Pageviews

Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hati. Papar semua catatan

24 November 2017

Hati Tempat Pandangan Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hati Tempat Pandangan Allah


Apapun yang kita lakukan, tempat pandangan Allah terhadap kita ialah pada hati kita.  Kita mungkin selalu merasa bersalah sama ada kesalahan itu disengajakan atau tidak.  Kesalahan yang tidak disengajakan adalah apabila kita tidak berpeluang berfikir panjang untuk membuat keputusan atau apabila kita mendapat nasihat yang kurang tepat lalu kita terpengaruh dengan nasihat itu dan seterusnya bertindak tanpa memikirkan kesan dan akibatnya daripada tindakan itu.  Namun kita sebenarnya pasti dalam dileman selagi kita tidak membuat tindakan.  Keputusan itu berlegar-legar dalam benak pemikiran kita hingga menjejaskan prestasi dan semangat kita.

Justeru, Istighfarlah semoga kelemahan kita itu mendapat pengampunan dari Allah dan seterusnya menjernihkan keadaan yang agak keruh akibat daripada tindakan kita.  Kita ini penuh dengan kelemahan dan kekhilafan.  Semoga Allah sentiasa memberi bimbingan kepada kita dalam membuat keputusan dan tindakan.





Dikatakan dalam hadis, Allah tidak menilai rupa lahir kita tetapi Allah menilai apa yang ada dalam hati kita.  Ya, sebenarnya hati kita ini bagaimana?  Kita ini penuh dengan kelemahan adakah wajar kita merasakan bahawa hati kita ini ikhlas atau baik atau mulia.  Hati ini ini memang busuk kerana kita sering melakukan kesilapan tanpa sedar kita telah menambah titik hitam dalam hati kita hingga hampir menutupi hati.  Bagaimana kita hendak menilai hati kita dan seterusnya membersihkan kelodak hitam yang bertakung di dasar hati sekiranya kita tidak membawa hati kita dekat dengan Allah.

Dikatakan dalam Al-Quran, di hari Akhirat, harta dan anak tidak berguna lagi melainkan orang yang datang membawa hati yang selamat.

Begitulah pentingnya hati ini.  Serba-serbi yang kita lakukan dinilai Allah tergantung pada hati. Setiap amal itu dilihat daripada niat dan keikhlasan di hati.  Sembahyang yang kita lakukan, Allah hanya terima jika ada khusyuk di hati.  Begitu juga ibadah lainnya, begitu juga wirid zikir kita, hanyasanya dinilai Allah bila ada rasa-rasa di hati.

Malah disebut juga Nabi, bila baik hati, baiklah seluruh anggota badan, jika jahat hati, jahatlah anggota badan.  Dan dosa hati lebih besar akibatnya daripada dosa lahir.

Jika hati ada riyak, jika hati ada sombong, jika hati ada hasad dengki, maka hati itu hanya layak duduknya di neraka.  Sebaliknya hati yang ada rasa hamba seperti rasa diri tidak layak dan rasa hina di hadapan Tuhan, juga hati yang kuat imannya, hati yang sabar, redha, tawakkal, syukur dan pemurah.

Hati seperti inilah yang mendapat pandangan Tuhan.  Jadi, apa erti semua ini?  Ia satu peringatan besar buat kita.  Agar sentiasa memeriksa dan menjaga hati.  Agar melebihkan soal hati daripada soal-soal lainnya.

Moga kita selamat di dunia dan di Akhirat nanti. In shaa Allah.


nota:  sebahagian daripada tulisan ini dipetik dari channel telegram @quotephotovideo dan selebihnya adalah nukilan penulis ini sendiri.  Agar sukar sebenarnya menghasilkan karya yang terbaik sekiranya kita sendiri tidak mempunyai keberanian dalam menulis.

Semoga dengan tulisan ini dapat membersihkan kelodak yang hampir menutupi hati ini. 💞💞💞

Terima kasih atas kesudian singgah dan baca entri ini, Hati Tempat Pandangan Allah.

21 November 2017

Jangan lupa cantikkan hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan lupa cantikkan hati


Jangan sampai terlupa cantikkan hati.  Kita mungkin punya wajah yang cantik pada pandangan mata kita, namun sejauh mana kita punya hati yang cantik. 





Sekarang ini, ramai yang bersungguh-sungguh untuk mencantikkan wajah.  Sehingga terlupa untuk mencantikkan hati.

Kita akan ketemu banyaknya lambakan bahan untuk mencantikkan wajah.  Tetapi kita jarang ketemui bahan yang banyak untuk mencantikkan hati.

Allah, terasa kerdil sungguh diri ini bilamana tidak mampu mencantikkan hati sendiri dek kekhilafan diri sendiri.  Semoga kita sentiasa berada dilandasan yang benar dalam usaha mencantikkan hati kita.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Jangan lupa cantikkan hati.
szi 💝

22 Julai 2017

MELATIH HATI AGAR TENANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


🌹MELATIH HATI AGAR TENANG 


🌿Ketika merasa sunyi BERZIKIRLAH kerana ALLAH Maha Mendengar

🌿Ketika merasa gembira BERSYUKURLAH kerana ALLAH Maha Memberi

🌿Ketika marah BERISTIGHFARLAH kerana ALLAH Maha Pemaaf

🌿Ketika merasa sedih BERSUJUDLAH kerana ALLAH Maha Pengasih

🌿Terkadang ALLAH memberi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu kerana Allah Maha Tahu apa yang terbaik

🌿ALLAH itu Maha Adil juga Maha Penyayang. Segala yang berlaku akan ada hikmahnya

🌿Latih hati untuk PERPRASANGKA BAIK terhadap ALLAH

🌿Latih hati untuk BERGANTUNG KEPADA ALLAH bukan kepada manusia

🌿Latih hati untuk BERSYUKUR, Insha ALLAH kita bahagia

🌿Latih hati untuk MEMINTA MAAF dan MEMAAFKAN, Insha ALLAH keresahan sirna

🌿Semoga Kita Semua dapat meng-Amalkan nya. Insha ALLAH hidup akan tenang




Sumber @theplanetd
Find an unforgettable sunset

sumber @quotephotovideo 💛💛💛


Terima kasih baca entri ini MELATIH HATI AGAR TENANG

szi. 😌

09 Oktober 2015

Akibat simpan rahsia hidup rasa resah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Akibat simpan rahsia hidup rasa resah


Kesan dan akibat sesuatu perkara tidak semua orang tahu dengan pasti.  Hanya setelah mengalaminya baru kita tahu kesan dan akibatnya.  Lazimnya kita akan patuh dan dengar nasihat orang-orang yang berpengetahuan dan berpengalaman.  Namun tidak semua perkara kita perlu tanya pada orang dan tidak semua orang mampu menyimpan rahsia kita.  

Ada banyak rahsia yang kita perlu simpan.  Ada di antaranya kita boleh kongsikan dengan orang lain. Tengok pula orang yang bagaimana.

Yakin dan percaya itulah asas untuk kita berbual dan bercerita sesama rakan kita orang yang kita percayai.  Tetapi bila difikirkan semula, kita juga tidak mahu rakan kita itu terbeban pula dengan rahsia kita.

Jadi ada baiknya kita simpan saja rahsia kita itu.


SUMBER GAMBAR

Tiada cara lain lagi yang terbaik untuk menghilangkan kegelisahan yang melanda melainkan dengan menghadapkan seluruh jiwa dan raga kepada Rabb Yang Maha Besar, yang mencipta manusia.

Bila resah dan gelisah tidak tentu pasal datang melanda banyakkan berzikir dan ingatlah pada Allah. Kerana dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang
Dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.  Sumber

Banyakkan bersabar dan bertenang.  Biarpun tidak semudah yang dikata apatah lagi menulisnya.

Semoga hidup kita sentiasa tenang.


Di mana letaknya hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Di mana letaknya hati


Hati, seperti semua orang tahu terletak di dalam diri seseorang.  Baik hatinya maka baiklah akhlaknya, busuk hatinya maka buruklah kelakuannya.  Tetapi busuknya kelakuan tidak terlihat dek mata kasar kita.

gambar hiasan


Tidaklah seorang hamba menghadap (beribadah) kepada Allah dengan menghadirkan hatinya, melainkan Allah akan menghadapkan hati orang-orang yang beriman kepadanya, hingga mereka mencintainya. (Harom bin Hayyan)


Sekian.

13 Mei 2015

Tak menghargai perasaan dan pengorbanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tak menghargai perasaan dan pengorbanan


Selingan


Keywords hari ini


Kesedaran





21 April 2015

Hati ini milik Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hati ini milik Allah

Berulang kali terluka, kecewa, merana, derita, sengsara
Kesihan pada hati

Kesan kecewa itu bila diamati berpunca dari kita
Kekhilafan kita dalam persahabatan
Menilai semula harga persahabatan
Pastinya tersembunyi seribu rahmat

Hari ini hati terluka
Pasti esok ada penawarnya

Penawar hati luka tiada di jalanan begitu juga tidak terjual di pasaraya



Berserah diri kepadaNya
Mencari kekuatan hati
Hati itu milik Allah

Andai ada hati terluka pedih melarat rasa kecewa
Kembali segera kepadaNya
Dia yang menjaga hati kita
Semoga segera sedar insaf muhasabah diri
Kita bukanlah sempurna untuk mengharapkan kesempurnaan dari manusia yang juga tidak sempurna

Wallahu a'lam.
posted from Bloggeroid

02 Disember 2014

Remedi hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Remedi hati



Obat hati ada lima : (1) Membaca al-Qur'an dengan disertai tadabbur (merenungkan maknanya), (2) mengosongkan perut (berpuasa), (3) shalat malam, (4) Berdoa dan memohon ampunan di penghujung malam dan (5) bermajelis bersama orang-orang shalih
(Ibrahim al-Khawwash)





23 Oktober 2014

Siapa yang banyak cakap

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan


  • Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. 
  • Barangsiapa yang banyak salahnya, maka sedikitlah rasa malunya. 
  • Barangsiapa yang sedikit malunya, maka sedikit pula sikap wara’nya. 
  • Dan barangsiapa sedikit sikap wara’nya, maka matilah hatinya
(Umar Al Khatab)

15 Ogos 2014

Jaga hati dan perasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jaga hati dan perasaan

Ada perasaan, beri perasaan (simpati), dapat simpati (bantuan)

Tajuk di atas boleh saja diabaikan sekiranya ia langsung tidak menggambarkan apa yang akan diceritakan.

Cerita ini lebih kepada menjaga hati dan perasaan orang sehingga kadang-kala terabai hati dan perasaan kita.  Tetapi kita tidak perlu bimbang dan gusar kerana hati dan perasaan kita adalah milik Allah.  Sentiasa berdoa semoga dikurniakan kekuatan hati dan kebaikan perasaan untuk kehidupan kita di dunia yang fana ini.

Ketika pertama kita akan dilihat sebagai tidak tahu apa-apa dan tidak mahir melakukan apa-apa.  Kerana kita memang tidak kemahiran dan kepakaran dalam bidang itu.  Tidaklah salah untuk orang menyangka begitu tetapi kita seperlunya belajar dan memahami kepakaran yang bagaimana sesuai dengan kita serta keupayaan kita yang terhad.  Jika pun kita tidak mahir, bantulah seikhlas hati semoga usaha itu menampakkan hasil yang memuaskan jika pun tidak cemerlang.

Kita juga pasti akan rasa kecewa bila mana kita tidak mampu memberi kecemerlangan kepada organisasi. Tetapi itu bukan salah kita seorang kerana usaha ini memerlukan kerjasama ramai dan idea yang bernas.

Pada ketika lain, kita mampu memberi idea kepada orang untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.  Tetapi kita tidak tahu apa sebenarnya yang difikirkan oleh orang lain.  Kita juga tidak mampu melaksanakan idea itu lantaran idea itu untuk orang dan bukan untuk kita laksanakan bersama-sama.

Justeru apabila memberi idea pastikan idea itu kita juga mampu laksanakan atau paling tidak idea itu tidak menyusahkan orang lain.

Pada masa yang lain pula kita seperti hendak abaikan sahaja apa yang berlaku di depan mata.  Untuk masa akan datang yang kita tidak tahu apa-apa.  Kerana perancangan kita jarang sekali terlaksana dengan sempurna sekiranya tiada kerjasama serta 'kebenaran' dari Ilahi.

Kita sebenarnya terikat dengan hati dan perasaan kita yang halus.  Kita berasa bahawa hati kita cukup besar untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.  Kita kadang-kadang tidak tahu menjaga hati kita.

Kita tidak jaga hati dan perasaan ketika bercakap dengan orang lain.  Kita bercakap ikut suka hati... lalu kita bersama kesal atas kesilapan kata-kata kita.

Kita tidak jaga hati dan perasaan kita ketika kita membuat keputusan.  Lantaran itu apabila keputusan itu tidak diterima kita mula menggelabah dan tidak ketahuan.

Bukankah lebih baik kita adukan sahaja kelukaan dan kedukaan hati kita kepada yang membolak-balikkan hati insan.  Terus saja berdoa kepada Allah yang memegang hati kita.  Doalah supaya hati kita tidak dibolak-balikkan.  Biar kita tegas dan reda dengan setiap kejadian.

Jaga hati dan perasaan orang itu lebih baik kerana kita tidak tahu apa yang ada dalam hati orang lain. Tentang hati dan perasaan kita.... adukan saja ketika berada di sejadah.

Sekian.

13 Ogos 2014

Lembutkan hati yang keras

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
(Hamka)


04 Julai 2014

[Puisi] Kerana hati itu bisu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kerana hati itu bisu















Kerana hati itu bisu
Dia tidak bisa bersuara
Dia menerima seadanya
Dia tidak rapuh... dia tidak sekeras kaca mahupun batu

Kerana hati itu bisu
Dia adakalanya sepi... biarpun di kelilingnya riuh
Dia rela sendiri ... mencari erti

Kerana hati itu bisu
Dia tidak akan pernah bersuara
Kerana suara tiada pada dia... peti itu disimpan rapi
Nada suaranya pasti sumbang

Kerana hati itu bisu
Dia menjadi nanar
Dia kehilangan kata juga suara
Dia seperti mati .... tanpa jenazah tanpa keranda tanpa pusara

Kerana hati itu bisu
Dia masih lagi bernafas
Nafasnya bukan di dalam lumpur
Nafasnya berbau hampa... hancur luluh bertebaran di ruang kedap

Kerana hati itu bisu
Dia semakin sayu
Menatap aksara serupa batu
Mengukir senyum seumpama duri

Kerana hati itu bisu
Dia rela terima biarpun perit
Dia tak akan bersuara biarpun pedih
Dia rela tangis itu menjadi teman... hatta tawapun menjadi hambar

Kerana hati itu bisu
Dia di sini lagi mencari damai
Kepada Yang Maha Besar tempat mengadu
Tempat mensuci hati yang bisu....
Menanam kesumat dikalbu ... biar kelodak itu berlalu
Menebar jala keampunan ... serkap rindu biar bertamu
     dipintu Mukarramah harapan menunggu


Nukilan:  yangbaik | 472014 | 6 Ramadhan 1435 | 14:00


11 Jun 2014

Kaedah mengubati hati yang keras

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segera ubati hati...


corak hiasan.

Apabila Anda ingin mengobati hati Anda yang telah keras membatu maka perbanyaklah menjenguk orang yang sakit, mengantarkan jenazah ke pemakaman dan mengingat kematian.  (Sebagian ulama salaf)

24 Mei 2014

Hanya untuk orang yang mahu berfikir

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hanya untuk orang yang mahu berfikir

Gambar hiasan.  Koleksi peribadi.


Berfikir merupakan cahaya yang masuk ke dalam hati seseorang. Dan apabila seseorang mau berfikir, maka ia akan akan mampu mengambil 'ibrah (pelajaran) dari segala sesuatu (yang ia lihat, dengar, baca, rasa dan alami).
(Ibnu 'Uyainah)


Selamat berfikir kepada semua.  

Semoga kita mampu menjadi pemikir yang bijak dan tidak berfikir untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.

Sekian adanya.  Terima kasih.

17 Mei 2014

Bicara tentang hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan


Hati manusia itu ada tiga macam :
(1) Hati laksana gunung yang tidak bisa disingkirkan oleh apa pun;
(2) Hati laksana pohon kurma yang memiliki batang pohon yang kokoh tetapi angin membuatnya melambai-lambai; dan
(3) Hati laksana laksana bulu yang condong bersama angin ke kanan dan ke kiri.
(Sirri as-Saqthi)

09 Mei 2014

Apa ada dalam hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apa ada dalam hati
Buang mazmumah dalam hati
Tambah mahmudah dalam hati
Semoga hati bertambah murni

Apa ada dalam hati kita itulah yang memberi makna kepada kehidupan kita



Apabila akhirat ada dalam hati, maka akan datanglah dunia menemaninya. Tapi apabila dunia ada di hati maka akhirat tidaklah akan menemaninya. Itu karena akhirat mulia dan dermawan, sedangkan dunia adalah hina

(Abu Sulaiman Ad Daroni)


Selamat hari Jumaat kepada semua.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yangbaik.blogspot.com | suka duka pentas dunia
#doauntukMH370




$$$  

08 Mei 2014

Lima penawar buat hati insan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



corak hiasan
Obat hati ada lima :
(1) Membaca al-Qur'an dengan disertai tadabbur (merenungkan maknanya),
(2) mengosongkan perut (berpuasa),
(3) shalat malam,
(4) Berdoa dan memohon ampunan di penghujung malam dan
(5) bermajelis bersama orang-orang shalih
(Ibrahim al-Khawwash)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yangbaik.blogspot.com | suka duka pentas dunia
#doauntukMH370




$$$  

04 Mei 2014

Kekuatan terletak di dalam hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kekuatan terletak di dalam hati
Dari hati datangnya kehendak dan kemahuan
Lantas menghasilkan kekuatan
Kekuatan yang tidak terduga

Namun kekuatan itu harus datang bersama didikan iman
Iman kepada yang satu
Lalu menghasilkan kekuatan yang bermakna
Bermakna kepada diri dan sejagat




14 April 2014

10 hal yang mematikan hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Corak hiasan

Wahai warga Bashrah, hati kalian telah mati dari sepuluh hal :

  • Pertama, kalian mengenal Allah, tapi tidak mau menunaikan hak-Nya. 
  • Kedua, kalian membaca Kitab Allah, tapi tidak mau mengamalkannya. 
  • Ketiga, kalian mengaku cinta kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, tetapi kalian meninggalkan sunnahnya. 
  • Keempat, kalian mengaku bermusuhan dengan setan, tapi kalian justru akur dengannya. 
  • Kelima, kalian mengatakan cinta kepada surga, tapi tidak mau beramal untuk menuju ke sana. 
  • Keenam, kalian mengatakan takut kepada neraka, tapi kalian menggadaikan diri kalian kepadanya. 
  • Ketujuh, kalian mengatakan bahwa kematian itu benar adanya, tapi kalian tidak mau mempersiapkan diri untuk menghadapinya. 
  • Kedelapan, kalian sibuk mencari aib saudara kalian, tapi mengabaikan aib kalian sendiri. 
  • Kesembilan, kalian memakan karunia Tuhan, tapi tidak mau mensyukurinya. 
  • Kesepuluh, kalian mengubur orang mati, tapi tidak mau mengambil pelajaran darinya.
(Ibrahim bin Adham kepada warga Bashrah yang heran mengapa doa mereka telah lama belum dikabulkan)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370