Pageviews

Memaparkan catatan dengan label sombong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sombong. Papar semua catatan

23 Ogos 2015

Orang yang memulakan salam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Orang yang memulakan salam


Orang yang memulakan salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur.
(HR Al-Baihaqi)


Mudah-mudahan kita dijauhkan daripada sifat sombong dan takabbur.  Kita tiada apa-apa di dunia ini untuk dimegahkan.


26 Mei 2014

Dua kerugian orang sombong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Isnin memang agak kalut dengan anak-anak.  Walaupun belum lagi cuti sekolah tetapi dah mula liat bangun pagi.  Malam tadi bukannya tengok badminton Piala Thomas.  Memasing tidur awal...

Pemandangan indah di waktu pagi.  Gambar hiasan

Intro sangatlah jauh beza dengan tajuk di atas kan.  Boleh la untuk menunjukkan bahawa saya tidak sombong boleh bercerita apa saja selagi rasa nak bercerita.

12 Februari 2014

Apa sebenarnya ukuran orang sombong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Apa sebenarnya ukuran orang sombong?

Adakah melalui gaya bercakap, gaya bertindak, kurang bercakap, muka masam, cakap kasar atau bagaimana yang dikatakan sombong.

13 Januari 2014

Jangan sombong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina

(QS. Al Mu'min: 60)




suka duka pentas dunia

20 Oktober 2013

Dosa pertama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Subhanallah.  Indahnya pemandangan langit malam dihiasi taburan bintang bergemerlapan.  Gambar hiasan.


Jauhilah kesombongan, karena sesungguhnya kesombongan adalah dosa yang pertama yang membuat makhluk bermaksiat kepada Allah.
(Aun bin Abdullah)



suka duka pentas dunia


27 Ogos 2013

Jangan jadi sombong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



perkiraan kita tidak terhitung.  gambar hiasan


Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina
(QS. Al Mu'min: 60)

24 Ogos 2013

Benci dan paling jauh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia




Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak omong, yang berlagak dalam berbicara, dan orang-orang yang sombong.

(HR Tirmidzi)

18 Ogos 2013

Jangan jadi orang sombong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan


Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina
(QS. Al Mu'min: 60)
 
 
Semoga kita tidak meninggi diri, tidak sombong sesama manusia dan sentiasa ingat pada yang Satu dalam setiap detik dan langkah kehidupan.
 
^-^

19 Januari 2013

Paling jauh

As salam,


Banyak perkara dalam hidup kita yang banyak kita tak suka... atau benci.

Antara yang dibenci adalah orang yang berlagak atau sombong.  Tetapi siapalah kita untuk membenci seseorang hanya kerana tingkahlakunya. Sedangkan dalam masa yang sama kita juga ada sikap itu... sikpa berlagak dan sikap sombong hanya dalam sedar atau tidak saja.

Janganlah pula sampai benci kepada diri sendiri.  Pada pendapat aye apa yang patut kita benci adalah sikapnya yang sombong atau berlagak bukan dirinya.  Mudah-mudahan dengan apa yang kita benci tidak menjauhkan diri kita dengannya.

Sebaliknya jika kita membenci dirinya ... individu yang berlagak atau sombong akan lebih banyak mendatangkan kesusahan kepada kita.  Kesilapan adalah kita tidak berusaha untuk mengubah sika sombong dan berlagak yang ada dalam diri kita.



Gambar hiasan.
Sesekali memandang keluar ada juga baiknya,
dapat muhasabah diri kita ... agar kita tidak termasuk
dalam golongan yang dibenci atau paling jauh
dari Rasulullah



Sabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak omong, yang berlagak dalam berbicara, dan orang-orang yang sombong. (HR Tirmidzi)


06 Januari 2013

Bukan taman dalam hati

As salam,



Apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup ini?  Tiada apa yang penting melainkan kita ini dihidupkan untuk menjadi khalifah dengan berbuat baik sesama manusia.

Siapa pun kita, setinggi manapun pangkat di pejabat sebagai wanita dia tetap wanita dan mesti taat dan patuh kepada suaminya sebagai ketua keluarga.
Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah.  (HR Muslim)
Sombong kita tidak ke mana.  Pandai kita juga tidak ke mana termasuk juga kekayaan harta dan ilmu.  Itu semua milik Allah yang dipinjamkan sementara kepada kita.

Menulis ini sesekali dapat mengingatkan diri kita sendiri di mana kita dan ke mana sebenarnya hala tuju hidup kita.

Subhanallah.

(*-*)

29 Februari 2012

Jauhi sifat sombong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sekali lagi bahkan berkali-kali lagi berkongsi apa yang sempat dikongsikan...

Sombong
1.  Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua:  sombong adalah menghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bong­kak, menyombong berkelakuan atau ber­laku sombong, menyombongkan me­nyombong ttg sesuatu; memegahkan, keangkuhan

2.  Menurut Kamus Dewan Edisi Empat:  sombong adalah tinggi hati, angkuh, bongkak, cong­kak, pongah, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran; menyombong berlaku sombong, membesar­besarkan diri: drpd gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung itu; menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: ja­ngan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; penyombong orang yg sombong (suka me­nyombong).

Kata Ahli hikmah pula:
Jauhilah kesombongan, karena sesungguhnya kesombongan adalah dosa yang pertama yang membuat makhluk bermaksiat kepada Allah.  (Aun bin Abdullah)

Sekian, semoga bermanfaat.

.

17 Januari 2012

Bual bicara jangan seenaknya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Orang yang paling aku (Rasulullah) benci dan yang paling jauh majelisnya dari aku pada hari kiamat adalah orang yang banyak omong, yang membual dan bicara seenaknya, serta yang menyombongkan diri (angkuh).  (HR Ahmad)

.

05 Januari 2012

Ada apa dengan sombong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Antara suka atau tidak, sungguh benar-benar keliru dan bimbang untuk berbicara secara maya.  Tambahan pula bila bercakap secara berhadapan pun kadang-kadang orang boleh kata kita sombong.  Itu kata-kata dari orang yang tidak kenal kita.  Mungkin kerana pembawakan atau air muka kita yang menyebabkan orang nampak kita sombong. 

Tanpa banyak bicara sesekali harus kita mengingatkan diri kita agar sentiasa berbuat baik sesama insan sama ada dari segi tutur kata mahupun riak muka.



"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah".  (HR Muslim)


...

15 Mei 2011

Ilmu bukan untuk orang sombong!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,









Ilmu tidak akan bisa didapat oleh orang yang pemalu dan orang yang sombong.
(Abul Aliyah)

09 Oktober 2010

sombong adalah dosa pertama!?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

(gambar hiasan)
sungguh terkedu... selama ini memang disedari dan memang tahu ... tak pula disangka mengapa begini... tak pula diketahui mengapa (perlu kajian mendalam)
tak sangka... bila ditegur
awak nih sombong la
ha... sombong ker
awak tak kenal saya lagi
mana pulak tak kenal dah lebih 10 tahun saya kenal awak
eh... kalau macam tu dah tentu awak kenal saya
memang kenal ... tapi tak semua
kenapa tak ambil peluang untuk kenal 'ngan saya
awak silap la... kalau dah kenal tapi sekarang baru tahu
dari dulu tak tahu ker
atau awak dah jemu 'ngan saya
sebab saya banyak kerenah yer
suka hati awaklah ...

memang saya sungguh sedih dengan peristiwa itu
lantas saya menangis sepuasnya
saya sungguh malu
pada diri dan juga pada semua orang
saya tak sangka
orang yang saya percaya ... dan kenal lama
dah jadi macam orang yang saya tak kenal
tak tahu siapa saya
mengapa saya begini..

eh... mengapa saya buat entri ni...
ada kaitan dengan awak ke?
habis, kenapa? terasa di hati ke?
dengan saya juga tiada...
tapi saja buat cerita
nak mendalami hati dan perasaan
orang yang rasa sombong tapi sombong
bagaimana pula dengan orang yang memang sombong
~~~~~~~~~~
Jauhilah kesombongan, karena sesungguhnya kesombongan adalah dosa yang pertama yang membuat makhluk bermaksiat kepada Allah



(Aun bin Abdullah)

24 Ogos 2010

siapa yang berlagak dan sombong

Assalamualaikum dan salam Ramadan,

saja nak sembang-sembang jap
heeheh.. kita tentunya biasa jumpa orang yang sombong
tapi betul ke sombong
macam sesetengah artis atau sesetengah kawan2 kita...
dia akan cakap... saya tak sombong... hanya orang yang kenal jer yang tahu
kalo difikirkan balik... mungkin juga betulkan...
yer lah tak semua orang tu peramah...
kerana dia tak pandai bercakap atau kerana dia dalam 'moody'... dah dicop sebagai sombong atau berlagak.
mintak-minta tu kita tidak terdiri dari golong yang dibenci oleh Nabi S.A.W.

maksud hadis untuk ingatan diri sendiri:-

Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak omong, yang berlagak dalam berbicara, dan orang-orang yang sombong.

(HR Tirmidzi)