Pageviews

Memaparkan catatan dengan label snickers. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label snickers. Papar semua catatan

28 November 2013

Kenyang makan SNIKERS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Snickers adalah makanan untuk orang lapar.  Kalau lapar memang lain macam.  Bukan sahaja jadi lemah longlai tetapi yang bagusnya nampak orang pun rasa nak telan... terutama bila kena marah... hahaha

Bertepatan sangat dengan motonya "Hungry? Grab a Snickers"
Biasanya ini adalah makanan untuk tengahari kira ganti makan tengahari.  Mengapa?
Sebab bila banyak kerja tak sempat nak ke kafetaria yang tak berapa dekat sangat.  Nak pijak tangga pun malas apatah lagi nak angkat punggung dari kerusi yang empuk nie... :P

Nak kata kenyang tu ... boleh lah buat lapik perut sementara tunggu petang balik ofis singgah di Jumbo Restoran makan nasi ayam ataupun nasi goreng ikan rebus.  Terus ganti makan tengahari plus makan malam dan 'supper' sekali.

Mana tidaknya bila dah balik rumah memang tak sempat nak pegang periuk kuali belanga.  Mana nak layan kerenah anak-anak lagi, nak basuh pinggan mangkuk yang berserakan dalam singki... tambah lagi dengan sindrom MNM.

Apa itu MNM?  Nantilah kita cerita ehhh... 

Dah... nak sambung kerja sikit lagi.

sekian adanya

suka duka pentas dunia

07 April 2011

Tengahari makan apa?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera (Selamat Tengahari juga...),


Biasanya kalau di rumah terutamanya pada hari minggu atau cuti makan tengahari dengan keluarga.  Masak yang sedap-sedap tetapi ringkas jer... ala-ala masakan kampung!  Sesekali kalau rajin dan banyak modal boleh masak nasi beriani atau nasi tomato atau nasi karot... kalau masak yang berlagu-lagu nih selalunya aye jadi pembantu jer.. sebab yang pakar masak ni... orang 'rumah'... yuhuuu... sengih lah tu... ahhhh lantak kome le nak pikir apa, yang penting dapat masak sama2 dan makan sama2 dengan anak2 kan?

Okeys.. berbalik pada cerita makan tengahari ni... kalau dah malas nak ke kafe berebut dengan orang ramai.. so layan jer snickers...untung-untung boleh main game... hei..ingat tak lapor ker... makan snickers tu buat lapik perut jer... balik rumah petang karang baru le masak serba ringkas dan makan nasi dengan ikan goreng atau telur mata pund ah okeh dah... anak2? depa dah makan dah... malam depa layan jer apa yang mak pak depa makan.

So... jom layan snickers... sedap gak nih... agak2 lah.. beli banyak2 buat stok kat dalamlaci pejabat ... huk3

layan.......