Pageviews

Memaparkan catatan dengan label e-PJJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label e-PJJ. Papar semua catatan

19 Februari 2012

Iklan Permohonan Pra/Diploma UiTM Sesi Mei 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Tawaran Meneruskan Pengajian Secara Pendidikan Jarak Jauh (e-PJJ) Program Pra Diploma/Diploma Sesi Mei 2012 - dibuka mulai 12 Februari 2012

Update:
Sila klik SINI untuk maklumat terkini

 

Tiba-tiba la pulak buat entry mengenai PJJ walhal kisah mengenai RTC Gopeng belum lagi selesai. 
Sebenarnya entry ini dikeluarkan adalah juga berkaitan dengan pameran Karnival PengajianTinggi RTC di Gopeng.

Setelah berakhirkan karnival di RTC Gopeng, baru sekarang berkesempatan buka blog... dan teringat pula semasa di pameran berkenaan ramai pengunjung yang bertanya mengenai pengajian Jarak Jauh di UiTM dan dalam pada itu entry tahun lepas masih ramai pengunjung jadi dan bertanya mengenai program baru serta alamat baru.
Jadi inilah hasilnya yang tidak seberapa ini...
Semoga bermanfaat.


(^-^)
.
.

03 Jun 2011

Program Ijazah (e-PJJ/PLK) UiTM akan dibuka pada sesi September 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Program Ijazah (e-PJJ/PLK) akan dibuka pada sesi September 2011. Iklan dijangkakan akan dikeluarkan pada Jun 2011 (*tertakluk kepada perubahan).


Untuk melihat Struktur Program sila klik link di bawah:




28 Mei 2011

28 Mei 2011 | Pendaftaran Pelajar Baru e-PJJ UiTM (Diploma) dan Pendaftaran Kolej Pelajar Lama (Diploma)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Secara kebetulan pada hari ini 28 Mei 2011 juga ada beberapa jemputan kenduri dan majlis tetapi tidak dapat dihadiri kerana bertugas semasa Pendaftaran Pelajar Baru e-PJJ.  Mohon maaf kepada semua.

Dan... pada hari ini juga seseorang yang penting telah berlepas ke UiTM Dungun untuk menyambung pengajiannya di sana... Good Luck.  Mohon maaf kerana tidak dapat menghantar walaupun untuk ke muka pintu rumah cuma...

Kepada semua pelajar baru e-PJJ selamat melanjutkan pengajian semoga tabah mengharungi setiap detik.  Ingatlah bahawa orang yang menuntut ilmu itu hidupnya penuh dengan pahala.  Bersabar mengharungi ujian dan kuatkan semangat untuk terus menyambung semangat ... yang mungkin pernah hilang suatu ketika dahulu.

Sekian.