Pageviews

11 Julai 2014

Jihad di Jalan Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Saya tidak mengetahui ada pintu kebaikan yang lebih utama daripada jihad di jalan Allah.
(Imam Ahmad)


#PrayForGaza



Kedai Online Denaihati Network

Jumaat penghulu segala hari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Jumaat Penghulu Segala Hari


Salam Jumaat

 RAsulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntutan tuntutan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat".

Hari ini Jumaat ke-2 di bulan Ramadhan 1435.  
Nampaknya pagi-pagi lagi hujan rahmat telah membasahi bumi Seri Iskandar.
Semoga Jumaat kali ini membawa seribu keberkatan dalam hidup.

Doa Qunut Nazilah

Sesungguhnya kami meletakkanMu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjingMu kepada mereka

Y Allah yang Maha Pemaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang bersifat murka
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah

Wahai Tuhan yang menurunkan al-Quran, yang menggerakkan awan, yang menewaskan tentera Ahzab
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan datangkanlah kemenangan ke atas kami.



#Gaza
#GazaUnderFire
‪#‎SaveGaza‬
#PrayForGaza
#SavePalestine
#StopAggression

*note: hashtag (#) di atas diambil dari blog INI.  Terima kasih!!!


10 Julai 2014

Kad untuk keluarga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kegembiraan berganda

Pada bulan Ramadhan telah dijanjikan dua kegembiraan kepada mukmin yang berpuasa; iaitu ketika berbuka dan ketika berjumpa Tuhannya. Ramai orangpun tahu dari mana petikan itu diambil.

Bagi saya ada dua lagi tambahan kegembiraan pada hari ini ... atau mungkin juga lebih tetapi saya tidak sedar.




Kegembiraan pertama yang dimaksudkan adalah mengenai kad di atas; kad ibubapa.

Kad ini adalah hasil karya Irdina Huda. Dibuat dengan penuh kasih sayang juga penuh dengan warna. Menggunakan crayon yang dibeli hujung minggu lepas.

Terima kasih dan tahniah kepada Dina atas kad yang cantik dan hebat ini.

Umi juga sayang semua anak-anak umi.

posted from Bloggeroid