Pageviews

05 Februari 2012

Matlamat hidup semasa cuti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Selamat Bercuti!
Sebelum bertemu dengan cuti yang panjang, berbagai perancangan yang dibuat.
Perancangan merangkumi aktiviti bersama keluarga dan anak-anak.
Menghabiskan masa cuti bersama keluarga.
Bersiar-siar di kawasan peranginan atau kawasan perkelahan atau juga balik kampung.
Tidak ketinggalan aktiviti mengemas rumah seperti membersih halaman, berkebun dan basuh kereta.

Jarangkali matlamat ini tercapai, lantaran berbagai alasan dan ajakan terkejut yang menjelma.
Antaranya kawan ajak memancing, jumpa kawan bincang hal bisnes, anak-anak meragam kerana demam dan buat perangai juga tiba-tiba hilang mood nak buat aktiviti luar kerana cuaca (alam sekitar) termasuk juga mood dalam diri sendiri.


antara aktiviti kitar semula yang sempat dirakam


Lalu habiskan masa cuti ini walaupun dengan aktiviti yang tidak terduga dan tidak dirancang, pastikan ianya berbaloi untuk dihabiskan bersama keluarga... 

Sekian.

>-<

Wordless Wednesday #6/2012: Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Selamat menyambut Maulidur Rasul

Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

.

Ihsan bukan sekadar nama

Assalanmualaikum dan selamat sejahtera,


Kita seringkali membaca perkataan Ihsan yang rata-rata adalah nama seseorang.

Kita juga sering mendengar orang berkata orang yang tiada ihsan orang yang sombong atau bongkak atau tiada perasaan.

Apa yang kita baca dan apa yang kita dengar itu ada benarnya dan tiada salahnya.


~~~~~~~~~~~

Ihsan (salah satu kedudukan ruhani tertinggi) adalah menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya; dan jika engkau tidak bisa melihat-Nya, maka yakinlah bahwa Allah melihatmu.  (HR Bukhari, Muslim)


.