Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Remaja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Remaja. Papar semua catatan

17 Oktober 2017

DBP ANJUR SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



DBP ANJUR SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017


Dewan Bahasa dan Pustaka mengumumkan Sayembara Mencipta Lagu Puisi Remaja 2017  kini dibuka untuk penyertaan.  Antara matlamat sayembara ini adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada remaja /  karyawan muda untuk mengetengahkan bakat dan hasil karya mereka dalam bidang penciptaan puisi dan lagu puisi yang tinggi nilai sasteranya.

SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017

SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017


Sayembara ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 – 24 tahun.  Lagu yang dipertandingkan hendaklah disampaikan secara berkumpulan dengan bilangan ahli tidak kurang daripada dua (2) orang dan tidak lebih daripada lima (5) orang.  Puisi atau Sajak hendaklah bertemakan kasih sayang, ketuhanan serta kemanusiaan dan sesuai untuk  dihayati oleh golongan remaja.  Sajak yang hendak dilagukan dan dipertanding-kan hendaklah karya baru ciptaan sendiri/ ahli kumpulan atau ciptaan orang lain (bukan ahli kumpulan) yang belum pernah tersiar atau diterbitkan. 

JADUAL PERTANDINGAN

Latihan Teknikal / Raptai Penuh
Tarikh
:
14  November 2017 (Rabu)
Masa
:
2.30 petang – 10.30 malam
Tempat
:
Auditorium DBP,  K.Lumpur.
                    Peringkat Separuh Akhir
Tarikh
:
15  November 2017 (Khamis)
Masa
:
8.30 – 10.30 malam
Tempat
:
Auditorium DBP,  K.Lumpur.
                    Peringkat Akhir
Tarikh
:
16  November 2017 (Jumaat)
Masa
:
8.30 – 10.30 malam
Tempat
:
Auditorium DBP,  K.Lumpur.

Peluang keemasan kepada para remaja yang berminat dalam bidang penulisn puisi.  Mana-mana remaja yang ada bakat terpendam inilah masa yang sesuai untuk mencuba dan menampilkan bakat. Belakang parang diasah lagikan tajam inikan pula bakat menulis.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Puan Zaiton Hussin, 03-21479205
atau   Encik Muhamad Rafiq Abdul Rahman, 03-21479207

atau boleh saja layari laman sesawang DBP untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Selamat berpuisi!  

Terima kasih atas keperihatinan DBP ANJUR SAYEMBARA MENCIPTA LAGU PUISI REMAJA 2017


21 Mac 2012

Remaja Lari Ikut Hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Entah di mana hendak dimulakan cerita
Mengapa remaja lari ikut kekasih
adakah kerana kehendak hati tidak dipenuhi
Lari dari rumah bukanlah jalan penyelesaian terbaik

Mengapa cetek sangat pemikiran
Ikutkan kata hati yang tiada pedoman
Sesal dahulu pendapatan
sesal kemudian tiada gunanya


Putus kah sudah semua ikatan
hingga akal jadi mati
hati jadi tuli
basi

Lari dari rumah
ke mana tujuan
hilangkah keselamatan di rumah sendiri
hingga terpesona dunia luar
tiada belas ihsan
jua simpati
kepada ibu
kepada ayah
kepada keluarga
... Penting sangatkah kekasih tuli....
ikut saja membuta tuli???

Salahkah ibu beri teguran
salahkah ayah beri amaran
atau lebih sayangkan kekasih yang tiada pegangan
hingga lari jadi pilihan

Cukuplah sudah apa terjadi
gayat sungguh dengar berita
bimbang suatu hari kelak
berita kehilangan tidak dipeduli
kerana sudah menjadi jelak
akhirnya kecewa ibu dan bapa
anak sendiri bawa sembilu

Wahai remaja...
remajamu hanya sekali
biar sekali itu memberi erti
penuh makna penuh berkat
buat bekal ke akhir hayat

Harimau mati meninggalkan belang
Gajah mati meninggalkan gading
Manusia mati biarlah meninggalkan nama
baik dikenang ke anak cucu

...

04 Februari 2012

Dapatan hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


(gambar hiasan:  waktu malam pertama tahun 2012)

Sehari lagi menjelang Maulidur Rasul 1433 Hijrah.  Hari ini hari Sabtu bawa anak-anak bersiar-siar di sekitar Seri Iskandar, tidak jauh cuma dari Taman Teknologi ke Taman Universiti sahaja.  Namun dalam kedekatan itu belum pun sampai ke Ipoh atau Kuala Lumpur berbagai gelagat dapat dilihat.  Yang banyaknya tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia (terutamanya Melayu). 


Sungguh gayat rasa di hati.  Banyak sungguh ujian yang bakal dihadapi oleh anak-anak menjelang kedewasaan mereka.  Ketika kecil ini sungguh besar juga tanggungjawab ummi dan ayah untuk memberi didikan dan pengetahuan kepada mereka.  Semoga kedewasaan mereka terselamat dari segala ujian dan cubaan dunia yang melalaikan.

Apabila nak bercerita mengenai gelagat orang lain, teringat pula mereka ada ibu bapa dan sudah tentu ibu bapa mereka juga mahukan anak-anak mereka menjadi manusia yang terbaik dan berbudi luhur serta teguh peribadi.  Namun di mana salah mereka sehingga mereka jadi begitu.  Bukan salah ibu mengandung. 


Setiap dari kita dikurniakan akal yang digunakan untuk berfikir mana baik dan buruk dan bukan bertunjang kepada kehendak hati nurani yang terpesong.  Ujian ini memang kuat untuk mereka dan juga ibu bapa mereka.  Sungguh simpati dan semoga mereka yang telah terpesong dikurniakan keimanan yang tidak berbelah bagi lalu kembali taat kepada yang Satu.

Berbalik kepada gelagat hari ini, antara dapatan utama adalah berkaitan cara berpakaian. 

Bagaimana remaja sekarang dibesarkan dengan cara berpakaian yang agak pelik, antaranya berbaju sendat lengan pendek, seluar ketat tetapi bertudung.  Tolonglah beri makna yang betul kepada pemakaian tudung.  Sungguh murni memakai tudung kerana menutup rambut dan sebahagian daripada aurat wanita, tetapi mengapa dicemari dengan pemakaian baju dan celana yang tidak sesuai langsung.  Ikutlah tatacara berpakaian muslimah yang sebenar dan sejati.  Tanggungjawab pereka fesyen juga ada, apa juga fesyen yang disalahgunakan hasil daripada ciptaan mereka pasti membawa saham ke alam barzakh.  Na'uzubillah!

Dapat kedua; berpacaran.

Bagaimana nak dimulakan lagi, kerana semua sudah sedia maklum mengenai perkara ini. 

Sungguh menakutkan bagaimana nak diperkatakan apa-apa pun semoga mereka semua dikurniakan hidayah Allah dan kembali ke jalan yang benar.

Sekian, semoga mendapat manfaat untuk kebaikan bersama.

*.*

.

13 Julai 2010

Siapa suka lari?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ada apa dengan lari?

Lari puyuh jalan kontang,
Tetak dengan batang kemudi;
Darilah jauh abang pun datang,
Meraikan tuan yang baik budi.

Dari mana mula dikejar,
Rusa lari tepi perigi;
Guru mana tuan belajar,
Cuba hadap sekali lagi.

Ayam ditambat juragan Mamat,
Terbang lari waktu fajar;
Biarlah lambat asal selamat,
Tidak lari gunung dikejar

(sumber)

cukuplah dulu 3 kerat pantun di atas untuk memberi gambaran mengenai lari.

Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar cerita dan berita tentang orang lari dari rumah, terutamanya remaja.  Mengapa lari? Takutkan apa? apa yang dikejar?
Entah apa yang dikejar, entah apa yang ditakutkan. 
Bukankan di rumah lebih selamat, kalau tak selamat larilah ke Balai Polis berhampiran?
tak perlu lari dengan orang yang belum tentu boleh menyelamatkan kita... macam penceramah la plak

Mengapa Remaja Yang Suka Lari Dari Rumah?
Remaja? 
mengapa remaja yang digembar-gemburkan?
siapa saja suka lari kan?
macam gambar kat bawah nih...macam pakcik sorang tu... suka gak lari
Sebagai orang yang pernah remaja,
boleh lah nak kata faham dengan perasaan dan gejolak jiwa remaja
tapi yang tak paham kenapa mesti lari.

sebab suasana rumah tak selesa?
nak selesa macam mana?
kalau tak selesa... cuba cari jalan selesakan ikut selera kita...
tapi ingatlah batasan agama, adat dan resam hidup...

sekian...