Pageviews

21 Disember 2009

Ada apa dengan siapa kita?



Salam.  Dah beberapa hari aye tak kemaskini blog nih, hari ni AYE nak kongsi artikel yang baru diterima melalui kiriman email oleh seorang rakan.  Moga-Moga dapat dijadikan renungan dan ingatan.  Selamat Membaca.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
 Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
 Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
......

16 Disember 2009

Monolog4: Istimewakah Aku Andai Tak Bisa Bersuara @ Bila Suara Ku Sumbang

ISTIMEWAKAH AKU ANDAI AKU TAK BISA BERSUARA DAN BERBICARA SEPERTI BIASA ATAU KERANA SUARAKU SUMBANG?

Aku anak istimewa
Kerna aku tak sama seperti anak lain
Itu gelaran yang aku terima
Kerna memang aku tak sama anak lain
Bukan aku seorang... malahan ramai lagi
Bukan salah gelaran itu
Andai aku faham maksudnya
Sudah tentu aku orang paling gembira
Kerna aku anak istimewa

Tetapi... itu semua hanya gelaran
Tidakku tahu takdir hidupku begini
Memang tidak ku pinta dilahirkan begini
Ibu, bapa, nenek juga datukku juga tidak sangka begini aku dilahirkan
Namun itu semua sudah suratan

Aku tak bisa bersuara... tingkahku juga tidak sempurna
Tentu susah kalian menjaga aku
Namun jauh disudut hatiku...
Aku tidak mahu kalian susah... kerna aku sendiri sudah cukup susah
Dari riak wajahmu... ku lihat derita
Derita... kerna melahirkan anak sepertiku yang tidak sempurna
Maafkan aku...

Lantaran itu... aku kini ditinggalkan
Datuk dan nenek tempat bermanja
Ibu dan bapaku dimana
datuk dan nenek sudah cukup derita

Memang ku sedar... namun ku tak upaya
walau untuk mengungkap sepatah kata
sedangkan gerakku ku juga tidak sempurna

Biarlah... hadirku disini mungkin seketika cuma
Aku harap... kesusahan kalian tak lama
cuma ku pinta ... berilah ku peluang untuk hidup bahagia
Bahagia seperti anak yang istimewa.

~~~~~~~~~~
Catatan Aye:
Monolog ini terhasil setelah melihat 'drama' anak istimewa di depan mata.  Lantaran hati ini berbicara... cuba menyelami isi hati mereka...
Inilah hasil yang tak seberapa... mungkin juga kerna Aye tak cukup menyelami hati mereka... kerna Aye bukanlah anak "istimewa'.  Maaf




15 Disember 2009

Ada Apa Dengan Peninggalanmu

ADA APA DENGAN PENINGGALANMU?
hari ini kau pergi lagi...biar seketika cuma
aku disini... tetap setia

....blurrrr.....
~~~