Pageviews

Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengalaman. Papar semua catatan

12 April 2012

Pengalaman blogger ketika hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengalaman.  Bercerita mengenai pengalaman memang suatu yang agak klise kerana setiap orang mempunyai pengalaman hamil yang berbeza.  Termasuk juga blogger.

Bukan niat nak kata semua blogger bila hamil akan jadi malas update blog tetapi ia sedikit sebanyak ada kaitan dengan alahan atau pembawa budak.  Bukan sekadar alasan tetapi harus diakui.  Walaupun tidak semua blogger itu malas update blog dan tak kurang juga yang rajin sangat update blog.

Sesaja nak berkongsi pengalaman yangbaik ketika hamil dan ketika berhadapan dengan blog yang bersawang.  Blog ini pada awalnya ditubuhkan ketika hamil anak pertama di trisemester terakhir.  Ketika itu tidaklah aktif sangat sampai 2 hingga 3 bulan tak buat apa-apa.  Sehinggalah lepas bersalin baru saja nak berjinak-jinak semula dengan blog dah hamil anak ke-2.  Perasaan malasnya nak hadap blog tak tau nak katalah...sampai blog bersawang lagi... sehinggalah habis pantang anak kedua... baru bergiat aktif semula dengan blog.  Ketika dalam keadaan biasa, update blog akan jadi seperti satu kemestian dan kegilaan sehinggakan dirasa hari itu tidak lengkap jika tidak update blog.  Dan setelah 4 tahun berlalu... hamil pula anak ke-3, perasaan malas dan muak itu datang kembali... bukan sahaja malas malahan nak buka blog pun tak de minat. Yang seronoknya semasa dalam pantang masih sempat pula update blog...

Kini... perasaan malas, muak dan mual itu datang semula ketika hamil anak ke-4.  Memang menghairankan kerana rata-rata blogger yang rajin update blog ketika hamil.  Tetapi yangbaik tak berapa nak boleh.  Maklumlah siang kerja... memang tak sempat nak update blog.  Malam pula asyik tidur awal, kalau tidak pagi esok kesiangan lah jawabnya.... memang tak boleh layan blog.  Ketika hari cuti pula, siangnya dok asyik cari idea nak sedapkan mulut yang dok asyik meloya jer...tengok netbook pun tak selera.  Kini, setelah beberapa hari digagahkan juga semangat nak membebel kat sini.

Sekianlah dulu... cari idea lain pula.

12 Mac 2012

Kasut pilihan bukan kasut idaman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Nak bercerita tentang kasut pula.  Bukan kerana tiada idea, tetapi dah berlebihan ideanya sampai mencurah-curah hingga tak tahu mana nak tulis... Hehehe

Yangbaik, kalau bab mencari kasut memang suka sangat terutama bila dapat catalog baru dari Rorine atau Leno.  Sayangnya hasrat untuk mendapatkan kasut idaman jarang sekali kesampaian.  Kecuali dari Rorine memang belum pernah beli lagi.  Yang selalu dibeli adalah jenama BATA.  Sejak 'azali' pilihanku adalah BATA.  Entah mengapa, koleksi kasut pilihan kebanyakannya datang dari BATA.


Kasut BATA terakhir yang dimiliki masih lagi elok, tetapi tidak selalu dipakai kerana tumitnya 'semakin tinggi'.  Masih dalam keadaan baik dan akan dipakai bila rasa teringin berkasut tinggi.  (Macamlah tinggi sangat kan..)

Tetapi sejak kebelakangan ini, mencari kasut yang sesuai dengan harga dan rekabentuk menjadi semakin sukar.  Bila jumpa 'design' yang sedang elok, harga pula tak sepadan (mahal sangat).  Kadang-kadang 'design' kasut memang dah elok sangat2 tetapi tumit tinggi la pulak.  Yangbaik memang tak sesuai sangat pakai kasut tumit tinggi terutama yang lebih dari 2 inci.  Itupun dah kira tinggi. 

Dengan umur yang semakin meningkat tambahan pula dengan berat badan yang susah nak stabil (berat badan naik dengan senang hati tetapi susah sikit nak turun).  Dengan itu, kasut 'flat' atau tapak rata adalah lebih sesuai bagi wanita yang banyak bergerak terutama ketika terlibat dengan pengendalian program jabatan. 

Kasut hitam ini, walaupun design yang ringkas tetapi sedap dipakai... maksudnya selesa dan senang dibawa berlari (?).  Jenamanya tak ingat, dah tanggal dari tapaknya.  Harganya berpatutan sekali dan rasa sungguh berbaloi. 

Sayangnya atas kecuaian sendiri atau juga kerana kesilapan pihak lain yang tidak menjaga keselamatan pengunjungnya.  Kasut ini dengan tidak sengaja telah terlanggar besi cerucuk yang tertanam di satu laluan mengakibatkan ia terkoyak (sedikit).   Kasut ini akhir tersimpan dalam rak kasut dan menanti tukang kasut untuk dibaiki (jika boleh). 

Menariknya, kasut ini walaupun tersimpan sekian lama (hampir 6 bulan atau lebih) permukaannya tidak terkoyak atau 'tersopak', masih elok tidak seperti sesetengah kasut yang akan 'tersopak' bila lama tidak memakainya.

Inilah sebahagian dari perjalanan dan kisah kasut. 
Sekian adanya.

.

29 Januari 2012

Tips berhadapan gangguan semasa hamil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambar hiasan:  sumber

Catatan Sensasi
Gangguan semasa hamil.  Pasti ramai yang terkejut bila Yangbaik menulis catatan begini.  Maklumlah kawan-kawan semua semuanya senantiasa menunggu berita sensasi walaupun Yangbaik bukanlah artis atau model terkenal (perasan jap).  Sebabnya berita berkaitan dengan kehamilan ni agak sensitif di kalangan kami.  Bukan nak menafikan kehamilan tetapi memang belum masanya lagi kan.  Jadi, sabarlah yer.

Gangguan emosi semasa hamil
Semasa hamil memang banyak gangguan.  Terutamanya gangguan emosi yang kadang-kadang di luar dugaan kita.  Gangguan emosi termasuklah perasaan tidak suka kepada bau-bauan seperti bau masakan, bau makanan, bau sabun mandi dan macam-macm lagi.  Ini semua sungguh memberi kesan kepada emosi.  Terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menanganinya.  Hanya satu yang dapat dikhabarkan adalah SABAR.  Sabar itu sungguh baik untuk keadaan dan emosi.

Yangbaik menulis di sini adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman peribadi dan bukan sebagai penasihat atau pakar rujuk kerana Yangbaik bukanlah pakar perbidanan atau sakit puan.

Kekuatan mental semasa hamil
Sebelum berhadapan dengan sebarang gangguan, biasanya kita perlu bersedia dan bijak mentafsir bagaimana bentuk gangguan yang bakal tiba.  Namun tidak semua yang kita tafsir atau kita rasa itu akan terjadi.  Kadang-kadang yang terjadi adalah gangguan dalam bentuk yang lain.  Dari situ, kita perlu mempunyai kekuatan mental dan juga fizikal.  Kekuatan dari segi mental bermaksud kita tidak cepat mengalah atau cepat melatah dengan ujian atau gangguan yang tiba, sebaliknya terima kenyataan dan banyakkan beristighfar.  Dengan beristighfar dan mengingati Allah hati dan jiwa kita akan jadi tenang.

Membaca al-quran dan zikir
Penting juga untuk ibu yang hamil mempunyai pertahanan diri dan jiwa yang kuat.  Untuk itu Yangbaik biasanya semasa dalam tempoh kehamilan akan mengaji (dan biasanya akan khatam sebelum tempoh hamil berakhir).  Selain dari itu, banyakkan baca Surah Yassin, Surah Maryam, Surah Yusof, Surah at-Taubah dan Surah Luqman.  Ambillah peluang dan berusahalah untuk membaca surah-surah berkenaan pada setiap kali selepas solat.  Walaupun tidak dapat dihabis dengan sekali bacaan, berusahalah untuk habiskan setiap surah itu dalam satu hari.  Insya-Allah kita mampu.

Selain dari membaca surah-surah tertentu, cubalah berzikir dan bertasbih ketika masa-masa lapang dan juga ketika masa sibuk.

Pemakanan dan minuman semasa hamil
Pemakanan juga penting semasa tempoh kehamilan.  Sebaik mungkin berusahalah minum susu dan seeloknya susu kambing.  Sekarang ni dah banyak susu kambing segera yang terdapat di pasaran. 

Perkongsian
Yangbaik juga pernah berkongsi cerita mengenai kehamilan di blog ini.  Iaitu Petua ibu hamil bagi menghadapi anak demam kuning dan Petua nak hamil.

Sekadar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Sekian.


^-^

25 Januari 2012

Pengalaman cabut gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pengalaman cabut gigi.  Gambar sebelah tiada kaitan dengan jalan cerita atau tajuk cerita buat masa ini tetapi ada kaitan dengan penulis cerita ini. 

Semasa kecil gigi dijaga dengan elok, berus gigi rajin paling kurang 2 kali sehari pagi dan malam, lepas makan gula-gula atau aiskrim berkumur-kumur untuk hilangkan gula yang melekat pada gigi.  Sayangnya sketsa ini hanyalah berlaku ketika usia muda.  Bila dah dewasa sikit semakin berat (malas jaga gigi).

Gigi yang cantik memang idaman semua orang tak kira tua atau muda.  Semasa gigi sihat semua benda boleh dimakan tidak kira manis, panas atau sejuk.  Enak sungguh.  Bila gigi dah sakit baru terasa betapa hebatnya nikmat yang indah-indah itu sudah mula diambil semula.  Oleh itu semasa gigi masih elok, jagalah ia sebaiknya.

Cabut gigi.  Tidak semua orang berani jumpa doktor gigi (dentist).  Macamlah doktor gigi tu makan orang tak pun ada gigi taring yang tajam macam dinasour.  Bukan sahaja kanak-kanak malahan orang dewasa juga ada yang takut jumpa doktor gigi.

Cabut gigi memang menyakitkan.  Tetapi dengan segala kemudahan yang ada seperti ubat bius dan ubat tahan sakit, kesakitan cabut gigi tidaklah terasa sangat.  Doktor gigi juga manusia biasa yang punya perasaan simpati dan kasihan.  Sudah tentu doktor gigi itu juga pernah merasai sakit gigi.  Rasa sangat mustahil jika ada manusia normal yang tidak pernah sakit gigi.  Cuma tahap kesakitan dan daya tahan saja yang agak berbeza mengikut pengalaman dan usia masing-masing.

Petua ketika sakit gigi
Ketika sakit gigi, Yangbaik hendak berkongsi petua tradisional.  Petua ini kalau tak silap ramai yang dah tahu, jadi Yangbaik sekadar mengingatkan kembali.  Caranya adalah ketika sedang sakit gigi, gigitlah bunga cengkih, sekuntum saja sudah mencukupi.  Memang mujarab, kesakitannya mampu menghilang.  Namun kadar kesakitan tidak semestinya terus hilang sekiranya gigi dah memang perlu dicabut.  Terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Sekian saja catatan untuk kali ini.



^-^
.

30 Oktober 2011

Bila baby tumbuh gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bila baby tumbuh gigi?  Tempoh dan masa atau ketika usia berapa kurang jelas.  Dari pengalaman aye sendiri, dah tiga (3) orang anak, semua-semua tu... masa tumbuh giginya berlainan peringkat usia.  Keadaan bila tumbuh gigi juga berbeza dan lazimnya bila nak tumbuh gigi mereka demam paling lama seminggu... demam biasa lah... baby mungkin rasa tidak selesa sebab ada 'benda' keras dalam mulutnya... Nak cakap dari sudut perubatan tak pandailah la pulak coz belum lagi dan rasanya tak akan sempat kot nak masuk belajar bidang pergigian...

eh melalut pulak.

Inilah gambaran wajah seorang baby yang sedang menanggung kesakitan tumbuh gigi.  Siang harinya asyik dok merengek, badannya 'dedor' tak pun 'cering-cering'... Minum susu sikit lepas tu muak... makan pun tak berapa nak lalu...

Ada petua orang tua-tua moden suruh bagi baby minum air 'ribena' tak pun oren.. Eh berpadalah bukannya pekat atau manis macam orang besar 'tagun'. Rasanya takat manis-manis buah jer.. Oih.. memang lah suka sangat-sangat si baby ni .. habis setengah botol.




Dan...

bila malam menjelang tiba... bila larut malam.... tidurnya tidak nyenyak... justeru bergilirlah umi dan ayahnya berjaga untuk menepuk dan menghayun buaian...


Namun yang pasti itu semua akan menjadi satu kenangan dan antara kenangan dan saat yang sungguh indah, walaupun siang esoknya umi terpaksa tersengguk-sengguk kat ofis kerana tidak berupaya meninggalkan kerja.  Dan yang paling pasti keadaan baby tidaklah panas sangat... keluar sekejap bawa ke klinik dan sambung semula kerja... petang nanti pastikan umi dan ayah balik awal untuk mengikuti perkembangan kesihatan baby..

Semoga baby tabah, umi dan ayah serta abang dan kakak juga pasti bersabar dengan kerenah baby...

Sekian.

12 Ogos 2011

Pengalaman bersama majalah Solusi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hari ini dah masuk hari kedua belas Ramadhan 1432 bersamaan juga 12 Ogos 2011.  Agak serius sikit rasa dan perasaan ini apabila menulis tajuk di atas, tidak tahu nak pilih tajuk dan tidak tahu juga bagaimana tajuk ini dapat memberi impak kepada rakan-rakan muslimah di luar sana.  Kerana tajuknya agak biasa-biasa, sedangkan sekarang zaman yang tajuknya mesti luar biasa barulah mendapat sambutan dan minat orang hendak membaca. 

Tajuk ini dan cerita seterusnya ada kaitannya dengan apa yang aye baca dalam majalah Solusi, Isu no. 34 Edisi Khas Ramadhan dan Syawal.  Sudah lama dan sejak awal bulan lagi telah menerima (membeli sebenarnya) majalah ini dari Pn. Che Pauziah Md. Lazim, Kaunselor Kanan di UiTM (Perak).  Sungguh aye terharu dan senang hati kerana mudah mendapatkan majalah ini dengan beliau kerana setiap keluaran pasti akan sampai ke muka pintu pejabat di Unit Luar Kampus dan InsyaAllah tanpa terlepas edisi berikutnya walaupun edisi yang lepas-lepas memang dah terlepas.  Masih terngiang-ngiang di telinga ini kata-kata Pn. Che Pauziah "Baca! Jangan tak baca". Aye hanya mampu tersengih, kerana isu yang lepas belum habis baca lagi.  Mana tidaknya dah sampai Isu yang baru, Isu lama tak habis baca.  Tidakkah nanti Isu itu akan bertambah "banyak" untuk dihadhamkan?

Justeru itulah, pagi tadi selesai bersahur sementara menantikan masuk waktu Subuh, dicapai majalah Solusi Isu 34 yang terletak di atas meja kopi (coffee table), dibelek-belek majalah ini.  Hm! mengeluh sendirian "Tak habis lagi membacanya".  Semalam dan hari-hari yang lepas sekadar belek-belek tengok gambar dan baca tajuk dan begitulah selalunya sambil mencari kalau-kalau ada isu yang menarik perhatian untuk dibaca.  Pelikkan?  Mungkin itu juga yang dihadapi oleh Muslimah di luar sana, atau hanya aye seorang yang begitu.  Terasa rendah diri sungguh.

Mohon izinkan aye senaraikan di sini isi kandungan Majalah Solusi Isu 34 Edisi Khas Ramadhan dan Syawal.  Antaranya:
  1. Tafsir:  Memerhati Ciptaan, Mencintai Pencipta
  2. Hadis:  Hebatnya Kurma
  3. Fitrah:  Puasa Penyegar Huungan Suami dan Isteri
  4. Isu:  Agar Ramadhan Berbuah Takwa
  5. Isu:  Andanya Ini Ramadhan Terakhir
  6. Jalan Keluar:  KPI Puasa Ditentukan Allah
  7. Cerna Minda:  Puasa, Al-Quran dan Takwa
  8. Hai Anak:  Besarkan Ramadhan Melalui Sahur
  9. Ulfah:  Mukmin Pada Pagi Raya
  10. Mahmudah:  Makin Akrab Dengan Al-Quran
Itulah sebahagian daripada pengisian dalam Majalah Solusi.  Walaupun pada awalnya apa yang ingin diperkatakan dalam catatan ini adalah berlainan.  Lalu diubah kepada pengenalan kepada Majalah Solusi.

Isu sebenar yang amat menarik perhatian aye adalah dari segmen Respon:  Gelang Tangan Emas vs Doktor Muslimah.  Akan aye kongsikan pengalaman berkaitan isu itu dalam catatan akan datang.

Sehingga itu, Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.  Semoga puasa kita diterima Allah.

Sekian






*.*

13 Ogos 2010

Nak Komisen?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Just want to share,
tadi terima mesej (sms), antara lain mesej berkenaan tanya nak komisen RM125 - RM1,000 sehari?

Jadi Reseller Part Time jer sebulan buleh dapat RM30,000... Boleh percaya ker?

Dah tentu kena marah kan kalu penghantar tu baca blog nih...hehehehe....

Dunia sekarang, macam-macam boleh jadi, nak kaya... nak miskin... nak glemor...
dugaan...

19 Februari 2010

Ada apa dengan pengalaman ... na o mei, nigina atau siapa saja


(gambar hiasan:  asyik isi borang)

"Jangan disesali dengan pengalaman pahit di dalam kehidupan kerana ia adalah satu ilmu, wadah dan panduan di dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan Tuhan"

Biasa dengar atau pernah baca ayat di atas?
pengalaman pahit - peristiwa lalu - satu ilmu - mengapa?

Ilmu untuk kehidupan untuk menghadapi masa depan - panduan hidup
di dalam pengalaman itu ada pengajaran dan ingatan - catatan sejarah hidup
pengajaran untuk ingatan dan sempanan agar perkara yang sama tidak berulang - andainya pengalaman itu pahit - tak ingin berulang
Panduan untuk menghadapi cabaran hidup masa depan
andai pengalaman manis? - jadikan ia sebagai pedoman dan teladan dalam meneruskan kehidupan di dunia

"Satu ilmu yang dimiliki hanyalah seumpama setitik air di lautan"
~~~~~~~~~