Pageviews

Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti. Papar semua catatan

08 Disember 2023

Mee goreng untuk makan tengahari selepas hadiri forum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mee goreng untuk makan tengahari


Hari ini Jumaat, ada forum Hal Ehwal Islam sempena sambuat Bulan Inovasi tahun 2023.  Bertempat di Dewan Al-Khawarizmi atau Dewan Kuliah Utama.  Program bermula dengan pendaftaran dan sarapan pagi seawal 8.30 pagi.


Forum Hal Ehwal Islam :  Keluarga dan Kerjaya

Panel forum termasuk moderator adalah antara insan hebat.  Banyak ilmu dan manfaat yang dicurahkan.  Antara petikan forum, untuk mendapatkan keberkatan dalam pekerjaan adalah setiap mukmin perlu lazimi takwa iaitu rasa takut kepada Allah.  Perasaan takut ini secara tidak langsung akan menjaga hubungan kita dengan Allah dan seterusnya mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan mungkar yang membawa kepada kemurkaan Allah


Moderator dan Panel Jemputan

Terdapat beberapa kaedah dan pengetahuan baru yang diperolehi hari ini dari Paksu Soder, yang boleh dikatakan mahir atau pakar dalam kaunseling dan motivasi.  Perkongsian Paksu Soder ini ada juga terdapat di Chanel Youtube Paksu Soder.  

Selesai forum anggaran jam 11.45 pagi, balik pejabat bersama Adayana, PA TRHEA.  Dah lama tak jumpa dan sembang-sembang dengan Yana.  Walaupun ofis HEA dan HEP tidaklah sejauh berbatu, hanya dipisahkan lantai konkrit saja... tetapi kekangan tugas masing-masing.  

Hari ini ditakdirkan bertemu di DKU, seperti yang dilontar oleh Pengacara Majlis, Ustaz Norzarir, bahawa yang hadir hari ini adalah insan terpilih.  Alhamdulillah ada rezeki dan hikmahNya.


Mee goreng
Mee goreng untuk makan tengahari


Sampai ofis, selesaikan urusan berkenaan program OKU dan tugas lain sikit.  Perut dah mula bergurindam.  Pesan makan dengan  Kafe staf.  Hajatnya nak order nasi bujang ayam kunyit... menu biasa, tetapi dah kehabisan stok.  Makanya order saja mee goreng kerana itu saja menu yang ada.  Tapau dan makan di ofis.

Alhamdulillah, untuk rezeki hari ini.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

.

15 Ogos 2015

Selamat berhujung minggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat berhujung minggu

Pastinya banyak perancangan aktiviti bersama ahli keluarga pada hujung minggu. Sama ada berehat di rumah sambil layan anak-anak atau bawa mereka bersiar-siar. Tidak kurang juga menghadiri aktiviti yang diaturkan oleh jiran setempat.



Apapun aktiviti yang dilakukan pada hujung minggu ini, pastinya membawa manfaat buat diri sendiri dan insan sekeliling.

Paling penting jaga kesihatan. Semoga aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

23 Mei 2015

Selamat bercuti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat bercuti.  Lazimnya inilah ayat skema yang diucapkan kepada kawang-kawan tidak kira di mana berada sama di pejabat atau melalui wasap.  Dan kepada awak yang membaca entri ini juga. Sedang bercuti kan?

YB seperti biasalah bila hari cuti Sabtu dan Ahad kalau tidak balik kampung melawat keluarga mertua, bawa anak-anak jalan-jalan.  Nak bawa anak jalan-jalan pun tengok kepada cuaca juga. Kalau cuaca mendung atau nampak seperti nak hujan tak jadi lah keluar jalan-jalan... walaupun dalam kereta.


Aktiviti lain selain dari keluar jalan-jalan sempena hari cuti adalah berkebun di depan rumah.  Betul! Kebun mini YB ada depan rumah berhampiran lot parking kereta.

Taman bonda

Pokok kaktus di dalam gambar di atas sebahagiannya telah mati.  Ada yang mati kerana terlebih air dan ada juga yang mati kerana kekurangan tanah akibat terjatuh.  Sayang juga kerana ia adalah peninggalan arwah bonda.  Namun, itulah hakikat kehidupan ... tak semuanya kekal walau kita sayang seribu kali pun.

Eh... selingan kejap cerita ceriti pasal aktiviti hujung minggu kan.

Lepas ni nak bercerita pula pasal kebun "sekangkang kera" yang amat disayangi.  Walaupun tidak banyak tumbuhan tetapi bolehlah untuk menampung keperluan ketika terdesak.

Lebih baik layan blog yang tidak semenggah ini daripada menjadi punca jenayah kan?..

Layan jer kan... kisah orang bercuti

Terima kasih sudi singgah dan klik sana-sini yang ada link. :D

18 Mei 2015

Projek Sempena Hari Guru | Mini Tote Bag

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Projek sempena Hari Guru. Sabtu lepas, 16 Mei adalah Hari Guru. Kebetulan pula jatuh pada hari cuti. Maka untunglah cikgu dapat cuti. Tetapi tidak semua cikgu bercuti dan berehat pada Hari Guru. Ada sekolah mengadakan gotong-royong pada Hari Guru.

Bukan sahaja cikgu yang bercuti pada 16 Mei lepas, tetapi kita-kita yang bukan cikgu juga dapat cuti. Kebetulan kan.

Sabtu lepas entah apa pula mimpi malamnya, bangun pagi dapat idea nak buat tote bag. Buat saiz kecil saja dulu sebab kain tak cukup. Kekuatan itu datangnya begitu tanpa disedari.



Alhamdulillah, berjaya juga siapkan 8 unit beg kecil ini. Beg kecil ini dihiasi sulaman riben yang ringkas. Kalau nak cerita halangan dan rintangan memang tidak akan siap beg ini. Hanya dengan kegigihan dan izin dariNya, beg kecil ini berjaya disiapkan sepenuhnya pada petang Ahad.

Ajak anak-anak buatkan kad hari guru untuk guru sekolah mereka. Tak sempat pula nak rakamkan kad yang mereka hasilkan. Kad yang comel mengikut kreativiti mereka. Ringkas sangat. Jadilah buat sementara ini untuk memberikan mereka sedikit aura Hari Guru di sekolah yang diraikan pada hari ini, Isnin 18 Mei 2015.

Selamat Hari Guru kepada semua Cikgu. Jasa dan bakti serta tunjuk ajar kalian amat kami sanjung tinggi dan sungguh bermakna buat kami. Semoga Cikgu terus diberkati.

posted from Bloggeroid

14 Januari 2015

Tunggu anak balik sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Tunggu anak balik sekolah


Dalam kereta



#Rabutanpakata

posted from Bloggeroid

01 Januari 2015

Aktiviti Keluarga Hari Pertama 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Aktiviti keluarga

Bersempena dengan hari ini cuti umum, anak-anak berpeluang menghabiskan masa bersama ibu bapa. Kalau zaman kita kanak-kanak dulu, ibu tidak bekerja setiap hari cuti sekolah adalah hari bersama ibu dan hari bersama bapa ketika bapa tidak bekerja. Zaman sudah banyak sangat berubah. Untunglah ibu zaman sekarang yang tidak bekerja dapat menghabiskan masa bersama anak-anak. 24 jam anak membesar di depan mata. Tidak menyesal dengan keadaan ini kerana jalan begini telah ditakdirkan atas permintaan sendiri. Semoga tiba masanya aktiviti keluarga dapat sentiasa dilakukan bersama tanpa dibayangi waktu kerja pejabat dan urusan kerja yang terpaksa disiapkan dirumah.

Nak dikatakan azam tahun 2015 tidak juga, kerana semenjak ada anak perkara sebegini telah difikirkan secara serius. Namun sekiranya hasrat itu terlaksana pada tahun ini, ianya satu takdir yang amat dinanti dan disyukuri.

Mudah-mudahan.

Hari ini, berkesempatan membawa anak-anak ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Pusat Latihan UiTM atau Institut Latihan UiTM di Kg. Gajah. Dengan anak seusia 2 tahun hingga 9 tahun, saya tidak pasti adakah mereka memahami situasi yang dialami oleh mangsa banjir. Melihatkan gelagat anak-anak yang berebut hendak bermain dengan anak-anak mangsa banjir seolahnya mereka seperti hadir ke suatu majlis perkahwinan atau perkelahan.

Dalam masa yang sama kami bawa mereka meninjau kawasan perkampungan yang terlibat dengan banjir, melihat rumah yang ditenggelami air, padang bola sekolah seperti laut dan jalan yang digenangi air yang entah dari mana datangnya. Walaupun dalam keadaan panas agak terik, air sungai tetap mengalir deras.

Menunjukkan bentuk dan corak awan kepada anak-anak dan menjelaskan apa yang bakal berlaku seakan ibu dan bapa ini pakar kaji cuaca.

Hampir separuh hari mereka disitu. Semoga dapatlah sedikit pemahaman kalaupun tidak semua.

Waktu petang pula kumpulan anak-anak ini terbahagi dua, ada yang tinggal dirumah menonton tv dan berehat sementara seorang lagi ikut umi dan ayah ke majlis keramaian. Kenduri aqiqah, kenduri pertama tahun 2015 untuk kami. Kenduri sahabat ayahnya yang terletak di Taman Indera Barat, Titi Gantung, Bota. Ada gambar keluarga, tetapi saya masih belum bersedia untuk mendedahkan identiti sepenuhnya.

Lewat petang kami sekeluarga keluar lagi, kali ini ke Desa Iskandar. Melawat rumah baru abang ayahnya. Belum siap sepenuhnya, kehadiran kami disambut mesra walapun mereka kelihatan agak letih dengan urusan mengemas rumah yang belum selesai.

Aktiviti malam tidak jauh bezanya dengan malam-malam yang lain. Menonton tv, melihat perkembangan banjir, perkembangan pesawat air-asia yang terhempas di Laut Jawa. Anak-anak tetap juga meneruskan agenda mereka bersama alat permainan mereka.

Begitulah, setiap hari ada saja perubahan yang berlaku.

o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

28 November 2014

Review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk untuk aktiviti luar rumah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Review Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk untuk aktiviti luar rumah

Hidup kita memang tidak lari dari kesibukan.  Keluar rumah gelap dan balik rumah pun gelap juga. Itu kisah saya semasa muda dulu... jarak dari rumah dan tempat kerja agak jauh.  Tapi sekarang, walaupun jarak rumah dan tempat kerja dekat sangat... boleh jalan kaki (kena keluar awal jugaklah... sampai ofis sakan lah berpeluh... masammm) masih jugak balik lambat kerana macam-macam urusan dunia yang mesti diselesaikan.

Bila kita dah selalu balik rumah lambat, maka aktiviti dengan keluarga terutama dengan anak-anak juga menjadi semakin terhad.  Dah lewat petang baru boleh bawa mereka jalan-jalan atau bermain depan rumah.  Aktiviti luar rumah dengan anak-anak bukan sahaja ketika lewat petang tetapi se awal jam 7.00 pagi.  Jangan terkejut pula... anak yang kecil sebelum tiba masanya untuk ke sekolah suka sangat bangun awal pagi... ambil masa bermanja sebelum umi dan ayah pergi kerja.  Pengalaman dengan anak-anak kan memanglah...

Oihh... panjangnya intro... biasalah nak tarikh trafik dan SEO... konon... entah apalah sangat SEO yang nak singgah tu.

Pemenang Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk

Dipendekkan cerita, saya antara 32 peserta yang telah terpilih sebagai pemenang bagi Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com.  

Pack Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk.  Biru dan dan Oren.

Anak-anak pastinya orang yang paling excited bila umi dapat hadiah.  Memang patutpun mereka gembira sangat kerana tujuan utama saya menyertai Giveaway berkenaan adalah untuk mendapatkan Gelang Penghalau Nyamuk untuk kegunaan mereka.  Dah rezeki mereka untuk dapat gelang ajaib ini kan... maka dapatlah.  Terima kasih kepada Mialiana.com.

Aktiviti luar rumah bersama Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk


Banyak aktiviti luar rumah yang boleh dilaksanakan oleh anak-anak.  Tidak kiralah dari berlari, melompat, berjalan atau mengejar kucing jiran yang berkeliaran di depan rumah.  Termasuk juga bermain badminton, mengejar ayam jiran dan bermain bersama arnab peliharaan jiran sebelah sana.

Sebelum mulakan aktiviti... jom kita pakai Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk untuk elak kena gigitan nyamuk.  Sekarang ni musim lembab, nyamuk memang banyak, tak menang tangan pihak Kesihatan buat fogging.


Satu untuk Inas Insyirah.  Pakai di tangan 


Satu lagi untuk Abid.  Boleh juga pakai di kaki. 


Oleh kerana gelang hanya ada dua.  Maka digilirkan pula dengan abang, Alif. 

Aktiviti ini kebanyakannya dibuat ketika awal pagi atau lewat petang.  Di mana ketika ini nyamuk menjadi aktif dan bersedia untuk menyerang mangsanya.

Namun begitu tempoh bermain di waktu petang lebih panjang.  Maka peluang untuk terdedah dengan gigitan nyamuk lebih banyak.  Dengan adanya Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk, kebimbangan diganggu nyamuk tiada lagi kerana Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk merupakan produk anti-nyamuk yang berkesan. Dengan aromanya yang pekat persis serai, pasti tidak disukai nyamuk.

Mencari kucing yang menyorok.  Dari bawah kereta masuk ke dalam semak pulak.  


Aktiviti mengejar kucing dalam semak tidak lagi susah.  Elak kena gigitan nyamuk dengan memakai Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk.


Nasib awak lah encik kucing... kena menyorok dalam semak pulak.... hehehe


Ternyata Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk merupakan produk anti-nyamuk yang berkesan.  Ia boleh dipakai di mana saja dan selamat untuk kanak-kanak, bayi dan orang dewasa pastinya.





Satu cara mengusir nyamuk yang mudah, menarik dan bergaya.   Di mana saja berada kita perlu mengelak kena gigitan nyamuk

 Di luar rumah atau di dalam rumah, terutama ketika waktu petang, apabila masuk ke dalam rumah selepas aktiviti di luar sebentar tadi.  

Dengan adanyaBugslock Gelang Penghalau Nyamuk pastinya tiada nyamuk yang mengikut masuk ke dalam rumah.


Setelah tidak gunakan (buat sementara waktu), gelang berkenaan boleh disimpan semula di dalam begnya sebelum digunakan semula.  Dengan cara menyimpan yang betul penggunaan gelang Bugslock akan dapat bertahan lebih lama.


Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :- 




Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.




22 Julai 2014

Berpeluh di waktu pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Pagi-pagi lagi dah bermandi peluh.
Bukan kerana kelas aerobik atau gimrama dan bukan juga kerana mengejar anak-anak.
Berpeluh kerana berkejaran dari bilik mesyuarat ke ofis ambil data dan kembali semula ke bilik mesyuarat.
Hari ini ada mesyuarat penting, bukan hari ini saja mesyuarat tu penting tetapi setiap kali pun penting juga.
Persiapan memang dah ada dari awal tetapi disebabkan kesilapan teknikal kerana mengharapkan isu itu tidak penting dan selalunya dibawa oleh orang lain.
Jadi, disebabkan saya kurang penting untuk berada dalam bilik mesyuarat hari ini, maka saya kenalah berlari balik ke ofis.

Huh!!! memang letih macam bukan bulan puasa.
Puasa juga nie, pagi-pagi tak mengapalah berlari sikit... kalau tengahari sikit minta maaf lah memang tak kan berlari punya... panas!!!

Lambat sikit saya update blog hari ni.

Terima kasih sebab sudi singgah blog picisan ini ... :D

10 Julai 2014

Berhati-hati ketika shopping di bulan puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Shopping di bulan Puasa

Tidak pasti sebenarnya nak letak tajuk apa walaupun dah berangan-angan macam-macam tajuk untuk menarik SEO dan sebagainya.  Memang bukan saya lah kalau tajuk dan entri ini tidak langsung menarik perhatian encik SEO :P.

Shopping adalah perkataan yang sesuai bagi menggantikan membeli-belah.  Sebabnya Shopping hanya satu perkataan dan cepat ditaip serta sudah sinonim dengan masyarakat Malaysia terutama blogger picisan.  kalau saya salah sila betulkan.  Dan... perkataan membeli-belah pula adalah perkataan Melayu yang memang sinonim juga dengan rakyat Malaysia bagi yang menulis esei atau karangan berbentuk ilmiah.

Jadi oleh kerana niche blog ini bukanlah berbentuk ilmiah semata-mata maka saya lebih suka menggunakan perkataan shopping kerana ia terasa seperti dekat dengan naluri kita wanita yang suka 'window shopping' dan 'shopping sakan' terutama ketika perut sedang kelaparan.

Shopping di bulan puasa memang menjadi cabaran terutama apabila menjelang petang sebelum masuknya waktu berbuka puasa.  Kerana ketika itu perut yang lapar mampu mempengaruhi ingatan.  Senarai yang disediakan mampu tercabar terutama jika tidak ditulis dengan tepat.

Sebagai contoh, tujuan asal ke pusat membeli belah adalah untuk membeli satu barang sahaja sambil menjamu mata (window shopping le tu...).  Tetapi bila dah berhadapan dengan ujian dari perut maka ingatan dan mata yang lemah tadi terus mencampur adukkan barangan lain yang tidak termasuk dalam senarai... dan tangan pula memainkan peranan untuk memenuhkan bakul.... hehehe apa benda senarai kalau sekadar satu barang kan?  jadi kenalah tambah barang lain lagi yang sesuai paling tidak dua atau tiga barang lagi... barulah boleh dipanggil senarai.

Bukan sekadar Cili Api


Cili api seperti tertera pada gambar di atas adalah tujuan asal shopping tetapi barangan lain yang menjadi bahan sampingan juga tidak dinafikan kepentingannya.  Walaupun tujuan asal hanyalah kerana cili api, tetapi disebabkan barangan lain yang 'terlupa' dimasukkan dalam senarai turut perlu dibeli untuk melengkapkan mana-mana yang tidak lengkap.



Ni... la rupa barangan tambahan dan sampingan yang sangat-sangat diperlukan.  Mari saya senaraikan, tambahan barangan berkenaan selain dari cili api berserta sebab dan kegunaannya.

1.  Ketupat Palas Nona.  

Sebab:  Ternampak lemang semasa lalu di PARAM tetapi harganya macam mahal sangat.  Oleh kerana saya dan anak-anak memang suka makan pulut walaupun sebelum Hari Raya, maka ketupat palas berkenaan memang kena beli untuk buat stok untuk berbuka puasa.  Tiada rendang tidak menjadi soal kerana ketupat palas ini makan begitu pun sedap juga atau boleh juga dicicah dengan susu pekat atau sekaya atau sambal tumis ikan bilis.

2.  Minyak masak

Sebab:  beli botol kecil saja dulu sebab stok di rumah dah habis lagi nak tunggu cukup bulan baru beli botol yang besar sikit.  Walau apa pun bulan puasa ni kurang sangat masak goreng-goreng... untuk menumis cukup lah tu.

3.  Jus Epal Feel Fresh

Sebab:  Itulah adalah pilihan Alif katanya air sarsi di rumah dah nak habis.  Lagipun bulan puasa ni teringin pula minum air ada rasa masam-masam sikit baru rasa segar badan.  Pandai ler...

4.  Salted Peanut.

Sebab:  Itu pilihan alif dan ayahnya.  Tidak tahu atas alasan apa tetapi itu yang diambil oleh mereka berdua dan tiada alasan.  Jangan terkejut walaupun pilihan mereka berdua tetapi menjadi rebutan selepas waktu berbuka puasa.... best juga kan bila makan berebut-rebut nie :P

5.  Limau nipis.

Sebab:  Nak buat sambal belacan perlu ada limau nipis barulah powerrrr.  Banyak yang boleh dibuat dengan limau nipis, antaranya untuk ubat tradisional bagi batuk yang kering .... bukan batuk kering tau.  Batuk ni... menyakitkan kerongkong. 

Limau nipis dan kicap

6.  Peria

Sebab:  Bila dah berumur rasanya perlu kembali kepada makanan yang rasa pahit-pahit sikit.  Kerana sekarang saya sering mengalami sakit kepala di bahagian belakang.  Encik suami kata itu nak jadi darah tinggi.  Stress dengan tekanan kerja, banyak sangat fikir dan mungkin juga tak cukup rehat.  Jadi sebagai langkah berjaga-jaga peria ni sedap juga dimasak tumis bersama udang. Nak buat ulam mentah cicah sambal belacan pun sedap juga neh.

7.  Biskut Julie 

Sebab:  Boleh juga dikatakan sebab terpengaruh dengan CPUV Nuffnang pertama bulan Julai yang masuk pada 7/7/2014 iaitu Julie's x LINE New Packaging.  Sebelum ni dah ternampak biskut Julie's tetapi tin lain tidak pula teringin nak beli.  Disebabkan nak tahu tawaran apa yang diberikan oleh LINE maka terbeli lah juga... nak tahu apa rasanya.  Cuma silap sikit sebab dalam iklan promote tin tu warna pink tetapi tin ini warna merah mungkin sempena perayaan Krismass yang lepas kot sebab tu jugalah rasanya macam lemau walaun dalam paket berasingan.  Hmm... tiada dari kalangan kami yang menggunakan perkhidmatan LINE maka barcode itupun terabai.  

tin biskut ini saya punya... Peace!!!


Kesimpulannya

Pertama, walaupun kita terpengaruh dengan mata dan tangan pastikan juga barangan yang diambil itu ada nilai tambah dan amat berguna bukan sekadar ikut kehendak saja.  Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa stabil berjimat cermat adalah jalan terbaik buat masa ini.  Kenaikan harga barang memang kita tidak boleh elak walaupun ia bukanlah kehendak kita.

Kedua, ketika membuat pembayaran di kaunter bayaran sila pastikan bilangan barangan yang dibeli adalah sama dengan bilangan yang tertera di dalam resit.  Manalah tahu dalam dok sibuk membeli belah... teruja dengan jeritan anak-anak terlupa nak tengok resit.  Jika nak dibandingkan harga mungkin kita tidaklah cekap sangat dalam matematik tetapi sekadar mengira jumlah barang yang dibeli tidaklah susah sangatkan.


24 Jun 2014

Aktiviti bersama anak-anak di padang permainan semasa cuti sekolah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Aktiviti bersama anak-anak merupakan satu agenda keluarga yang membahagiakan walaupun disulami dengan jeritan dan tangisan, kejar-mengejar dan jatuh bangun.  Tangis dan tawa adalah penyedap rasa dalam perhubungan kekeluargaan.  Wah... ala-ala pakar motivasi keluarga pula. :P


Apa nama benda ni entah.  Gambar ini adalah antara sebahagian kecil yang sempat dirakam.  Ada lagi tetapi tidak berapa cantik jadi tidak perlu nak tunjuk sangat kan skill jurugambar yang tidak menjadi.  Buat semak mata memandang saja :P

Secara kebetulan satu pagi yang dingin, ayah tidak bekerja dan umi juga jarang bekerja di hujung minggu.  Ambil kesempatan yang ada untuk membawa anak-anak ke padang di kawasan berhampiran rumah.  Aktiviti ini pada awalnya memang tidak tertulis di mana-mana poster tetapi dapat tahu melalui perbualan di sebuah warung.


Alahai... jenuh juga memujuk si jantung hati umi.  Tak nak bergambar pulak.  
Silap banyak lah, sebabnya umi memang suka tangkap gambar curi-curi ni.
Kan ... dah dapat.   Perasan rambutnya macam Aaron Aziz.  :P


Anak beranak.  Seorang sedang mencari rumput malu, seorang lagi tolong cari, ayah menjaga anak-anak dan si anak lelaki pula sedang meninjau peluang nak bermain di tepi longkang...

Dah jumpa rumput malu tetapi sikit sangat.  Nak cari lain rumput pun dah kering.

Mencari lagi... tak jumpa dan malas nak layan kerenah adik gebu. Kan???



Tak nak berenggang dengan ayah.  Takut bunyi enjin pesawat :P


Abang dah jumpa port yang sesuai untuk main lompat-lompat dengan kawan-kawan.
Mujur juga longkang kering.  Dah banyak hari hujan tak turun neh.

Dalam banyak-banyak gambar di atas.  Seorang lagi tidak kelihatan iaitu baby Abid.  Abid takut sangat dengar bunyi enjin.  Menjerit-jerit... bawa masuk dalam kereta baru diam.  Boleh pula dengan riang-rianya dia  relaks dalam kereta. 

Dan... gambar umi pun memang tak ada.  Maaf lah susah sikit nak bergambar, umi memang tak biasa lah nak interframe.... tolong tangkap gambar untuk anak-anak boleh lah..

Aktiviti seharian dengan anak-anak memang tidak menjemukan.  Walaupun letih tetapi hati puas kerana dapat melihat perkembangan dan kemajuan dalam pembesaran mereka.

Sekian.


14 Mei 2014

Rabu Tanpa Kata | Antara sebab sepi tanpa berita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Aktiviti Sabtu Lepas


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yangbaik.blogspot.com | suka duka pentas dunia
#doauntukMH370



$$$  


19 Mac 2014

Demi mu yang tersayang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Demi mu yang tersayang.  Anak-anak memang kesayangan umi.  Selagai hayat dikandung badan.


Irdina Huda, 1 Amanah.

Umi bila bercerita memang lah lemah sangat nak mula cerita.  Jenuhlah reka ayat dan cerita... tak menjadi juga.  Semoga tiada yang kecewa.

Semenjak anak-anak dah bersekolah ni, umi dah ayah juga turut belajar sekolah semula.  Masuk darjah 1 dan juga masuk tadika.  Tak ingat pula pengalaman masa sekolah rendah dulu....ingat-ngat lupa deh.

Sudah beberapa hari Irdina ingatkan umi, kalau tak silap dari minggu lepas.  Elok juga hari ini diingatkan sekali lagi mengenai keperluan untuk pembelajaran di sekolah esok.  Kalau tidak diingatkan memang umi langsung tak ingat.  Disebabkan ingatan anak-anak yang masih kuat inilah yang banyak membantu umi dalam persekolahan mereka. Haa... kan dah terbalik.

Minggu lepas Irdina ingatkan umi 

"Umi! minggu depan cikgu suruh bawa kotak kecil, kertas warna, gam dan gunting"

"OK" (macam ko pula ... ngeee)

Dan percayalah selepas itu umi tidak ingat langsung mengenai keperluan berkenaan.  Sehinggalah petang tadi Irdina ingatkan sekali lagi mengenai perkara yang sama.  Esok dah nak guna pulak tu...

Lepas solat maghrib, umi pun mencari-carilah kalau-kalau ada masih ada lagi kotak kecil yang pernah disimpan satu masa dulu.  Antaranya kotak handphone, kotak coklat dan beberapa kotak yang comel.  Memang umi dah lupa lagi... sebenarnya umi dah pun buang kotak-kotak berkenaan semasa aktiviti 3S (Sisih, Susun, Sapu) di rumah.

Okey... jangan pernah mengalah.  Sekiranya tiada di rumah di kedai kan ada. :P


Kotak kecil dan kertas warna

Dan, di atas adalah hasil rembatan umi dari kedai di depan sana.  Memang umi tidak berapa suka nak merempit malam-malam.... siang pun tak suka juga.  Tetapi demi anak-anak, merempit kini sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti umi. (hahaha)

Kotak tu... sudah tentu dikeluarkan makanannya dan disimpan dalam peti ais.  Pelik juga... tiada yang berebut pula nak makan makanan itu.  Adakah kerana mereka sudah kenyang atau mereka tidak perasan.  Kerana umi beli kotak kecil sahaja kan nnn.

Tak kisah lah apa pun umi dah beli dan Irdina nampak teruja sangat.  Cuma kertas warna tu...

Alif kata "cikgu nak kertas warna bukan ada bulat-bulat tu, cikgu nak kertas warna yang ada warna saja macam warna biru, warna hijau atau warna pink".

"Bukan kertas warna yang ada banyak warna"

Ha aa... kan.
Umi memang dah agak tetapi hanya itu pilihan yang ada.

Untuk tidak mengecewakan... umi selongkar lagi kotak kertas yang lama dan jumpalah dengan beberapa helai kertas warna saiz A4.  Jadilah ada warna biru cair dan warna coklat muda.  Asalnya kertas itu dijadikan sebagai 'cover' untuk tugasan.  Boleh lah.

Dah simpan baik-baik dalam beg plastik dan letak sebelah beg sekolah.

Siap satu tugasan penting untuk hari ini iaitu mendapatkan kotak kecil, kertas warna, gam dan gunting.  Tengoklah hasil kerjanya nanti.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

18 Mac 2014

Masih ada di sini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Syukur Alhamdulillah masih berpeluang membebel di blog picisan ini.  Walaupun tidak seberapa tetapi cukup untuk memberi semangat dan ruang bagi menambah bilangan karya di alam maya.

Corak hiasan

Beberapa hari yang berlalu tanpa sebarang entri di blog ini sungguh memberi kesan...

Sebenarnya YB (yangbaik) atau aye (saya) masih lagi keliru untuk membahasakan diri sendiri dalam ruang blog ini.  Nak bahasakan aku... macam kasar sangat, nak bahasakan saya... macam budak sekolah pulak... nak bahasakan akak... hmmm tak sesuai kot... nak bahasakan makcik... rasanya belum sampai lagi ke tahap itu.  Walau apapun setelah diamat-amati mengikut keselesaan sendiri, bahasa yang paling sesuai adalah aye... iaitu gantinama atau panggilan bagi diri sendiri seperti aku, saya, gua dan yang seangkatan dengannya.

Hari Sabtu dan Ahad lepas aye mengikut Kursus Sulaman Riben di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah.  Memang menarik.  Kerja-kerja menyulam bukanlah sesuatu yang baru buat aye tetapi sulaman riben memang baru kerana sebelum ini tidak pernah mendapat latihan secara formal dan intensif seperti kursus ini.

Selain dari itu, Sabtu lepas juga bermulanya musim hujan.  Petangnya hujan lebat dan seperti biasalah tanpa mengikut arah angin... kebocoran berlaku sana sini dalam rumah dan juga di ruang lepak-lepak (porch).  Bocornya tak banyak tetapi cukup memberikan kekalutan kerana sudah lama hujan tidak mencurah ke bumi.  Sempat juga menadah air hujan melalui cucur atap di luar rumah, menggunakan tong hitam yang asalnya dibelikan untuk buang sampah.  Tong hitam itu disimpan dan hanyalah sebagai tong tambahan sekiranya tong sedia ada telah penuh. Memang perlu guna tong tambahan... jika tidak akan menyusahkan jiran tetangga... okey!!  Tambahan... bocor dalam rumah tak banyak mana pun sikit saja.

Apa lagi... Ahad lepas, julung kalinya ke TESCO di saat akhir membeli keperluan rumahtangga.  Masuk saja dalam TESCO... ting tong... "pengumuman kaunter akan ditutup 10 minit lagi".   Apa lagi berkejaran mendapatkan keperluan yang telah disenaraikan.  Tidak pernah jadi dalam sejarah... membeli belah dalam masa 10 minit dan paling bagusnya jumlah harga mencecah sehingga RM100.00 lebih.  Memang betul-betul terasa sekarang ni. RM100.00 belum penuh troli baru dalam dakapan (troli bawa ke lain) dan suku troli.

Dan... sekarang masih lagi menunggu perkembangan positif mengenai kesudahan MH370.  Semakin lama menunggu semakin banyak pula cerita-cerita sensasi...apa-apa pun semoga yang terbaik buat warga #mh370.

#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$

03 Mac 2014

Catatan Lewat Malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Corak hiasan

Seperti biasa sudah lewat sebegini baru berkesempatan menulis panjang lebar di skrin laptop ini.  Entah apa yang hendak ditaip tidak tahu... mungkin juga cerita siang tadi atau cerita semalam yang tertinggal.  

26 Februari 2014

Semalam di Hotel UiTM Shah Alam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Gambar ini tidak diambil di Hotel UiTM tetapi di Dewan Seri Iskandar pagi tadi.

Agak lama juga tidak bersiaran melalui bloggeroid. Hari ini setelah berjauhan dari 'pc' dan ada pula masa maka bertemankan notesmart... sempat ambil masa untuk terus menulis ringkasan sejarah peribadi.

Jam sudahpun menunjukkan angka 12:40 am, maka tarikh pula dengan sendirinya bertukar ke 26/02/2014, Rabu. Masa untuk tidur tinggal lebih kurang 6 jam saja. Kerana jam 8:30 pagi nanti perlu hadir ke Bengkel Ekspo Selangkah.

Pada 25/02/2014, Selasa telah diadakan Majlis Kemuncak Bulan Inovasi 2013. Banyak kejutan dan memberi banyak makna sebenarnya dalam melebarkan layar khidmat dan ikrar diri.

Semoga yang terbaik buat semua. Terima kasih tidak terhingga di atas penghargaan dan perhatian.



Suka duka pentas dunia.

posted from Bloggeroid

21 Februari 2014

Jumaat yang cemerlang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Jumaat yang cemerlang.  
Alhamdulillah, hari ini pagi tadi telah selamat berlangsungnya majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan menulis puisi sempena bulan inovasi 2013.

09 Februari 2014

Beg sandang untuk 3 orang penting

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Beg sandang untuk 3 orang penting

3 beg buat insan tersayang.
Dari kiri beg mengaji untuk Irdina, beg mengaji untuk Alif dan beg kerja untuk encik suami.
Semoga menepati citarasa mereka. Sayang semua!!!

Beg sandang untuk 3 orang penting yang istimewa.  Bukan biasa sebenarnya bagi YB untuk menyiapkan 3 unit beg dalam masa 2 hari.  Sememangnya memang tidak pernah dibuat.  Tetapi pada hujung minggu kali ini YB berjaya menyiapkan 3 beg untuk keperluan 3 insan tersayang.  Bukan 3 orang saja yang disayang dalam keluarga ini tetapi ramai lagi tetapi untuk kali ini baru berjaya menyiapkan 3 beg ini untuk kegunaan mereka bertiga.

26 Januari 2014

Malu bertanya sesat jalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sekarang walaupun bukan musim cuti sekolah sesekali ada juga jemputan majlis perkahwinan.  Musim perkahwinan tidak terhap kepada cuti sekolah sahaja.  Walaupun secara lazimnya pada musim cuti sekolah saban hari ada saja majlis perkahwinan.


gambas hiasan


21 Januari 2014

Bekerjasama antara ahli keluarga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bekerjasama bukan penderaan tetapi satu proses belajar bertanggungjawab. Kerana melalui amalan ini kita akan dapat memahami betapa kesusahan dan keperitan yang dialami oleh orang lain.  Betul tak?

Nak bagi contoh kerjasama yang lain aye tak pandai.  Tetapi berkongsi semangat kerjasama yang ada pada anak-anak aye sendiri.  Contohnya pada hujung minggu yang lepas.  Bukan atas ajakan atau arahan tetapi sekadar pemakluman sahaja.  Berebut mereka bertiga menolong ayahnya mencuci kereta.  Kereta kecil saja.