Pageviews

Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan

25 Ogos 2015

Lukisan lewat malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lukisan lewat malam


Malam sudah lewat, masih kelihatan kelibat anak kecil berusia 4 tahun bermain-main dengan pensil warna. Tiada tanda menunjukkan dia akan tidur awal. Sesekali dia menjeling ke sini. Namun masanya lebih banyak menghadap secebis lukisan kecil di atas meja itu. Begitu tekun sekali. Seakan leka dan terbuai dengan dunianya sendiri.

Malam sudah lewat, anak umi seorang ni masih jua belum tidur. Umi tahulah Inas belum sekolah dan esok tidak perlu bangun awal. Tidakkah matamu rasa mengantuk wahai anakku?



Inas Insyirah sudah semakin serasi dengan pensil warna. Ada perkembangan yang amat cemerlang, memandangkan sebelum ini warna-warna pensil itu terlakar "indah" di pelusuk dinding. Tanpa disedari dia semakin bijak mewarna pada setiap lukisan abangnya di atas kertas A4 atau buku tulis terpakai dan tidak lagi di kanvas batu.

Seni itu indah tidak mengenal usia.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid


25 Mei 2015

Kena Tolak di Kantin Sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kena tolak di kantin sekolah. Suasana di kantin sekolah pastinya kelam kabut dan penuh dengan hiruk-pikuk. Terutama sekolah rendah di mana kawalan emosi pelajar sekolah rendah sebahagiannya kurang terkawal. Mereka teruja dapat rehat. Tidak disangkal juga ada sebahagiannya yang tertib dan sopan serta berhati-hati. Lumrah kanak-kanak begitulah tidak dapat dielak.


gambar hiasan

Hari ini, anak mengadu kena tolak ketika di kantin sekolah. Budak-budak biasalah bila ada yang tak puas hati atau ada perkara yang dia suka atau tidak suka pastinya akan mengadu. Kena tolak di kantin kadang-kadang boleh jadi perkara biasa selagi tidak jatuh tertiarap. Dalam keadaan murid-murid yang ramai dan tidak terkawal apa-apa kemungkinan boleh terjadi. Hanya kita yang perlu berhati-hati dalam setiap pergerakan.

Setiap aduan dari anak-anak kita perlu ambil kira dan ambil peduli. Sekurang-kurangnya ambil tahu punca dan kesan akibat kejadian. Sekiranya tiada kesan yang memudaratkan aduan itu perlu disimpan dan rasanya tidak perlulah diperbesarkan. Adatlah budak-budak. Jatuh bangun tu perkara biasa. Jangan sampai mendatangkan kecederaan. Buat sementara waktu berilah nasihat yang terbaik agar dia lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesalahannya.

Jangan sampai gejala buli terjadi.

posted from Bloggeroid

07 Februari 2015

Sudah pandai makan biskut sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Makan biskut cicah susu

Malam ni nak buat cerita sikit pasal Abid. Anak bongsu yang sudah pandai makan biskut cicah susu suam. Tidak mahu disuap, nak buat sendiri. Biskutnya kena pecahkan siap-siap. Kalau tidak dikepakkan habis bersepai biskut dibuatnya.



Anak-anak bila dah mula pandai nak buat sesuatu dengan sendiri memang patut diberi galakan. Tidak patut disekat. Jika bimbang rosak atau sebagainya kita kena awasi dan perhatikan.

Dia pandai nak buat sendiri bila dia melihat abang atau kakaknya. Contoh yang terbaik setakat ini.

Selamat berusaha.

posted from Bloggeroid

04 Januari 2015

Hari Lahir Inas Insyirah ke-4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Inas Insyirah



Hari ini, tarikh yang sama 4 tahun lepas anak bertuah ini dilahirkan sejurus selesai azan zohor berkumandang di langit Lumut, Perak.

Seperti abang dan kakaknya kelahiran anak ini cepat satu minggu dari EDD yang tertera di buku pink.

Sama ada kebetulan atau sudah tiba masanya, tiga/empat hari sebelum hari ini banyak betul ragamnya. Jika bertanya mengalahkan soalan temuduga naik pangkat atau sama dengan soalan esei SPM. Hari ini sudah pandai berbicara tentang rasuah, tidak mahu ayahnya belanja makan di luar kerana itu adalah rasuah dan dia tidak mahu makan dari sumber yang haram. Entahlah pemikirannya sukar diduga bila mengenangkan usianya baru mencecah 4 tahun. Harapnya begitulah pemikirannya seiring dengan pemahaman yang betul sehingga dewasa.

Sudah lebih tiga bulan belajar tidak pakai lampin pakai buang, itupun untuk waktu siang sahaja. Waktu malam atau keluar bersiar-siar tetap juga kena pakai... jika tidak habis hanyut. :P

Inas Insyirah, gabungan nama pilihan ayah dan umi. Semoga terus menjadi anak solehah, dipanjangkan umur dalam keberkatan dan dimurahkan rezeki. Sentiasa taat dan patuh pada suruhanNya. Jadilah anak yang berbakti kepada agama dan bangsa.

Allah selamatkan anakku Inas Insyirah.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

25 Disember 2014

Hubungan ibu dan anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hubungan ibu dan anak


Gambar hiasan

Diceritakan bahwa pernah suatu hari, Ibnu 'Aun al-Muzani dipanggil oleh ibunya, maka ia pun menjawabnya dengan suara yang lebih keras dari suara ibunya agar dapat didengar oleh sang ibu. Tak beberapa lama kemudian, Ibnu 'Aun tersadar atas apa yang baru saja ia lakukan. Ia pun menyesalinya dan segera memerdekakan dua orang budak yang ia miliki.

()


19 Oktober 2014

Kerja mereka hari ini

Assalamualaikum,

Kerja mereka hari ini.
Tadi janji nak main game jer kat phablet umi. Nak main game yang umi install semalam. Dah diberi kebenaran... pada mulanya elok jer nampak main game tu. Umi pun biarkan mereka dan tinggalkan untuk buat kerja lain.



Dalam diam-diam mereka buat wefie pulak... kelakar pun ada jugak.

Janganlah terkejut pulak... gambar-gambar tu umi yang olah semula guna khidmat photogrid. Agak-agaklah kalau mereka pun mahir juga guna photogrid... macam mana rupa pulak ehh..

Anak-anak zaman IT sekarang memang cekap. Tak sama dengan umi, umur 14 tahun baru nak kenal komputer, kalau telefon pintar macam ni, tak payah cakaplah... umur 40 baru jumpa... dunia semakin maju, tak terkejar dibuatnya.

╭(╯^╰)╮
posted from Bloggeroid

18 Oktober 2014

Aplikasi Decorate your walk-in closet

Assalamualaikum


Decorate your walk-in closet merupakan aplikasi permainan yang baru saya install di phablet ni. Bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak gadis berdua tu... Dina dan Inas. Apa lagi alasan yang boleh mak-mak bagi untuk menjelaskan sebab sebenarnya. ( ^_^ )/~~拜拜




Sebelum bagi mereka berdua cuba permainan ni... mak kena tengok dulu apa yang boleh dilakukan. Agak-agak tak sesuai kenalah uninstall aplikasi tu.

Apa pun mak kena mahir dulu dengan aplikasi ini, sekiranya ia sesuai. Dah mahir barulah boleh bagi tahu mereka apa dan bagaimana nak guna. Tetapi kan... budak-budak sekarang ni celik IT sangat... tunjuk sikit saja, tahu dah deme mana nak explore. Kadang-kadang deme yang lebih advance pulak.

Bila dah install aplikasi macam ni harapnya nanti mereka puas hati dan tidak lagi sibuk nak buka youtube... bajet sikit.

Okey... nak tengok sat apa yang boleh dibuat dengan Aplikasi Decorate your walk-in closet

Terima kasih.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

07 Ogos 2014

Anak-anak punya hal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gambar hiasan saja nie... tiada kaitan dengan anak saya

Anak-anak punya hal.  Kesian mak bapa buat kerja sendirian.

Sesekali timbul rasa simpati dengan ibu bapa yang ada anak dah besar tetapi banyak kerja rumah mak yang kena buat sendiri.  Ada anak... tengok jer.  Saya harap perkara begini terjadi kepada keluarga saya.

Macam mana kalau dah anak dara besar panjang, boleh lagi duduk saja dalam rumah sedangkan mak sibuk sidai kain di ampaian, menyapu sampah dan buang sampah.  Memasak pun mak juga sorang-sorang.  Ada anak boleh buat teman makan saja.  Itupun kalau makan bersama mak... kalau dibuatnya anak tu makan sendiri sendiri.. tunggu mak masak ?  Apa nak jadi nie?

Ini yang buat saya takut sebab saya juga ada anak dara... kecil lagi lah.

Teringat zaman saya zaman sekolah... paling kuat ketika sekolah menengah.  Kalau tak jejak kaki ke dapur jangan harap lah dapat makan... sedap-sedap... dah siap kerja sekolah, kemas rumah.  Nak makan sedap kena tolong mak masak.  Nasib la ... kalau tak turun ke dapur alamatnya makan nasi dengan telur goreng tak pun dengan kicap.  Bukan mak saya kejam tetapi itulah cara mendidik kami adik beradik.  Saya tak ramai perempuan ... 3 orang saja.

Cara didikan zaman dulu menjadikan kita cepat dewasa dan matang dalam bertindak.

Masih ada lagi ke cara didikan macam zaman dulu-dulu?

Fikir-fikirkan.

24 Jun 2014

Aktiviti bersama anak-anak di padang permainan semasa cuti sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Aktiviti bersama anak-anak merupakan satu agenda keluarga yang membahagiakan walaupun disulami dengan jeritan dan tangisan, kejar-mengejar dan jatuh bangun.  Tangis dan tawa adalah penyedap rasa dalam perhubungan kekeluargaan.  Wah... ala-ala pakar motivasi keluarga pula. :P


Apa nama benda ni entah.  Gambar ini adalah antara sebahagian kecil yang sempat dirakam.  Ada lagi tetapi tidak berapa cantik jadi tidak perlu nak tunjuk sangat kan skill jurugambar yang tidak menjadi.  Buat semak mata memandang saja :P

Secara kebetulan satu pagi yang dingin, ayah tidak bekerja dan umi juga jarang bekerja di hujung minggu.  Ambil kesempatan yang ada untuk membawa anak-anak ke padang di kawasan berhampiran rumah.  Aktiviti ini pada awalnya memang tidak tertulis di mana-mana poster tetapi dapat tahu melalui perbualan di sebuah warung.


Alahai... jenuh juga memujuk si jantung hati umi.  Tak nak bergambar pulak.  
Silap banyak lah, sebabnya umi memang suka tangkap gambar curi-curi ni.
Kan ... dah dapat.   Perasan rambutnya macam Aaron Aziz.  :P


Anak beranak.  Seorang sedang mencari rumput malu, seorang lagi tolong cari, ayah menjaga anak-anak dan si anak lelaki pula sedang meninjau peluang nak bermain di tepi longkang...

Dah jumpa rumput malu tetapi sikit sangat.  Nak cari lain rumput pun dah kering.

Mencari lagi... tak jumpa dan malas nak layan kerenah adik gebu. Kan???



Tak nak berenggang dengan ayah.  Takut bunyi enjin pesawat :P


Abang dah jumpa port yang sesuai untuk main lompat-lompat dengan kawan-kawan.
Mujur juga longkang kering.  Dah banyak hari hujan tak turun neh.

Dalam banyak-banyak gambar di atas.  Seorang lagi tidak kelihatan iaitu baby Abid.  Abid takut sangat dengar bunyi enjin.  Menjerit-jerit... bawa masuk dalam kereta baru diam.  Boleh pula dengan riang-rianya dia  relaks dalam kereta. 

Dan... gambar umi pun memang tak ada.  Maaf lah susah sikit nak bergambar, umi memang tak biasa lah nak interframe.... tolong tangkap gambar untuk anak-anak boleh lah..

Aktiviti seharian dengan anak-anak memang tidak menjemukan.  Walaupun letih tetapi hati puas kerana dapat melihat perkembangan dan kemajuan dalam pembesaran mereka.

Sekian.


25 April 2014

Demam nak tumbuh gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tajuk ini telahpun ditempah beberapa bulan yang lalu.  Ketika Abid demam kerana hendak tumbuh gigi.  Kesian kan kat Abid... dah berbulan-bulan hilang sakit tumbuh gigi dan kali ini sakit itu datang lagi. Dan datangnya sakit itu ketika umi tiada di rumah... ketika umi menghadiri KAD di Shah Alam.

Ayah memang lah ... dah umi balik baru nak cerita Abid demam... Ayah kata tak nak bagi umi bimbang lagipun demamnya bercampur dengan demam rindu... Elok umi balik kena tambah 1 hari lagi cuti untuk 'take care' Abid dan Inas yang turut demam.


30 Mac 2014

Mengusik dan merajuk perkara biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengusik dan merajuk di kalangan anak-anak adalah lumrah dan sudah menjadi biasa. Cuma kadang-kadang memang tak tahan dengan kerenah mereka.  Yang sorang suka mengusik tidak kira tempat dan masa, yang sorang lagi senang sangat merajuk pantang terusik sikit.

Itu semua bakal berlalu kan... begitu juga zaman kita ketika kanak-kanak dulu.  Puas kena usik dan puas merajuk...

suka mengusik


19 Mac 2014

Demi mu yang tersayang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Demi mu yang tersayang.  Anak-anak memang kesayangan umi.  Selagai hayat dikandung badan.


Irdina Huda, 1 Amanah.

Umi bila bercerita memang lah lemah sangat nak mula cerita.  Jenuhlah reka ayat dan cerita... tak menjadi juga.  Semoga tiada yang kecewa.

Semenjak anak-anak dah bersekolah ni, umi dah ayah juga turut belajar sekolah semula.  Masuk darjah 1 dan juga masuk tadika.  Tak ingat pula pengalaman masa sekolah rendah dulu....ingat-ngat lupa deh.

Sudah beberapa hari Irdina ingatkan umi, kalau tak silap dari minggu lepas.  Elok juga hari ini diingatkan sekali lagi mengenai keperluan untuk pembelajaran di sekolah esok.  Kalau tidak diingatkan memang umi langsung tak ingat.  Disebabkan ingatan anak-anak yang masih kuat inilah yang banyak membantu umi dalam persekolahan mereka. Haa... kan dah terbalik.

Minggu lepas Irdina ingatkan umi 

"Umi! minggu depan cikgu suruh bawa kotak kecil, kertas warna, gam dan gunting"

"OK" (macam ko pula ... ngeee)

Dan percayalah selepas itu umi tidak ingat langsung mengenai keperluan berkenaan.  Sehinggalah petang tadi Irdina ingatkan sekali lagi mengenai perkara yang sama.  Esok dah nak guna pulak tu...

Lepas solat maghrib, umi pun mencari-carilah kalau-kalau ada masih ada lagi kotak kecil yang pernah disimpan satu masa dulu.  Antaranya kotak handphone, kotak coklat dan beberapa kotak yang comel.  Memang umi dah lupa lagi... sebenarnya umi dah pun buang kotak-kotak berkenaan semasa aktiviti 3S (Sisih, Susun, Sapu) di rumah.

Okey... jangan pernah mengalah.  Sekiranya tiada di rumah di kedai kan ada. :P


Kotak kecil dan kertas warna

Dan, di atas adalah hasil rembatan umi dari kedai di depan sana.  Memang umi tidak berapa suka nak merempit malam-malam.... siang pun tak suka juga.  Tetapi demi anak-anak, merempit kini sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti umi. (hahaha)

Kotak tu... sudah tentu dikeluarkan makanannya dan disimpan dalam peti ais.  Pelik juga... tiada yang berebut pula nak makan makanan itu.  Adakah kerana mereka sudah kenyang atau mereka tidak perasan.  Kerana umi beli kotak kecil sahaja kan nnn.

Tak kisah lah apa pun umi dah beli dan Irdina nampak teruja sangat.  Cuma kertas warna tu...

Alif kata "cikgu nak kertas warna bukan ada bulat-bulat tu, cikgu nak kertas warna yang ada warna saja macam warna biru, warna hijau atau warna pink".

"Bukan kertas warna yang ada banyak warna"

Ha aa... kan.
Umi memang dah agak tetapi hanya itu pilihan yang ada.

Untuk tidak mengecewakan... umi selongkar lagi kotak kertas yang lama dan jumpalah dengan beberapa helai kertas warna saiz A4.  Jadilah ada warna biru cair dan warna coklat muda.  Asalnya kertas itu dijadikan sebagai 'cover' untuk tugasan.  Boleh lah.

Dah simpan baik-baik dalam beg plastik dan letak sebelah beg sekolah.

Siap satu tugasan penting untuk hari ini iaitu mendapatkan kotak kecil, kertas warna, gam dan gunting.  Tengoklah hasil kerjanya nanti.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

09 Mac 2014

Susahnya nak makan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Susahnya nak makan.  Kenapa banyak sayur?  Cili pun ada juga.




08 Mac 2014

Bijirin bayi dengan susu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bijirin bayi dengan susu untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.

Beli bijirin dapat mug comel

28 Februari 2014

Pesanan khusus untuk semua

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan
Pesanan ini khusus untuk semua anak-anak yang masih kecil.  Bagi seorang umi ini sudah pasti tidak akan pernah jemu menitip pesan buat anak-anaknya.  Juga pesanan ini pastinya amat berguna buat umi walaupun umi sudah dewasa sangat.

Sebagai seorang ibu walau sekecil mana anak atau sebesar manapun anaknya pesanan demi pesanan tidak akan pernah lekang di bibirnya.  Seringkali pesanan itu akan diiringi doa berkarung.









Pesanan ringkas buat anak-anak, semoga mengerti dan memahami intipatinya;

Wahai anak-anakku! Tuntutlah ilmu! Sesungguhnya, walaupun kini kalian masih kecil, kelak kalian akan menjadi orang-orang besar. Adakah yang lebih buruk daripada seorang yang sudah tua renta lagi bodoh?  ('Urwah bin az-Zubair)

Sekian adanya.  Pesanan ini pastinya akan berulang dan terus berulang.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$

16 Februari 2014

Revolusi anak-anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Buah hati pengarang jantung.  
Empat permata di hati umi


Revolusi anak-anak.  Buat tajuk bunyinya macam keras dan ganas.  Ini adalah kerana menurut Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi keempat, Revolusi membawa maksud perubahan (terutamanya dalam sistem pemerintahan atau dalam sistem sosial) yg dilakukan dengan kekerasan.

10 Januari 2014

Ubat kutu vs ubat kudis buta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ubat kutu atau ubat kudis buta, mungkin sama atau tidak.

Bila dah ada anak perempuan macam ni lah.  Masa kecil tak pandai keluar rumah.  Main pun depan rumah ataupun keluar dengan mak bapak jer.

06 Januari 2014

Ucapan ulang tahun yang terlewat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Inas suka makan cendol

Ucapan yang terlewat ini adalah sempena Hari Ulang tahun kelahiran Inas Insyirah yang ke-3 pada 4 Januari 2014.  Maaf sangat-sangat sebab terlewat, bukan sengaja nak melewatkan entri ini tetapi memang tak sengaja.  Konon-kononnya nak dapatkan masa yang sesuai pada 4 Januari... tetapi tak jumpa... yang terjumpa hanya pada hari ini.

Walaupun ucapannya agak terlewat tetapi untuk entri sahaja.  Hakikatnya, bangun pagi-pagi lagi dah ucapkan "Happy Birthday".  Siap nyangi lagi... sampai Inas terpinga-pinga lalu semua orang diucapkan 'Happy Birthday".

Oleh kerana pada pagi 4 Januari umi dan aya ada urusan lain ... maka petang baru berkesempatan bawa Inas jalan-jalan makan cendol di warung tepi jalan.  Lepas makan cendol makan laksa pula... kata pakcik tokey warung dia tak pernah jumpa lagi budak 3 tahun yang suka makan laksa.  Mungki ada kot tapi tak perasan.


Inas suka makan kek juga.

5 Januari baru umi sempat buatkan kek coklat untuk Inas.  Sabar jer lah dengan anak-anak nie... dok mengulang ke dapur menunggu kek siap... memang tak senang duduk.

Dah siap masak, nak tunggu kek sejuk dulu baru boleh letakkan topping coklat dan coklat rice... tunggu lagi. Sampai Inas tertidur... bangun tidur terus potong kek...


Selamat ulang tahun ke-3 kepada Inas Insyirah.  
Semoga menjadi anak yang cerdik dan pintar serta dipanjangkan umur dalam keberkatan.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com