Pageviews

Memaparkan catatan dengan label tempat makan di Seri Iskandar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempat makan di Seri Iskandar. Papar semua catatan

08 Jun 2016

Nasi Ayam Junid di Seri Iskandar

Nasi Ayam Junid di Seri Iskandar



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nasi Ayam Junid


Terima kasih atas kesudian singgah melihat gambar Nasi Ayam Junid di Seri Iskandar

12 November 2013

Berkongsi rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Orang memberi kita merasa
Orang berbudi kita berbahasa

Bukan pantun dua kerat tetapi lebih kepada peribahasa Melayu lama yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.  Pada hematnya amalan memberi dan berbudi bahasa masih lagi diamalkan tetapi tidaklah diwar-warkan dan tidak pula digossipkan.

Menceceh pula.

Gambar hiasan

Pagi tadi semasa minum di Kedai Mak Haji bersama sahabat ada situasi menarik di situ.  Seorang Pakcik dari Bota Kiri (mungkin betul atau silap =) kurang pasti pula) membawa bahan jualannya seperti kerepek pisang, rempeyek kacang, tumpi dan keropok ubi diletakkan di Kedai Mak Haji.  Jarang sangat berjumpa dengan pakcik tadi mungkin juga pernah jumpa tetapi tidak perasan.

Hari ini, pakcik tadi asyik menegur pengunjung kedai yang duduk makan disitu.  Ada yang buat tidak peduli ada juga yang melayan kerenah pakcik (mmaf lah tak tahu nama pakcik tu sebab tak bertanya).  Diceritakan oleh pakcik tadi bagaimana usahanya membuat kerepek berkenaan serta bagaimana mendapatkan stok untuk membuat kerepek pisang.  Kami hanya mampu tersengih sambil menarik kerusi untuk duduk makan. Sambil makan seronok juga ada penglipurlara... rindu celoteh gemulah ayah terubat juga :D

Sambil bercerita pakcik meletakkan sebungkus kerepek pisang atas meja kami.  Terima kasih! Sempat lagi pakcik menceritakan lagi jenis-jenis kerepek pisang yang ada.  Kami tersenyum.

Pakcik beralih pula ke meja sebelah ada ibu dan anak kecil sedang menikmati hidangan di situ.  Pakcik meletakkan sebungkus keropok untuk anak kecil itu dan sebungkus kerepek pisang lagi.  Sejurus itu pakcik bercerita lagi mengenai jenis-jenis kerepek yang ada antaranya kerepek kacang dan kerepek dal.  Kakak tadi mengatakan beliau suka kerepek kacang, lalu diletakkan sebungkus kerepek kacang atas meja itu. Kakak terkejut lalu menghulurkan sejumlah wang kepada pakcik tadi... mungkin agak segan lalu pakcik memberi sebiji buah kuinin.

Pakcik kemudiannya beralih ke meja kami dan bertanya kerepek apa yang sedap.  Sejurus saja sahabat YB mengatakan kerepek kesukaanya, diletakkan lagi sebungkus kerepek kacang di atas meja.  Agak terkejut juga lalu sahabat tukar cerita mengenai kuinin dan mengagak buah kuinin itu dari kebun.  Lalu pakcik mengatakan buah kuinin itu dari pokok depan rumah kutip pagi tadi.  Kemudian diletakkan sebiji atas meja kami... dan sebiji lagi (mungkin juga kerana kami berdua di meja itu)... Terima kasih pakcik.

Kerepek dan kuinin pemberian pakcik tadi di panjangkan pula kepada sahabat di ofis.  Berkongsi rezeki kami pada hari ini...
                
                   
Kuinin yang tinggal.  Kerepek pisang dan rempeyek kacang telahpun 'difaraidkan' sesama ofis-mate.


suka duka pentas dunia


08 November 2013

Bubur Jagung Mak Haji

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bubur Jagung Mak Haji

Teringatlah zaman kecil dulu nak makan bubur jagung selalu bukan senang.  Kena tunggu musim cuti sekolah baru jumpa.  Sebabnya masa cuti sekolah tolong kat kebun atau ladang jagung sesekali kat ladang kacang. lepas mengutip jagung dapatlah 'souvenir' jagung dari tuan ladang.  Masa tu rasa bangga tak terkiralah sebab dapat bawa balik hasil usaha sendiri untuk makanan sekeluarga.

Ehh... jangan salah faham pula.  Bukan kena paksa tetapi memang masa zaman sekolah rendah dan zaman kanak-kanak suka cari kerja sendiri untuk tambah belanja sekolah.  Bukan salah mak bapak tetapi memang keinginan sendiri untuk belanja sekolah.

Dari tajuk bubur jagung dah lari pulak ke zaman sekolah.  Ada kaitan tu antara bubur jagung dan zaman sekolah.

Sebenarnya bubur jagung untuk pencuci mulut tengahari ni beli dari kedai makan 'Mak Haji'.  Tak ingat lah nama restoren tapi itulah yang digelar oleh 'ofis-mate'.  Secara kebetulan lepas makan semasa nak bayar ternampak bubur jagung atas meja... mula-mula tu ingatkan untuk sedekah.. :P (banyaklah sedekah!!) Untuk sedekah ada juga tetapi bubur ini untuk dijual... so kenalah beli.

Ambil sendiri sebungkus kongsi dua orang.  Balik makan di 'ofis' sementara tu teringat pula blog tak 'update' lagi... okeh lah bahan untuk'update' blog tengahari ni adalah bubur jagung mak aji (sebutan yang biasa).

Lepas makan jangan lupa berus gigi =)

Cerita untuk petang ni, malam ni dan untuk esok tak tahu lagi.  Ingat nak buat cerita mengenai bola kuning dan bola pink.

Sekian adanya.



suka duka pentas dunia


16 September 2013

Tutti Frutti kini berhampiran rumah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasalah blogger wanita bajet mak-mak ni selalu lah juga jadi tukang promosi percuma bagi sebarang aktiviti dan keluaran terbaru di kawasan sekitarnya.

Betulkan?

Tutti Frutti sekarang baru saja menjejakkan tapaknya di Bandar Seri Iskandar.  Tak pula ingat dengan tepat tarikh perasmian pembukaan.  Kerana pada hari perasmiannya... sangatlah sibuk tak sempat singgah.  Yang terperasan hanyalah khemah di depan deretan bangunan kedai... dengar khabarnya Tutti Frutti dah buka di Seri Iskandar.

Jom Terjah!

Di ofis kawan-kawan dah mula bercerita.  Macam-macam antara benar atau tidak percaya atau tidak cuba sendiri.

Di rumah pula anak-anak asyik menggoda.  Apa tidaknya kawan-kawan sekolah dah mula mercerita.... tambahan pula beberapa hari sudah terjumpa mangkuk kertas Tutti Frutti depan rumah... agaknya malam tadi mereka yang 'take-away' ni makan dalam kereta masa perjalanan balik rumah,,,tak nampak tong sampah lalu tercampak dengan pagar rumah... Sabar jer lah.

Biarlah mereka dengan kerenah mereka...

Apalagi dengan kesempatan yang ada tak kiralah balik ofis lambat ker.... demi memenuhi impian dan hasrat anak-anak, maka berkorban masa jugalah.

Nak cerita tentang masa memang semua orang diberi masa yang cukup.  Nak bercerita mengenai wang ringgit... memang tak semua orang mempunyai kuasa beli yang sama.  Sementara masih ada masa dan duit yang cukup belilah seadanya... Semoga anak-anak berpuas hati dan tidak lagi menderita kerana tidak dapat makan tutti frutti.. menderitalah sangat!!!


Nikmati Tutti Frutti di rumah... lebih aman tak yah nak jaga sangat tertib.  Cedok jer masuk mangkuk, pilih tempat duduk yang selesa... nak bersila ker nak bertimpuh atau duduk atas kerusi boleh saja... Santai jer


Semoga anak-anak akan bergembira dan berbahagia dengan 'hadiah' ini.

Eh... memang tiada gambar anak-anak makan tutti frutti, sebab di rumah kan... biarlah mereka dengan kebebasan mereka... tak mahu ganggu. :D

Tutti Frutti Frozen Yogurt kini berhampiran rumah dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Terima kasih.


07 Januari 2012

Malam ini mereka berdua lagi | Warung Ayang Ungguh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Malam ini mereka berdua lagi keluar makan-makan.  Memang tak patut.  Ayahnya dah buat janji dengan anaknya tanpa pengetahuan ummi.  Sungguh tak disangka sama sekali.  Menjadi juga perancangan mereka berdua itu.

Si anak bila makan di luar dah pandai minta milo ais.  Kalau dulu fresh oren jer tak pun sirap limau.  Seleranya bukan main lagi.  Dapat milo ais satu gelas besar boleh habis tapi tak makan.  Bila ajak makan ada le dua tiga sudu, itu antara nak dengan tidak jer.

Malam ini khabarnya mereka berdua makan makan di warung ayang ungguh.  Warung tu memang terkenal di kawasan kejiranan SIDEC terutama seksyen 7.  Dan paling top di kalangan pelajar yang NR yang menyewa di kawasan berdekatan seksyen 7.  Makanannya boleh tahan dan harganya juga berpatutan.  Paling sedap mee bandungnya... terangkat...

Ada kesempatan nanti Yangbaik review makanan yang ada di warung ayang ungguh.  Walau sebenarnya sega juga dengan student yang singgah makan di situ, sebabnya ... entah ... (macam tak der hidung pulak)...

Sekian dulu...

.