Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Muhammad Alif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhammad Alif. Papar semua catatan

23 April 2015

Dia melukis lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dia melukis lagi


Malam ini, ketika entri ini dikeluarkan dia masih lagi melukis.

Petang tadi katanya letih, nak mengaji pun tak larat. Alasan yang baik juga sebab dari pagi sampai petang belajar, masa rehat pun sejam dua saja.

Tadi lepas hantar mengaji, umi dan ayah dengan senang pi shopping barang dapur. Bukan suka-suka nak tinggalkan dia, tetapi dengan harapan selepas mengaji boleh dua balik rumah terus tidur atau paling tidak rehat depan tv.

08 Oktober 2014

Ulang Tahun kelahiran Muhammad Alif

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,




8 Tahun.
Muhammad Alif bersama Mak angkat.
Asalnya nak buat entri 'Rabu tanpa kata' tetapi tak sampai hati pulak.
Tak kan langsung tak tulis ucapan untuk anakanda pengarang jantung nie.

Anakku Muhammad Alif
Hadirmu umpama sinar
Menerangi kesuraman malam
Menyinari kegelapan laluan

Anakku Muhammad Alif
Hadirmu peneman seri
Umpama sahabat sejati
Menjadi penyeri hidup umi

Anakku Muhammad Alif
Hari ini genaplah sudah 8 tahun usiamu
Bersempena ulangtahun kelahiranmu
Umi doakan semoga Muhammad Alif dipanjangkan umur dalam keberkatan dan sentiasa dirahmati Allah.
Semoga anakku Muhammad Alif menjadi anak yang soleh sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah dan Rasul.
Semoga kebaikan sentiasa mengiringi setiap langkah hidupmu dan terhindar dari segala kejahatan.



posted from Bloggeroid

08 Jun 2014

Lukisan pesawat tempur oleh Aliff

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Dah agak lama stok kertas A4 habis.  Setiap hari tak jemu anak-anak bertanya nak kertas putih... kertas A4 kosong la tu.  Terutamanya Aliff.  Sementelahan cuti sekolah ni, kerja sekolah pun dah siap.  Nak baca buku pun agaknya jemu dah kot... tu yang dok asyik tanya kertas A4.  Umi dan ayah dengan sengaja buat tak tahu.  Sudahnya setelah beberapa helai kertas buku kelihatan berserakan... maka sudah tiba masa untuk mendengar pertanyaan anak-anak.

gambar hiasan


Untuk anak-anak buat conteng-conteng dan menghasilkan karya seni mereka sendiri... tak perlulah kertas A4 double A.  Cukup sekadar kertas murah biasa jenis 70gm.  kalau ada yang lebih murah lagi bagus.


31 Mac 2014

King Job Dragon

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


King Job Dragon.

Adalah nama lukisan seorang budak lelaki yang berusia hampir 8 tahun.  Namanya Muhammad Alif.

Lukisan Alif

Bila melihat lukisan ini teringatkan entri pakcik ini.  Memang kanak-kanak begitulah penglihatan mereka... setiap lukisan mesti ada matahari... kannn

Bezanya lukisan ini ini tiada warna dan kedudukan matahari juga berbeza walaupun tempat yang dinyatakan hampir sama.

Alif memang tidak suka mewarna.  Letih tangan katanya.  Agaknya nak tunggu umi beli warna air buncho kot. Memang dah beberapa kali disuarakan hasratnya untuk memiliki warna air.

Tulisan ini ayatnya merapu-rapu kerana idea nak menulis melompat-lompat dan tidak menentu.  Malas pula nak semak kedudukan ayat dan perenggan yang sesuai.  Bolehlah blogger umi dan kisah anak-anak kan.


suka duka pentas dunia

#MH370 dalam ingatan




$$$

19 Januari 2014

19 Januari 2014 | Macam tak best jer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Nak pergi taman permainan kanak-kanak tak sabar-sabar
Baru sampai dah kata 'tak best'

14 Januari 2014

14 Januari 2014 | Cuti Umum Balik Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Abid ketika ini berusia 15 bulan genap.
Pakai baju abang dan seluar abang juga.  Masih molek dan elok dipakai.  
Nampak rupa macam suka bergaya... tengoklah besar nanti..

23 Oktober 2013

Bakal Angkasawan!?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Cita-citanya menjadi angkasawan 



suka duka pentas dunia


09 Oktober 2013

Lukisan untuk hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Spiderman yang siap dilukis.

mewarna lukisan spiderman


pelukis yang tidak suka mewarna


Sekian dulu cerita bergambar untuk hari Rabu yang biru tanpa banyak kata-kata.

(^-^)


suka duka pentas dunia



08 Oktober 2013

Selamat hari ulang tahun ke-7 | Muhammad Alif

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Muhammad Alif
Allah selamatkan kamu

Panjang umurnya
Panjang umurnya
Panjang umurnya serta mulia

Biasakan dengan rentetan lagu di atas?  
Itulah antara petikan lagu ditujukan khusus buat Muhammad Alif bin Ahmad Kamal.

Terlambat sikit buat entry untuk Alif hari ini...


Hari ini kan Hari ulang tahun kelahiran Alif yang ke-7.  Baru tujuh tahun umurnya.


Muhammad Alif.  Permintaanya untuk ulang tahun kali ini tidak banyak hanya satu iaitu Nasi Ayam "Chicken Rice Shop".

Boleh lah...nanti kita celebrate kat sana yer... ala dekat depan rumah jew

Mood umi hari ini tak berapa nak menjadi...
Buat entri pun macam hidup segan mati tak mahu..
huhuhuu... memang tak mahu matikan lagi blog nie... 
masih banyak benda yang nak dibuat.

^-^

suka duka pentas dunia


03 Oktober 2013

Planet baru dan rumah baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Aye sendiri pun dah tak ingat ada berapa bilangan planet.  Lain la masa sekolah dulu matapelajaran geografi tidak pun Ilmu Alam(masa tu la...sekarang dah nama lain) memang terpaksa hafal sebab nak lulus periksa. Bohong cakap lah kalau tak nak lulus periksa kan?

Bab-bab ni sekarang memang malas nak ambil tahu. Korang dah tahu kan sekarang... hahaha memang aye tak nak ambil tahu tetapi lepas ni aye akan ambil tahu.

Memang kena ambil tahu dan kena study semula macam nak ambil exam sebab anak-anak dah mula sekolah dan dah mula belajar segalanya berkaitan ilmu alam dan manusia serta sekitarnya.

Sebab apa kena sangat-sangat ambil tahu?  Bila mana anak-anak mula bertanya... mak tak reti nak jawab pas tu bagi alasan memacam yang kadang-kadang entah lah anak2 boleh faham ke tidak.  janji aye tak bagi ilmu ajaran sesat kat anak-anak kan... jawapan tu mesti ikut logik akal sendiri dan paksa anak-anak percaya.

Oh... tidak!!! aye bukan dera anak-anak.

Nak tahu macam mana boleh keluar tajuk nie?

Nah tengok gambar kat bawah nie











Hasil karya Alif - senarai planet baru, mula dari kiri yer

1.  Planet Kiara.  Memang ada kan ala... kan cerita yang sedang dimainkan di TV9 sekarang nie.  hasil tulisan Mak Dara .  Mungkin Alif minat sangat kot...setiap petang jarang miss cerita nie... pastu memalam dok mereka cipta pulak.

2.  Planet Mara.  Huhuhu  memang tak pernah dengar tak pernah lihat dan tak pernah jumpa.  Di mana Alif dapat idea ni umi betu;-betul tak tahu.

3.  Planet Sains. Pulak... heeeiii kat sekolah memang ada subjek Sains tapi tak tau pulak macam tu bentuknya.   

4.  Planet Mitor.  Tak berapa nampak tetapi bentuknya macam ... apa yer. hentam aje lah labu...

5.  Matahari.  ha... yang ini memang ada.  Cuma bentuknya ikut kreativiti memasing la kan... sapa nak buat bentuk durian ker atau nak buat bentuk nenas ke... eh ade per.

6.  Bumi.  Pandai Alif buat corak... macam serupa la.

7.  Bulan.  Ye... sungguh segak bergaya nampaknya wajah bulan.



Dah penat lukis planet lukis pula pemandangan dan rumah impian.  Lukisan Alif memang jarang sangat ada warna.  Bila melukis dengan pensil lagi suka... hitam putih jer.


Itulah serba sedikit mengapa dan bagaimana boleh timbulnya tajuk di atas.

Harap janganlah jemu yer dengan celoteh aye yang tak seberapa.

Beberapa hari lagi ulangtahun kelahiran Alif yang ke-7.  Cepatnya masa berlalu rasa tak puas nak peluk cium.

Sekian.  Nak fikir apa hadiah nak bagi..

Terima kasih yer.



22 Ogos 2013

Sarapan Pagi dengan Popia Simpul Kasih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia




Jom makan popia simpul.  Pagi ini alif dan Diena sarapan dengan Popia simpul dan popia mini hasil air tangan umi.  Masih panas lagi, baru digoreng semasa Alif mandi tadi.  

Alif dan Diena suka minum milo suam sebelum pergi sekolah.  Minum milo boleh memberi tenaga kepada Alif.  Selalunya Alif minum milo bersama roti bakar, tetapi hari ini buat pertama kali Alif bersarapan dengan popia mini.  Alif suka sangat, tambah ceria dan bersemangat nak ke sekolah.  

Malam tadi umi Alif simpul popia dan juga gulung popia mini.  Alif lebih suka makan popia mini.  Sebab rasanya sedap dan memang ikut citarasa Alif.  Kawan-kawan Alif pun suka makan popia mini.  Sedap!!!



Ini adalah rupa popia simpul umi Alif buat malam tadi.  Memang tak sabar nak tunggu makan.  Malam tadi Alif dah minta Umi goreng tetapi Umi tak mahu, katanya nak goreng pagi esok (pagi ini lah).  Dan lagi pula umi nak tunggu ayah balik biar ayah yang rasa dulu... Alif sayang ayah.



Gambar popia simpul lagi.  Tak banyak popia mini yang umi buat.  Umi kata lebih suka buat popia simpul sebab senang sangat.  Walaupun begitu umi buat juga popia mini untuk Alif.  Alif sayang umi juga.

Sekian dulu, untuk hari ini.  Oleh kerana umi bekerja hari ini, cerita sarapan pagi tadi umi hanya publishkan petang ... dah nak malam pun.

Terima kasih.  Jumpa lagi.

23 Jun 2013

Aksi Model 3 beradik di Warung Lesung Batu Seri Iskandar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seperti biasa setiap hari Ahad (walaupun sebolehnya tak mahu dibiasakan) sekeluarga akan bersarapan bersama-sama satu keluarga di luar di mana-mana warung atau restoran pilihan.

Hari ini (23 Jun 2013) kami bersarapan di Warung Lesung Baru hanya berlima tidak enam atau tujuh.  Ini adalah kerana yang lagi satu sudahpun ketiduran awal kerana bangunnya lagi awal.

Tidak mahu skema sangat dengan gambar-gambar makanan yang dimakan atau senarai hidangan yang disediakan, tetapi kali ini lebih kepada aksi 3 beradik selepas makan... dang dang dut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Aksi pertama... jom tayang gigi.
Tidak mudah sebenarnya nak tangkap gambar mereka bertiga terutama dalam keadaan spontan, apalagi kalau disusun atur.  Terutama si boolat yang bertopi 'crochet' putih tu... susah sangat nak bergambar.


Dapat tangkap gambar berdua begini lagi la susah.  Inilah satu-satunya yang ada buat permulaan.  hasrat hati nak tangkap sekali lagi sebab ada gangguan di sebelah... ala-ala power rangers.  Tetapi tak upaya sebab dah lari pula si topi putih tu


Dalam pada dok sibuk nak 'shooting' tiba terhenti pulak... model asyik berbincang pula.  Kalau tak silap mereka terjumpa lebah kecil hinggap pada bunga.


Alahai! model yang sorang ni macam la dah ready tapi tak berapa steady pula... jadilah dulu


Model yang sorang ni tak habis lagi dengan milo ais nye... Dari tadi dok usung gelas tu ke sana ke mari.  Nasib baik tak tumpah... kalau tidak habis la prop. Eh!!


Nak tayang sikit topi 'crochet' yang dipakai oleh model cilik ni.  Topi itu adalah hasil kerja tangan umi ketika model ini berusia 1 bulan lagi.  Oleh kerana tersimpan agak lama, pagi tadi sempat selongkar beg simpanan baju lama... terjumpa pula. Mujur jugalah model nak pakai.


Akhir sekali, setelah selesai sesi 'shooting' model buat perbincangan semula bagi mendapatkan hasil yang lebih menarik untuk sesi 'photo shoot' akan datang.


Sekian adanya kisah tidak semenggah mengenai model 3 beradik di Warung Lesung Batu Seri Iskandar.






12 Januari 2013

Jom basuh kasut sekolah

As salam,


kasut sekolah Alif jenama ASADI

Anak-anak zaman sekarang sudah pandai berdikari.  Jika tidak pandai harus segera beri panduan dan tunjuk ajar agar hidup tidak menyusahkan orang.

Basuh kasut sekolah bukanlah sesuatu yang susah, yang menjadikan ia susah adalah bila ianya tidak diajar dan disuruh dengan baik.  Anak-anak sebenarnya memang suka membantu terutama bila tidak disuruh seperti basuh kereta atau siram pokok bunga.

Basuh kasut sekolah haruslah dimulakan dari awal.  Ajak dan ajar anak basuh kasut sekolah sendiri jangan suka mengharapkan orang lain.  Bukan susah pun basuh kasut sekolah.  Yang penting jangan main kotor, jika kasut kotor sangat memang susah sikit sebab kena berus lebih banyak... jangan guna sabun yang banyak pula nanti kasut tak cantik.

Balik sekolah hari pertama dan hingga kini masih lagi mampu tersenyum.  Syabas anakku!

Hari ini, kali pertama Alif basuh kasut sekolah... wah dah pandai dah anak umi... cantik lah!

Teruskan usaha dan rajin-rajin selalu buat kerja rumah.

'Rumahku Syurgaku'


03 Januari 2013

Jadual Waktu Kelas 1 Bestari 2013

As salam,


Jadual Kelas 1 Bestari 2013

Ini adalah jadual kelas Alif, tahun 1 Bestari bagi tahun 2013. 

Setelah dibuat sedikit semakan dan ulangkaji (macam umi pula yang belajar... hehehe) terdapat 13 subjek yang perlu diikuti oleh pelajar tahun satu ini iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, BacaanYassin, Matematik, Muzik, Perhimpunan, Pendidikan Islam, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni dan Sains.

Kesemua subjek berkenaan membawa kepada 47 jam bagi pengajian untuk satu minggu dan diajar oleh seramai 10 orang guru.

Sesi pembelajaran bermula dari jam 7.40 pagi hingga 1.10 tengahari bagi hari Isnin hingga Rabu, 7.40 pagi hingga 12.40 tengahari hari Khamis dan pada hari Jumaat tamat pada jam 12.10 tengahari.

Secara purata untuk satu hari Muhammad Alif akan berada di sekolah sekitar 6 jam termasuk waktu perjalanan pergi ke sekolah dan balik ke rumah.  Agak lama juga tetapi itulah yang harus diharungi dalam berhadapan dengan arus kedewasaan.

Teruja sungguh dapat tengok dan pegang jadual ni, seolahnya memori silam kembali menggamit ingatan yang tak pernah pudar.  Sayangnya aye tak ingat masa darjah satu dulu ada jadual macam ke tidak... rasanya bawa semua buku kot... oh... masa silamku kian pudar...

"suka duka pentas dunia"


.

02 Januari 2013

Wordless Wednesday : Selepas 5 Tahun

As salam,








Wordless Wednesday: 5 Tahun Dahulu

As salam,



...

Hari Pendaftaran Kelas

As salam,


Tersebut al kisah pada hujung tahun lepas (31/12/2012), anakanda Muhammad Alif telahpun menghadiri majlis pendaftaran kelas dan ujian penentuan kelas.  Majlis itu dihadiri bersama ayahandanya sahaja, ibunda tidak turut serta kerana seperti biasanya mereka berdua sungguh akrab dan rasanya tidak perlulah ibunda turut memeriahkan suasana berkenaan.

Ibunda telahpun dengan rendah hati mengundur diri dan memberi pesan kepada ayahanda dapatlah kiranya menangkap gambar barang sekeping dua jika lebih pun tidak mengapa.  Tujuannya adalah untuk meletakkan cerita bergambar di sini.

Namun ibunda mengerti akan kesibukan ayahanda sehingga terlupa menangkap gambar anakandanya.  Yang dapat dicatatkan disini hanya lah sekadar cerita tanpa gambar.

Ceritanya adalah kesibukan ayahanda ke hulu ke hilir menguruskan keperluan persekolahan anaknya.  Bermula dengan pendaftaran nombor giliran, menyerahkan keperluan yang diperlukan, membeli keperluan sekolah seperti buku tulis dan buku kerja di kedai buku sekolah dan seterusnya menunggu anaknya menduduki ujian.


Sungguh tak pandai nak celoteh panjang lebar di sini sekarang memandangkan sudah lewat.  Lagi pula nak tulis saja... penat lah... entah ada orang baca atau tidak...buat semak jer.

Nak cari gambar lain...

31 Disember 2012

Selingan: Hari Orientasi Tahun 1 2013

As salam,


Hai! Saya Muhammad Alif.  Alif bangun awal pagi, bersemangat sekali dengan baju baru, seluar baru, beg baru, kasut baru dan setokin baru.

Hari ini 31 Disember 2012 adalah hari pendaftaran kelas untuk Tahun 1 di SK Iskandar Perdana.  Ada pendaftaran kelas dan sebelum ada ujian untuk menentukan kedudukan kelas.

Nanti kelapangan cerita lagi.  Gambar-gambar sekitar peristiwa hari ini ada pada ayah.  Nanti ummi  muatkan di cerita akan datang bersama celoteh Alif mengenai pengalaman bersekolah betul. 



.

09 Oktober 2012

Aliff dan chess

As salam

ketak
ketik
ketuk
ketak

itulah bunyi kedengaran dari keyboard ini
setelah tiada idea
lalu di ketik ketik
dan kedengaranlah bunyi itu
lantas melahirkan idea yang tak ketahuan

ketak
ketik
ketuk
ketak

alif dah mula main chess
malam tadi alif tewas dengan umi... yehaaa

achi ke tidak... itu lain kira
yang pasti alif memang tak suka kalah
tapi malam tadi dia diam jer
sebab dia banyak buat salah
salah gerakkan king dah mati dulu
tapi umi biarkan saja
sampai habis semua buahnya di makan... hahahah

sempena ulang tahun alif yang ke-6, dia nak dibelikan chess tak nak beli kek doploh tingkat memang gambor tak der lagik...
malas nak janji letak gambar
nanti tak jadi...