Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Surah Al-Kahfi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Surah Al-Kahfi. Papar semua catatan

10 September 2021

Kenapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kenapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat

 
Setiap kali tibanya hari Jumaat kita akan sentiasa diingatkan untuk melakukan beberapa perkara Sunat terutama membaca surah al-Kahfi.  Rupanya ada banyak sebab dan manfaatnya kepada kita.  Jadi tidak salah untuk kita jadikan amalan.  Semoga mendapat pahala dan keberkatan di dunia dan di akhirat.

Berikut adalah antara sebab kenapa kita sentiasa diingatkan untuk membaca surah al-Kahfi.




Berikut adalah antara petikan dan perkongsian dari Telegram Nasihat Kehidupan.

  1. Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa :  Nabi ﷺ bersabda:  “Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal” (HR. Muslim no. 809).
  2. Dari An Nawas bin Sam’an, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Barangsiapa di antara kalian mendapati zamannya Dajjal, bacalah awal-awal surah Al Kahfi” (HR. Muslim no. 2937)
  3. Dari Abu Darda’, dia berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal.” (HR. Ahmad 6: 446).

Dan di antara waktu yang baik untuk membaca surah Al Kahfi adalah pada hari Jumaat. 
 
  1. Dalam hadis dari Abu Sa’id Al Khudri disebutkan Rasulullah ﷺ bersabda:  “Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah” (HR. Ad Darimi 2: 546).
  2. Juga dari Abu Sa’id Al Khudri, Nabi ﷺ  bersabda: “Barangsiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat” (HR. Al Baihaqi)

Sekian adanya.  Semoga bermanfaat.  Terima kasih.

21 Januari 2021

KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat sangat digalakkan ke atas setiap Muslim tidak kira 10 ayat terawal mahupun 10 ayat terakhir atau sebahagiannya dan lebih baik membaca satu surah lengkap.

Ini kerana surah al-Kahfi dapat menjadi benteng keimanan yang kukuh daripada fitnah dajjal bagi sesiapa yang mengamalkannya.

Maka surah itu memberi harapan baru bagi mereka yang tidak mempunyai harta yang banyak.

Tambahan pula pada akhir zaman ini tentangan terhadap Islam semakin kuat sehingga Rasulullah SAW bersabda:

“Akan sampai satu masa manusia yang mempunyai kesabaran pada agamanya akan menjadi seperti orang yang menggenggam bara api.” (Hadith Riwayat al-Tirmizi)

Sejajar dengan keadaan itu, Allah SWT menurunkan surah al-Kahfi supaya ia dapat menjadi benteng keimanan buat seorang Muslim menerusi model utamanya sendiri iaitu segolongan pemuda yang teguh keimanannya.

Mereka meninggalkan segala harta dunia demi keimanan mereka terhadap Allah SWT dan hari akhirat sehingga ganjaran yang mereka terima berlipat kali ganda.


KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI


1. Terhindar dari fitnah Dajjal


Manusia yang membaca Al-Kahfi pada Hari Jumat akan terhindar dari fitnah Dajjal.

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa dengan rajin membaca surat ini pada hari jumaat maka akan terhindar dari fitnah tersebut.

Dari Ibnu Umar radhiyallahu 'anhuma, berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumat.” (Hadith Riwayat Abu Bakr bin Mardawaih)


2. Mendapat Cahaya dan Petunjuk dari Allah


Dalam satu hadith dmenyatakan perkara tersebut,

“Siapa yang membaca surat Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan siapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Bahawa surah Al-Kahfi mempunyai keutamaan dan manfaat yang salah satunya adalah mendapatkan cahaya dan petunjuk dari Allah SWT.

Sehingga hidupnya terasa mudah, ringan, dan tidak merasa kebimbangan sedikitpun walau ujian yang datang menghampiri.


3. Mendapat Keampunan Dari Allah SWT


Dalam satu riwayat dari Abu Sa'id al-Khudri RA, Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda :

“Siapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat maka akan terpancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampunkan dosanya antara dua jumaat.”


4. Bebas Dari Gangguan Syaitan


Pada malam dan hari Jumaat, kita digalakkan membaca surah Al Kahfi kerana salah satu keutamaannya adalah mengelakkan diri kita dari syaitan.

Dalam beberapa riwayat hadith dinyatakan bahawa dengan membaca surah Al Kahfi, maka dengan itu boleh membuatkan syaitan tidak mampu masuk dan menghampiri untuk menggoda kita.

Kita juga boleh terhindar dari segala kesusahan, sihir, segala bentuk keburukan, alam ghaib dan mahupun sesama manusia.

Diriwayatkan dari Ibnu Mardawaih dari Abdullah bin Mughaffal bahawa satu rumah yang dibacakan surat Al Kahfi dan surat Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan sepanjang malam itu.


5. Dipancarkan Cahaya Sejauh Dirinya dan Kaabah


Diriwayatkan dari Sahabat Abu Sa'id al-Khudri bahawa Nabi saw bersabda,

“Barangsiapa membaca yang surat Al Kahfi pada malam jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'Atiq (Kaabah).”


6. Dipancarkan Cahaya Di antara Dua Jumaat


Sesiapa yan membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua jumaat.

Dalam riwayat lain dari Abu Sa'id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda :

“Barangsiapa membaca surah Al Kahfi pada hari jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua jumaat.” (Hadith Riwayat Al-Hakim : 2 dan Al-Baihaqi : 3)


7. Menerangi di Hari Kiamat


Bahawa ganjaran yang disediakan bagi orang yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya akan diberikan cahaya (disinari).

Dan cahaya ini diberikan pada hari kiamat, yang memanjang dari bawah kedua telapak kakinya hingga ke langit.

Dan hal ini menunjukkan panjangnya jarak cahaya yang diberikan kepadanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.” (Surah Al-Hadid : 12)

Dari Abu Sa’id al-Khudri RA, dari Nabi Muhammad SAW bersabda :

“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273 Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)

Wallahu'alam


SEMOGA BERMANFAAT.

25 Ogos 2017

Kelebihan baca surah Al-Kahfi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kelebihan baca surah Al-Kahfi


Surah Al-Kahfi bukan sahaja dibaca pada hari Jumaat tetapi pada setiap hari.  Mukjizatnya banyak dan tidak terhuraikan.  Hanya yang ahli sahaja berhak berhujah mengenai mukjizat surah ini.



"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat".  (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)



szi 😊