Pageviews

11 Januari 2016

Segmen Blogwalking | Yaya Cendana

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Blogwalking | Yaya Cendana


Aduhai!  Sebok memanjang.  Tak kira masa. 

YangBaik dengan ini secara rasminya menyertai segmen Blogwalking anjuran Yaya Cendana. Nampaknya segmen ini berlangsung mulai 16 Januari 2016, tetapi mulai sekarang rakan blogger dah boleh buat entri.

Segmen Blogwalking Yaya Cendana
Segmen Blogwalking Yaya Cendana

Nak tengok apa yang disediakan Yaya Cendana untuk segmen ini, KLIK BANNER DI ATAS.

Segmen ini dijangka tamat pada 30 Januari 2016.

YangBaik tak sempat nak ulas panjang mengenai segmen ini...kejap lagi PC dah nak hang... hahaha










02 Januari 2016

Jaga awal pagi semua nak buat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terjaga awal pagi

Aduh!!!
dah terjaga awal pagi... ambil wuduk solat sunat kemudian wirid sikit.
Teringat pula baju anak-anak belum habis kemas malam tadi.
Kemas dulu ...
Dah habis kemas teringat pula nak semak whatsapp, fb, instagram dan telegram... malam tadi tak sempat off :P
Dah selesai... mata mula mengantuk. Bab ni memang tak suka sebab dah nak masuk waktu solat Subuh, baru nak mengantuk... kena ketuk jugak nih.

Sementara tunggu solat subuh dan supaya tidak terlelap meh layan blog jap. Update apa yang patut.



Tak teringat pula nak tangkap gambar kain baju berlonggok tadi. Dah tiada bahan jadi kita letakkan dulu gambar kat atas tu. Mudah-mudahan ada manfaat buat semua.

Nak sambung urusan seterusnya.

Terima kasih sudi melayan o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

01 Januari 2016

Sensasi Awal Tahun 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sensasi awal tahun 2016

Setiap yang berlaku semua orang tahu ada hikmahnya, hanya kita saja yang tidak sedar atau buat-buat tidak tahu. Kadang-kadang kita terlupa dan alpa untuk memikirkan kesan dan akibat. Atau kita semakin lelah memikirkannya.

Hujung tahun 2015 kita dikejutkan dengan isu yang agak menggerunkan antaranya kes pembunuhan dan penculikan. Maaf penulis tidak berhasrat untuk mengulas panjang mengenai isu berkenaan. Biarpun terasa sesak nafas memikirkannya tetapi isu ini pastinya menyedarkan kita atau memberi kita sedikit pengetahuan mengenai apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita.



Entri untuk hari pertama tahun 2016 asalnya hendak diterbitkan lebih awal lagi, atas kekangan masa dan situasi serta memberi peluang kepada masa untuk keluarga maka sudah lewat malam baru dapat dikeluarkan.

Maka tidak hairanlah, entri ini kurang isi atau seperti tergantung. Kerana penulis ini sebenarnya telah kesuntukan masa dan juga kekeringan ilham.

Semoga kehadiran tahun 2016 ini membawa rahmat dan keberkatan. Setiap kebaikan itu tidak semestinya hadir pada masa yang tertentu tetapi boleh hadir pada setiap masa yang kita mahu. In shaa Allah.

Sekian.

posted from Bloggeroid