Pageviews

07 Oktober 2010

NOT THE OWNER of RM

Assalamualaikum dan salam sejahtera


fulamak!  Red mummy (RM) buat Contest Meletup Top Top, nasib lagi tak kena histeria.  Mana tidaknya, setelah sekian lama ikut Red Mummy (bukan ikut punggung yerk) ikuti perkembangannya saja, tapi bukanlah pengikut fanatik. Baru kali nih dapat peluang join contest Red Mummy.  Nak tau hadiah apa? layan jer gambar nih...

 selain dari Hugo kat atas tuh, ada 7 lagi hadiah misteri... apalah yang misteri nyer... nak teka sikit... hadiah dari Medan kot... hehehe


Aye mula ikuti perkembangan Red Mummy semenjak beberapa bulan kebelakangan nih, terutama semenjak keluar dalam paper... kata pengikut tapi paper apa 'haram' aye ingat... sedey-sedey...


Bulan lepas aye mulalah jadi pengikut (follow) Red Mummy secara full time (macam kejer pulak...).  Yang bestnye dah jadi pengikut kena rajin bagi komen... dapatlah masuk dalam senarai top 10 commentators, alahai komenpun biarlah yang membina...


Berbalik kepada Red Mummy, kalau singgah kat blog Red Mummy memang tak rugi sarat barat dengan info dan cerita.   Tapi itu semua ikut sukalah kalau nak baca... bacalah kalau tak nak tak yah susah-susah...
Red Mummy... amik kat header blog


keluarga bahagia RM


Apa lagi nak citer?...
Asalnya aye confius juga nak buat tajuk entry untuk join contest nih, tapi tak kisahlah kalau RM buleh terima tajuk nih kan... syaratnya pun tak nyatakan nak kena buat tajuk apa... atau ada ayat yang aye tak paham ker?


Not the owner of RM
hehehe... aduyai baru nak buat citer berkaitan dengan tajuk pulak.  Jangan pulak terkejut yer background blog nih tak der kaitan dengan RM coz this blog is not belonging to RM @ Not the owner of RM... this blog is belong to me (yangbaik - YB, boleh?).  Background dah tukar ke kaler merah dah beberapa hari dah dan kebetulan pulak hari ni RM buat contest, macam ada kemistri (chemistry) pulak... yuhuuuu

Nak stop kat sini dulu... lagi pun kalau mengarang panjang2 nanti muntah monggek pulak RM nak bacanya... jadi lah dulu yer... dan lagi... ada kejer menunggu (lagi....)


kalau nak join contest ni cepatlah... apa-apa syarat baca kat link contest Red Mummy.  Contest ni tamat pada 8.10.2010

sekian.

p/s:  aye tak pandai lagi buat sticky post, dah jumpa tip tapi maleh nak belajor...

06 Oktober 2010

susu yang tak habis...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


kesian ada marah ada geram pun ada dengan anak2 nih...
minum susu selalu jer tak habis
lepas 3 jam dah kena buang
kalau tak buat kesian pulak, budak2 nak minum apa lagi
tak kan nak bagi minum air masak atau air kopi pulak...

oh, anak2 aye minum susu dutch lady
ada ketika dulu pernah bagi minum susu dumex
tak berapa nak jalan
lagi kerap tak habis
masa kecik2 dulu bagi le minum susu anmum
oleh kerana anmum tak der perisa coklat
makanya cinta susu pun beralih arah la pulak

...

05 Oktober 2010

NAK MENYEPI DAN MENYENDIRI SEKETIKA : DUDUK DIAM-DIAM

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

nak buat apa pun buatlah
itu pun nak kabor ker
saja nak penuhkan ruang dan masa
sementara nak menyepi
bukan duduk saja
tapi nak buat macam-macam kerja

so sementara tu layan jer idea yang ada nih
nak layan maxis ker... ada talian 60007
talian untuk apa yerk... korang cari lah sendiri
aye nak masuk bilik kebal jap
(lama oi... dah tinggal bersawang bilik tuh)
tak lama lagi blog ni pun nampak macam nak bersawang gak nih...

lagi ...
kalo ada kuar iklan apa-apa kat blog nih...
layan jer lah...
eh eh macam dah langgar pantang nuffnang plak
pantang kat seksyen 6... yer ker....
tak salah pun cuma buat entry jer
entah keluar iklan ke idak tak tau ler..
layan

04 Oktober 2010

cerita apa menarik malam selasa nih?... ehem ehem

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

salam tetap beri, walau dah tengah malam, kerana salam itu tanda sejahtera kepada semua yang membaca
wajib jawab? nak jawab tak per (dapat pahala), tak nak jawab pun tak per (tak der pahala) itu jer.

entri tengah malam, ketika menemani mr hubby menonton emergency 2010 di tv9 - kisah penyelamat (bomba) bertugas tak kira masa untuk masyarakat...

(gambar hiasan - dari koleksi peribadi, mainan alif yang dah hancur sekarang nih... huhuhuhu)

streamyx dah tiba.... huyeh huyeh

Assalamualaikum,

gambar hiasan
entri pengenalan
bukan nak menunjuk-nunjuk
sebabnya aye jer baru pasang streamyx
orang lain dah ke depan dah guna macam-macam
termasuklah broadband (ada orang kata berukband... hehehe)

lepas ni... agaknya saban malam tak lena tidur ler gamaknya
esok-esok kat ofis dok ngantuk jer... manakan tidak malam dok berstreamyx jer...

Rahsia Pewangi Victoria

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

apa khabar semua
tak terkejut ke dengan tajuk entri
hehehe... sebenarnya tajuknya telah diMelayukan dari tajuk asalnya iaitu Victoria's Secret
pandai pandai jer translate ayat orang guna ayat sendiri

tak usah banyak citer la
kalau nak dapatkan pewangi ni secara online senang jer
klik kat blog Itsy Bitsy Secrets... macam-macam perfume berjenama ada
cubalah

salah satu perfume yang ada
harganya memang berpatutan
bukan saja perfume
brooch dan telekung pun ada...

03 Oktober 2010

kembali jua akhirnya...

Assalamualaikum,

entri ringkas jer nih...just nak buat citer,
nak ucap terima kasih banyak kepada mr. nuffnang
kerana telah mengembalikan mr. BE ke blog yangbaik
setelah sekian lama menyepikan diri...
kali ini untuk bulan oktober barangkali tak tahu lah berapa lama boleh bertahan

menarik juga... kerana BE kali ini adalah berkaitan hartanah oleh Sunway Velocity
kalau ada yang berminat boleh ler... terjah laman web berkenaan
banyak informasi berkaitan perumahan dan segala yang berkaitan dengan hartanah di tengah-tengah bandaraya...
lagi satu sound background juga sedap didengar...


http://www.sunwayvelocity.com/

~~~~~~~~~~
note:  satu lagi iklan khidmat masyarakat @ yangbaik

Pernah shopping kat IKEA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

pernah dengar IKEA
tapi tak pernah singgah store IKEA
pernah tengok iklan IKEA
kat surat khabar jer
pernah juga tengok iklan IKEA kat blog
iklan IKEA kat tv ... ada juga
kat blog aye...ada singgah sekejap iklan IKEA
tapi tak lama... mungkin sebab tak der apa yang penting kot kat sini
sebab tak pernah buat entri tentang IKEA
nih nak buat entri tapi ... macam tak berkualiti jer... maklumlah idea spontan

pernah juga baca entri tentang IKEA
tak ingat pulak kat blog mana
tajuknya lebih kurang... barangan IKEA bahaya
BAHAYA?.... tak baca habis pulak isi ceritanya
setahu aye... barangan IKEA yang terbaik, ada kualiti dan juga mesra pengguna
ada kesempatan nak juga dapatkan satu atau dua koleksi IKEA
untuk rumah baru.... ye yehhh ... macamlah nak pindah rumah dah...belum tahu lagik...
perabot kat rumah lama ni... nak letak mana, masih elok lagi...

walau apapun mesti singgah juga kat store IKEA
tengok sendiri dengan mata sendiri
tengok kat iklan tv atau iklan kat blog mungkin tak puas
tengok katalog pun jadilah
eh.... eh... katalog IKEA 2011 dah keluar... tau ker?
aye baru tau jer....
untuk gambaran lebih jelas lagi klik kat kat Katalog IKEA 2011

~~~~~~~~~~~
p/s:  iklan khidmat masyarakat untuk IKEA

02 Oktober 2010

faham ker apa maknanya? : banyak pula tanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

kekadang tidak faham dengan sesetengah perkara atau perkataan
ada masanya kita tidak suka dengan sesuatu perkara
ada ketika juga kita tidak suka dengan seseorang
mengapa tak suka
sebab banyak tanya...
eh, kan ada pepatah melayu - malu bertanya sesat jalan
ada juga falsafah mengatakan kalau tak tanya mana nak tahu
(entah falsafah dari mana pulak)

pernah suatu ketika dalam entri mood hari raya keluar ulasan macam-macam 
apa makna bahasanya 'haram' sepatah pun aye faham
adalah satu ulasan jer yang aye faham... lagi tujuh... ntah apa-apa
sebab bahasa asing... memang tak faham
lantas aye buat satu lagi entri berkenaan bahasa berkenaan kat ulasan dari Rusia
saja nak bercerita tentang bahasa tu... ntah ya tidak tak tau la... bukan faham pun.

alih tak alih (bukan harta alih atau harta tak alih) tiba pula hasil pencarian berkaitan bahasa tu kat blog aye...
nak tengok?... tengok kat gambor nih...
nak tau apa yang dicari?.... arabskii yazik, skachattorrent
maksudnya?... belum cari lagik...

udah lah citer banyak2... nanti jemu pulak...

01 Oktober 2010

malas dan mengeluh... dah jadi biasa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

usah bermalasan
kerana malas itu kunci
kunci yang menutup segala pintu
pintu untuk berbuat kebaikan

kebaikan itu satu kewajiban
andai malas melanda diri
cepatlah sedarkan diri
kerana malas itu membuka jalan
menuju ke arah keburukan

sukakah dengan keburukan?
tidak suka (geleng kepala)
sukakah dengan kebaikan
semua suka (sambil angguk kepala)

kalau malas juga
elakkan mengeluh
kerana mengeluh juga tidak baik
kerana mengeluh juga sabar akan hilang
langsung jadi malas

simpulkan malas dan keluhan itu
buangkan ia jauh-jauh...
nun di sana
jangan sampai tangan ambil
jangan sampai kami jejaknya...

~~~~~~~~~~~~

Wahai anakku, Jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, karena sesungguhnya kedua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan. Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu. Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu.

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)