Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Ust Pahrol Mohamad Juoi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ust Pahrol Mohamad Juoi. Papar semua catatan

03 September 2016

Makna Kemerdekaan Sebenar

Makna Kemerdekaan Sebenar



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Makna kemerdekaan sebenar untuk kita selami dan hayati.  

Makna Kemerdekaan Sebenar
Makna Kemerdekaan Sebenar


Kemerdekaan sebenar ialah bebasnya hati daripada penjajahan hawa nafsu dan syaitan yang memperalatkan dunia agar manusia tidak menjadi hamba Allah dan khalifah yang menegakkan hukum Allah dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara!

Penjajah sudah lama meninggalkan kita, tetapi kerana hati dan fikiran masih terjajah oleh hawa nafsu dan syaitan, maka cara hidup penjajah terus berakar umbi dalam sistem hidup kita.

(Al-Fadhil Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)


Terima kasih baca entri ini, Makna Kemerdekaan sebenar.

01 September 2016

Biarlah Iman Berbicara

Biarlah Iman Berbicara



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Biarlah Iman Berbicara adalah ringkasan daripada tajuk penulisan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi, Biarlah Iman Yang Terus Berbicara. Petikan entri berkenaan disalin semula oleh YB, mudah-mudahan mendapat tempat di hari kita dan dapat dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian.  Wallahu a'lam.


Biarlah Iman Berbicara
Biarlah Iman Berbicara

🌹Adakalanya apabila kesedihan memuncak, kita jadi buntu. Jalan ketenangan yang dicari semakin kabur. Di mana dan ke mana hendak dibawa hati? Pada siapa hendak diadukan segala yang menanah di dada. Semua kesayangan dan kepercayaan tidak dapat menolong lagi.

🌹Hanya kita.. hanya kita yang tinggal keseorangan, terkontang-kanting untuk merawat luka sendiri. Hati bertanya, mengapa sekuat ini Allah menduga ku? Mengapa seganas ini ombak yang diutus untuk menghempas pantai jiwa ku?

🌹Ingatlah, walau sekuat manapun ujian yang melanda, jangan sampai kehilangan pedoman. Kita ini hamba Allah. Dan ujian itu sesungguh ‘utusan’Nya. Ia adalah satu panggilan yang membisik ke dalam hati untuk kita kembali kepadaNya.

❤️Ust Pahrol Mohamad Juoi - BIARLAH IMAN YANG TERUS BERBICARA❤️


Terima kasih baca entri ini, Biarlah Iman Berbicara