Pageviews

05 Mei 2009

Jangkitan Kuman di Paru-Paru

Pengenalan

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian
bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara
(air sacs). Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan
pundi-pundi udara (pneumonia).

Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. Ia adalah
jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua.

Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal
pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian
bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius
hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala
Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang
kanak-kanak itu.

Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :
• Demam panas
• Batuk dengan atau tanpa kahak
• Sakit dada
• Tiada selera makan, tidak mahu makan
• Rasa tidak sihat, sering merengek
• Pernafasan laju atau susah bernafas
• Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat
terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil.

Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:
• Pernafasan laju
• Sukar untuk bernafas
• Bibir menjadi biru
• Batuk berdarah
• Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?
Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan.
Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan
badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. Apabila jangkitan kuman ini
disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.

Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.
Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:
• Paracetamol
• Rehat yang secukupnya
• Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.
Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu
dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang
lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?
  • Mengekalkan amalan cara hidup sihat.
  • Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik.
  • Teruskan penyusuan susu ibu.
  • Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di
    paru-paru. Contohnya:
    • Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua
    kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National
    Childhood Immunization Programme)
    • Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah
    pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)
    • Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya
    kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak
    yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)

Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila
dapatkan nasihat doktor.

Rukun Islam

Islam dibina atas 5 perkara;
i) Mengucap 2 kalimah syahadah
ii) Mendirikan solat (5 waktu)
iii) Menunaikan zakat
iv) Mengerjakan Haji
v) Puasa di bulan Ramadan

(Hadis Riwayat Muslim)

04 Mei 2009

Kemuliaan Mukmin

Ketahuilah bahawa kemuliaan mukmin itu pada mendirikan ibadah di tengah malam dan kebesaran mukmin itu pada tidak berhajat ia kepada orang lain.

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)