Pageviews

Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kehidupan. Papar semua catatan

14 Disember 2023

Sakit kepala selepas mesyuarat yang panjang bersambung dengan majlis lain

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sakit kepala selepas mesyuarat yang panjang bersambung dengan majlis lain



Sakit kepala walaupun sudah menjadi perkara biasa tetap juga perlu berwaspada terutama dengan zaman pandemik yang seolah enggan berakhir.

Urusan lain berjalan seperti biasa dan seperti yang dirancang pergerakannya.  Pening kepala sikit-sikit tu biasa.  Rehat sekejap melihat keindahan alam ... hilanglah pening.  Kalau pening juga tidak lah ketara sangat.





Seminggu ni terlalu banyak yang hendak difikirkan kerana ada beberapa urusan yang kadang-kadang seperti terlalu mendesak.

Desakan dari luar ada yang boleh diterima akal bila kita telah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku terutama berkaitan bidang tugas kita.

Desakan yang memeningkan kepada bila tiba-tiba muncul arahan lain yang diluar bidang tugas tetapi perlu diambil kira.

Bila terjadinya desakan luar kuasa makanya akan hilanglah keikhlasan dalam hendak membantu kerana terlalu terpaksa.  Seolah tidak memahami tugas kita yang sedang dirundung pelbagai isu.


Dalam kehidupan kita diberi pilihan, inginkan kemewahan dan kemuliaan atau berserah pada ketentuan dan keredhaan. Ingat kemewahan dan kemuliaan belum tentu membawa kebahagiaan, namun ketentuan dan keredhaan itulah tingkatan ketaqwaan untuk mendapat kerahmatan. Jangan tersalah buat pilihan, kelak diri dilanda kebinasaan ~Anon


 Semoga dimudahkan setiap urusan kita semua.  



Semangat pagi terbang bersama trauma dan fobia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semangat pagi terbang bersama trauma dan fobia



Biarlah apa yang nak dikatakan.

Sebaik mungkin telah cuba mulakan hari ini dengan senyuman dan hati yang tenang.

Namun atas sesuatu yang tak berapa disukai dan terpaksa diharungi, maka hilang sudah keikhlasan dalam menyelesaikan urusannya.

Urusan kerana terpaksa dan sentiasa berharap agar ianya tidak  berlaku.
 


Sesekali ibarat cendawan  yang tumbuh selepas hujan dan terbang hilang ditiup angin atau dipijak orang.

Memang sakit tetapi terpaksa tempuhi juga.


01 Ogos 2022

PERMULAAN HARI BULAN OGOS PADA HARI ISNIN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


PERMULAAN HARI BULAN OGOS PADA HARI ISNIN



اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.
Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya.

Alhamdulillah, hari ini Isnin 1 Ogos 2022 bersamaan 3 Muharram 1444.

Sekadar peringatan buat diri sendiri.


Cinta pada dunia
Dunia akan pergi

Cinta pada manusia
Manusia akan mati

Cinta pada Allah
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

Semoga kebaikan senantiasa mengiringi setiap langkah dan kehidupan kita.


29 Julai 2022

Hari Jumaat Penghujung Zulhijjah 1443 penuh dramatik

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari Jumaat Penghujung Zulhijjah 1443 penuh dramatik


Salam Jumaat Barakah. "Allahhumma solli 'alaa Muhammad, waalaa aali Muhammad"

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.


Alhamdulillah permulaan hari yang agak baik dan kekalutan masih juga seperti biasa dengan anak-anak yang bersiap awal pagi dan ada juga yang bersiap di saat akhir sebelum bertolak ke sekolah.  Walaupun sepanjang minggu hari persekolahan, waktu masuk sekolah tidak pernah berubah melainkan waktu balik sahaja yang ada harinya tidak sama.  Masih juga ada yang leka.  Orang kata "Anak-anak sementera nak besar".

Cerita anak-anak sekolah tidak akan habis selagi mereka tidak tamat zaman sekolahan.  Sama-sama selusuri kehidupan zaman sekolah mereka dengan sepenuhnya.


Nasi dagang 

Awal pagi seperti biasanya bila tak sempat masak dan sediakan bekal untuk anak-anak atau makan sendiri, BZ akan cari kedai makan yang ada nasi dagang.  Sekarang ni dah ada banyak kedai jual nasi dagang dan sudah pasti banyak pilihan nasi dagang yang sedap.




Hari ini, masa untuk sarapan pagi di kedai agak panjang tak perlu tergesa-gesa kejar masa masuk ofis.  Sebab hari ni adalah hari Taklimat dan pengambilan Slip PBD di sekolah rendah.  Tak sempat nak ambil gambar muka depan "buku program" sebab dah kena conteng.  Dapat gambar tentatif pun jadilah.

Permulaan taklimat sangat baik dan menepati masa seperti dalam jadual.  Peruntukan masa slot taklimat dalam jadual nampak cantik dah, tetapi betullah kita merancang... ada masanya terbabas juga sebab banyak perkara yang perlu ditaklimatkan sedangkan masa agak terhad.  Apapun usaha murni cikgu-cikgu sekolah amatlah dihargai.

Semasa penyerahan laporan agak kritikal, ibu bapa berbaris di luar kelas menunggu giliran berjumpa dengan Cikgu kelas bagi mendapatkan maklumat berhubung penilaian anak-anak.  Sebagai ibu bapa seharusnya tidak mengambil masa yang lama dalam perbincangan berkenaan.  Perlu juga ambil kira ibu bapa lain yang menunggu di luar.  Kami semua ada masa dan urusan yang harus dilakukan.  Jadi, silalah bertimbang rasa.  Mungkin boleh ambil masa lain untuk perbincangan lanjut berkenaan kemajuan anak-anak, ketika tiada orang ramai yang berdiri menunggu di luar.



Selesai perjumpaan dengan cikgu kelas, nak masuk pejabat pula.  Singgah beli makanan tengahari.  Semua tindakan kena cepat memandangkan masa yang agak suntuk untuk urusan berikutnya.  Ayah beli nasi bajet di gerai tepi kedai.  Katanya ada lauk ayam dan udang.  BZ pilih lauk udang senang nak makan.  Dalam keadaan kelam kabut (yang tak sepatutnya begitu 😅)  sebelum turun kereta umi ambil bungkusan nasi dan air, terus masuk ofis.  Sampai ofis, on komputer dan buka bekas nasi.... hmmm takder udang.  Rupanya udang ada dalam bungkusan lain.  Haruskah diet begini... nasi dan ulam saja.  Menung sekejap.  



Perut dah lapar.  Selongkar laci, terjumpa coklat Beryls.. Alhamdulillah jadilah makan tengahari ni coklat dan teh o ais.  Nasi tadi kita simpan balik rumah buat nasi goreng.




Macam-macam drama separuh hari di hari Jumaat penghujung tahun 1443.

Semoga tahun 1443 memberi banyak kebaikan dan meneruskan kebaikan ke tahun hadapan.

Terima kasih seadanya.








28 Julai 2022

3 PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEBELUM KELUAR DAN MASUK RUMAH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



3 PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEBELUM KELUAR DAN MASUK RUMAH


Agak lewat sikit posting hari ini.  Banyak perkara yang perlu dibuat... ada urusan penting yang perlu didahulukan.  Pra posting tak sempat buat malam tadi.  Jadinya posting untuk hari ini  agak lewat sikit.

Berikut adalah perkongsian mengenai apa yang perlu kita lakukan sebelum keluar rumah dan sebelum masuk rumah.  Ya, kita semua dah tahu dan ada yang dah hafal dan praktikkan setiap kali keluar dan masuk rumah.  Dikongsikan semula untuk peringatan bersama.




3 Perkara sebelum keluar rumah


-  pastikan memakai pakaian yang menutup aurat.
-  melangkah keluar dari pintu rumah didahului kaki kanan.
-  membaca doa sebelum keluar rumah,


Doa ketika keluar rumah



Doa sebelum masuk rumah


Semoga posting ini dapat memberikan sedikit manfaat buat BZ dan pembaca semua.

Teima kasih.

22 Julai 2022

PERBANYAK DOA DI HARI JUMAAT

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PERBANYAK DOA DI HARI JUMAAT



Hari Jumaat mempunyai kedudukan tersendiri di dalam Islam, baik dari sisi keutamaan, sejarahnya dan juga disyariatkan amalan-amalan sunnah yang berlipat ganda pahalanya.

Sangat wajar jika kita menyambutnya sepenuh hati dan sukacita, malah Rasulullah SAW juga menyebutnya sebagai hari raya.

Jumaat memang hari raya mingguan, yang kadang-kadang sering kita lupakan. Agar kita bertambah semangat dalam menyambut hari Jumaat, dan mengisinya dengan seberapa banyak amalan utama, maka perlu kita sedikit melihat apa sesungguhnya keistimewaan hari Jumaat.



PERKEMBANGAN PEMBINAAN HOSPITAL AMAN PALESTIN

Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PERKEMBANGAN PEMBINAAN HOSPITAL AMAN PALESTIN


Alhamdulillah, pembinaan dinding bangunan Hospital Aman Palestin, Gaza telah mula dilaksanakan. 

Hospital ini terdapat tiga bangunan :-
🔸 Bangunan A menempatkan tempat kecemasan dan bilik pesakit.
🔸 Bangunan B adalah lobi utama dan pejabat pentadbiran.
🔸 Bangunan C adalah Jabatan Psikiatri dan Rehabilitasi serta pesakit luar.

Perkembangan terkini pembinaan adalah:
🔹 kerja-kerja blok tingkat pertama bangunan C
🔹 Penyediaan bahagian di tingkat pertama bangunan A
🔹 Pembinaan tapak bangunan B
🔹 Proses menuang simen bahagian konkrit


PERKEMBANGAN PEMBINAAN HOSPITAL AMAN PALESTIN
PERKEMBANGAN PEMBINAAN HOSPITAL AMAN PALESTIN


Ramai rakyat Gaza terutamanya kanak-kanak trauma dan sebahagian besar kehidupan mereka telah hancur sejak kecil lagi akibat perang dan penindasan yang berlaku ke atas mereka.

Atas keperluan mendesak ini, Aman Palestin terus mengambil tanggungjawab besar untuk membina sebuah hospital fasiliti kesihatan mental yang pertama yang dinamakan Pusat Kesihatan Nasional dan Pemulihan Mental atau dikenali sebagai Hospital Aman Palestin, Gaza. 

Hospital yang bakal dibina ini merupakan hospital pakar psikiatri dan kesihatan mental yang pertama di Gaza. 

Semoga kewujudannya dapat memberi khidmat kesihatan yang terbaik buat saudara kita di Palestin. 

‼️ TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG ‼️


WAKAF HOSPITAL AMAN PALESTIN


Sertai WAKAF HOSPITAL AMAN PALESTIN secara individu atau berkumpulan melalui pakej berikut:
🅰️  LOT WAKAF HOSPITAL RM500/$157.10 (SGD/BND)
🅱️ Tabung Dana Wakaf RM50/$15.71 (SGD/BND), RM10/$3.14 (SGD/BND) atau seikhlas hati


1.  Salurkan WAKAF ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

Swift Code (sumbangan luar negara) atas nama: Aman Palestin Berhad
Maybank: 562263010787 : MBBEMYKL
CIMB Islamic: 8600460353 : CIBBMYKL
Bank Islam: 12029010047880 : BIMBMYKL

atau klik dengan mudah 👇🏼
Billplz : www.billplz.com/apbatupahat
Website : https://batupahat.amanpalestin.co/kempen/wakaf/


2.  Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
Hantar resit transaksi melalui whatsapp :
+60108460076 Sabrina Aman Palestin
+60108460076 Sabrina Aman Palestin


3.  Sertakan maklumat berikut:
Nama:
Emel:
Sumbangan: 
🅰️  LOT WAKAF HOSPITAL RM500/$157.10 (SGD/BND)
🅱️ Tabung Dana Wakaf RM50/$15.71 (SGD/BND), RM10/$3.14 (SGD/BND) atau seikhlas hati


Semoga usaha kecil kita ini mendapat keberkatan dari Allah swt. , diterima sebagai amal jariah berpanjangan serta dibalas dengan sebaik-baik ganjaran buat semua yang menyumbang dan membantu menyebarkannya 🤲🏼

Jazakumullahu Khayran Jaza,Terima Kasih

NURSABRINA JOHARI
Pegawai Pemasaran
Aman Palestin MY
+60108460076

#AmanPalestin
#SijilPelaburanAkhirat
#BangkitBerjuangBersama

21 Julai 2022

PENGALAMAN GUNA MICROSOFT TEAMS SEMASA KULIAH MKT DAN HRM

Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera


PENGALAMAN GUNA MICROSOFT TEAMS SEMASA KULIAH MKT DAN HRM


Microsoft teams bukanlah aplikasi baru namun ia tidak digunakan secara meluas.  Tidak semua orang, terutamanya yang lemah dalam IT mahir dalam menggunakan Microsoft Teams.  Microsoft teams, digunakan oleh kebanyakan pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana dikatakan Microsoft Teams mempunyai kelebihan yang luas untuk menyimpan nota, video dan juga penghantaran tugasan.

Microsoft Teams
Microsoft Teams


Pengalaman saya sendiri menggunakan Microsoft Teams secara rasminya bermula pada bulan Mac 2021, iaitu ketika subjek MKT420.  Pensyarah ketika itu Puan Marini menggunakan Microsoft Teams sebagai platform pembelajaran.  Kami didedahkan mengenai folder yang terdapat didalamnya termasuklah penggunaan video semasa kuliah berlangsung.  Peringkat awal penggunaan agak kekok juga tambahan pula dengan laptop ketika itu yang tidak berfungsi dengan baik.  Namun ia satu pengalaman yang menarik.  Proses muat turun nota dan juga muat naik tugasan kumpulan dan individu juga menjadi mudah.


Kali kedua, kami menggunakan Microsoft Teams sebagai platform kuliah ada pada semester ini, Mac 2022.  Kali ini Microsoft teams hanya digunakan oleh Dr Hafizah, pensyarah bagi kod HRM554 bagi tujuan perjumpaan kelas dan penghantaran tugasan kumpulan.


Pengalaman yang tidak kurang menariknya.  Walaupun telah dua kali menggunakan Microsoft Teams, masih lagi ada beberapa item didalamnya yang belum dimahirkan.  Kemungkinan apps ini akan digunakan lagi untuk semester hadapan tidak dapat dipastikan lagi. 


Terima kasih atas pengalaman yang bermakna bersama Microsoft Teams.  

MENILAI HATI DAN PERASAAN BUKAN KERJA KITA

Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera



MENILAI HATI DAN PERASAAN BUKAN KERJA KITA


Terdetik untuk menulis perkara ini sudah lama tetapi tidak tahu dari mana nak mula.  Lagi pula risau juga penerimaan pembaca yang tidak sama dengan apa yang kita maksudkan.  Namun, bila sudah terlalu lama terpendam kita jadi keliru.  Kita mengharapkan penulisan kita ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada pembaca dalam membuat penilaian perihal hati dan perasaan orang atau hati dan perasaan sendiri.






Menilai hati dan perasaan bukan kerja kita.  Kenapa?  Kerana pada pandangan saya, adalah mustahil untuk kita menilai dan meletakkan suatu pandangan peribadi kita ke atas perasaan orang.   Apa yang dilalui oleh orang lain tidak sama walaupun pada pandangan kita kelihatan sama seperti yang kita alami.  Fitrah kejadian kita berbeza.  Bukan kerja kita untuk meletakkan status tertentu.  Tetapi mungkin tidak salah untuk kita secara peribadi membuat sedikit kajian (jika ada kelapangan) ke atas apa yang berlaku.  Menuduh seseorang atas apa yang kita nampak adalah amat tidak benar.

Ya, memang kita terasa sakit hati, bengang atau geram dengan apa yang dia perlakukan pada kita.  Tetapi kita ada pilihan untuk bersetuju atau tidak.  Seandainya kita telah bersetuju untuk bekerjasama dengan dia, sudah pasti kita juga perlu bersetuju dengan apa yang sedang berlaku.  Menoleh ke belakang untuk menarik balik apa yang telah dipersetujui bukan satu tindakan bijak.  Sebaliknya kita terpaksa terima dan teruskan tindakan yang wajar sebagaimana yang telah kita setuju dari awal.

Apa yang penting sekarang, kita harus kuatkan semangat, keraskan hati dengan apa yang sedang berlaku.  Jadikan iktibar dan peringatan kepada diri agar perkara yang sama tidak berulang lagi pada masa depan.  Bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.  Apa yang terjadi telahpun terjadi.

Mungkin akan ada kesinambungan dari posting ini dalam bentuk yang berbeza.

Terima kasih.

MOHON DOA KETIKA DITIMPA KESULITAN

Bismillahirrahmanirrahim.  Assalamualaikum dan selamat sejahtera



MOHON DOA KETIKA DITIMPA KESULITAN


Telah agak lama tidak muncul dalam posting di blog ini.  Tidaklah kerasan ditimpa kesulitan yang amat sangat, tetapi lebih kepada sulitnya mengawal emosi dalam membahagikan masa antara kerjaya, keluarga, blog dan lain-lain sosial media yang ada.  Tambahan sekarang mood merajuk semakin menjadi-jadi dan mudah mula melayan perasaan.

Hari ini dikuatkan semangat dan malas dah nak layan mood merajuk dan "malas".  Simpati dengan nasib blog ini.... seringkali ditinggalkan.  Berkali-kali juga melihat blog tanpa sebarang noktah, hanya sekadar merenung dengan kesedihan... aduhh melayan perasaan pulak nih.


Doa ketika ditimpa kesulitan
Doa ketika ditimpa kesulitan



Doa ini sudah sering kali dibaca di mana-mana blog, instagram, facebook atau status whatsapp kawan-kawan.  Hari ini, doa ini adalah sebahagian daripada petikan ceramah semasa Program Counselor's Corner Siri 3/2022 : Cabaran Bekerja Cara Lama Di Fasa Endemik yang disiarkan secara langsung melalui google meet pagi tadi.  Banyak ilmu dan pendedahan baru dan tak kurang juga sebagai refreshment pemikiran.  Bila dah lama tak diingatkan pemikiran kita akan jadi tepu dan lali.  

Semoga sama-sama dapat manfaat.

Terima kasih kerana sudi singgah.

27 September 2021

Meraikan Perpisahan Sahabat Yang Baru Dikenali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Meraikan Perpisahan Sahabat Yang Baru Dikenali



Baca tajuk macam pelik.  Ya, sahabat yang baru dikenali dan rapat baru saja beberapa bulan, belum sampai setahun.   Dalam tempoh beberapa bulan yang kenal ni, hanya jumpa beberapa hari saja dalam seminggu disebabkan penggiliran tugas sepanjang PKPP.  Nak kata tak sedih tak juga, tapi rasa tak puas lagi mengenali sahabat dengan lebih dekat.


Jala Jelita
Jala Jelita Viral


Nak meraikan besar-besaran tak dapat, bersederhana pun tidak.  Hanya sekadar yang ada.  Hari ini diberikan kesempatan berjumpa dengan sahabat yang tidak berapa hari lagi akan berhenti kerana mengikut suami.  Isteri mithali.  Kami di pejabat pasti kesunyian dengan ketiadaanmu tetapi memori bersama tetap tersemat di sanubari.

Semoga sahabat kami yang amat disayangi ini berbahagia dengan pilihan yang dibuat dan dimudahkan urusan serta dikurniakan kekuatan dalam mengharungi hidup bersama keluarga.

Semoga kia bersua lagi.  Good Luck Shiera.




20 Mei 2021

Cara Betul Membandingkan Diri Kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Cara Betul Membandingkan Diri Kita


Hidup kita memang tidak lari dari segala proses; proses belajar, mengenali diri, menguatkan semangat dan segala-gala yang berkaitan dengannya.  Bila kata proses, kita rasanya selalu membandingkan diri kita dengan orang lain... kenapa dia boleh aku tak boleh, kenapa dia tak buat aku yang kena buat, kenapa dan kenapa dan kenapa...





Membandingkan dengan orang lain


Pakar-pakar psikologi tidak menggalakkan kita membandingkan diri sendiri dengan orang-orang lain, terutama dengan orang-orang yang berada di atas.

1. Jangan bandingkan siapa diri kita dengan orang-orang lain yang kita tengok lebih baik nasibnya. 

2. Jangan bandingkan benda-benda yang kita miliki dengan milik orang lain. 

3. Jangan bandingkan hasil daya usaha kita dengan hasil daya usaha orang lain. 



Kesan membandingkan diri dengan dengan orang lain


Apabila kita membanding-bandingkan diri kita dengan orang-orang lain, kesannya boleh negatif ke atas diri sendiri:

1. Kita boleh rasa kecewa pada kemampuan diri sendiri.

2. Kita boleh rasa kecewa pada orang-orang yang rapat dalam hidup kita, seperti kawan-kawan, ibu bapa, adik-beradik, kaum keluarga, pasangan, dan anak-anak.

3. Kita boleh rasa rendah diri, malu dengan keadaan sendiri, self-esteem jatuh, rasa percaya diri jatuh.

4. Kita boleh lemah semangat, hilang harapan, ghairah hidup padam.

5. Kita boleh murung.


Cara betul bandingkan diri


Cara yang betul adalah kita bandingkan diri kita yang dahulu dengan diri kita yang sekarang.

Lakukan begini:

1. Bandingkan dulu kita di mana, sekarang kita di mana.

Contohnya; Dahulu kita menjahit dengan 1 mesin jahit sahaja. Sekarang kita sudah dapat membeli 3 jenis mesin jahit. Hasil jahitan kita lebih profesional.

2. Bandingkan dulu apa kejayaan kita, sekarang apa kejayaan kita.

Contohnya, dahulu kita cuma lulus SPM, tidak layak pun masuk tingkatan 6, sekarang kita sudah mempunyai diploma perakaunan.

3. Bandingkan dulu apa halangan yang berjaya dilalui, sekarang apa halangan yang kita sudah berjaya dilalui.

Contohnya, dulu permohonan pinjaman membeli kereta pun pun tak lulus, sekarang kita sudah dapat membeli kereta dan van untuk bisnes. 


Penutup


Apabila kita bandingkan diri kita dahulu dengan diri kita sekarang, baru kita nampak sebenarnya kita sudah maju, sudah berjaya. 

Baru semangat kita makin menyala-nyala hendak terus maju.


#salinsemula




26 April 2021

Sysfel masuk TV lagi sekali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sysfel masuk TV lagi sekali



Esok 27 April 2021 lagi satu detik bersejarah, Sysfel akan masuk rancangan Selamat Pagi Malaysia. Debaran dah makin terasa bila masa dah semakin hampir ni. Macam-macam persediaan Sysfel Consultant terutamanya untuk menerima penangan Sysfel Masuk TV.


Sysfel masuk TV
Sysfel masuk TV
27 April 2021
8.00 pagi
TV1 |  Selamat Pagi Malaysia


Allahuakhbar.. TERUJA SANGAT NI!!!


Saya rasa bertuah sangat sebabnya, sekarang ni sudah berada di laluan yang betul.  Nak menjerit rasanya bila dapat tahu SYSFEL NAK MASUK TV LAGI SEKALI!

Nak kata apa lagi... Bukan senang sesuatu produk dapat masuk TV.  Bila produk dah muncul di kaca tv maksudnya bukan calang-calang produk... dan bukan produk 'timbang kati' lah maksudnya nie.  Kalau produk cap ayam nak buat apa pula pengasasnya berhabis masuk tv.  Menjerat tengkuk namanya.. 'ada berani'? 

Haa... ini maksudnya Sysfel semakin dikenali ramai.  Semakin meningkat naik taraf populariti dan kualiti.  Seumpama dari hotel bajet dah naik hotel 7 bintang.  Manakan tidak, berjuta penonton akan nampak apa itu Sysfel.  Tambahan pula pengasasnya sendiri yang akan turun padang nanti. 


Akak nak ingatkan juga, jangan risau.... Kalau ada yang rasa dah terfikir-fikir nak join akak... Masih belum terlambat.  Tinggalkan komen ye.  Jangan menyesal cik salmah.


Yang paling best, prospek juga layak untuk menjadi pemenang duit raya daripada HQ yang bernilai RM1000.  Mudah je cara untuk menjadi pemenangnya, prospek hanya perlu dengar Live dan menjawab soalan-soalan daripada speakers nanti.

Ye hari Selasa esok.... Dalam slot Selamat Pagi Malaysia RTM TV1.  WOW SANGAT LAH  


So, nantikan kemunculan Sysfel esok 😊




19 April 2021

Permulaan minggu baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Permulaan minggu baru


Mulakan hari baru dengan senyuman.




Isnin, permulaan hari minggu baru bagi sebahagian negeri di Malaysia.  Setengah negeri yang lain permulaan hari setiap minggu adalah hari Ahad.

Dalam konteks negeri Perak, hari Isnin.


Terima kasih, Permulaan minggu baru.



08 April 2021

Buat baik sebelum bulan Ramadan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Buat baik sebelum bulan Ramadan


Biasa dengar atau baca kan... pesanan orang untuk buat baik sebelum datangnya Ramadan.  Bukan bermakna selama ini kita tidak baik atau tidak pernah baik, tetapi menjadi lebih baik dari sekarang.  Jadi, bersempena kehadiran Ramadan ini, kita ambilah kesempatan setiap waktu yang kita miliki untuk belajar menjadi lebih baik, jangan sia-siakan waktu luang, jangan sia-siakan masa sihat, kerana kita tidak pernah tahu rahsia kemuliaan di sepanjang kehidupan kita, maka beruntunglah jiwa-jiwa yang berusaha menjadi lebih baik sebelum berjumpa dengan bulan Ramadhan.

 

Buat baik sebelum bulan Ramadan


Perbaiki diri sebelum kedatangan bulan Ramadan


Memperbaiki hubungan dengan sesama manusia, juga dengan Allah سبحانه وتعالى, teruslah muhasabah diri, menghitung kesalahan kita pada orang lain, dan melupakan kesalahan orang lain pada kita.

Berapa juta manusia dari zaman nabi Adam sampai saat ini yang telah wafat ingin hidup kembali untuk memperbaiki diri, berlaku ta'at pada Allah سبحانه وتعالى.

Maka bersyukurlah kita yang masih diberikan kesihatan serta berkesempatan untuk berubah untuk menjadi hamba yang lebih baik lagi....

Insya Allah ❤️


Terima kasih, sama-sama kita Buat baik sebelum bulan Ramadan



07 April 2021

5 Zikir pembuka pintu rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




5 Zikir pembuka pintu rezeki


Banyak amalan baik yang boleh kita lakukan seharian selagi mana kita masih bernafas.  Antaranya yang paling mudah adalah dengan berzikir.

Berzikir boleh dilakukan pada setiap masa dalam keadaan susah atau senang, ketika sakit atau sihat.  Secara tidak langsung melalui zikir kepada Allah juga hati kita akan menjadi tenang.


5 Zikir pembuka pintu rezeki

5 Zikir pembuka pintu rezeki



Semakin banyak seorang hamba memuji Allah dan berzikir dengan hormat dan adab yang tinggi kepada-Nya maka akan lebih banyak pemberian datang dari Allah swt, kerana Dia adalah Al-Bari. 

Allah swt akan mengurniakan kepada kita sebanyak apa yang boleh kita lakukan untukNya. 

Dengan mengucapkan Bismillahir Rahmaanir Rahim maka kita akan selalu merasa segar kembali. Aamiin

Wallahua'lam


Terima kasih atas kesudian singgah baca 5 Zikir pembuka pintu rezeki.

05 April 2021

Sumber ketenangan hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sumber ketenangan hati


Hati yang tenang atau jiwa yang tenang menjadikan hidup kita lebih bermanfaat dan berkualiti.  Berusaha mencari ketenangan hati agar dapat hidup lebih indah.


gambar hiasan



6 Sumber ketenangan hati


1. Selama Allah ada di dalam hati hamba

🌸"Al Qalbi Baitul Rabbi" (Hati manusia adalah rumah Allah).

🌸Bersihkan hati dari sampah dunia, agar hidup selalu tenang.


2.  Selama hamba berusaha menghadirkan Allah dalam hati

🌹Kerjakan amalan wajib dan amalan sunnah yang boleh hadirkan Allah.

🌹Lepaskan sedekah, tahajud, dzikir, dan bacalah Qur'an secara istiqamah.


3.  Selama hamba hidup bersama Allah

🌸Hidup bersama Allah, tidak pernah merasa sendiri.

🌸Merasa diperhatikan, dirawat, dicukupi, disayang, dilindungi Allah.


4.  Selama hamba hidup dalam ketaatan kepada Allah

🌸Menjaga hubungan baik dengan Allah, jalankan semua ketaatan.

🌸Tekun ibadah, banyak amal soleh, banyak sedekah, dan berbagi pada sesama.


5.  Selama hamba hidup bersama para kekasih Allah

🌹 Bergaul dengan orang soleh, kumpul para kekasih Allah.

🌹Kita akan dapat nasihat, dapat doa, dan dapat keberkahan.


6.  Selama hamba tidak maksiat meninggalkan Allah 

🌸Hindari maksiat dan dosa yang menjauhkan hamba dari Allah.

🌸Jangan buat Allah cemburu, tersinggung, benci, atau marah.


RENUNGAN :

🔖 Selama tanah dekat sumber air, maka tanah akan basah subur.

🔖 Selama ruang dekat sumber cahaya, maka hati akan terang.

🔖Selama alam dekat matahari, maka alam akan terasa hangat.

🔖Selama hati dekat dengan Allah, sumber dari  ketenangan, hati akan tenang.


Semoga bermanfaat 🥰.


Sekian adanya.  Terima kasih atas kesudian singgah dan baca entri ini Sumber ketenangan hati.


04 April 2021

Sedekah atau rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sedekah atau rezeki

 


Sedekah atau rezeki

Kadang-kadang kita dedakh RM1.00, esoknya orang belanja kita makan.

Kadang-kadang sedekah RM5.00, tiba-tiba saja rezeki datang.

Kadang-kadang sedekah RM10.00, tiba-tiba terselemata dari kecelakaan.


Maka  sedekahlah

Murah rezeki tak semestinya harta.

Panjang umur, sihat tubuhan badan itu juga rezeki.


Terima kasih.  Sedekah atau rezeki.


02 April 2021

Tips Persediaan Ramadan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tips Persediaan Ramadan



Ramadan bakal tiba selang beberapa hari lagi.
Berdebar sungguh rasanya menunggu ketibaan Ramadan.
Sebagai persediaan berjumpa Ramadan, dikongsikan beberapa tips untuk peringatan dan amalan kita semua.


Tip 1:  Banyakkan Puasa Sunat



Biasakan diri dengan berpuasa sunat setiap Isnin & Khamis.

Semoga Allah SWT memberikan rezeki untuk kita bertemu dengan Ramadhan.


Tips 2:  Betulkan Jadual Tidur



Biasakan diri dari sekarang untuk tidur awal, seeloknya selepas solat Isyak. 

Semoga Allah SWT memberikan rezeki untuk kita bertemu dengan Ramadhan.


Tips 3:  Amalkan Solat Malam (Qiamullail)



Pasang niat sebelum tidur untuk kita bangun mengerjakan solat malam (qiamullail).

Semoga Allah SWT memberikan rezeki untuk kita bertemu dengan Ramadhan.


Semoga tips ini dapat dijadikan panduan dan amalan kita.
Tidak dapat semua, dapat satu dan istiqamah sudah cukup baik.


Terima kasih sudi baca Tips Persediaan Ramadan


Hari ini hari raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini hari raya


Selamat menyambut hari Jumaat yang penuh barokah.
Hari ini hari raya dengan sambutan yang amat sederhana.   


Hari raya


"Hari Jumaat adalah hari raya untuk umat Islam. Pada hari Jumaat digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ"

[Habib Ali Abdurrahman Al-Jufri حفظه الله تعالى]


Terima kasih atas kesediaan membaca entri ini, Hari ini hari raya.