah jumpa banyak kali kat dalam blog ben).

sekian..




Kisah bergambar lagi pada 1 April

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


hanya gambar...



no more writing for today's stroy... just a picture...

Biar gambar yang berbicara pada 1 April

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada 1 April 2011 nih... biarlah seharian hari ini gambar yang berbicara... kerna bulan tak bisa ngomong... huh.... ayat sesat nih... jangan percaya...

Dan jangan peduli dengan April Fool ia bukan budaya kita orang Islam dan bukan juga budaya orang Malaysia, okeys...


neither any strory about these picture are related...