Dituntut Menyegerakan Membayar Hutang
Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Seseorang mukmin yang meninggal dunia itu akan tergantung rohnya kerana hutang, sehinggalah hutang tersebut dibayar”. (Riwayat: at-Tirmizi katanya hadith ini hasan)
Huraian Hadith:
- Roh seseorang mukmin yang telah meninggal dunia akan tergantung iaitu tidak dapat ditentukan sama ada mendapat rahmat atau seksa melainkan hutang piutangnya dibayar oleh ahli keluarganya yag masih hidup.
- Islam sangat menggalakkan agar umatnya menjauhkan diri daripada berhutang dan sentiasa berdoa agar tidak diberati dengan hutang piutang, supaya mereka dapat hidup di dalam keadaan tenteram.
Sumber
berhutang mmg x tenteram walaupun dah dibayar. rasa termakan budi tu dan lain2. semoga Allah selamatkan kita semua
BalasPadamhoho.. kita yang dihutang pun tak tenteram. tertanya-tanya bila la dia nk bayar. hohoho rumah aku pun dilanda banjir
BalasPadam