Pageviews

Memaparkan catatan dengan label ujian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ujian. Papar semua catatan

25 Ogos 2015

10 Surah Penghalang Ujian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 Surah Penghalang Ujian


Hidup kita tidak lari dari ujian.  Mahu atau tidak ujian itu tetap datang dalam bentuk dan rupa yang berbeza.  Ujian yang datang itu didatangkan oleh Allah mengikut kemampuan hambaNya.  Kita selaku hambar perlu bersabar dan menerima setiap ujian dengan rela hati tanpa bersungut.  Memang benar kita selaku manusia biasa yang lemah sering kali leka dan alpa namun itu bukanlah alasan untuk kita berusaha mengatasi setiap halangan dan ujian yang menimpa.




Berikut adalah sebahagian daripada usaha yang boleh kita lakukan.  Bacalah surah-surah berikut, selain daripada dapat menghalang ujian kita juga beroleh pahala yang besar kerana membaca Al-Quran.

  1. Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Ad-Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
sumber

Semoga kita dapat jadikan amalan seharian.



22 April 2015

Ujian sebesar kapal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ujian sebesar kapal


Jika kita rasakan ujian sebesar kapal, ingatlah rahmat Allah itu seluas lautan


30 Ogos 2013

Ujian Persefahaman dalam Persahabatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada baik, Beri baik, Dapat baik.  (Prof. Dr. Muhaya)


Catatan ini tidak bertujuan untuk mengulas mengenai ungkapan popular dari Prof. Dr. Muhaya iaitu Ada kebaikan beri kebaikan dapat kebaikan.

Kehidupan kita memang tidak lari dari ujian, dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ujian yang terbesar. Kadang-kadang ujian itu kita tidak perasan kerana ianya kecil, sedangkan ujian yang kecil itulah yang akan menjadikan kita orang yang matang ketika berhadapan dengan ujian yang besar.

Ketika catatan ini ditulis... hidung mula berair menjadi tanda bahawa selsema bakal tiba... dengan cepat segera sedar dan terus ambil scott emulsion (kan banyak vitamin c - baik untuk merawat selsema kan?). Bukan saja budak-budak, mak budak dan bapak budak pun boleh minum scott emulsion...


gambar hiasan

Kaitannya begini... apabila kita sedar kita sedang berhadapan dengan ujian (selsema) kita akan segera mencari remedi untuk merawat selsema tadi.  Tetapi alangkah ruginya kita apabila kita ditimpa sedikit ujian selain dari kesakitan... kita tidak perasan dan menjadikan kita leka atau alpa untuk 'merawat' ujian tadi.

Kisah yang hendak dikaitkan adalah begini.  Dalam sesuatu keadaan dan situasi kita akan bersemangat untuk melakukan dan melaksanakan arahan.... yang kadang-kadang bukan dalam bidang tugas kita pun tetapi atas dasar semangat kita menjadi teruja untuk mencipta dan melaksanakan tugasan itu.

gambar hiasan

Tiba-tiba dalam kita bersemangat untuk melakukan pekerjaan itu... datang pula sahabat yang tidak langsung memberi semangat serta tidak memperdulikan langsung apa yang kita sedang buat.  Yang bagusnya sahabat itu lebih rela mengkritik tanpa ada tanda hendak membetulkan apa yang 'salah' atau buat tidak endah terhadap usaha yang sedang kita lakukan.



Ada pula satu sisi yang lain seolah tidak mengambil berat terhadap apa yang sedang diusahakan.  Buat pun nak tak nak... dan seperti tidak ikhlas.  (Tetapi itu mungkin pandangan mata kasar sahaja... disebalik usahanya kita tidak tahu)

Situasi begini memang menyakitkan hati dan mencabar kesabaran dan mampu melemahkan semangat yang sedang berkobar-kobar.

Sebagai mengatasi rasa sakit hati... beralih lah kepada positif.  Tentu ada sebab dan hal tertentu yang menjadikan orang itu sukar memberikan kerjasama atas apa yang sedang kita laksanakan.

Boleh juga kita tafsirkan sebagai itu semua ujian dalam mengharungi dunia persahabatan.  Boleh saja kita buat tidak tahu atas yang berlaku... teruskan usaha dan kerja kita.

Semoga suatu masa bantuan akan tiba... paling tidak situasi itu akan berlalu dan biarkan saja ia pergi tanpa sedikitpun terguris pada hati.  Jadikan iktibar supaya kita tidak menjadi seperti itu... kerana kelak siapa juga akan melalui situasi sedemikian.

Yang berlalu biarkan berlalu... semoga persahabatan yang terjalin tidak terputus kerana perkara kecil yang kadang-kadang kita sendiripun sebenarnya tidak mahu ia berlaku pada kita dan pada orang lain juga.

Sekian adanya...Suka duka pentas dunia.