Pageviews

29 Januari 2019

Kembali semula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kembali semula ke persada blog.  Setelah sekian lamanya tidak bersiaran.

Rindu dengan teman-teman blogger.  Rindu untuk meninggalkan jejak walau sekadar sepatah ayat.

Masih lagi mengumpul kekuatan dan semangat untuk meneruskan semangat dan menambah jaringan di dunia maya. 

Kembali Semula
Kembali Semula

Semoga mendapat kekuatan.

Ada yang rindu dengan blog picisan ini?

💖💖💖💖💥


01 Ogos 2018

Selamat datang Ogos | Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat datang Ogos | Bulan Kemerdekaan


Ogos bulan ke-8 dalam kalendar Masihi.  Memberi makna kita sudahpun melepasi 7 bulan dan berbaki lagi 5 bulan untuk menghabiskan tahun ini.  Semoga diberikan kesempatan dan kemudahan dalam menguruskan kehidupan harian.





"Jadilah seperti bunga yang memberikan keharumannya, bahkan kepada tangan yang telah menghancurkan keindahannya".  Sayyidina Ali Bin Abi Thalib


Terima kasih atas kesudian terus setia bersama blog ini dan singgah baca entri ini, Selamat datang Ogos | Bulan Kemerdekaan.

💝

21 Jun 2018

Adakah kita ini insan pilihan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Adakah kita ini insan pilihan?


Kita suka membuat pilihan.
Sesiapan pun suka buat pilihan.
Selalunya kita akan memilih yang terbaik
Yang terbaik dari segenap sudut
Terbaik untuk diri kita sendiri

Bila diperhatikan jarang sangat kita memilih yang terbaik untuk diberikan kepada orang lain.
Kerana kita sendiri pun tidak pasti adakah pilihan kita itu yang terbaik.



Jika kau harus memilih, 
pilihlah yang terbaik
Dan bila kau adalah yang terpilih,
lakukanlah yang terbaik.
(The Tarbiyyah)


Untuk itu, sentiasalah berusaha lakukan yang terbaik walaupun tidak sempurna. 

Terima kasih kerana memilih untuk membaca entri ini, Adakah kita ini insan pilihan?

💦