Pageviews

Memaparkan catatan dengan label suka duka pentas dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suka duka pentas dunia. Papar semua catatan

19 Ogos 2014

Permulaan yang luar dari biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini... tak tahu macam mana nak mula cerita tetapi memang tak berapa suka kerana siapapun tak suka.

Bukan tidak tahu akan kepentingan memakai tali pinggang keledar, tetapi bila dah nak cepat apa-apapun boleh berlaku.  Biarpun selalunya pakai tiada apa-apa yang berlaku tetapi bila terlepas sekejap saja... dah terkena... memang tak suka tak suka tak suka..

Sekian dulu ... pagi ini hati memang luar biasa dan tak suka sangat.  Musibah ini tak sanggup dikenang bila terkenangkan masih ramai lagi yang terlepas pandang.

Mudah-mudahan kerja hari ini dan kehidupan hari ini berlangsung dengan baik dan mendapat keberkatan dariNya.

22 November 2013

Perempuan Wanita Solehah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Petang ni... bermonolog sekejap... berkongsi rasa hati seorang wanita.



Tajuk Asal :  Kekuatan Seorang Perempuan


Perempuan
Kuatnya tidak terzahir
Letak pada jiwanya
Biarpun ditampar
Dia menangis
Bukan kerana kesakitan
Tetapi kekuatan

Perempuan
Ketahanannya lebih dari tamparan
Malahan beribu deraan
Kekuatan dalamannya
Itulah kudratnya

Perempuan
Kelemahannya adalah kejujuran
Sekali dikhianati
Selamanya ia terluka
Sukar diubati
Malahan beribu penawar bukan galang ganti

Perempuan
Kekuatan jiwanya adalah pada Tuhannya
Sejadah itu bukan baldu sutera
Penyambung semangat juang hidup
Menghimpun berjuta kekuatan
Tempat berhimpun sejuta keperitan
Tempat memendam sejuta kedukaan

Perempuan
Doanya pasti termakbul
Itu janji Tuhan
Andainya dia terluka
Andainya dia teraniaya
Adukan saja pada Tuhannya
Nescaya dia beroleh sejuta kekuatan
Malahan lebih dari itu

Perempuan
Ketaatannya pada sang lelaki hanya yang bernama suami
Lalu diberiNya sejuta kekuatan
Selagi dia beriman dan taat pada Tuhannya

Perempuan
Kedegilannya sukar ditawan
Selagi kekuatan kudratnya tertanggung dek badan
Selagi nafasnya berbau keimanan
Selagi jiwanya pada Tuhannya

Perempuan
Berasalnya dari rusuk Adam
Sebelah kiri paling bawah
Biarpun tidak lurus
Itulah kekuatan
Sekali terluka
Tidak selamanya merana

Perempuan
Dendamnya kekuatannya
Terbalas di tikar sejadah
Ingatannya pada Tuhannya
Muhasabah diri
Mencari kelemahan
Menilai kekhilafan
Koreksi kesilapan
Biar terlerai dendam membara
Biar damai hidupnya di sana


NUKILAN:
~  YANGBAIK
~  18 NOVEMBER 2013
~  SIDEC, SERI ISKANDAR

*  Nukilan di atas bukanlah semata-mata pengalaman peribadi penulis tetapi merangkumi juga penglihatan, pembacaan dan pengetahuan penulis sebagai blogger wanita.



suka duka pentas dunia

ulang siar 22/11/2013

03 September 2013

Tidak mengetahui

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


'gambar hiasan'


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(QS. Al Baqarah 2:216)


Agak-agak la kan ada tak orang mengamuk bila aye katakan bahawa ada kebaikan disebalik kenaikan harga minyak.  Kenyataan di atas agak perit dan memang aye sendiri pun sukar untuk menerimanya...

Sabar lah hati...


16 April 2013

Antara suka dan benci

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


motif hiasan

Sementara menantikan tibanya siaran langsung Wacana Kepimpinan : Sebelum Senja Berlabuh, hayati dulu bait-bait mutiara kata ini semoga bermanfaat.

Ada dua perkara yang jika Anda Amalkan, Anda akan mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat:
1.  Menerima sesuatu yang tidak Anda sukai, jika sesuatu itu disukai Allah.
2.  Dan membenci sesuatu yang Anda sukai, jika sesuatu itu dibenci oleh Allah.
(Abu Hazim)

07 Disember 2012

Lesung batu sambal belacan

As salam,



Lesung batu di atas papan
Simpan bersama sekaki payung
Tumbuk sambal biar bersopan
Jangan sampai riuh sekampung


04 Disember 2012

Takut kepada penipuan

As salam,


Tak taulah apa kaitan antara gambar di atas dengan ketakutan atau penipuan.  Nak dijadikan cerita bukan kerana ditipu oleh penjual kereta terpakai (walaupun macam pernah kena tipu), tetapi yang dijadikan cerita adalah takut sekiranya sekali lagi ditipu oleh orang yang sama atau orang lain yang menggunakan helah yang seakan sama.  Tetapi cerita ketakutan ini rasanya tak sesuai lah nak diceritakan dalam 'Fear Factor' yang sedang dok heboh kat blog dan ASTRO sekarang ni... memang tak masyuk....

30 Mac 2012

Gadis Melayu jaga suara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



sumber:  google.com

Jenuh-jenuh juga lah mencari gambar gadis melayu yang sesuai untuk ditempek di sini.  Walaupun gambar di atas sekadar lukisan rasanya sesuai kot untuk memberi gambaran kepada gadis melayu.  Okeh kalau tak sesuai boleh letak gambar barisan peserta pertandingan Gadis Melayu di TV9.

Gadis Melayu jaga suara bukan sekadar bermaksud jaga suara dengan mengamalkan amalan tertentu untuk memerdukan suara tetapi lebih kepada jagalah suara di tempat awam kerana suara juga tergolong di dalam aurat bagi gadis dan wanita Islam.  Tidak pula bermaksud tidak boleh bersuara langsung.

Okey lah... Yangbaik bukanlah boleh dikategorikan sebagai ustaz ustazah tetapi sebagai seorang wanita, isteri dan juga pernah bergelar gadis suatu masa dahulu berpendapat... ketawa, mengilai atau menjerit di tempat awam tanpa tujuan keselamatan adalah sesuatu yang tidak sopan dan amat menyinggung sekali.

Beginilah nak mudah cerita, ketika keluar berkumpulan terutama ke rumah sewa kawan lelaki yang kononnya satu kelas... ini cerita parti perpisahan (berpisah la sangat kan).  Rumah sewa kawan lelaki (classmate) biasa di kawasan kejiranan,  adalah tidak manis bagi mana-mana gadis untuk ketawa atau mengilai.  Perbuatan itu sesuatu yang sia-sia kerana bukan sahaja tak elok didengar oleh jiran tetangga tetapi juga menyakit hati dan telinga. 

Boleh kata juga macam... kalau tak suka jangan dengar.  Hello.... korang tu perempuan kan?... so buat apa kat rumah budak lelaki nih... dah tu tengah malam macam ni tak balik lagi... esok tak der kelas atau dah abih exam... jangan nak buat perangai nak senonoh tu... jaga lah maruah anda sebagai siswi.

dah... habis berleter memalam buta nih... esok siang kalau korang baca... ingat2 lah jangan nak buat lagi atau jangan nak cuba buat... kalau hampa ditimpa bala bukan kena kat group hampa jer... ingat-ingat la mak bapak kat kampung tak pun kat bandar mana sekalipun... pelihara maruah diri dan keluarga.

Hish...dah habis..

18 Mac 2012

Belajar terima kenyataan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Baru tadi dapat teguran berkenaan perasaan yang tidak menentu.

Bukan tidak menerima kenyataan tetapi sesekali apabila perasaan yang tidak selesa itu dilakarkan ia akan sedikit bahkan banyak juga membantu.

Masalah yang kita hadapi sesekali perlu diluahkan walaupun tidak secara total tetapi sedikit sebanyak ia membantu meleraikan kekusutan yang terbuku di hati.

Belajar terima kenyataan.  Kita sering merasakan hidup kita susah tetapi tidak pula fikirkan apa yang ada pada kita itu sebenarnya lebih baik dari apa yang dimiliki oleh orang lain.

Kenyataan bukan untuk meletakkan kesalahan kepada orang lain tetapi untuk menilai jati diri.


(^_^)


.

13 Mac 2012

Lupakan kekhilafan lalu bina semangat baru jangan biarkan hati membeku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




1. Dalam kehidupan seharian kita pasti tidak lari dari segala ujian, cabaran dan juga pujian.  Namun pujian itu yang diterima sedikit sahaja berbanding kemarahan atau kebencian.

2.  Pernah kita diberikan sesuatu tugasan, namun jarang sekali tugasan itu dapat disempurnakan dengan jayanya tanpa kerjasama banyak pihak antaranya rakan setugas atau 'stakeholder'.  Bukan bermaksud mereka tidak memberikan kerjasama tetapi tidak dapat memahami keperluan tugasan kita serta had kuasa yang ada pada kita.

3.  Aye pernah berhadapan dengan satu situasi yang agak memilukan di mana seorang daripada sahabat telah dipersalahkan kerana beliau dikatakan 'pandai-pandai' buat keputusan.  Sedangkan apa yang diucapkan jauh sekali dari apa yang beliau hadapi.  Ini semua gara-gara salah faham, tidak mahu memahami serta ingin melepaskan 'tengkok' sendiri.  Dalamerti kata lain tidak mahu bertanggungjawab dan lantas meletakkan kesilapan itu pada orang lain yang diminta bantuan.  Patut ker?

4.  Berusahalah menjadi manusia yang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan juga kepada alam sekitar serta manusia sejagat.  Tidak pula bermakna menerima semua kesalahan yang dilakukan orang lain tetapi lebih kepada bersedia menerima teguran dan menerima kenyataan mengenai kelemahan diri seterusnya berusaha memperbaiki diri.

5.  Elakkan lah juga sifat cepat melenting dan terus menyalahkan orang lain.  Fikirlah dahulu berita yang diterima itu.  Adakah ianya benar atau sekadar ayat 'bodek' supaya dia terlepas dari hukuman.  Fahami maksud sebenar disebalik pelaporan.  Fikir jauh sikit dan pandang ke depan jangan statik sahaja.

6.  Tidak elok menyusahkan orang lain dengan perkara yang remeh temeh dan tidak ada kaitan dengan dirinya.

7.  Janganlah 'sampai hati' membiarkan orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan atau mangsa manusia yang tidak mahu mengerti hati dan perasaan orang lain.

8.  Kemajuan teknologi bukan untuk disalahgunakan sebaliknya gunalah kemudahan teknologi yang ada untuk kebaikan diri sendiri dan manusia sejagat.

9.  Elakkan menyimpan dendam atau kemarahan kerana ia mampu menjejaskan kecantikan sebenar yang ada dalam diri atau luaran.  Dendam kesumat itu mampu mendatang pelbagai gejala penyakit dan akan menjejaskan kesihatan sebenar.

10.  Siapalah kita untuk berdendam dan menyimpan benci kepada orang.  Sedangkan ia sedikitpun tidak mendatangkan keuntungan atau kekayaan malahan kerugian juga kegelapan bakal menyelelubungi segenap ruang kehidupan.


Sekian.

25 Februari 2012

Tulis macam ni faham macam tu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sejak kebelakangan ini suka sangat tengok dan jalan2 di blog kawan blogger yang berkogsi cerita mengenai kisah perkahwinan walaupun bukan kisah perkahwinan mereka.

Antaranya kisah perkahwinan artis muda , Lisa Surihani dengan Yusri KRU dan tidak ketinggalan juga yang terkini perkahwinan Ana Raffali.  Selamat pengantin baru, semoga perkahwinan mereka berkekalan bahagia hingga akhir hayat.  Cabaran dan dugaan dalam alam perkahwinan tetap ada walau kepada siapa pun, hanya mereka yang alaminya saja mampu mengatasi dan memahaminya.

Kadang-kadang mereka tulis begitu tetapi kita yang bacanya faham begini.  Memang tak sama, mungkin kerana cara pemikiran dan penerimaan kita mengenai penulisan itu berbeza.  Tetapi bukanlah satu masalah besar sekiranya pemahaman itu tidak lari dari niat asal penulisnya.

Dalam masa sama, entah mengapa beberapa entri yang tertera di blog yangbaik mungkin telah disalah tafsir.  Tidak dinafikan mungkin juga kesilapan yangbaik kerana menulis begini lalu menimbul kefahaman begitu kepada mereka yang membacanya. 

Sekadar berkongsi rasa suka duka kehidupan di pentas dunia yang kadang-kadang penuh dengan pilih kasih.  Biarpun tidak semua tetapi sebagai manusia normal kita tidak lari dari bermacam-macam perasaan.  Cuma mungkin juga luahan perasaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati. 

Yangbaik tidak mengenali anda, begitu juga anda yang membaca tidak mengenali yangbaik sepenuhnya. Jika anda mengenali yangbaik... itulah adalah tidak adil sekiranya komen anda tidak pula menggambarkan siapa diri anda sebenarnya....

Sungguh diakui ini blog aye (yangbaik), jadi terpulang kepada yangbaik untuk menulis apa tetapi masih lagi ada batasnya.  Justeru yangbaik mohon maaf andai apa yang tertulis menimbulkan kemarahan atau kebencian banyak pihak yang membacanya.

Sekian adanya.

07 Februari 2012

Rezeki dan nasib yang berbeza

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sekadar berkongsi rasa berkenaan rezeki nasib manusia.  Kita sering merasakan diri kita ini malang. Bukan tidak bersyukur dengan rezeki yang ada tetapi begitulah hakikatnya bila kita tidak berjumpa dengan orang lain yang bernasib kurang baik dari kita.

Luahan rasa dalam blog ini sekadar ingin menyatakan rasa simpati pada nasib seseorang.  Bagaimana beliau mampu mengharungi hidup dengan ujian yang kita tidak pernah rasa.  Benar! Allah menurunkan ujian ke atas hambanya mengikut kadar kemampuan.

Begitulah kita sebagai manusia sesekali menyimpan rasa simpati kepada orang lain kelak mendatangkan keinsafan kepada kita betapa nikmat yang kita perolehi.  Semoga kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diterima seterusnya berusaha untuk menjadi hambaNya yang terbaik di muka bumi ini.

Kita sering rasa terluka dan kecewa dengan sikap orang lain kepada kita.  Tetapi jangan lupa masih ada ramai lagi insan lain yang menyayangi dan menghormati kita.  Bukan minta disayang atau dihormati tetapi cukuplah sekadar kehadiran di muka bumi ini disedari dan dipeduli.

Semoga setiap dari kita dikurniakan ketabahan dan kesabaran mengharungi ujian dunia demi mendapat ganjaran di akhirat.

.

07 Disember 2011

Soal hati persis Ombak Rindu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Soal hati.  Apa saja persoalan yang timbul baik berkaitan sikap negatif atau positif adalah berkaitan dengan hati.  Ini adalah kerana setiap manusia dikurniakan hati dan akal untuk memilih mana yang baik atau mana yang buruk.

Tidak dinafikan daya tarikan untuk membuat perkara yang buruk itu memang kuat.  Kekuatannya akan bertambah-tambah lagi bila hati dan akal itu tidak bersatu atau ketika hati lebih kuat menguasai akal.

Namun hati itu juga mempunyai naluri untuk membuat kebajikan dan kebaikan tetapi akan terhalang sekiranya akal itu tidak berfungsi sepenuhnya.

Hati itu ada kalanya dahagakan kebaikan tatkala ombak rindu menghempas pantai keimanan dan bila hati itu bersih.

Lakukanlah kebaikan walau sebesar zarah kerana kebaikan itu tetap memberi kesan kepada hati.

Tetapi hati sering dikotori dengan sifat iri dan kebusukan hati juga akan menguasai pemiliknya bilamana hati itu sendiri tidak dibersihkan atau bila hati itu tidak mampu berinteraksi dengan akalnya untuk berfikir akan perasaan orang lain atau apa akan jadi bila diri sendiri diperlakukan sedemikian rupa oleh orang lain.

Sekadar ingatan untuk diri agar sentiasa positif dengan sikap dan tingkahlaku orang lain dan ingatan juga agar sentiasa memperbaharui niat untuk menjadi insan yang berbudi dan berbakti kepada agama dan negara.

Sekian.

18 Oktober 2011

Bicara dalam duka lara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bicara dalam duka lara atau sama juga dengan bicara bersama kedukaan.  Di dalam sebuah majlis bicara, teringat sebuah kisah duka.  Duka yang sementara saja sepatutnya tetapi telah dipanjangkan dengan perkara kecil yang remeh temeh.  Perkara yang pada dasarnya tidak perlu diperbesarkan.  Hanya kerana hati terluka angkara insan lain, luka hati itu dilontarkan pula kepada insan lain yang tidak mengerti apa-apa. 

Mengapa tidak dilontarkan saja rasa duka dan lara itu kepada insan yang melukakan hati mu.  Mengapa harus kami yang menerima natijahnya.  Hanya kerana kami dalam satu gerombolan yang tidak sama taraf dengan mu. 

Kami ini manusia biasa-biasa saja yang baru belajar untuk hidup luar biasa, baru berlajar berhadapan dengan cabaran.  Jangan pula kerana nila setitik habis susu sebelanga dibuang terus ke danau hampa.  Kami punya perasaan untuk hidup bahagia dengan cara kami sendiri.  Andai cara kami ini tidak berada di jalan yang benar, tunjukkan lah jalan yang lurus itu... tidak mungkin kami mengetahui mana jalan yang benar andai kami tidak beri sinar jalan lurus itu.  Biar apapun kami sudah sedaya upaya meneruskan hidup dengan cabaran yang amat luar dari jalan kami.  Kami sudah berusaha, tetapi kami tidak tewas dengan mainan kata-kata mereka yang suka menyesatkan pendirian kami. 

Kami punya pengalaman hidup yang tersendiri, biarpun cara kami ini memang kuno... namun kami yakin dengan peluang, bakat dan kemahiran yang ada kami bisa beroleh kejayaan.  Berilah kami masa dan peluang.  Andai ada cacat cela di mana-mana saja hasil kerja kami, maklumkan saja usah pendam kesilapan itu hingga akhirnya tersebar seantero maya persada ini mengenai kesalahan dan kesilapan kami.  Siapa pun kami atau siapa pun kamu, ada masa kesilapan tetap berlaku.  Namun kesilapan itu bukanlah alasan untuk melarikan diri dari amanah tugas yang telah dititipkan.

Biarkan duka lara itu berlalu pergi dan tersingkap di sebalik tabir penuh kesopanan. Usah diragui usaha orang lain mahupun usaha mu sendiri...

*.*