Pageviews

30 Julai 2010

Kemuliaan Bulan Syaaban

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dalam sedar dengan tidak, bulan Syaaban semakin menghampiri ke penghujungnya...  namun begitu rasanya belum lagi terlewat untuk dipaparkan artikel berkaitan kemuliaan bulan Syaaban, yang diterima dari seorang sahabat. 
~~~~~~~~

Sedar tak sedar kita kini sudah berada pada bulan Syaaban . Masa berlalu dirasakan begitu pantas sekali. Ini juga bermakna umur kita semakin meningkat dan sewajarnya kita sentiasa bermuhasabah iaitu sudahkah kita melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada kita dengan sempurna, dan sudahkah kita bersedia dengan amalan-amalan yang akan dibawa menemui Allah?

Bulan Syaaban menyusul selepas daripada bulan Rejab. Manakala selepas itu, akan datang pula bulan yang mengandungi penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak. Namun, Apabila tibanya bulan Rejab dan Syaaban, kita seringkali mendengar hadis-hadis mengenai mengenai bulan-bulan ini akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya ialah hadis:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. Hadis ini adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia adalah hadis palsu. Apabila membicarakan tentang bulan Syaaban, maka sewajarnya kita merujuk kepada riwayat-riwayat yang sahih dan yang diterima oleh para ulamak agar kita tidak termasuk dalam golongan 'pak turut' yang hanya melakukan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Sedangkan Islam itu sendiri adalah agama ilmu, maka sewajarnyalah apa yang hendak dilakukan mestilah berteraskan kepada ilmu.

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, tidak ada suatu pun keistimewaan pada pertengahan bulan Syaaban (nisfu Syaaban) sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat pada hari ini. Sebaliknya peristiwa besar yang berlaku pada pertengan bulan Syaaban ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa ke Masjid al-Haram. Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di dalam Surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:"Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka kearah al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"

Selain daripada peristiwa tersebut, sesuatu yang sahih daripada nabi pada bulan Syaaban ini ialah nabi saw memperbanyakkan berpuasa sunat sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan bahawa:

"Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka (tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban."

Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).

Justeru, daripada hadis-hadis di atas, kita mendapati bahawa nabi saw amat mengambil berat untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban. Di samping itu, sesiapa yang masih berhutang puasa pada Ramadhan yang sebelumnya seperti wanita yang meninggalkan puasa kerana 'datang bulan', maka inilah waktu yang sesuai untuk mempastikan agar segala 'hutang' dilunaskan sebelum tibanya bulan Ramadhan. Sebagai mencontohi sunnah nabi, kita juga sewajarnya memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban yang mulia ini.

Di samping berpuasa, kita juga boleh memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang lain untuk memepertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dan sebagai suatu persediaan untuk memperbanyakkan lagi amalan pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh dilakukan selain daripada berpuasa ialah membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berzikir, memperbanyakkan solat sunat, bersedekah bagi menolong meringankan penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim, melakukan amalan kebajikan, memohon keampunan untuk ibu-bapa, memohon restu kehadrat Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan sebagainya.

Persoalan seterusnya yang selalu timbul dalam masyarakat kita ialah amalan pada malam nisfu syaaban. Biasanya pada malam nisfu syaaban, masjid-masjid dan surau-surau akan merayakan malam tersebut dengan amalan-amalan tertentu. Di beberapa tempat di negara kita, pada malam nisfu syaaban, orang ramai biasanya berkumpul di masjid-masjid dan mereka membaca surah yasin bersama, kemudian melakukan solat sunat dua rakaat dengan niat panjang umur, solat sunat dua rakaat lagi dengan niat agar menjadi kaya dan tidak tergantung pada orang lain, dan sebagainya. Setelah itu, mereka membaca doa yang panjang, iaitu doa yang dikhususkan bacaannya pada malam tersebut.

Menurut al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi , tidak ada satu hadis sahih mengenai keutamaan malam nisfu syaaban, dan semua hadis mengenainya bertaraf dhaif yang tidak boleh diamalkan. Walau bagaimanapun terdapat hadis mengenai fadilat malam nisfu syaaban yang dianggap Hasan oleh sebahagian ulamak, walau ia telah didhaifkan oleh sebahagian ulamak lain. Hadis tersebut ialah: “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah.

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan pada malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan tertentu pada malam tersebut (sekiranya dianggap sebagai satu kemestian dan wajib seperti ‘mesti’ membaca Yasin sebanyak tiga kali, dan menunaikan solat-solat tertentu sempena nisfu syaaban) adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya 'Fatawa Mu'asirah', “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya".

Inilah juga pendapat majoriti ulamak seperti Sayyid Sabiq, Prof Mutawalli Sya'rawi, Dr Abdul Karim Zaidan dan sebagainya. Begitu juga dengan doa khusus yang dibaca pada malam nisfu Syaaban, ianya bercanggah dengan nas al-Quran dan Hadis. Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi.

Justeru, daripada pandangan-pandangan ulamak yang dikemukakan di atas, adalah menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk memahami dengan sejelas-jelasnya agar kita tidak termasuk dalam golongan yang membuat sesuatu amalan itu secara membuta-tuli. Ini bukanlah bermakna bahawa kita tidak boleh melakukan amalan pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita tidak boleh melakukan amalan-amalan yang tidak diasaskan oleh nabi dan yang bercanggah dengan hukum syarak seperti menunaikan solat sunat khusus untuk panjang umur pada malam nisfu syaaban.

Namun, untuk membaca ayat-ayat al-Quran tertentu seperti Yasin dan seumpamanya, maka ia boleh dilakukan tetapi dengan syarat kita tidak ‘mewajibkan’ bacaan Yasin sebanyak 3 kali dan seumpamanya. Alangkah baiknya juga kalau pada malam itu juga diisi dengan program pengajian ilmu agar pemahaman terhadap ajaran Islam semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Justeru, amalan-amalan sunat seperti membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, berpuasa dan yang seumpamanya hendaklah dilaksanakan bukan sahaja pada malam nisfu syaaban, akan tetapi kita hendaklah beristiqamah melaksanakan amalan-amalan kebajikan tersebut pada bila-bila masa sahaja siang ataupun malam. Sesungguhnya apabila kita dapat melaksanakan sesuatu amalan dengan penuh keikhlasan dan amalan tersebut bertepatan dengan hukum syara', maka kita akan tergolong daripada umat Islam yang menuju ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Perbanyakkanlah amalan sunat di bulan Syaaban sebagai suatu persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak!.

Terima kasih kepada Ust. Md. Azmi Sukaimi, UiTM Perak.

29 Julai 2010

Buat sahabat yang berkunjung di facebook

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

kepada sahabat-sahabat yang berkunjung ke facecook aye
mohon maaf banyak-banyak
kerana sudah lama tak buka muka buku
kerana apa?
jangan ditanya
hasrat hati nak tutup jer...
tapi tak sampai hati...
mungkin ... tungggu jer lah...
ada mood nanti aye buka lah muka buku tu....
untuk itu buat masa ini cerita terkini
hanya ada di blog ini.... http://yangbaik.blogspot.com/
jangan ditanya kenapa yangbaik....
memang banyak makna dan pengertiannya
biarkan aye sendiri yang menyimpannya...


sekian...

26 Julai 2010

Pemikiran yang sarat menjelang Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika nak diceritakan ... macam-macam yang nak ditulis
Saban malam akal berfikir... macam-macam cerita yang nak ditulis
sehingga dirasakan telah sarat urat saraf dan semakin tepu pemikiranku
Namun bila tiba masanya... seakan membeku dan kaku
mengapa begitu

Akal itu tidak sekali datang
namun sekali datang menderu pergi bak kilat yang memancar

Nisfu Syaaban menjelang lagi...
bersedialah dengan amal untuk bekalan
sebagai tanda Ramadan hampir tiba
bersedialah ...

~~~~~

23 Julai 2010

Bila umi nak pandai bawa motor

Assalamualaikum

anak-anak dah pandai bicara
pandai juga bertanya itu ini
bila anak mula bertanya
apa patut umi jawab?
jawablah ikut pemikiran anak
ha... macam mana?
pikir macam kita masa budak-budak dulu
ntah apa-apa

satu petang...
anak bertanya "bila umi nak pandai bawa motor?, macam mak kawan alif...
hm... dalam hati anak dah lupa
atau kerana aku yang dah lama tak naik motor
atau kerana pengaruh ayah, katanya umi sombong tak nak naik motor
heee.... geram betul dengan jawapan si ayah
lantas si umi jawab, sekarang umi tak sihat, bila sihat nanti umi bawaklah...
si anak nampaknya puas hati...

tak tahu dalam hati uminya... debaran semacam
umi yang penakut dan juga fobia kerana pernah jatuh
walau tak parah... namun kesannya amat mendalam...

untuk itu, oleh kerana umi dah janji
maka umi perlulah tunaikan janji
segeralah kuatkan semangat
... dan 'sembuhkan' penyakit
yang entah bila akan sembuh...

~~~~~~~~~~

22 Julai 2010

Pagi-pagi lagi dah nak main dinasour

Assalamualaikum

Bangun pagi-pagi solat subuh
baru siap dah bising satu rumah
macam-macam hal
ada ke pagi-pagi suruh ummi pasang dinasour
bukan nak pi mandi... ke
siap nak pi sekolah...
budak banyak akal... panjang akal pun jugak...

21 Julai 2010

TANDA RUMAH AKAN DIROMPAK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masih lagi sekitar perkongsian email dengan pembaca semua.  sudi-sudikan membaca...

Peringatan dari profesional untuk mengenalpasti target rumah yang hendak dirompak.


Salah satu teknik perompak ialah meninggalkan tanda atau menanda rumah yang hendak mereka rompak. Macam cerita Alibaba Bujang Lapok pulak


Jadi , sentiasa periksa dinding / pintu di pintu masuk depan rumah anda / gerbang / pagar dll.


Hati-hati dengan tanda-tanda “pelik” tertulis di dinding / pintu gerbang / pintu masuk depan.


Secara ringkas, berikut adalah logo pelik/tanda/kod yang dibuat oleh perompak:


[+ -] = Penghuni di siang hari & tidak ada di malam hari


[O pusat] punya titik = rumah sendirian / tinggal sendirian


[. . 3.] Orang di rumah / 3 ahli keluarga


[/] Sudah rosak


[*] TARGET


[X] Tidak tertarik / Tidak sasaran


Jadi, mencatat setiap [logo STAR *] di pintu masuk depan.


Itu bererti anda telah disasarkan!

 Dari akhbar cina.

Sekian.

20 Julai 2010

Makluman Penting!!!! Nak kata cara baru, dah biasa dengar cuma dah makin dekat plak...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


perhatian kepada semua ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang perihatin dengan keselamatan kanak-kanak dan anak-anak (kupu-kupu syurga).

Baru dapat cerita dari jiran terdekat berkenaan kes culik kanak2. 

cerita bermula begini, di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar... berdekatan dengan tempat tinggal aye, beberapa orang lelaki (dipercayai bukan melayu) berpakaian segak dan kemas menaiki kereta, singgah di beberapa rumah kononnya nak menjual mesin air tapis atau apa saja.  Andainya kita tak berminat beli "mereka" akan mohon pinjam bilik air untuk kada hajat... (sambil-sambil tu mata melilau melihat barangan dan kawalan keselamatan dalam rumah - agaknya).... andainya tiada barang berharga dan kawalan keselamatan kurang ketat... "mereka" akan merampas kanak2 dan bawa lari....

begitu cerita nya ... so berhati-hati dengan keselamatan rumah dan anak2 anda.

sekian, sebuah kisah benar

Mohon dikurniakan anak yang soleh solehah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Amin

19 Julai 2010

Ciuman untuk anak besar maknanya..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak Perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana Takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah Akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu Darjat syurga.  Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu Ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang Yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim Dan membeli barang-barang Dan kembali Ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat Daripada Allah Dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab Dan ilmu agama Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut Menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu Dan Barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak Berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang Pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak Pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar Dan membeli sesuatu barang untuk ahli Keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul Sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak Perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menyukakan anak Perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus Akuberbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak Terhadap dirimu Dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam.

16 Julai 2010

Bila lelaki buat karangan panjang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu mohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung. Tujuan artikel ini dikeluarkan hanyalah semata-mata untuk mengisi minat membaca bukan untuk menyakitkan hati sesiapa.  Harap Maklum
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Suami bin Lelaki

no. rumah dan jalan,
taman perumahan
poskod dan daerah
Negeri

kepada:
Isteri binti Perempuan
no. rumah dan jalan,

taman perumahan
poskod dan daerah
Negeri
(sama di atas)


31 April 2006


Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ….. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon ,


Suami bin Lelaki
 

~~~~~~~~~~~~
Sakit betul hati bacanya... ada juga orang yang tergamak buat surat macam tu ....