Pageviews

25 Mac 2010

Mana yang baik antara tutup mata atau tutup mulut atau na o mei?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, dah agak lama juga tak mengarang guna ayat sendiri... asyik-asyik ambil idea orang lain dan dipanjangkan untuk pengetahuan semua dan juga untuk ingatan sendiri.

Hari ini, ... agak lama juga aye berfikir untuk buat tajuk artikel ni.... cuma peluang sekarang baru ada... Ye lah sejak ada blog ni.... apa saja yang terlintas di depan mata semuanya nak masuk dalam blog... tapi AWAS... harus hati-hati.... supaya tiada hati yang tersinggung.

Apa yang Aye maksudkan adalah berkaitan mulut.  Mulut ada macam-macam mulut, ada mulut tempayan jenis tak boleh simpan rahsia, ada mulut celupar yang suka cakap lepas jer, ada mulut laser yang cakapnya laju semacam laser tak ingat untung nasib semua lepas, ada juga mulut berbau... ini... mungkin sebab tak gosok gigi kot takpun sakit gigi.

Kenapa mesti tutup mulut bila ketawa?  Kerana ikut sunnah Nabi s.a.w. Bahkan Nabi sendiri pun bila ketawa hanya ternampak sebaris gigi yang putih tak pulak sampai berdekah-dekah nak keras perut.

Ada juga sebilangan orang kata dan itu pendapat masing-masing lah kan... baik diam daripada berkata-kata.... maksudnya .... diam itu lebih baik daripada berkata-kata perkara yang tidak berfaedah dan menyusahkan orang.  Itu juga bagus dan aye setuju.

Ada lagi orang suka diam jer... biarlah orang lain nak kata apa.... yang ini kekadang aye pun tidak berapa setuju... sebabnya ada baiknya kita bersuara bagi menjelaskan perkara yang sebenar... jangan sampai orang jual nama kita dan maruah kita dipermainkan.  Berani kerana benar.

Yang sebenarnya, hari ini Aye rasa macam nak tutup mulut.  Tak mau bercakap lagi, ... sebabnya... Aye nak bertapa dalam bilik fail..... buat kerja sorang2 mana nak bercakap plak.... kan... SUSPEN JAP.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

22 Mac 2010

Wanita semuanya ada kelebihan... Namun mengapa masih ada yang kurang

Salam sejahtera,
Just want to share, may it usefull to all of us... just read or see it....

Wanita ini akan mempunyai kekuatan mempesona laki-laki.
Dia dapat mengatasi beban bahkan melebihi laki-laki.
Dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri.
Dia mampu tersenyum bahkan saat hatinya menjerit.
Mampu menyanyi saat menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa saat ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya.
Mampu berdiri melawan ketidakadilan.
Dia tidak menolak kalau melihat yang lebih baik.
Dia menerjunkan dirinya untuk keluarganya. Dia membawa temannya yang sakit untuk berobat.
 
Yang Penting.... Cintanya tanpa syarat
 
Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang
Dia girang dan bersorak saat melihat kawannya tertawa
Dia begitu bahagia mendengar kelahiran
 
Hatinya begitu sedih mendengar berita sakit dan kematian
Tetapi dia selalu punya kekuatan untuk mengatasi hidup
Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka

Namun....
Hanya ada satu hal yang kurang dari wanita:....
Dia lupa betapa berharganya dia...
~~~~~

18 Mac 2010

Benchmarking Wanita Melayu

Salam sejahtera, semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Ilahi dan dapat meneruskan kehidupan ini dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan.  Jangan keliru dengan tajuk di atas.  Tajuk di atas Aye ambil dari petikan tazkirah oleh Ustazah Kalsom sebentar tadi dan digabungkan dengan diri Aye (wanita melayu.... ewahhh)..  Nak dijadikan cerita...hari ini, kebetulan pula ada Tazkirah di Surau Az-Zahrah PLUiTM dan dalam masa yang sama Aye perlu bawa anak-anak buat check-up kat Klinik Desa Sg. Galah.... mau tak mau terpaksa juga pergi ke klinik sebab dah janji dengan anak-anak dari minggu lepas lagi.  Sesungguhnya kita merancang dan Allah yang menentukan, setiap kejadian telah ditakdirkan perjalanannya pada hari ini... balik dari Klinik terus ke Surau... fikir Aye tazkirah dah nak habis dapat dengar sikit pun jadi lah... bukan apa yang penting nak jumpa ustazah... Alhamdulillah, rupa-rupanya tazkirah baru mula jadi tak banyak yang Aye tertinggal.

Berikut adalah antara petikan tazkirah yang sempat Aye catit dan untuk dikongsi dan ingatan untuk diri yang sering alpa

Benchmarking (Tanda Aras) Mukmin Yang Cemerlang
- untuk menjadi mukmin yang cemerlang menghayati keagungan Allah:-
1.  Apabila disebut nama Allah gementar hatinya
2.  Apabila dibacakan ayat-ayat Al-Quran bertambah imannya

Indicator (Ciri-Ciri) (rujuk Surah Al-Mukminun, ayat 1-11)
1.  Solat yang khusyuk
2.  Menjauhi perkara yang lagha (sia-sia)
3.  Menunaikan Zakat
4.  Menjaga kemaluan
5.  Menjaga amanah
6.  Menepati janji

Halangan/Kekangan Utama
- nafsu - yang menyebabkan individu tidak dapat fokus kepada matlamat hidup sebagai khalifah Allah

Strategik Planning - jangka pendek
1.  Membaca buku - 1 hari 1 tajuk
2.  Menghadiri majlis ilmu - 1 hari 1 kali
3.  Membaca Al-Quran - 1 waktu solat 1 mukasurat
4.  Sedekah - 1 hari $1
5.  Membayar zakat - 1 bulan $30
6.  Mengurangkan masa breakfast/makan kepada 20 minit 1 hari
7.  Solat Jamaah - 1 hari 5 waktu (tidak dapat 5 waktu paling kurang 1 waktu)
8.  Menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran - minimum 5
~~~~~~
Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air, 
tetapi lembah yang rendah boleh menakung air....

Apa maknanya... nak sambung?  tunggu next entry.... sementara itu fikirkan apa maksudnya...Sekian.
~~~~~