Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Rabiul Awal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rabiul Awal. Papar semua catatan

15 Disember 2017

Jumaat Terakhir di Bulan Rabiul Awal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat Terakhir di Bulan Rabiul Awal


Selamat Pagi dan Salam Jumaat Penghulu segala hari.  Semoga Jumaat hari ini terus membawa keberkatan dan rahmat dalam hidup kita.  Semoga kita dikurniakan kesejahteraan dan kebahagian hidup disamping tugas harian dan terus berbuat baik kepada sekalian makhluk di muka bumi ini. Semoga setiap pekerjaan kita mendapat pahala dan kebaikan kepada semua orang.  In shaa Allah dengan niat yang baik akan hadir bersama keberkatan.  Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.  Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayahNya







🌹 Mulakan hari dan perjalanan hidup kita dengan selawat. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

🌹 Orang yang paling bahagia itu. Bukan sebab punya segalanya yang dicinta. Bukan sebab semata punya orang yang setia mencinta.

🌹 Bukan sebab semata punya ramai orang yang memuji dan mendekatinya.

🌹 Tapi orang yang paling bahagia itu. Bila dia selalu genggam erat dan sedari, ada ALLAH yang selalu sudi mencintainya.

🌹 Walau dia tidak punya apa-apa. Sedikit yang ada disyukuri, apa yang tiada, disabari.

🌹 Kerana dia tahu, Tuhannya jauh lebih hebat menyayangi. Berdasarkan iman dan takwa yang bersemi di hati.


Terima kasih kerana membaca entri Jumaat terakhir di bulan Rabiul Awal.

20 November 2017

Marhaban Ya Marhaban Rabiul Awal

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Marhaban Ya Marhaban Rabiul Awal


Hari ini Isnin 20 November 2017, bersamaan 1 Rabiul Awal 1439. 11 hari lagi kita akan menyambut Hari Keputeraan Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w.

Sementara itu kita selusuri ada apa disebalik bulan Islam yang mulia ini.



💕 RABIUL AWAL


Bulan Rabiul Awal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tumbuh-tumbuhan.

Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiul Awal, pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.

Selepas kedatangan Islam, Rasulullah ﷺ telah mengekalkan nama Rabiul Awal ini dan berterusan penggunaannya sehinggalah kini.

@quotephotovideo 😍😍😍

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Marhaban Ya Marhaban Rabiul Awal.


posted from Bloggeroid