Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Penipu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penipu. Papar semua catatan

14 Disember 2012

Mudahnya menipu

As salam,


Adakah ini logo baru untuk petrol RON tanpa 95 atau 97?

Ya betul bukan.  Memang bukan dan ia adalah gambar lukisan Muhammad Alif mengenai minyak RON dan lukisan ini dah lam tersimpan dalam laptop Toshiba SatelliteL200 kemudiaanya dipindahkan ke thumbdrive.      Akhirnya dimuat turun ke blog ummi untuk tajuk ini Mudahnya Menipu.  Tetapi sebenarnya gambar ini tiada kaitan langsung dengan jalan cerita ini.

Memang mudah nak menipu dan jangan pula asyik menjadi Tipah yang mudah sangat ditipu.


Ini gambar bagi cerita ini.  Klik pada gambar untuk lebih jelas apa yang tertera dan bacalah untuk pedoman dan panduan atau biarkan saja.

Memang mudah untuk menipu.  Aye memang tak pandai dalam membuat penilaian mengenai spam atau seangkatan dengannya.  Tetapi sedikit sebanyak kita tahu kebolehan kita dan keupayaan kita.  Bila dah dipuji melangit takkan cepat sangat melatah kot... oh! tidak... bukan begitu caranya.  Komen di atas aye belum padam tetapi masukkan ke dalam kotak SPAM.  Apa itu?  Kira macam tong sampah ler..

Jika benarpun dia berniat baik kenapa dirahsiakan namanya dan tidak dimaklumkan dengan cara yang betul. Musykil kan?

Okey... semoga jadi panduan buat semua.  Jangan Mudah Tertipu.

-

20 Julai 2010

Makluman Penting!!!! Nak kata cara baru, dah biasa dengar cuma dah makin dekat plak...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


perhatian kepada semua ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang perihatin dengan keselamatan kanak-kanak dan anak-anak (kupu-kupu syurga).

Baru dapat cerita dari jiran terdekat berkenaan kes culik kanak2. 

cerita bermula begini, di suatu kawasan perumahan di pinggir bandar... berdekatan dengan tempat tinggal aye, beberapa orang lelaki (dipercayai bukan melayu) berpakaian segak dan kemas menaiki kereta, singgah di beberapa rumah kononnya nak menjual mesin air tapis atau apa saja.  Andainya kita tak berminat beli "mereka" akan mohon pinjam bilik air untuk kada hajat... (sambil-sambil tu mata melilau melihat barangan dan kawalan keselamatan dalam rumah - agaknya).... andainya tiada barang berharga dan kawalan keselamatan kurang ketat... "mereka" akan merampas kanak2 dan bawa lari....

begitu cerita nya ... so berhati-hati dengan keselamatan rumah dan anak2 anda.

sekian, sebuah kisah benar