Pageviews

11 Februari 2010

Ada Apa Dengan Kuku dan Cincin

Salam Sejahtera buat semua yang membaca dan terbaca entri kali ini... Terlebih dahulu sukacita dimaklumkan bahawa entri ini tiada kaitan dengan gambar di atas... jika ada ia hanya satu kebetulan yang sama sekali tidak disengajakan...

Seperti semua sedia maklum dan seperti aye juga... suka pakai cincin... ada cerita di sebalik cincin itu... suka?

Aye sebenarnya nak kongsi satu cerita mengenai kuku dan cincin... seperti Dua dalam 1 (2 + !).  Ceritanya begini... dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.
 
Yang Sebenarnya...The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. ....
 
Percayalah....

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang. Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek... Insya-Allah.
 
Maklumat Tambahan .... Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.  Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

...tengok.... kat mana cincin anda...

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
~~~~~~~~~~~~~
Catatan Aye:  Walau apa pun pandangan anda mengenai cerita di atas.... mungkin ada yang benar dan tidak... Untuk itu ... aye akan cuba dapatkan maklumat yang sahih mengenai isu-isu di atas...

**HIDUP BERANI UNTUK GAGAL**

10 Februari 2010

Fenomena Keruntuhan Iman

Salam Sejahtera,  berikut adalah artikel untuk dikongsikan bersama semoga mendapat manfaat darinya.







(gambar hiasan)
 ~~~~~~~~~~
Iman yang ada di dalam hati kita itu, akan terus diperbaharui apabila kita berhasrat untuk melakukan reformasi perubahan dalam diri iaitu ingin menjadi hamba Allah yang terbaik dalam pelbagai aspek kehidupan, ia boleh dilakukan dengan perubahan sikap, seterusnya akan sampai kepada satu tahap kemuncaknya iaitu peningkatan, meningkat iman, kefahaman, cara berfikir, bertindak yang akhirnya melonjaknya diri kita sebagai umat yang mampu menyuruh manusia seluruhnya kepada yang makruf dan mencegah mereka daripada melakukan mungkar seperti membunuh, memfitnah, memberi dan menerima rasuah dan lain-lain.
Fenomena keruntuhan iman :
1- Kekal dalam melakukan maksiat kepada Allah, walaupun ia dianggap kecil.
2- Tidak memelihara diri dari melakukan ketaatan kepada Allah.
3- Hati tidak terkesan atau berbekas dengan ayat-ayat al-Quran.
4- Tidak merasakan hati menjadi keras apabila terjebak dalam perkara yang menentang Allah.
5- Lalai dari berzikir atau mengingati Allah kerana tenggelam dalam hiburan yang mengasyikkan.
6- Tidak memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melakukan amal-amal ibadat.
7- Tidak bersikap lapang dada.
8- Bersikap kedekut atau bakhil.
9- Tidak suka bersahabat dengan mereka yang boleh membimbing ke jalan kebenaran.
10- Tiada perasaan marah dalam hati apabila melihat perkara keji dan mungkar berlaku di hadapan mata tanpa diubah kepada kebaikan.
11- Suka, cenderung dan gila kepada kemasyhuran, jawatan dan pengaruh walaupun tidak berkelayakan.
12- Suka duduk bersembang dengan membuang masa pada perkara yang tidak sedikitpun menguntungkan agama, negara, keluarga dan masyarakat.
13- Bercakap pada perkara yang tidak boleh dilakukannya, kerana ada sifat berpura-pura dalam diri.
14- Tidak mengambil berat/tahu mengenai urusan orang Islam dengan tidak merasa duka cita apabila mereka ditimpa sesuatu musibah dan tidak merasa gembira apabila mereka mendapat kebaikan.
15- Terlibat dalam perkara syubhat (samar mengenai halal dan haramnya) dan perkara yang membawa kepada dosa.
16- Tidak mempedulikan perkara yang baik-baik (yang diberi pahala) walaupun ia kecil pada pandangan manusia.
17- Tidak menjaga keutuhan perpaduan sesama muslim, sedangkan ia adalah tuntutan agama.
18- Tidak ada perasaan tanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu urusan pekerjaan yang boleh menguntungkan agama.
19- Rasa takut, terkejut dan menggelabah apabila berlaku sesuatu bencana.
20- Banyak terlibat dalam pertikaian dan suka berbantah-bantahan pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk semua.
21- Hati terpaut pada dunia dan segala yang melalaikan.

Tetapi, apakah yang sebenarnya berlaku hingga umat Islam tidak menyedari terlibat secara langsung atau tidak langsung, apakah faktor yang menjadikan mereka tidak peka pada persoalan yang dikemukakan di atas.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan iman
1- Jauh dari ikatan iman yang berpanjangan.
2- Jauh dari ikutan contoh teladan yang baik-baik.
3- Tidak ikut serta dan berada dalam kelas-kelas pengajian agama, kelas al-Quran, hadis, sirah, program motivasi dan lain-lain yang boleh mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kepada Allah.
4- Berlaku maksiat di tengah-tengah masyarakat yang tidak diubah dengan perkara makruf.
5- Sibuk dengan urusan keluarga dengan mencari keredaan isteri, anak-anak dan harta-benda hingga tidak sanggup berkorban untuk agama.
6- Panjang cita-cita terhadap perkara dunia dan lupa jalan ke akhirat.
7- Boros dalam perkara makan-minum, tidur yang berlebihan, berjaga malam bukan untuk beribadat, bersembang pada perkara yang sia-sia dan bergaulk secara bebas antara lelaki dan perempuan.

Penyelesaian kepada keruntuhan iman
1- Meneliti dengan mendalam dan terperinci isi-isi kandungan al-Quran secara serius.
2- Merasakan keagungan Allah selaku Pencipta dalam menghayati dan mengenali nama-nama dan sifat-sifat,Nya.
3- Menuntut ilmu Syariat, Usuluddin secara bersungguh-sungguh.
4- Banyak melakukan perkara yang baik-baik dan mengisi waktu untuk tujuan itu, walaupun ia dianggap kecil menurut pandangan manusia.
5- Berterusan dalam melakukan amal-amal yang baik, walaupun ia sedikit.
6- Menyesali diri kerana kurang melakukan perkara baik dan bercita-cita untuk melakukannya pada masa akan datang.
7- Sentiasa mengharapkan rahmat Allah, optimis bahawa setiap amalan yang telah dilakukannya diterima di sisi-Nya dan takut ia ditolak dan dianggap sebagai amal yang sia-sia.
8- Mempelbagai dan memperbanyakkan amalan selain solat, puasa, haji dan lain-lain yang boleh menambahkan iman dan takwa kepada Allah SWT.
9- Berwaspada dengan amalan songsang yang tidak memungkinkan mati dalam Islam.
10- Memperbanyakkan penelitian terhadap ayat-ayat al-Quran yang bersangkutan dengan ciptaan-ciptaan Allah seperti langit, bumi, manusia, malam, siang dan lain-lain.
11-Bermunajat kepada Allah dengan segala rendah diri, mengurangkan cita-cita, tidak terpedaya dengan janji dan habuan dunia yang melalaikan, mengagungkan kebesaran Allah pada setiap bahan ciptaan-Nya.


Tingkatan pembahagian iman
*Iman yang tetap ialah iman para malaikat kerana mereka tiada disertakan dengan nafsu.
*Iman yang turun naik ialah iman manusia biasa yang mudah terdorong oleh hawa nafsu.
*Iman yang sentiasa naik ialah iman para nabi iaitu manusia pilihan yang di tarbiah oleh Allah secara langsung.

Iman kita juga boleh diperbaharui dari masa ke semasa. Jika iman menjadi "baru" nescaya kita akan menjaganya sebaik mungkin dan meletakkannya di tempat yang paling istimewa.

Umat Islam hari ini ada potensi untuk menjadi umat yang kuat imannya kepada Allah

Al-Marhum Syeikh Sa’id Hawwa dalam kitabnya “Al-Asas Fi al-Tafsir” juzuk 2 ketika menafsirkan surah ~Ali ‘Imran, ada menukilkan riwayat mafhumnya, bahawa Rasulullah s.a.w menerusi satu hadisnya pernah bertanya kepada para sahabat dalam satu majlis ilmu : Siapakah agak-agaknya di antara makhluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah?

Para sahabat menjawab : Para Malaikat, tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya, kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya’ (nabi-nabi), tidak juga, kerana para Anbiya’ dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf (lembaran-lembaran agama) dan mereka juga adalah golongan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa), jadi kalu begitu kamilah wahai Rasulullah, tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu, yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang (lahir) selepas kamu (mereka yang hidup tanpa melihat baginda Rasulullah kerana kewafatannya), kerana mereka boleh berpegang dengan al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tiada di sisi mereka.

Dalam satu riwayat hadis yang lain pula, baginda ada menegaskan, bahawa; Beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku, (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).

~~~~~~~~~
Kredit to:  Ustaz Md Azmi Mohd Sukaimi, UiTM Perak
Terima kasih kepada:  Kak Safiah saleh, UiTM Perak
~~~~~~~~~

05 Februari 2010

Ada Apa dengan Solat dan Sabar



SOLAT DAN SABAR
 
Firman Allah S.W.T. bermaksud;

“Jadikanlah salat dan sabar sebagai penolongmu dan sebenarnya demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang yang khusyuk, iaitu orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui  Tuhannya dan bahawa mereka akan dikembalikan kepadaNya”
( Al-Baqarah, 2:25 - 26)

Menuruti jalan iman bukanlah sesuatu yang mudah kerana di sana terdapat pelbagai ranjau, onak dan duri yang akan dihadapi. Menyatakan diri sebagai Muslim bermakna seseorang itu sudah bersedia untuk tunduk patuh dengan rela dan redha terhadap apa sahaja ketentuan Allah S.W.T. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang dijangkakan. Maulana Muhammad Ali Jauhar menyatakan bahawa : “ Menjadi Muslim bererti rela mati syahid di jalan cinta ( cinta kepada Allah dan Rasul). Kebanyakan orang mengira bahawa menjadi seorang Muslim itu mudah”. Muhamamad Iqbal juga memperkatakan perkara yang serupa melalui ucapannya : “Aku gementar apabila ku katakan diriku seorang Muslim, kerana aku tahu kesukaran yang harus dihadapi oleh seorang yang mengucapkan : “Tiada Tuhan selain Allah.... ”.


Setiap Muslim walau apa status kedudukannya harus mengingati hakikat dirinya adalah insan yang lemah. Oleh itu dalam setiap langkahnya di dunia yang fana ini ia seharusnya meminta bantuan pertolongan melalui solat dan sabar. Amalan ini sering kali dilupai, lantaran itu kedapatan insan cuba mengatasi masalahnya melalui dadah, arak atau setidak-tidaknya merokok melebihi kebiasaan, atau membebel tanpa hujung pangkal.


Al-Quran menyediakan langkah-langkah yang perlu dilakukan apabila seseorang itu menghadapi masalah iaitu dengan bersolat dan bersabar. Kedua perkara ini meskipun mudah diucap tetapi amat berat dilakukan. Persoalannya, berapa ramai di kalangan Muslim yang apabila menghadapi masalah, ia lantas berwudu’ dan bersolat dua rakaat memohon pertolongan Allah S.W.T. Begitu juga apabila seorang itu diuji Allah S.W.T., mampukah ia bersabar. Apa yang sering berlaku ialah kesabaran hanya mampu diungkap melalui ucapan , tidak melalui tindakan. Ini bertepatan dengan maksud ayat di atas bahawa solat dan sabar hanya dapat dilakukan dan dihayati oleh mereka yang khusyuk.


Apakah mekanisme yang perlu ada pada seseorang insan agar ia dapat membiasakan diri bersolat dan bersabar ketika mengadapi masalah. Dalam merungkai persoalan ini, al-Ustaz Maulana Kausar Niazi memberikan dua hujah yang perlu diingati :


1. Apabila seseorang itu bersolat dan bersabar, maka pekerjaan itu tidak sia-sia kerana ia akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T. Ini bermakna tidak rugi jika seseorang yang bermasalah itu bersolat dan bersabar.


2. Apabila bersolat dan bersabar tidak dijadikan kebiasaan ketika menghadapi ujian, maka harus ingat bahawa setiap manusia pasti akan mati dan orang yang tidak bersolat dan bersabar itu akan dimurkai Allah S.W.T.


Apa yang seharusnya diingati bagi memujuk diri ialah setiap insan diuji Allah S.W.T. dalam bentuk yang berbeza. Perlu diketahui bahawa ujian itu bukan hanya dalam bentuk negatif seperti kemiskinan, kesakitan, kematian dan sebagainya, malahan kekayaan dan kejayaan yang mencurah-curah serta fizikal yang sentiasa sihat juga merupakan ujian. Bentuk ujian adalah hak mutlak Allah S.W.T. yang tidak boleh dipertikaikan. Apa yang perlu digarapi oleh insan ialah bersedia dengan pelbagai mekanisme yang ditetapkan oleh al-Quran agar ia tergolong dalam kalangan mereka yang beramal baik.


Firman Allah S.W.T. bermaksud :


“ Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji
dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya “
( Al-Mulk ,67 :2)


Wallahu a’lam


Kredit to:

Ustazah Hjh. Kalsom Awang 
& Ustaz Abd. Nasir Hj. Musa, UiTM Perak

Terima kasih kepada Kak Safiah Saleh, Unit KK&PA, UiTM Perak.
 ~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~