Pengikut

28 Februari 2011

Mutiara: Jalan Mujahadah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,




Barangsiapa mengoreksi batinnya dengan muraqabah (senantiasa merasa diawasi oleh Allah) dan ikhlas, maka ia akan menghiasi lahirnya dengan mujahadah dan mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alahi wasallam, karena Allah berfirman, 'Dan orang-orang yang bermujahadah untuk Kami, niscaya akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.' (al-Ankabut : 69)

(Al-Harits)

27 Februari 2011

Sejak bila Inas bertukar jadi Sofea

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Entah bila nama Inas bertukar jadi Sofea, tiba-tiba malam tadi si dua beradik kat atas tu tiba2 memanggil adik mereka dengan nama Sofea. 

Bila di tanya kenapa tukar nama adik?... Kata mereka saja suka2 lagipun nama Sofea kan sedap dan dah lama tak jumpa Sofea... Haa.....macam tak percaya pulak. Gara-gara rindukan Sofea nama adik sendiri ditukar.... hishh tak patut betul kome berdua ni...

Sofea, adalah nama kawan mereka suatu masa dahulu (macam lah lama sangat!), semasa tinggal di RPA Kg Makmur.  Pada awal tahun 2010 Sofea telah ikut Mummynya berpindah ke Perlis.  Jadi semenjak itulah mereka tak pernah berjumpa... Anak2, kadang2 mengigau tengah malam menyebut nama Sofea...

Sayangnya gambar mereka bermain bersama Sofea tak pernah di capture.  Sofea dijaga oleh Makcik An, jiran sebelah rumah dulu.  Tengahari atau awal petang Sofea akan pulang ke rumahnya di Tg Tualang setelah Mummynya pulang dari sekolah di Air Kuning.  Kami pula bekerja jam 5.00 atau 6.00 petang baru pulang.  Mana sempat jumpa Sofea.  Kalau dapat jumpa Sofea pun sekejap, kalau Mummynya lewat pulang kerana urusan di sekolah.

Kasihan anak-anak ku... kerinduan rupanya....

26 Februari 2011

Servis Kereta di Tiang Siang Sitiawan | Guna Petronas Syntium Dapat Mug

Assalamualaikum,


Catatan dibuat bagi pihak seseorang yang telah dengan gigihnya baru-baru ini servis Proton Exora 1.6 (MT) di Tiang Siang, Sitiawan.  Servis untuk kali yang ke berapa 'tak hingat'...

Antara kandungan dalam servis berkenaan adalah Petronas Syntium 800 SL 10W/30 ... dapat hadiah mug cantik macam dalam gambar kat atas (abaikan X kat bucu gambar)

Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Tiang Siang memang tip-top tetapi belum lagi mencecah 10/10 atau 9/10.  Semasa menunggu kalau boleh bawa laptop Toshiba Satellite L200 atau notebook 1Malaysia, iPad pun buleh jugak... naik tingkat 1 kat cafe ada ruang untuk berblogging atau berfaceblog kerana di situ ada ruang wifi percuma, sambil minum secawan nescaffe bersama roti bakar, agak2 nak santai lagi buleh makan aiskrim... Magnolia sherbet?... tak tengok lagi... rasanya tak der kot sebab peti aiskrimnya kecil jer.  Selain dari itu boleh merayau-rayau kat ruang pameran tengok jugak berbagai jenis kereta antaranya Honda, Toyota dan Perodua.  Dah puas merayau boleh baca surat khabar atau menonton tv.

Kalau nak beli kereta pun buleh juga.  Cari En Haship, layanannya memang memuaskan.

...