Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Sabtu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sabtu. Papar semua catatan

06 Jun 2020

Zikir Hari Sabtu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Zikir hari Sabtu

Agak lewat post hari ini walaupun hari Cuti Umum.  Disebabkan hari ini walaupun cuti ada juga urusan kerja yang perlu diselesaikan segera.  Disebab di BDR (bekerja dari rumah), makanya agak lambat sikit nak selesaikan kerja.

Apa pun yang terjadi hidup mesti diteruskan dengan baik dan lebih cemerlang.


Zikir Sabtu
Zikir Hari Sabtu

Jom kita sama-sama perbanyakkan berzikir dan banyakkan memberi manfaat pada orang ramai.

Selamat berzikir dan terima kasih atas perhatian yang diberikan.


06 September 2014

Selamat pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat pagi.
Semoga perancangan hari ini adalah yang baik-baik dan mendapat keberkatan.

Selamat berhujung minggu.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

19 April 2014

Lirik Lagu Arjuna Beta – Fynn Jamal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari Sabtu yang sunyi sepi ni buat entri pun malas.  Ada kenduri di kawasan perumahan ni tak pula dijemput.  Terlupa kot.  Ye lah mana akak tu nak jumpa kalau datang rumah asyik tak ade jer.  Lagipun aye kan kerja selalu balik lewat petang.  Hujung minggu pula selalunya tak lekat di rumah asyik berpeleseran entah mana-mana jer ikut tayar kereta bergerak... Macam tak campur masyarakat pulak kan... huhuhu



Oleh kerana tiada jemputan, kepingin makan gulai kenduri maka encik suami masakkan sesuatu yang seangkatan dengan lauk kenduri... apa itu... nantikan kemunculannya.

Sekarang ni nak bercerita sikit mengenai lagu Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal.  Sumpah aye tak kenal siapa Fynn Jamal cuma baru saja ikut instagram dia dan blog dia baru tahu siapa dia tetapi masih belum kenal juga.  Kan





Lagu Arjuna Beta ni aye dengar ketika di ofis melalui siaran radio UFM, radio rasmi UiTM yang boleh dimuatturun di desktop komputer. Maka setiap hari bila on komputer harus juga on radio UFM.  Pertama kali dengar macam pelik sebab macam orang berbisik pun adoo... lama-lama suka pula.  Setiap hari lagu Arjuna Beta pasti akan disiarkan di radio UFM dan ketika itu aye akan cuba hayati bait-bait nyanyiannya.  Tak puas hati... google perkataan Arjuna sebab tak tahu pun tajuk lagu tu dan tak tahu pun siapa penyanyinya.

Dan... inilah antara hasilnya.  Nak download lagu dah tak boleh. Kena beli la woi...

Hayati senikata ini... amat sesuai untuk ibu-ibu untuk mendodoikan anaknya atau sekadar siulan dan jadikan sebagai lagu tema ketika rindukan anak-anak....


Lirik Lagu Arjuna Beta – Fynn Jamal

Takkanku biarkan walau ribut
Menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

Kan ada satu ketika
Kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda
Tak jelas mata
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhan mu ada
Takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa


Macam mana?
Dah habis baca kan?

Okey... nak tengok masakan encik suami tadi dah siap atau belum.  Nanti aye cerita pulak pasal masakannya yang sungguh istimewa untuk hari ini.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370

GA Nurul Yui Collection (24/4/2014)


$$$$$

28 April 2013

Segmen Sabtu by Emas Putih Part #4

As-Salam


Hari ni nak buat segmen sabtu part #4 
Segmen ini akan berlangsung selama 2 hari bermula
27 April 2013 jam 11.59 PM - 29 April 2013 / 11:59 PM
( 2 hari sahaja )

Syarat :

1. Follow blog  :

2. Like fan page :


 3. Follow G+ kat bawah ni



3. PALING WAJIB copypaste coding entry  yang diberikan dibawah ini dan paste kan ke ruangan html post.   *kalau x faham sila ikut step dibawah*


Dah siap? Tinggalkan entry segmen anda di ruangan komen.

Hadiah : 

Top Referral
Topup RM10

Random
Topup RM5 x 9
Topup RM3 x 1

Selamat menjoinkan diri dalam Segmen Sabtu by Emas Putih Part #4 !!

27 April 2013

Aktiviti Hari Sabtu Terakhir April 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hari Sabtu... seperti biasalah lepak-lepak dengan keluarga di rumah.  Pada hari cuti sebeginilah aktiviti bersama keluarga dapat dilakukan bersama.  


gambar lama dikitar semula.  Tak sempat nak letak initial.

Memasak untuk makan keluarga merupakan aktiviti yang paling disukai.  Masak lauk pauk ringkas jer, anak-anak pun suka makan bertambah padahal umi cuma goreng ayam dengan tepung.  Dah suruh umi kerja dengan KFC... hebat sangatkah masakan umi tu?  Anak-anak memang begitulah, terasa sungguh besar pujian mereka... tulus ikhlas.  Kalau teguran pun ikhlas jugak walaupun terasa geram... kan



Oleh kerana zaman sekarang ni macam-macam kemudahan dan teknologi ada di rumah.  Maka lepas makan tengok tv, sorang lagi dok layan notebook umi... lagi sorang pulak berebut nak tengok vcd boiboiboy.


Pada hari Sabtu jugalah ayah berpeluang melakukan aktviti membasuh kereta atau servis kereta.  Hari Sabtu ni, pada asalnya nak tukar minyak 'gear box' tapi bila pergi bengkel... macam-macam pulak kena tukar, dari 'minyak hitam', minyak brek sampai lah ke ... dah tak ingat apa lagi.  Mujur juga masih awal.


Aktiviti petang tak tahulah ingat nak pi jalan-jalan ke EXPO FRANCHAIS SERI ISKANDAR.  Itupun kalau tak hujan.  Sekarang ni di Seri Iskandar setiap petang lazimnya hujan dan diikuti dengan angin kuat dan kilat.  Mudah-mudahan petang nanti cuaca elok... simpati juga kepada penganjur dan peniaga di tapak ekspo.  

Selamat bercuti dan selamat berhujung minggu.

26 Januari 2013

Hari Sabtu dan kisah sebaliknya

As salam,



bunga misteri

Hari ini Sabtu, 26 Januari 2012.  Dah tengahari baru nak mula menulis.  Sepatutnya hari ini sekeluarga lepak-lepak kat rumah buat aktiviti gotong royong perdana 5S.  Maklumlah rumah pun dah tak berapa nak kemas... sibuk memanjang. 

Paling tidak pun berkebun.  Dah lama sangat tak buat aktiviti tu.  Sekadar tengok saja pokok di rumah mak cantik-cantik banyak pula tu.  Memang sejuk tangan mak.  Apa saja yang dicucuk semuanya tumbuh subur menghijau termasuk juga yang menumpang teduh.  Apa lagi rumput lah.  Tetapi sekarang mak sudah tidak berapa sihat.  Pokok-pokok yang ditanam oleh mak dulu semakin layu dan kekuningan persis merindukan belaian sejuk tangan mak.

Tangan aye tak berapa nak sejuk.  Tanam pokok bunga tak berapa hari, tak sempat sampai sebulan dah mati.  Tak terjaga.  Bukan malas tapi tak sempat.  Termasuk pokok bunga misteri seperti di dalam gambar di atas.  Cerita mengenai dah tersiar tak lama dulu.

Tanaman kucai pemberian mak dalam pasu dulu pun dah mati.  Ada yang kena cabut dek anak-anak, tangan yang montel... geramnya.  Sekarang cuba tanak pokok cili pula.  Mudah-mudahan menjadi.


rindukan saat ini
Hari Sabtu juga biasanya tetapi tidaklah selalu, makan roti canai atau tosei di kedai mamak.  Tetapi hari Sabtu ni aye bekerja, encik suami juga bekerja.

Tengoklah perancangan petang nanti menjadi atau tidak.  Kasihan kepada anak-anak terpaksa memerap di rumah lagi.  Tetapi mereka dah biasa sebenarnya... perlu dibiasakan? 

bubur biji nangka
Jika ada kelapangan petang Sabtu ni buat bubur biji nangka.  Kalau menjadi lah, kalau tak jadi buat jer buah melaka atau onde-onde tak pun lepat tikam.  Hmmm... ketayap pun boleh juga.

Sementara itu di ofis ini pada hari Sabtu ini buat kerja dengan sebaik-baiknya.  Walaupun masih dalam mood terkejut tetapi pekerjaan mesti diteruskan.

Semoga yang terbaik untuk anak bangsa ku.

'suka duka pentas dunia'


01 Disember 2012

Aduhai Sabtu yang bersepah

As salam,


Alahai! kertas kerja siapakah ini yang berserakan atas lantai... kenapa tak kemas lagi?

Tiba-tiba saja bila rumah bersepah macam ni... tak tau lah nak tulis apa kalau ikutkan nak buat 'wordless' saja, tetapi mana ada istilah 'wordless' untuk hari Sabtu.  Itu baru sepah kat tengah rumah belum tengok lagi kat bilik tengah.. yang penuh dengan mainan... entah apa la pulak cerita ...

Biasanya hari Sabtu kan hari yang gembira ... bagi sesetengah orang lah kan.  Mana tidaknya si ayah dan Dina Huda dah keluar berjimba... pelik lah amatnya kerana pada kebiasaannya Alif memang pantang nampak ayah bersiap dia dulu akan mengekor.  Memang misteri!



Inilah rupa otai yang punya angkara... habis berserakan ... mana-mana pun dia punya kerja, kemas di sini selerakkan di sana... lepas kena marah pura-pura nak tidur, minta susu , cari ayah ler... cari kakak ler... ada jer alasan... cubit kang!

Omaknya dah pusing kepala, mana tidaknya si Abid pula dah pandai nak minta di angkat di riba... huhuhu.  Mana satu nak buat ni... nak kemas rumah, nak makan, nak buat susu untuk tiga orang pulak tu... dan... nak update blog juga... wei..

Sabar lah... juga

14 Julai 2012

Sarapan Ringkas

As salam

gambar hiasan

Pagi Sabtu ini Umi dan Ayah kena kerja.  So buat sarapan ringkas jer untuk anak-anak. 
Gambar sarapan dah capture tapi tak sempat nak upload letak gambar ambil dari internet ajer lah yer.

30 Jun 2012

Pagi Sabtu Terakhir di Bulan Jun

As salam,


gambar lama ... sekadar hiasan


Satu pagi yang indah dan damai, selesai menguruskan rumahtangga terlintas di hati hendak bersarapan di luar.  Maka bersiaplah seluruh ahli keluarga untuk keluar dengan segala jenis macam persiapan seperti botol susu, air masak, sapu tangan termasuk beg ben-10 diisi dengan kertas dan warna pensil 24 batang (macam nak jalan jauh jer) dan tidak lupa juga 'Big Green Bag', hari ini hari Sabtu.

Hasrat hati nak bersarapan di Warung Lesung Batu, disitu terdapat menu yang menarik kesukaan kami sekeluarga antaranya lontong, soto, nasi dagang sesekali ada nasi kerabu dan banyak lagi.  Sayangnya hari ini warung itu 'tertutup' pula.  Memang dah agak kerana kebiasaannya hari Sabtu warung itu ditutup tetapi pernah juga terjumpa warung itu dibuka.  Tak mengapa masih banyak tempat makan di Seri Iskandar.

Lalu bergerak pula kami ke Cafe Jhintan Manis.  Pernah singgah di situ sekali pada waktu petang.  Menunya menarik ada campuran barat dan tempatan dan yang paling menarik ada menu ubi kayu rebus... sukanya.  Namun agak mengecewakan kerana cafe itu juga ditutup.  Kenapa yer?

Agaknya pagi tadi masa keluar rumah semua orang mula dengan langkah kiri.  Huhuhu... bukan salah mereka ....banyak lagi tempat makan.

Seperti biasanya destinasi terakhir adalah Restoren D'mawi.  Menu biasa-biasa lontong, nasi impit, kuew teow goreng dan nasi lemak.  Boleh lah...

Selesai menjamu selera.... ayuh kita shopping!!!!!
Barang dapur jer.... itupun dah mencecah seratus lebih... belum penuh troli lagi, kalau penuh... mahu tiga ratus kot...

habis shopping.... balik lerrrr.

11 Februari 2012

Sarapan pagi di hari Sabtu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Cucur Kucai Secukup Rasa Kuning Berseri

Pagi Sabtu yang damai, pagi-pagi lagi anak2 dah bangun lepaskan mereka menonton TV9, tanyalah Ustaz sambil menghirup susu di botol... Eh... lari pulak cerita tak sama dengan gambar kat atas tajuk pun lari.

Sebenarnya nak bercerita mengenai menu pagi Sabtu, Cucur Kucai jer. Nak resepi?... Segan pula nak tulis sebabnya semua orang dah tahu nak buat cucur... sekadar potong kucai, bawang dan campak jer dalam mangkuk besar masukkan pula tepung gandum, telur sebiji dan secubit secukup rasa.  Kalau nak sedap lagi tambahkan sedikit marjerin dan gaulkan dengan ais, goreng hingga masak, agak2lah kalau dah biasa masuk dapur tak susah, cuma masa dan kerajinan saja yang menguatkan semangat.

Makan bersama sos cili dan masukkan sesudu gula... sedap... cubalah... jemput makan...

.