Pageviews

Memaparkan catatan dengan label karya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label karya. Papar semua catatan

08 Oktober 2015

Hasil kerja si cilik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hasil kerja si cilik


Sesuatu yang amat membahagiakan bila mana kita dapat melihat sesuatu yang indah dan menarik. Terutama ianya datang dari sumber yang kita tidak sangka.  Nak bercerita panjang tak sempat, lagipun tambah dengan malasnya nak menulis banyak.  

So layan jer lah hasil kerja si cilik yang sempat YangBaik rakam pagi tadi.  


Inktober1
Inktober1

Inktober 2
Inktober 2

Karya di atas dihasilkan oleh Inas Insyirah.  Tidak pasti pula bila dihasilkan.  Sepanjang masa kelihatan asyik bermain dengan adiknya dan sesekali mengusik abang dan kakaknya yang baru pulang dari sekolak.  

Apa pun ada aktiviti yang berfaedah di situ.  Selain dari banyak bertanya ada juga banyak warna.

#inktober


04 Jun 2015

Hasil karya Inas Insyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hasil karya Inas Insyirah. Setiap seorang dari anak kita pastinya mempunyai bakat dan kepandaian tersendiri. Tidak kiralah kebolehan memuralkan dinding bilik, dinding almari atau daun pintu. Anak-anak kadang-kadang tanpa disedari sebenarnya mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Mungkin juga menjadi satu kerugian kepada kita kiranya kita terlepas mana-mana daya kreativiti.

Ada ketikanya kreativiti itu datangnya seketika, hanya kita leka maka kita tidak sedar bahawa kreativiti itu terbantut bilamana kita tidak memberikan perhatian sewajarnya mengenai kebolehan mereka.



Gambar di atas adalah hasil karya Inas Insyirah. Lakaran itu terhasil daripada tekapan melalui cetakan huruf yang ada pada "papan huruf". Tak perlu dibetulkan gambar itu kerana memang lakaran itu kelihatan seperti huruf yang terbalik kerana "papan plastik" itu diletakkan terbalik. Inas barangkali pernah melihat umi atau abangnya melakar nama pada kertas untuk satu projek kraftangan. Dan, dia meniru perbuatan itu tanpa disedari papan itu terbalik atau memang sengaja diterbalikkan.

Pemikiran anak berusia 4 tahun, kadang tidak terduga terutama bila saraf otaknya bersambung dengan terlalu pantas.

Hendak kenal siapa Inas Insyirah, boleh lihat melalui label/link yang tertera namanya di bawah entri ini.

Sekian.

posted from Bloggeroid

08 Jun 2014

Lukisan pesawat tempur oleh Aliff

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Dah agak lama stok kertas A4 habis.  Setiap hari tak jemu anak-anak bertanya nak kertas putih... kertas A4 kosong la tu.  Terutamanya Aliff.  Sementelahan cuti sekolah ni, kerja sekolah pun dah siap.  Nak baca buku pun agaknya jemu dah kot... tu yang dok asyik tanya kertas A4.  Umi dan ayah dengan sengaja buat tak tahu.  Sudahnya setelah beberapa helai kertas buku kelihatan berserakan... maka sudah tiba masa untuk mendengar pertanyaan anak-anak.

gambar hiasan


Untuk anak-anak buat conteng-conteng dan menghasilkan karya seni mereka sendiri... tak perlulah kertas A4 double A.  Cukup sekadar kertas murah biasa jenis 70gm.  kalau ada yang lebih murah lagi bagus.


20 Januari 2014

20 Januari 2014 | Corak Pertama tahun ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Agaknya dah lama sangat tak keluarkan entri dengan corak terkini.  Seringkali beberapa entri yang dikeluarkan sebelum ini ada diselitkan corak-corak yang 'dikitar semula'.  Iaitu corak yang dihasilkan daripada beberapa siri entri yang lepas berkaitan dengan corak.

Hari ini setelah dikumpul beberapa keringat dan mengerah idea terkini untuk tahun 2014 maka terhasillah corak yang pertama untuk tahun 2014.  Terdapat beberapa warna pilihan dalam rekacorak yang hampir sama.

Lihatlah corak-corak ini.

Corak Pertama dengan campuran  dan adunan warna merah jambu


05 September 2011

Lukisan Pertama Alif dan Buncho

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Lukisan pertama atau lebih tepat karya seni pertama Muhammad Alif bin Ahmad Kamal menggunakan 'oil pastels'.  Menangis uminya... manakan tidak memang dah mengidam dari sekolah rendah bahkan sekolah menengah juga hendak menggunakan warna minyak pastel berjenama Buncho, tetapi tidak pernah berupaya memperolehinya.  Sehingga satu tahap langsung hilang semangat umi untuk berkarya.  Konon la sangat kan... yang mudahnya memang tak retis nak melukis, kalau di sekolah tu, memang tak ambil pun seni lukis ni... masa ujian selalu dapat corot... huhuhu... malu malu... Tapi apa kesahkan, umi tak pandai melukis, ayah pandai melukis dan turun pulak ke anaknya Alif 'yang kidal'... hehehe

BUNCHO Oil Pastels 24 pieces.

Mana lah umi dan ayah kenal semua ni.  Memang dah jadi lumrah Alif setiap kali ayah keluar ke kedai atau jumpa kawan-kawan, nak ikut sikit-sikit nak ikut.  Kalau kami masa kecik2 dulu mak pak cakap apa... kalau tak jadi ekor tak boleh... ikut jugak... hehehe

Bila pergi ke kedai terutama kedai Runcit Rahmat kat corner tu... tempat yang dituju mula-mula adalah kalau tidak tempat mainan, tempat buku, kalau tiada buku, tempat pensil dan akhir-akhir ni ke tempat warna.  Suatu masa (macam lama sangat pulak), bila ke kedai mungkin Alif ternampak warna air, dia minta dibelikan... "hui, tak boleh lagi, Alif belum pandai guna tunggu besar sikit nanti umi beli yang baik punya!" Konon-konon ayat nak bodek la..

Tetapi nak dijadikan cerita bila pergi dengan ayah, cair ayahnya kena pujuk, katanya nak beli 'crayon' jer. Ayah pun belek punya belek, nah... Alif tunjuk crayon jenama BUNCO.  Ayah pun ambil jer.. terus beli. Balik Rumah bila 'Supervisor' check tengok... ehh.. oil pastel laaa bukan crayon tengok ni.. harga nya, tu yang tulis kat kotak tu... apa ?... Tersengih lah si ayah dan Alif pun dengan selamba jer... buat tak tau... heeeeih.

Cer tengok warna tu, sikit punya pastel lagi berminyak (oil). Crayon pulak katanya, habis melekat kat tangan, lepas lukis nanti jangan lupa cuci tangan nanti keracunan sakit perut pulak... Baiklah umi.. balas Alif dan terus memulakan tugasnya. Tugas melukis lah... Tanya pulak tu nak lukis apa ? Ha.. lukis gambar kat kotak tu... boleh?... Alif cuba lah .

sesi meniru gambar pada kotak pun bermula... kidal bro..

Alif kalau nak melukis memang tak guna meja, dah dibelikan meja lipat ala-ala meja Jepun, dinaik duduk pulak atas meja tu... langsung lipat semula dan simpan.  Tunggu bila dah 'cerdik' sikit baru guna semula meja tu.  Nampaknya Alif lebih senang melukis di atas lantai beralas tikar buluh...

Dan dipendekkan cerita yang dah memang sedia pendek ditambah dengan umi yang tak pandai bercerita... lihatlah hasil lukisan Alif.

Lukisan pertama Alif bersama BUNCHO dengan tema Kapal Angkasa dan BUNCO

Bila tengok gambar ni suka ada sedih pun ada.  Suka sebab umur Alif belum lagi mencecah 5 tahun semasa gambar ini dihasilkan.   Lukisan ini pula menceritakan macam-macam peristiwa dalamnya.  Sedih? Sedih!!! Sebab hasil lukisan ni dah hilang ntah ke mana.  Nasib baik sempat umi rakam dengan Nokia N95.  Boleh tahan juga lah hasilnya.  Kehilangan lukisan ini adalah mungkin kerana kelalaian umi sendiri. 

Ceritanya bermula setelah selesai melukis, Alif nak tampal pada almari buku, tapi tak melekat, lalu dikepitnya di sebalik pintu almari. Tujuannya bila ayah balik nanti nak bagi ayah tengok... cantik tak lukisan Alif.  Kemudian Alif tidur.  Bila bangun umi tak perasan bila masa Alif ambil lukisan tu lalu dilipat dan dijadikan kapal pula, tak jadi kapal laut buat kapal terbang.  Nak simpan tak bagi... lalu melayang-layang lah 'kapal terbang' itu di awangan.... dah kutip semula dan nak tampal... jumpa lagi oleh Alif... lalu hilang entah ke mana... Sayu...

Walau apa pun, Alif akan tetap berkarya dan akan terus berkarya... dan lukisannya akan tetap menjadi kapal laut atau kapal terbang andai lambat disimpan...

Sekianlah.

*-*




.

25 April 2011

Cerita kotak ajaib | Sahabat setia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


nak hupdate blog tak hengat.... apa bahasa tah... ni semua pengaruh blogger2 muda... bukan salah mereka yer... tolong jangan salah faham.

nak cerita tentang kotak ajaib seorang sahabat setia yang baru menjangkau usia 5 tahun (bulan oktober 2011).  Dalam kotak ajaib itu ada raksasa, ada badut, ada ultraman, ada ular, ada kucing dan ada juga dinasour... sayangnya.... kotak ajaib itu dan isi kandungannya dah hilang.... mungkin dalam timbunan mainan atau juga dalam almari buku...


tunggu ... aye selongkar almari buku ... nak cari di mana kotak ajaib itu.... dan bila jumpa nanti aye pamirkan di sini... bukan di entry ni... tetapi di entry akan datang....

sabar yer... aye dok sabar nih... dah geledah bakul bakul mainan jugak kot2 ada terselit dalam bakul tu...


tunggu. yer... sahabat yang setia memang macam tu... bila tanya dah lupa ker buat2 lupa... tak tau pulak... sabor jer la...