Pageviews

13 September 2010

Entry tanpa gambar di hari raya Aidilfitri ke-4

Assalamualaikum dan salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin

Seminggu telah berlalu blog ini dibiarkan sepi tanpa entri
Bukan kerana tiada cerita untuk dikongsi
tapi kerna tak jumpa port dan line untuk berkongsi
lalu hari ni dipinjam sekejap notebook adik dan juga line streamix
(betulke ejaannya???)

banyak cerita untuk dikongsi
andai tiada yang sudi membaca tidak mengapa
kerana entri seakan diari
untuk mengubat keresahan hati yang melanda

tanpa diduga apa yang pertama kali semuanya tak menjadi
biarpun untuk pertama kali ini sungguh mengundang rasa teruja yang teramat
namun teruja itu seakan memakan diri dan jiwa
adakah kerana ego atau kerana terasa diri sudah terlalu handal
hingga terlupa pepatah melayu lama
"malu bertanya sesat jalan"
biarpun banyak tempat untuk bertanya
namun lidah seakan kelu dan langkah kaki seakan kaku untuk ke situ...

namun keresahan dan gelodak yang melanda jiwa terubat juga ...
sempena hari yang mulia hari raya
saling bermaafan dan berkunjungan ke rumah saudara mara
biarpun sesekali perasaan itu tiba jua.... ku ubati luka dengan tawakkal...

sekian, maaf dipinta kepada sesiapa jua yang pernah terluka sama ada sengaja atau tidak...
kita mampu merancang
sesungguhnya yang baik itu adalah anugerah dari Allah
dan kekurangan itu adalah kerana kelemahan hambanya yang yang daif ini...
Tuhan ku songsong masa silamku....

08 September 2010

Dalam mood hari raya neh...

Assalamualaikum, salam Ramadan dan salam Lebaran,

Dua tiga hari ni... mood kerja pun dah makin berkurang pulak
maklumlah... raya dah dekat bibik pun dah balik kampung
aye pulak... apa lagi... coti panjang ler... sapa nak jaga anak2 neh....

Kepada semua pengunjung yang baru menjengah, selalu menjengah dan akan menjengah kat blog nih...
Aye menyusun jari sepuluh mohon maaf banyak-banyak andai kata terkasar bahasa dan terguris rasa sepanjang ayer berbloging...
almaklumlah kita ni kekadang dalam dok asyik berbloging tak terperasaan pulak ada ayat yang orang tak suka...

(kad raya tahun lepas... tak sempat nak buat kat raya tahun nih...untuk lebih jelas klik pada gambar yer...)

"Banyak orang gembira yang tertipu. Dia makan, minum dan tertawa, padahal telah jelas di dalam kitab Allah bahwa dia adalah bahan bakar neraka"

(Bilal bin Sa'ad)

07 September 2010

apa yang dilukis hanya dia yang faham

Assalamualaikum dan salam Ramadan,

Sekadar berkongsi
lukisan yang dilukis oleh pelukis cilik
apa maksud lukisannya
hanya dia yang tahu
ummi.... tak tau...
sebab ummi bukan orang seni...
biarpun seni itu indah...

layanlah...
gambar2 berikut.....

guna latarbelakang biru... sebab dia suka warna biru...

latarbelakang hijau... sebab dia suka juga warna hijau...

sebenarnya banyak lagi yang dilukis...
setiap kertas tu di belakangnya juga ada lukisan
bila dilukis tak tau la...
yang pasti sekejap jer...
habis kertas dan buku nota ummi...

dan nak tau siapa pelukisnya?
~
~
~
~
~

ini dia.... pakar conteng dinding jugak... dan yang nampak mata tu.... hehehe.... kuat menyakat dan mengusik...habissss..

06 September 2010

Akhirat, dunia dan hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nothing much to write down, just for remember and please no heart feeling....

(gambar tiada kaitan dengan isi cerita)

"Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina"


(Abu Sulaiman Ad Daroni)
~~~

05 September 2010

Ada apa dengan facebook? bukan salah siapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

sejak kebelakangan ini dan serasanya dah lama jugak
sering diperkatakan tentang keburukan dan kebaikan facebook
ntah di mana silapnya... nampak semacam banyak keburukan walaupun disebaliknya masih ada kebaikan

yang menjadi buruknya
bila hilangnya atau tiadanya integiriti di dalam diri ahlinya
kenapa integriti?
Integriti adalah berkaitan dengan kejujuran dan sifat keikhlasan dan apa juga yang berkaitan dengan sifat dan sikap yang penuh dengan kebaikan

mengapa nak membebel?
sebab rasa tak berapa suka dengan sikap sesetengah member/ahli
kenapa tak suka?
tak suka kerana suka menyebarkan berita yang bukan-bukan
walaupun sekadar untuk suka-suka atau gurauan....
namun gurauan itu seakan nak menikam rakan sendiri
macam musuh dalam selimut... sebenarnya aye tak suka guna ayat ni, tapi terpaksa guna
sebab... nampak baik tapi berselindung disebaliknya sikap yang tak baik...
dah terkena ker?
hampir-hampir terkena... dan memang dah kena kot...cuma tak berapa jelas... tapi dah terang dah ....

untuk rakan-rakan di facebook...(yang berkenaan jer)
mohon jasabaik janganlah suka menyebar fitnah
fitnah?
ye lah... fitnah... kalau berita tak benar...fitnah lah tu...
jagalah rumah tangga sendiri dan peliharalah keharmoniannya...
jangan kerana hanya suka-suka atau sekadar jenaka....rumahtangga orang lain bakal bergolak... tak baik untuk kesihatan ..
kenapa kesihatan?
hanya orang yang tak sihat yang suka buat cerita bukan-bukan dan menjadi penyebab (virus) kepada kemusnahan orang lain...
hentikan penyebaran berita yang tidak benar dan dusta...

stop!

kalu tak masih tak faham juga...
sudah-sudahlah melaga-lagakan orang lain yerk...
cukuplah dengan apa yang telah dibuat...
terlajak perahu boleh diundur...
terlajak kata.... lu pikirlah sendiri...

04 September 2010

Antara Exora, Hujan dan Ribut serta Pendapat

Assalamualaikum dan salam Ramadan,

kita biasa naik kereta
kalau dulu-dulu naik motor dan keter second hand jer
pas tu ada duit sikit (rezeki dari Allah) beli la keter baru pulak

kita biasa minta pendapat orang
kerana kita mungkin pada masa tu tak buleh fikir... kot
tak pun pada masa tu saja nak test pendapat orang lain
tak juga... pada masa tu nak tau sama ke tidak pendapat kita dengan orang tu...

kita biasa dengar pendapat orang
sebab kita dah tanya/minta
kekadang tanpa ditanya

bila kamu bertanya pendapat orang lain
dan bila orang tu bagi pendapat
apakah kamu akan terus terima pendapat itu?
atau kamu akan fikir dulu
maksudnya kaji dulu... boleh pakai ke tidak
andainya kamu terus terima pendapat orang itu
dan kiranya pendapat orang itu akhirnya menyusahkan kamu
adakah kamu akan marah atau berang dengan orang itu
kerana bagi pendapat yang salah dan tak sama dengan kamu
kerana kamu mengharapkan orang itu bagi pendapat yang betul dan sama seperti kamu
kamu harus ingat bahawa tak semua pendapat dan pemikiran orang itu sama dengan kamu
kerana tak semua orang mempunyai otak dan cara pemikiran yang sama dengan kamu

dan kepada yang memberi pendapat pula
jangan cepat kecil hati andainya pendapat kamu tak diterima
jangan juga cepat kecewa andainya kerana pendapat kamu itu (bila diikut) menyusahkan orang
kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi
dan bukan kita yang menentukan segala nya.

boleh faham ker... citer nih...
aper-aper ajelah....

~~~

03 September 2010

Ada apa dengan Red Mummy atau Ben Ashaari atau Denaihati

Assalamualaikum dan salam Ramadan,

tak der ape nak citer petang-petang nak bergosip jap...
bukan gosip buat dosa tau...eh- eh mana tau
yer la aye bukan nak kutuk Red Mummy
Just saja nak sembang2

Agak lama juga aye ikuti Red Mummy
tapi... dalam diam jer
akhirnya pada hari ni aye masukkan Red Mummy dalam blog list yang baik
hehehe... harian hairan ke?
itu pun nak citer ka...
saja nak masukkan dalam diary ni...
sebab Mr Ben masukkan blog yangbaik dalam kategori tulis diari... huhuhu... terima kasih juga... tulis diari tapi ada harinya... culas juga...

pasal apa masukkan nama depa dalam blog nih...
ha... tu la tip yang aye dapat dari Denaihati...
kalo nak PR blog kita naik...
rajin-rajin le... berhubungan dengan blogger yang terkenal
ada sesetengah blogger kata... 'nak tumpang PR'... sama lah cam aye gak... buleh kan?

nak letak gambor blog depa tu... worried juga kot2 nanti kena sama pulak...
letak citer dan link jadilah...

02 September 2010

kejadian sepanjang ogos 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berikut aye nak kongsikan beberapa pencarian dan lawatan sepanjang bulan Ogos 2010 di blog yangbaik.  Maklumat ini aye perolehi dari Mr. Nuffnang.

lawatan dari Malaysia, Indonesia, United States, Norway, Singapore, Brunei, India, Germany (pun ada), Taiwan dan Saudi Arabia.

cerita sebuah pencarian, yang paling banyak mendahului adalah alasan cuti ... mengapa yer... dan yang paling tak suka tentang pencarian yang dikaitkan dengan nama anak aye... sedey (lol)

cerita sebuah rujukan dari rakan blogger, yang paling banyak melawat adalah Cikgu Ri dan Ben Ashaari ... kalau nak lebih ramai lagi pelawat dari blog Mr Ben kena rajin update blog.... sebab pengunjungnya ramai dan follower Ben juga ramai dah hampir mencecah RM3000... macam artis plak...hehehe

bilangan pengunjung yang datang tengok saja seramai 2290 dan yang unik seramai 1151 ... unik sebab rajin membelek kat blog nih....

sekian adanya...layan....

Doa untuk wanita cantik...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

nak kirim doa buat semua sahabat blogger yang berstatus wanita
hehehe....


DOA UNTUK WANITA CANTIK, doa ini aye dapat melalui email dari seorang sahabat yang cantik dan aye nak kongsikan dengan semua yang membaca blog ini...

"Ya Tuhan, jadikan wanita yang membaca ini menjadi wanita yang cantik, kuat, sabar, sehat & di sayangi banyak orang.  Tolong tingkatkan kehidupannya. Begitupun jika dia melangkah, selamatkan dia".
Amiin.


*p/s:  untuk kaum lelaki kalau terhingin gak... tukar la ayat ... buleh ajer...

01 September 2010

Ada apa dengan tangan kiri?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan... Salam Merdeka jua untuk semua...

sekadar perkongsian maklumat
"Janganlah kalian makan dengan tangan kiri sebab setan itu makan dengan tangan kiri".
(HR Muslim)