Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Muhasabah diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhasabah diri. Papar semua catatan

11 Disember 2023

Rasa tenang tak boleh dibeli

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rasa tenang tak boleh dibeli



Rasa tenang tak boleh dibeli


Rasa tenang...

tak boleh dibeli di supermarket

tak dapat hanya dengan melancong ke Korea

hadir dari hati yang bersyukur, menerima hidup seadanya atas landasan iman kepada Allah SWT.


Alhamdulillah.


08 April 2021

Buat baik sebelum bulan Ramadan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Buat baik sebelum bulan Ramadan


Biasa dengar atau baca kan... pesanan orang untuk buat baik sebelum datangnya Ramadan.  Bukan bermakna selama ini kita tidak baik atau tidak pernah baik, tetapi menjadi lebih baik dari sekarang.  Jadi, bersempena kehadiran Ramadan ini, kita ambilah kesempatan setiap waktu yang kita miliki untuk belajar menjadi lebih baik, jangan sia-siakan waktu luang, jangan sia-siakan masa sihat, kerana kita tidak pernah tahu rahsia kemuliaan di sepanjang kehidupan kita, maka beruntunglah jiwa-jiwa yang berusaha menjadi lebih baik sebelum berjumpa dengan bulan Ramadhan.

 

Buat baik sebelum bulan Ramadan


Perbaiki diri sebelum kedatangan bulan Ramadan


Memperbaiki hubungan dengan sesama manusia, juga dengan Allah سبحانه وتعالى, teruslah muhasabah diri, menghitung kesalahan kita pada orang lain, dan melupakan kesalahan orang lain pada kita.

Berapa juta manusia dari zaman nabi Adam sampai saat ini yang telah wafat ingin hidup kembali untuk memperbaiki diri, berlaku ta'at pada Allah سبحانه وتعالى.

Maka bersyukurlah kita yang masih diberikan kesihatan serta berkesempatan untuk berubah untuk menjadi hamba yang lebih baik lagi....

Insya Allah ❤️


Terima kasih, sama-sama kita Buat baik sebelum bulan Ramadan



07 April 2021

5 Zikir pembuka pintu rezeki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




5 Zikir pembuka pintu rezeki


Banyak amalan baik yang boleh kita lakukan seharian selagi mana kita masih bernafas.  Antaranya yang paling mudah adalah dengan berzikir.

Berzikir boleh dilakukan pada setiap masa dalam keadaan susah atau senang, ketika sakit atau sihat.  Secara tidak langsung melalui zikir kepada Allah juga hati kita akan menjadi tenang.


5 Zikir pembuka pintu rezeki

5 Zikir pembuka pintu rezeki



Semakin banyak seorang hamba memuji Allah dan berzikir dengan hormat dan adab yang tinggi kepada-Nya maka akan lebih banyak pemberian datang dari Allah swt, kerana Dia adalah Al-Bari. 

Allah swt akan mengurniakan kepada kita sebanyak apa yang boleh kita lakukan untukNya. 

Dengan mengucapkan Bismillahir Rahmaanir Rahim maka kita akan selalu merasa segar kembali. Aamiin

Wallahua'lam


Terima kasih atas kesudian singgah baca 5 Zikir pembuka pintu rezeki.

06 April 2021

Bersyukur Walaupun Sedikit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bersyukur Walaupun Sedikit


Pagi ini nak ingatkan diri sendiri bahawa dalam hidup ini, antara perkara yang selalu kita muhasabah diri setiap hari adalah, sejauh mana kita bersyukur pada Allah?  Semoga kita tidak mudah lupa dengan dengan nikmat yang kita terima walapun pada pandangan kita ianya sedikit (sedangkan nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya)




Wajib amalkan Setiap pagi atau setiap malam sentiasa fikir kita dah bersyukur kepada Allah atau tidak. 

Ingat pesanan baginda Rasulullah SAW yang bermaksud, 
“Sesiapa yang redha dengan rezekinya yang sedikit, Allah SWT akan redha dengan amalannya yang sedikit”. (Riwayat Baihaqi)

Amalan yang sedikit ni maksudnya adalah, amalan wajib yang dilakukan tanpa disertakan dengan amalan sunat.  Maksudnya, kita hanya jaga perkara wajib saja dan meninggalkan amalan sunat yang lain.

Sebab itu teman, sebagai bukti kita bersyukur kepada Allah, perbanyakkanlah amalan sunat seperti solat sunat, baca al-Quran, zikir, selawat, dan sebagainya.

Moga Allah memberikan kita taufiq. Aamiin


Terima kasih sudi singgah baca Bersyukur walaupun sedikit.

05 April 2021

Sumber ketenangan hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sumber ketenangan hati


Hati yang tenang atau jiwa yang tenang menjadikan hidup kita lebih bermanfaat dan berkualiti.  Berusaha mencari ketenangan hati agar dapat hidup lebih indah.


gambar hiasan



6 Sumber ketenangan hati


1. Selama Allah ada di dalam hati hamba

🌸"Al Qalbi Baitul Rabbi" (Hati manusia adalah rumah Allah).

🌸Bersihkan hati dari sampah dunia, agar hidup selalu tenang.


2.  Selama hamba berusaha menghadirkan Allah dalam hati

🌹Kerjakan amalan wajib dan amalan sunnah yang boleh hadirkan Allah.

🌹Lepaskan sedekah, tahajud, dzikir, dan bacalah Qur'an secara istiqamah.


3.  Selama hamba hidup bersama Allah

🌸Hidup bersama Allah, tidak pernah merasa sendiri.

🌸Merasa diperhatikan, dirawat, dicukupi, disayang, dilindungi Allah.


4.  Selama hamba hidup dalam ketaatan kepada Allah

🌸Menjaga hubungan baik dengan Allah, jalankan semua ketaatan.

🌸Tekun ibadah, banyak amal soleh, banyak sedekah, dan berbagi pada sesama.


5.  Selama hamba hidup bersama para kekasih Allah

🌹 Bergaul dengan orang soleh, kumpul para kekasih Allah.

🌹Kita akan dapat nasihat, dapat doa, dan dapat keberkahan.


6.  Selama hamba tidak maksiat meninggalkan Allah 

🌸Hindari maksiat dan dosa yang menjauhkan hamba dari Allah.

🌸Jangan buat Allah cemburu, tersinggung, benci, atau marah.


RENUNGAN :

🔖 Selama tanah dekat sumber air, maka tanah akan basah subur.

🔖 Selama ruang dekat sumber cahaya, maka hati akan terang.

🔖Selama alam dekat matahari, maka alam akan terasa hangat.

🔖Selama hati dekat dengan Allah, sumber dari  ketenangan, hati akan tenang.


Semoga bermanfaat 🥰.


Sekian adanya.  Terima kasih atas kesudian singgah dan baca entri ini Sumber ketenangan hati.


20 Mac 2021

Kita tidak berlumba

Assalamualaikum dan selamat sejahtera  |  Kita tidak berlumba






Kita tidak berlumba dengan sesiapa pun dalam hidup ini.
Semua orang ada rezeki masing-masing yang dah Allah tetapkan.
Kalau orang lain itu dapat lebih dari kita,
Jangan dengki sebab lebihnya rezeki dia, tak akan kacau sedikit pun rezeki kita.



Terima kasih atas perhatian yang diberikan.

16 Februari 2021

Muhasabah Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera


MUHASABAH MALAM INI

KEMATIAN  adalah guru terbaik dalam kehidupan ini.

Jika kita lalai dari mengingati KEMATIAN!!

Maka kita akan kehilangan guru terbaik dalam kehidupan ini


INGATLAH!!!

"Kullu nafsin zaaiqatul maut"

Kematian semakin menghampiri setiap detik helaan NAFAS.

Sumber:  t.me/quotephotovideo 

25 Januari 2021

Jangan tinggalkan 4 amalan ini sementara masih hidup


Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Duhai jiwa, semoga dikau baik-baik saja.  Kasih umpama pagi yang sentiasa datang menghadiahkan hari buat alam.

Agar jiwa-jiwa yang tadinya sedang lena kini hidup semula untuk berusaha, bekerja dan beribadat kepada ALLAH Yang Maha Agung.


4 amalan
4 amalan


4 amalan sementara masih hidup

1.  Jangan tinggal solat
2.  Jangan tinggal baca al-Quran
4.  Jangan tinggal sedekah
(Istaz Dato' Ismail Kamus)


Putaran alam siang dan malam, suka duka, susah senang dan bahagia atau derita semuanya itu untuk membolehkan jiwa kembali ke dalam rahmat kasih yang Maha Penyayang.

Alhamdulillah.  Segala puji-pujian hanya untukNya.

Terima kasih tidak terhingga atas kesudian menjengok blog ini.  💓

03 Januari 2021

Tiadalah yang lebih baik daripada kehidupan yang dipenuhi dengan kemaafan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Tiadalah yang lebih baik daripada kehidupan yang dipenuhi dengan kemaafan


"KITA BUAT KITA"
"BAIK ATAU BURUK"

Bukanlah kerana hari ini
Indah kita bahagia
Tetapi kerana kita bahagia
Hari ini pun menjadi INDAH. 

Alangkah bahagianya 
Sekiranya degupan jantung,
keluar masuk nafas
kerdipan mata ini 
Setiap gerak anggota kita
Dalam ingatan kepada Allah

Namun

Diri ini tetap lalai dan leka 
Diri ini tetap terpedaya 
Dengan keidahan Dunia 
Diri ini tetap tertipu 
Dengan keinginan Nafsu 
Diri ini tetap terpengaruh 
Dengan ajakan Syaitan 
Alangkah ruginya hidup

Tiada yang lebih baik daripada
Jiwa yang dihidupkan dengan iman.

Tiada yang lebih baik daripada 
hati yang dijinakkan dengan amalan.

Tiada yang lebih baik daripada 
Akal yang disuburkan dengan ilmu

Tiada yang lebih baik daripada 
kebaikan yang disertai dengan keikhlasan.

Tiada yang lebih baik daripada 
kelakuan yang diperindah dengan 
Akhlak yang mulia

Tiadalah yang lebih baik daripada
kehidupan yang dipenuhi dengan
kemaafan, berkasih sayang dan 
saling menghormati sesama kita




Ada satu hadis yang bermaksud
Nabi SAW bersabda:

"Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya,"

Wallahu'Alam


02 Januari 2021

Setiap kali engkau memberi maka engkau akan menerima tanpa meminta sekalipun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Setiap kali engkau memberi maka engkau akan menerima tanpa meminta sekalipun


"Setiap kali engkau memperbaiki niatmu, maka Allah akan memperbaiki keadaanmu. Dan setiap kali engkau mengharapkan kebaikan untuk orang lain, engkau akan mendapatkan kebaikan dari arah yang tidak kamu sangka.


Dan saat kita hidup untuk membahagiakan orang lain, Allah akan memberi kita rezeki berupa orang lain yang akan membahagiakan kita.

Maka berusahalah untuk memberi bukan menerima, kerana setiap kali engkau memberi, maka engkau akan menerima tanpa meminta sekalipun!”

Syeikh Salih Awadh Al-Mughamisi, Imam Masjid Quba

Sumber: @quotephotovideo 

05 Ogos 2020

Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman


Hidup sehari-hari kadang-kadang mendatangkan rasa jemu, resah dan gelisah.  Ada harinya terasa seperti tidak lengkap malahan terasa kosong.  Ulama pernah berpesan jangan biarkan perasaan tidak selesa itu berada lama.  Bila saja terasa seperti yang tiada tidak kena dan tidak lengkap segeralah muhasabah diri.  Paling tidak dengarlah bacaan al-quran sebagai halwa telinga.  Selalunya orang perempuan yang suka sangat layan perasaan ni.  Jangan dibiarkan... kelak rosak diri.




Bagaimana nak rasa manisnya Iman

1.  Mencintai Allah dan Rasul lebih dari yang lain.


Bagaimana?  Pada peringkat awal mungkin akan terasa sedikit kesukaran.  Untuk memupuk cinta itu selalu melihat al-quran, bacalah sebaris dua ayat al-quran dan cuba fahami maksudnya.  Rasa ini mungkin tidak sama semasa membaca novel atau kisah artis K-Pop.  Mengapa minat dengan k-Pop itu lebih mendalam.  Saya tidak dapat meletakkan perasaan itu di sini kerana saya bukanlah peminat K-Pop.  Baiklah, kalau bukan K-Pop apa jua yang menjadi minat berlebihan atau taksub, cuba ingat semula kenapa dan bandingkan dengan perasaan taksubnya kita kepada sesuatu itu.


2.  Mencintai seseorang hanya kerana Allah.  


Pelik atau hairan?  Sesuatu yang harus diselami dan difahami.  Perlu ingat dan faham bahawa setiap sesuatu yang wujud itu penciptanya adalah Allah.

3.  Benci kerapa kekufuran.  


Setiap dari kita pastinya tidak lari dari buat salah.  Sewajarnya kita bersyukur kerana segera dikurniakan hidayah dan kembali ke jalan yang benar jalan yang diredhai Allah.  Kita pastinya tidak mahu kesalahan yang sama berulang lagi.  Justeru adalah lebih baik kesilapan yang lalu itu tidak dikenang dan diulang semula.  Padamkan saja dari memori apa sahaja yang berkaitan dengan kesilapan itu.  Sekali memori itu kembali semula segeralah istighfar dan iktikad dalam diri tidak mahu lagi berulang kesilapan yang sama.  Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.


Titipan doa


Ya Allah, kurniakan kepada kami sebelum kematian taubat, ketika kematian syahadah, setelah kematian jannah.

Ya Allah kurniakan kepada kami husnul khatimah, Ya Allah kurniakan kepada kami saat kematian itu kami sedang sujud kepada kamu ya rab.

 Ya Allah, kami pohon kepada Mu di tetapkan pendirian kami saat di soal oleh malaikat munkar dan nakir itu

 Ya Allah, jadikanlah kubur kami diantara taman kepada taman syurgaMu dan usahlah kamu jadikan kubur kami diantara gaung diantara gaung neraka Mu Ya Allah.


Perkara yang menjadikan terasa manisnya Iman

04 Ogos 2020

7 sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera


7  sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit

Seperti biasa dan semua orang sentiasa mahukan yang terbaik dalam hidup di sini dan di sana.  Namun dalam aktiviti seharian kita ada amalan-amalan tertentu yang menyebabkan amalan baik yang kita lakukan tidak sampai ke tempat yang sepatutnya. 


1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.



Semoga dijauhkan dari Riak


Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

 - Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.

Muhasabah diri.

23 Julai 2020

Tengok orang dan tengok diri sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Tengok orang dan tengok diri sendiri





Jangan hitung orang berapa kali
menyakiti dan meninggalkan kamu,
tetapi hitunglah
berapa kali kamu menyakiti Allah
dan Dia tidak pernah
meninggalkan kami
-Petani Dakwah-


Kita suka tengok orang,
namun susahnya kita tengok diri kita sendiri.
Bayanglah jika Allah dah tak mahu tengok wajah kita,
tak mahu lagi pedulikan doa kita
dan tak kisah lagi kita nak jadi apa.

Bayanglah.
Mulai hari ini mari perhati diri kita sendiri.
Mari, Bismillah.


Muhasabah diri sendiri... Tengok orang dan tengok diri sendiri

💚💚

22 Julai 2020

Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.


Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya



Kita sering kali membandingkan ujian yang kita terima dengan ujian orang lain, sehingga kita terlupa hikmah ujian.


Sekarang sama-sama kita cari di mana yang terkait dengan diri kita  berdasarkan petikan dibawah

🌹Lelaki yang wajahnya hensem, Allah uji dengan dikelilingi perempuan yang mahu menggodanya.

🌹Perempuan yang mukanya cantik, Allah uji dengan rasa mahu sentiasa kelihatan cantik.

🌹Perempuan yang badannya langsing, Allah uji dengan rasa mahu pakai baju ikut bentuk badan.

🌹Orang yang ada ilmu, Allah uji dengan rasa mahu acah tahu semua perkara sehingga abaikan pandangan lain. 

🌹Orang yang  kuat agama, Allah uji dengan rasa dirinya saja yang betul sampai boleh menghukum orang sesuka hati.

🌹Orang yang kaya dan banyak harta, Allah uji dengan sifat tamak, kedekut dan tak mahu bersedekah kerana takut hartanya berkurangan sedangkan harta dan kekayaannya itu cuma pinjaman.

🌹Orang yang merasa hidupnya susah, Allah uji dengan pelbagai persoalan menafikan kewujudan Allah.

🌹Orang yang senang pula Allah uji dengan rasa ujub, kerana dia rasa dia bijak dapat mengaturkan segalanya.

🌹Orang yang sakit, Allah uji dengan rasa putus asa dengan hidup sendiri.

🌹Orang yang banyak masalah, Allah uji dengan rasa banyak mengeluh, sedih dan kecewa berterusan.
🌹Orang yang sedang berhijrah, Allah uji dengan pelbagai godaan ke arah gaya hidupnya yang dulu.

🌹Orang yang sudah lama berhijrah, Allah uji dengan rasa kosong dalam hati.

🌹Orang yang belum berhijrah, Allah uji dengan sifat suka bertangguh dan merasakan mati itu lambat lagi. 


Maka, tiada siapa pun akan terlepas dari ujian Allah.


Semuanya datang dalam pelbagai bentuk dan waktu yang berbeza-beza. Yang membezakan kita antara satu sama lain di sisi Allah ialah sejauh mana ikhlasnya kita dan kesungguhan kita menjalani hidup berlandaskan syariat. 

Sentiasa ingat dan insaf bahawa:

🌹Setiap pilihan yang kita ambil adalah ujian.

🌹Setiap tindakan yang kita buat adalah ujian.

🌹Setiap perkara yang terfikir juga adalah ujian.

🌹Setiap pencapaian yang Allah beri juga satu ujian.

🌹Setiap pujian juga adalah ujian.

🌹Setiap kejian juga adalah ujian.


Kesimpulannya, setiap apa yang Allah benarkan untuk berlaku adalah ujian untuk manusia.  Untuk melihat tahap keimanan seseorang sama ada ujian itu mendekatkan atau menjauhkan kita dari Allah. Letaknya pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Semoga bermanfaat.  Tahap ujian mengikut rezeki pemiliknya

29 Jun 2020

Tips elak dari menjadi manusia yang dibenci

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tips elak dari menjadi manusia yang dibenci


Dalam kehidupan seharian ada ketika kita akan lalui fasa di mana terasa diri dibenci, lalu kita mencari punca tetapi tidak juga dijumpai.  Kerana pengetahuan kita terhad dan kita juga sebenarnya tidak tahu apa yang dibenci.  Namun cara yang terbaik untuk menilai semula mengenai diri kita yang sering ras dibenci adalah dengan cara muhasabah diri dan ikhlaskan diri.





Manusia Yang Dibenci Allah


عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Daripada Aisyah RA, ia mengatakan; Rasulullah SAW bersabda:

"Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka membantah (suka bermusuh)"

(HR Bukhari No: 6651) | Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Keras kepala adalah sifat yang beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego. Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan merupakan sifat Iblis.

2.  Iblis menjadi kufur akibat dari sifat keras kepala dan sombong dengan merasakan dia lebih baik dari orang lain.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Daripada Abdullah RA,  Nabi SAW bersabda:

"Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."

(HR Muslim No: 133) | Status: Hadis Sahih

3.  Orang yang suka membantah adalah mereka yang suka bertengkar dan suka menegakkan pendapatnya sendiri walaupun salah. Ia akan menjadikannya seorang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Akhirnya mewujudkan ketidak sefahaman dan permusuhan.

Marilah kita menjauhi sifat keras kepala dan suka membantah. Bukalah minda kita untuk menerima teguran dan nasihat. Allah memberikan kepada kita akal untuk berfikir. Jika ada pandangan dan fakta yang lebih baik maka terimalah dengan berlapang dada. Jangan sekali-kali berkeras dan sombong dengan apa yang kita milik.

Ya Allah lembutkanlah hati kami untuk menerima yang hak dan kebenaran. Jauhilah kami dari sifat keras kepala dan suka bermusuh.

•══◎◎♡◎◎══•

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 



Semoga bermanfaat.
💞

30 Januari 2019

Tinggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tinggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat

Kita sering kali tersilap dalam membuat pilihan atau tanggapan.  Kerana mata kita ini hanya nampak apa yang kita patut nampak tanpa kita sedari apa yang kita lihat itu tidak seperti yang kita nampak.  Kerana itu kita perlu berhati-hati dalam membuat anggapan.  Terutamanya bila tindakan kita itu langsung tidak mendatangkan faedah kepada kita atau orang sekeliling kita.


Peringatan dan muhasabah diri.




عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : مِنْ حُسْنِ إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيهِ

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Diantara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu  yang tidak berkaitan dengannya (tidak berfaedah baginya). (HR Tirmizi No: 2318) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  🌿Seorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkara yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

2.  🌿Antara sifat seorang muslim yang berakhlak adalah sentiasa menyibukkan dirinya dengan perkara yang mulia dan bermanfaat serta menjauhkan perkara yang hina dan rendah moral.

3.  🌿Menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat dan berfaedah adalah sia-sia apatah lagi jika membawa kepada dosa dan maksiat.  Ia merupakan pertanda kelemahan iman.

4.  🌿Antara perkara yang tidak berfaedah ialah bercakap kosong, menulis serta memfowardkan sesuatu yang tidak mendatangkan pahala. Termasuk juga menghabiskan masa bermain game, saja duduk di kedai kopi, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau suka menjaga tepi kain orang kemudian memberi komen yang negatif.

5.  🌿Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat.

6.  🌿Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor


Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini.   Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri ini Tinggalkan Perkara Yang Tidak Bermanfaat. 

30 November 2017

Alhamdulillah | Muhasabah Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Alhamdulillah |  Muhasabah Diri





Kita menangis kerana kita berjalan tanpa alas kaki.

Namun akhirnya kita akan berhenti menangis saat melihat manusia lain tanpa kedua kaki.

Alhamdulillah.

Jadikanlah ucapan "Alhamdulillah" itu satu amalan.

Kerna ia akan menjadi baja buat menyuburkan hati yang gersang.

In sha ALLAH.

Alhamdulillah | Muhasabah Diri

21 November 2017

Jangan lupa cantikkan hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan lupa cantikkan hati


Jangan sampai terlupa cantikkan hati.  Kita mungkin punya wajah yang cantik pada pandangan mata kita, namun sejauh mana kita punya hati yang cantik. 





Sekarang ini, ramai yang bersungguh-sungguh untuk mencantikkan wajah.  Sehingga terlupa untuk mencantikkan hati.

Kita akan ketemu banyaknya lambakan bahan untuk mencantikkan wajah.  Tetapi kita jarang ketemui bahan yang banyak untuk mencantikkan hati.

Allah, terasa kerdil sungguh diri ini bilamana tidak mampu mencantikkan hati sendiri dek kekhilafan diri sendiri.  Semoga kita sentiasa berada dilandasan yang benar dalam usaha mencantikkan hati kita.


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini, Jangan lupa cantikkan hati.
szi 💝

16 November 2017

Baiki Hubungan Kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baiki Hubungan Kita


Macam mana nak baiki hati yang sakit terluka ini?

Masih teringat suatu masa dahulu bila keluarkan entri begini, akan ada seorang insan yang akan menjawab melalui komen... yang antara lain bermaksud kerana kita pernah menyakiti hati orang lain maka adalah tidak mustahil kita juga akan sakit hati dan terasa hati.

Ya.. ada benarnya tanpa disedari melalui kata-kata atau perbuatan kita akan ada insan lain yang berkecil hati dan sakit hati dengan kita.  Tetapi kita langsung tidak sedar kerana kita merasakan bahawa kita sudah habis baik seolah-olahnya kita ini orang yang mulia... Allahu... sentap bagaimana lagi yang hendak digambarkan bila kita sendiri terasa hati dengan perkara kecil ..


Baiki Hubungan Kita

Baiki Hubungan Kita



Maka... Muhasabah diri ini...
Baiki dulu hubungan kita dengan Allah. In sha Allah, semua akan jadi lebih sempurna.


Terima kasih atas perhatian semua untuk entri ini,  Baiki Hubungan Kita

07 November 2017

Muhasabah Diri | Hidup ini terlalu singkat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Muhasabah Diri |  Hidup ini terlalu singkat


Hidup ini terlalu singkat, jika hanya kau gunakan untuk mengenjar dunia.

Kejarlah akhirat, maka ka akan daptkan akhirat dan dunia.  In shaa Allah.




Peringatan buat diri.  Semoga kita sentiasa ingat.... 


Terima kasih kerana meluangkan masa untuk entri ini, Muhasabah Diri |  Hidup ini terlalu singkat
szi 💦💦