Pageviews

Memaparkan catatan dengan label pemikiran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemikiran. Papar semua catatan

07 Oktober 2014

Mentaliti itu hak ekslusif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mentaliti itu hak ekslusif

sumber gambar:  google.com (mentaliti)


Menurut takrifan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mentaliti adalah keadaan atau kualiti kebolehan akal; cara berfikir; daya fikir. Mentaliti juga merupakan kaedah atau cara berfikir, keadaan akal atau kebolehan berfikir. Mentaliti juga berasal dari Bahasa Inggeris yang bersinonim dengan minda,pemikirancara berfikirsikapsifatpandangan hidup.

Semua maksud itu membawa kepada cara kita menerima dan bertindak ke atas sesuatu isu, pesanan atau arahan.  Dalam keadaan tertentu tidak semua isu itu berkaitan secara langsung dengan kita tetapi tidak salah untuk kita mengambil tahu sedikit untuk menambah pengetahuan dan bukan bermaksud untuk "jaga tepi kain orang".  Jika ianya tidak penting tidak perlu ambil kisah pun.

Tetapi apa yang menjadi isu utama dan perlu dibahaskan adalah apabila sesuatu isu, pesanan dan arahan itu memang khusus didatangkan untuk kita, maka mahu atau tidak kita perlu hadamkan pesanan itu dan bertindaklah dengan cara yang lebih pro-aktif dan pantas sepantas mungkin yang kita mampu bukannya ambil tindakan sambil "lewa".  Kesannya mungkin tidak datang secara langsung kepada orang yang menerima arahan tetapi kepada orang yang memberi arahan.  

Sejauh mana keberkesanan arahan dan pesanan yang disampaikan?

Adakah perlu disusul setiap masa supaya arahan tadi difahami dan digerakkan?

Terpulang kepada kita untuk menilai sejauh mana mentaliti dan penerimaan kita.

Semoga kita sentiasa perbaiki minda dan mentaliti kita ke arah yang lebih baik.

(8-8)




14 Jun 2013

Belajar terima kenyataan hidup luar biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




1.  Dalam kehidupan seharian sama ada di tempat kerja atau di rumah kita pastinya mahukan yang terbaik untuk insan sekeliling kita termasuk juga untuk diri kita sendiri.

2.  Dalam memastikan semua orang mendapat yang terbaik, kita sendiri tidak lari dari hakikat bahawa setiap yang terbaik itu ada kalanya mudah untuk dilaksanakan.

3.  Dalam keadaan tertentu dengan mudah juga kita mencapai kejayaan  dan dalam keadaan itu sudah pasti kita rasa sungguh gembira dengan pencapaian kita.  Sehingga itu terdetik dalam hati bahawa diri ini mahu berehat seketika dari ruang kejayaan.  Mungkin kerana letih atau kerana hendak memberi peluang kepada orang lain pula untuk mencipta kejayaan.

4.  Dalam keadaan yang lain pula bila sesekali kita diuji dengan tohmahan dan kata nista, kita rasa bersalah sangat walaupun bukan salah kita.  Tohmahan itu sekadar menguji sejauh mana beraninya kita berhadapan dengan dunia luar sana yang penuh pancaroba dan pahit getir.

5.  Tanpa kita sedari sebenarnya dalam tempoh tertentu dan juga kerana tohmanan itu kita menjadi malas hendak mencipta kejayaan baru hanya kerana satu titik hitam yang tertumpah di dasar hati kita.  Apa titik hitam itu?  Negatif (-ve)

6.  Berpandangan negatif dengan pandangan orang lain.  Ya, memang perit untuk memberi gambaran positif (+ve) kiranya -ve itu lebih banyak bertamu dan berkeliaran dalam semak hati.

7.  Sesekali belajar terima kenyataan bahawa kita juga manusia biasa yang sedang berusaha untuk menjadi manusia yang luar biasa dengan cara kita sendiri.  Menjadi manusia luar biasa tidak susah tetapi yang susah adalah pemikiran -ve

8.  Tidak semua orang (mungkin perasaan kita sendiri) suka mendengar kejayaan kita atau semangat luar biasa yang ada pada kita.

9.  Belajar terima kenyataan dari awal bahawa setiap jalan kejayaan yang dilalui tidak semestinya mesti diharungi dengan kepayahan atau keperitan.

10.  Hargai semangat luar biasa yang ada pada diri sendiri... semoga kejayaan dan kecemerlangan adalah milik kita tanpa sedikit nilai -ve di sudut dasar hati.



02 April 2013

Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu

As salam,



Seminar Penyelidikan Pemikian dan Kepimpinan Melayu 
Tarikh:           Khamis, 11 April 2013
Tempat:         UiTM Shah Alam


07 Januari 2012

Gangguan menyentap emosi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Gangguan itu tidak disukai kerana ia bisa menganggu emosi. Terutamanya jika gangguan datangnya di awal pagi.  Memang menyakitkan untuk difikirkan.

Kesedaran untuk menepis gangguan itu perlu kerana kita punya perasaan dan jiwa yang perlu dihargai.

Kekuatan jati diri mampu menepis gangguan, namun dalam masa yang sama jangan perkecilkan gangguan itu.  Jika dibiarkan ia berulang, akan memudaratkan komunikasi juga perhubungan.

Atasi gangguan dengan memikirkan perkara yang baik selain dari gangguan itu.  Fikirkan juga kemungkinan kebaikan atau perkara lain yang tersembunyi disebalik gangguan itu.

Positif...