Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Oktober. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Oktober. Papar semua catatan

01 Oktober 2017

Amalan Sunat pada Hari Asyura

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Amalan Sunat pada Hari Asyura

Alhamdulillah hari ini hari pertama bulan Oktober 2017. Berkebetulan pula hari ini merupakan hari ke-10 pada bulan Muharram 1439. Juga dikenali dengan Hari Asyura.

Jom kita tengok apakah amalan Sunat yang boleh dilakukan pada hari ini. Jika tidak semua pasti ada satu atau dua yang kita buat.



Antara amalan yang digalakkan pada Hari Asyura untuk kita amalkan termasuklah:

* Melakukan sembahyang sunat
* Berpuasa sunat
* Menghubungkan silaturrahim
* Bersedekah
* Membersihkan diri (mandi sunat)
* Memakai celak (bagi lelaki)
* Menziarahi orang-orang alim
* Menziarahi orang-orang sakit
* Menyapu kepala anak-anak yatim
* Meluaskan makanan kepada ahli keluarga
* Memotong kuku
* Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali

Melalui hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Amru ibn al-As RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang berpuasa pada Hari Asyura, maka seolah-olah dia berpuasa setahun dan sesiapa yang bersedekah pada Hari Asyura, seolah-olah dia bersedekah selama setahun."

Selain berpuasa pada Hari Asyura, umat Islam juga digalakkan juga berpuasa sehari sebelum hari Asyura iaitu hari Tasu'a (hari kesembilan).

Bahkan kita juga digalakkan berpuasa 3 hari iaitu pada Hari Asyura, sehari sebelum Asyura dan selepasnya sebagaimana yang dinaskan oleh Imam Syafi'e RA di dalam kitab al-Umm dan al-Imla.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Berpuasalah kamu pada Hari Asyura dan hendaklah kamu membezakannya dengan orang Yahudi, berpuasalah kamu sebelumnya (Hari Asyura) sehari dan selepasnya sehari."

Malah Allah SWT juga memberi ganjaran yang amat besar bagi orang yang memperluaskan makanan ke atas ahli keluarganya pada Hari Asyura.

Melalui hadith yang diriwayatkan daripada Jabir RA, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meluaskan makanan ke atas diri dan keluarganya pada Hari Asyura, maka diperluaskan oleh Allah rezekinya sepanjang tahun tersebut."

Petikan dari kitab Amalan Awal Muharram dan Hari Asyura yang dikeluarkan oleh Dato' Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin.

Selamat beramal pada Hari Asyura. Moga sedikit amal kita mendapat pandangan dan rahmat Allah hendaknya. Aminnn...

@quotephotovideo 👍👍👍

posted from Bloggeroid

08 Oktober 2014

Alexa Rank blog yangbaik pada 8 Oktober 2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Entalah.
Seperti ada kaitan pula dengan gerhana bulan hari ini, rank alexa untuk blog yangbaik semakin merudum.  Nampak sangat buat entri sekadar melepaskan batuk di tangga.  Walaupun setiap hari ada saja cerita terbaru yang dipaparkan di blog.  Rank alexa tetap tidak stabil... sekejap sangat naiknya.  Naik sikit jatuh merudum yang banyak.

Tengok sajalah maklumat yang disediakan oleh alexa


Global Rank:  393,654
Links in:  247
Rank in Malaysia:  4, 397
Sumber : DI SINI
Rank minggu lepas :  DI SINI


Memanglah blog ini kurang popular... tetapi pertahanan untuk kekal dalam dunia blogging masih ada. Tak kisahlah suam-suam kuku atau hangat-hangat ********.

Semoga dengan kehadiran trafik dari anda semua dapat terus mengekalkan kewujudan blog ini di dunia maya.

Terima kasih semua yang banyak memberi semangat.

01 Oktober 2014

Oktober datang lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hari ini sudahpun masuk 1 Oktober 2014.
Blog ini seperti biasa kadang-kadang merangkak kadang-kadang berlari anak.
Seperti biasa juga kematian idea mematikan mood untuk berblogging bilamana akal dan fikiran bercelaru dengan segala macam agenda.
Hidup ini ada ketikanya begitu, pasang surut bersilih ganti.

Aduhai Oktober,
Ku mengharapkan kehadiranmu memberikan seribu kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang bakal berlalu.

Oktober,
Datangmu semestinya tiada undangan kerana begitulah rutin saban tahun

Oktober,
Beberapa detik lagi bukti kesibukan datang melanda... sehingga aku seakan tepu berebut waktu.

Semoga Oktober menjanjikan kebaikan dan terlaksana dengan kebaikan juga.

Terima kasih.

~(@^_^@)~
posted from Bloggeroid

01 November 2011

Cerita banyak di bulan Oktober

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sudah banyak rupanya aye bercerita di sepanjang bulan Oktober 2011.  Macam-macam cerita dan yang lebihnya dalah berkisar kehidupan seharian dan yang berkaitan dengan kehidupan aye atau kehidupan anda juga.

Cuma satu kekurangan aye adalah bercerita tentang kewangan dan pelaburan.  Sedangkan dunia sekarang hatta dalam blog pun banyak yang bercerita mengenai kaedah menambah pendapatan sama ada melaui insuran, jualan langsung atau perniagaan 'online'.  Memang bukan dunia aye nak bercerita bab-bab kewangan.  Namun mana tahu beberapa masa kelak aye akan bercerita mengenai dunia kewangan pula. 

Antara catatan bulan oktober yang paling mendapat sambutan adalah:

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 5 Tahun , Ramaikan Folower, dapatkan pembaca dan 16 Oktober - Hari Makanan Sedunia

Sebenarnya banyak lagi catatan popular tetapi bukanlah catatan bulan oktober sebaliknya catatan bulan-bulan yang lepas termasuk juga tahun-tahun yang lalu.

Akhir kata, terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah di blog aye yang seberapa ini.  Walaupun ada singgah sebagai silent reader atau tersinggah kerana cari yang lain jumpa yang lain.  Kesudian anda meningkatkan trafik di blog ini sungguh-sungguh dihargai dan secara tidak langsung meningkatkan keazaman aye untuk menambahbaik kualiti karya di blog ini.

Terima kasih. 

Oktober dalam kenangan, November pula menggamit ingatan.


,

25 Oktober 2011

Solusi Isu No. 37 : Kaya Antara Realiti dan Ilusi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Masih belum terlewat rasanya untuk berkongsi maklumat mengenai isi kandungan majalah Solusi Isu No. 37.

Antaranya:
  1. Jangan biarkan dosa bersarang di facebook
  2. Melentur anak dengan rotan
  3. Kiamat 2012?
  4. Hidupkan Adab Uama Salaf
  5. Bersederhana dalam ibadah
  6. Kaya Realiti:  Terhibur dengan hidup bersyukur
  7. Umpama bayi baru dilahirkan
  8. Isteri ingin pembantu rumah
  9. Ghairah menghidupkan amalan masjid
  10. Haji Sihat:  Suatu manfaat yang tersirat, dan
  11. banyak lagi artikel yang menarik...
Sekian.  selamat membaca


>-<
.

21 Oktober 2011

Mengapa hari ini tiada pengunjung

Selamat sejahtera,




Tajuk hari ini sehingga jam 12.00 tengahari tiada sambutan, sebaliknya yang sering menerima kunjungan adalah tajuk-tajuk lepas.

Mengapa?

16 Oktober 2011

16 Oktober - Hari Makanan Sedunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hari Makanan sedunia? ha ah.... tertengok berita di TV1 tadi, memang tak dipromosikan pun.  Mungkin juga kerana kasihan atau simpati kepada insan-insan di serata dunia yang sering tidak cukup makan.  Biarpun kita di Malaysia dikatakan mewah dengan makanan, tetapi harus ingat juga masih ada insan yang tidak mampu menikmati makanan mewah apatah lagi makanan biasa-biasa. 

Pengurus dan Pinggan Makan

Sesekali kita akan terjumpa dengan berita mengenai insan yang tidak mampu mendapatkan makanan yang sempurna.  Tetapi masih ada insan yang sewenang-wenangnya membazir makanan hanya kerana bukan dia yang bayar atau kerana dia dijemput makan.  Simpati... semoga kita tidak tergolong dalam golongan kedua yang mudah melupakan kesusahan insan lain..

Gambar di atas gambar pokok dan bukan gambar makanan walaupun tajuknya berkaitan makanan.  Ini adalah gambaran makanan juga kerana dari pokok jugalah terhasilnya makanan.

apalah yang dimerapukan ini...

Sekian dulu... semoga kita sentiasa ingat kepada insan yang tidak mampu dan menjadikan kita tidak tergolong dalam golongan yang membazir makanan, makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang...

>-<