Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Perkongsian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkongsian. Papar semua catatan

16 Julai 2020

10 Jenis- jenis Rezeki Daripada Allah SWT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




10 Jenis- jenis Rezeki Daripada Allah SWT


Dipanjangkan semula jenis-jenis rezeki untuk kita fahami.  Selalu orang kata "rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari".  Inilah dianya antara rezeki-rezeki yang kita tidak harus menolaknya.  Namun harus kita ingat sesuatu itu rezeki atau musuh tidak datang dengan sendiri jika kita tidak mencarinya.  Apa-apapun jom kita hayati apa itu 10 rezeki yang telah dijamin oleh Allah untuk kita.




1.Rezeki Yang Telah Dijamin.

Firman Allah SWT maksudnya, "Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud (11) ayat 6)


2. Rezeki Kerana Usaha.

Firman Allah SWT maksudnya, "Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya" (Surah an- Najm (53) ayat 39)


3. Rezeki Kerana Bersyukur.

Firman Allah SWT yang bermaksud:  "Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu" (Surah Ibrahim (14) ayat 7)


4. Rezeki Yang Tak Disangka-Sangka.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"
(Surah At Thalaq (65) ayat 2)


5. Rezeki Kerana Istighfar.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta” (Surah al- Jinn (71)  ayat 10-11)


6. Rezeki Kerana Berkahwin.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya.” (Surah an-Nur (24) ayat 32)


7. Rezeki Kerana Anak.

Firman Allah SWT maksudnya, "Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (Surah al-Isra' (17) ayat 31)


8. Rezeki Kerana Sedekah.

Firman Allah SWT maksudnya, "Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak" (Surah Al Baqarah (2) ayat 245)


9. Rezeki Kerana Keberkatan Berpagi-Pagian.

Waktu yang berkah adalah waktu yang penuh kebaikan. Waktu pagi telah dido’akan khusus oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai waktu yang berkah.

Dari sahabat Shokhr Al Ghomidiy, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِى فِى بُكُورِهَا

“Ya Allah, berkahilah umatku di waktu paginya.”


Apabila Nabi shallallahu mengirim pasukan tentera, baginda shallallahu ‘alaihi wa sallam mengirimnya pada pagi hari. Sahabat Shokhr sendiri (yang meriwayatkan hadits ini, pen) adalah seorang ahli perniagaan. Dia biasa membawa barang dagangannya ketika pagi hari. Kerana hal itu dia menjadi kaya dan banyak harta.


Abu Daud mengatakan bahwa dia adalah Shokhr bin Wada’ah.

(HR. Abu Daud no. 2606. Hadits ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shohih wa Dho’if Sunan Abi Daud)


10. Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)."


Kesemua rezeki adalah datangnya daripada Allah SWT, dikurniakan- Nya di jalan yang tiada disangka- sangka kepada hamba- hambaNya yang beriman dan bertakwa.


Carilah rezeki kurniaan Allah dengan berusaha  berdoa dan bertawakal sesungguhnya Dia tidak akan menghampakan permohonan kalian semua.


Terima kasih keran membaca dan memahami 10 Jenis- jenis Rezeki Daripada Allah SWT


.

11 Julai 2020

Melihat yang besar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


MELIHAT YANG BESAR       


Tak ada masalah yang terlalu besar untuk diselesaikan. Yang ada adalah hanya kemahuan yang kecil dan keimanan yang lemah lagi rapuh.





Setiap masalah yang hadir, Allah sudah tentukan kita mampu atasinya. Cuma keyakinan(baca keimanan) kita sahaja menentukan pilihan(decision) nak hadapinya dengan GEMBIRA atau DUKACITA. 
.
Karana sebesar apapun masalah kita tu,
Laa tahzan, innallaha ma 'ana..
Jangan sedih, Allah bersama kita semua.



Sepotong ayat untuk buah fikiran bersama :

"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga." (Surah Al-Israa', Ayat 7)

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Terima kasih kerana Melihat yang besar.

.

05 Julai 2020

5 amalan akhlak untuk kelancaran rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




5 amalan akhlak untuk kelancaran rezeki


Tanpa disedari amalan kita turut mempengaruhi kelancaran rezeki.   Terutamanya berkaitan dengan akhlak kita. Agak sukar untuk kita perhatikan dengan mata kasar kerana amalan yang kita lakukan itu dengan sendiri mempengaruhi rezeki tanpa kita sedar.  Apa yang kita beri itu yang kita dapat. 


5 AMALAN AKHLAK UNTUK KELANCARAN REZEKI
5 AMALAN AKHLAK UNTUK KELANCARAN REZEKI


Berikut adalah perkongsian menarik yang dipetik dari facebook Projek Bahtera.


5 kebiasaan sederhana.Namun jika dilakukan secara konsisten. Ini akan melancarkan rezeki sehari-hari.

1.  Berikanlah makan kepada makhluk Allah. Entah itu manusia atau binatang. Entah banyak atau sedikit.

Seperti jamu makan tengahari selepas solat Jumaat seperti yang dipraktikkan secara rutin LibatSama & LibatRasa dengan Projek Bahtera.

2.  Jika kalian suami, buat isteri tersenyum meski sekali di hari itu. Jika engkau isteri, minta redha suamimu di pagi hari dan sebelum tidur setiap hari secara konsisten.


3.  Ringankan 1 urusan orang lain.  Meski itu hanya sekadar, mengambilkan barang orang lain yang terjatuh.


4.  Solatlah di awal waktu. Dan lengkapi dengan sunat sebelum/sesudahnya.

5.  Jangan bermuka masam tatkala di hadapan orang lain.


Jom kita suburkan harta dengan sedekah. Dengan bersedekah kita tidak akan menjadi miskin malah rezeki akan dilipatgandakan sebanyak 700 kali ganda.

Surah 2 ayat 261, Allah JAMIN ROI (Return Of Investment) atau keuntungan sebanyak 700 kali ganda (70,000%)

Tiada lembaga kewangan di dunia ini yang mampu memberi jaminan keuntungan atau ROI hingga 70,000%, kecuali Lembaga Kewangan Yang Maha Kaya. Ini namanya ILMU PELABURAN LANGIT.

Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Jom belajar lebih mendalam lagi tentang Rahsia Magnet Rezeki dalam kehidupan ke Channel Telegram ini!  https://t.me/RahsiaAmalan100Hari

#shareuntukbaikihati


Terima kasih kerana membaca 5 amalan akhlak untuk kelancaran rezeki.


28 Ogos 2017

Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban


Hari Raya Korban bakal berkunjung lagi.  Ramai orang telah bersedia dengan lembu dan kambing untuk korban.  Sama ada sedang mencari yang paling baik atau sudah mendapatkan baka yang terbaik untuk dikorban.  Korban yang terbaik semoga mendapat berkat dan pahala berpanjangan.  

Dalam masa persediaan kita itu, ingin SZ kongsikan wacana yang dikeluarkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor.  Dikongsikan semula untuk manfaat dan peringatan kita bersama.




عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Dari Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (HR Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:


1.  🐂Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin serta jiran tetangga.

2.  🐂Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah termasuk juga dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja yang dilarang.

3.  🐂Imam an-Nawawi ketika mengulas hadis itu menyatakan dalam Syarah Sahih Muslim: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu juzuk darinya. Ini adalah tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

4.  🐂Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual oleh peserta korban. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)

5.  🐂Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih, pelapah atau petugas. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh berbentuk wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

6.  🐂Saidina Ali menyebut: Maka untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri.

7.  🐂Jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

Peringatan


🔪Justeru itu, diingatkan kepada para petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor dan lain-lain melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.🔪

Oleh itu marilah kita bersikap AMANAH dan RAHMAH sebagai petugas, penyembelih juga pelapah dalam melaksanakan ibadah korban.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
 
28hb Ogos  2017 | 06hb Zulhijjah 1438H | Isnin

Terima kasih kerana membaca entri ini Upah Penyembelih, Pelapah dan Petugas Korban
szi💚

25 September 2016

13 hadiah terbaik

13 hadiah terbaik


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

13 hadiah terbaik, Hadiah tidak harus sesuatu berupa wang atau harta benda. Banyak cara untuk kita menghadiahkan sesuatu kepada orang tersayang.



Daripada senarai berikut, mungkin salah satu darinya kita mampu berikan.

1. Hadiah terbaik untuk seorang sahabat adalah Doa.

2. Hadiah terbaik untuk seorang musuh adalah Pemberian maaf.

3. Hadiah terbaik untuk seorang guru adalah Penghormatan.

4. Hadiah terbaik untuk murid adalah Tauladan.

5. Hadiah terbaik untuk sebuah kehidupan adalah Kasih Sayang.

6. Hadiah terbaik untuk sebuah kematian adalah Al-Fatihah.

7. Hadiah terbaik untuk orangtua adalah Berbakti.

8. Hadiah terbaik untuk isteri adalah Penghargaan.

9. Hadiah terbaik untuk suami adalah Kesetiaan.

10. Hadiah terbaik untuk anak adalah Pendidikan.

11. Hadiah terbaik untuk diri sendiri adalah Kejujuran.

12. Hadiah terbaik untuk orang yang tidak dikenali adalah Senyuman.

13. Hadiah terbaik untuk Rasulullah Saw adalah Sholawat.

Nabi saw bersabda: "Saling memberi hadiahlah, niscaya kalian akan saling mencintai."

🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿🌰🌿

Selalulah bermurah hati untuk menghadiahkan sesuatu kepada manusia di sekeliling kita, karena pemberian anda hari ini adalah ganjaran untuk dunia dan akhirat.

ﻻَ ﻫَﻮْﻝَ ﻭَﻻَ ﻗُﻮَّﺕَ ﺍِﻻَّﺑِﺎﻟﻠّﻪِ

Selamat berehat di hujung minggu bersama keluarga tersayang😊

Sumber : Grup Whatsapp.

Nota YB:
Mungkin tiada sumber hadis yang sahih mengenai 13 perkara di atas, tetapi ianya penuh kebaikan dan rasanya tidaklah salah untuk kita amalkan.

Terima kasih baca entri ini, 13 hadiah terbaik.

posted from Bloggeroid