Pageviews

02 Mac 2011

Apple iPad 2 Malaysia antara kehendak dan keperluan untuk teman setia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Apple iPad 2 di Malaysia antara kehendak dan keperluan.

Apple Inc merupakan sebuah syarikat multinasional Amerika dalam pasaran peralatan elektronik pengguna, perisian komputer, dan komputer peribadi. Produk hardware terkenal yang terbaik keluarkan syarikat Apple merangkumi Macintosh dari komputer, iPod , iPhone dan iPad .


iPad pertama

iPad adailah komputer tablet, diperkenalkan pada Januari 2010, dan dilancarkan pada bulan April, 2010. iPad ini terutama dipasarkan sebagai platform untuk media audio dan visual seperti buku, majalah, filem, muzik, dan permainan, serta web. Dengan beratnya sekitar 680 gram, menjadikan iPad antara smartphone dan komputer riba yang paling kontemporari. iPad menjalankan sistem operasi yang sama dengan iPod Touch dan iPhone .


iPad kedua

iPad 2 adalah generasi berikutnya dari Apple iPad tablet yang dilancarkan pada tahun 2011. iPad 2 lebih ramping, resolusi paparan serupa dengan iPad saat ini, dan lebih ringan serta saiz skrin 10 inci. Khabarnya iPad2 dilancarkan di Malaysia pada 2 Mac 2011.



Harga iPad

Buat masa ni hasil dari pencarian dari google.com harga iPad 2 adalah sekitar RM2300.00 hingga RM4500.00, dijangka antara harga yang termurah di rantau Asia. Mungkin juga kerana dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk menggalakkan rakyatnya lebih celik IT atau juga kerana tukaran wang.



iPad Kehendak atau keperluan

Pada zaman teknologi maklumat di alaf baru, semua gadget yang berkaitan dengan IT seakan sudah menjadi satu kemestian. Kehendak kepada gadget yang canggih dan terkini adalah kerana mengikut trend terkini dan juga gaya hidup mewah ala-ala zaman moden. Manakala keperluan adalah bagi benda-benda yang perlu dalam hidup seperti untuk kemudahan dalam menguruskan kehidupan mahupun kerja-kerja harian di pejabat.

Jadi, adakah iPad itu satu kehendak atau keperluan? Terpulang kepada kemampuan kewangan dan kebolehan IT serta minat individu ke atas gadget IT yang terkini yang semakin meluas.





*.*

01 Mac 2011

Bila bercinta dengan tasbih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Bila bercinta dengan tasbih.  Sejak bila mula bercinta dengan tasbih dan mengapa bercinta dengan tasbih?

Bercinta dengan tasbih memang bagus, hari-hari dan saban waktu setiap detik hati akan sentiasa berzikir ingatkan Allah.

Tapi... jangan pula bila tiada tasbih di tangan hati mula lupakan Allah.  Allah itu sentiasa di hati, walau tanpa tasbih, kerana tasbih itu pada aye hanya sebagai alat untuk membilang dan memudahkan kita untuk berzikir kerana ia dapat memberikan penghayatan dan bilangan zikir yang telah diungkapkan oleh lidah atau juga hati.

Kelebihan tasbih yang lain adalah bukan sahaja untuk membilang dan menggerakkan buahnya untuk zikir kepada Allah.  Aye ingin kongsikan antara kelebihan tasbih selain dari di atas.... sebelum tu aye mohon maaf dan mohon pengertian ini bukanlah ajaran songsang atau ajaran sesat... tetapi sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi dari seorang Ustaz.  Eh... celoteh panjang pulak...

Caranya (ewah... macam resepi pulak)... pegang tasbih di bahagian atas atau kepala tasbih dan dibiarkan tergantung di atas makanan atau minuman tanpa menggerakkannya (tangan mesti tetap dan tidak bergoyang).  Dalam beberapa saat, perhatikan tasbih itu dengan sendirinya akan bergerak dalam bulatan sama ada dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri seperti pusingan jam atau lawan arah jam.

Tasbih berkenaan akan bergerak dalam kelajuan yang berbeza mengikut kekuatan zat makanan atau minuman tersebut.

Pergerakan tasbih mengikut arah jam (kanan ke kiri) bermaksud makanan tersebut adalah baik dan sesuai untuk dimakan.

Sebaliknya jika tasbih berkenaan berputar berlawanan arah jam (kiri ke kanan) memberi makna makanan berkenaan kurang sesuai atau tidak elok untuk kesihatan dan cuba kurangkan pengambilannya.

Kesimpulan:
1.  Biarpun makanan yang diambil itu adalah dari sumber yang halal atau sememangnya halal tidak semestinya ia baik dan sesuai untuk dimakan dalam kuantiti yang banyak. 
2.  Yang pentingnya anda cuba sendiri di rumah dan perhatikan apa yang berlaku dan kaitannya dengan pengambilan serta kesihatan.  Sebagai contoh makanan segera dan nasi.

Sekian, semoga mendapat manfaat

Suami isteri itu seharusnya bagaimana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Suami isteri itu seharusnya bagaimana?  Seharusnya siapa sahaja yang sudah berumahtangga mengetahui bagaimana sepatutnya suami isteri itu harus berlangsung.  Bukan itu sahaja bahkan sesiapa sahaja yang bakal mendirikan mahligai 'bertangga' itu harus mengetahui apa sepatutnya.

Berkongsi pandangan dan tips berumahtangga hasil dari tontonan rancangan Semanis Kurma bersama Dato' Ustazah Siti Norbahyah di TV9 beberapa hari lepas.  Dalam kehidupan berumahtangga, suami isteri itu seharusnya:

1.  Saling sayang menyayangi
2.  Saling hormat menghormati
3.  Saling bertolak ansur
4.  Saling percaya mempercayai
5.  Saling faham memahami

.