Pageviews

Memaparkan catatan dengan label Muhammad Abid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muhammad Abid. Papar semua catatan

21 Oktober 2015

11 April 2015

Selepas 10 hari GST dilaksanakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selepas 10 hari GST dilaksanakan


Antara mahu atau tidak, kita semakin serasi dengan apa yang berlaku.
Namun sudah pasti jauh di sudut hati sanubari kita mengharapkan sistem yang dilaksanakan ini tidak membebankan kita dan anak cucu kita.

Jom selfie



Tidak pandai nak ulas panjang lebar.
GST atau tidak... blog tetap diteruskan.
Jom #selfie
#GST
posted from Bloggeroid

14 Oktober 2014

Hari lahir Muhammad Abid ke-2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat ulang tahun kelahiran ke-2 buat Muhammad Abid




Muhammad Abid anak ke-4 daripada 4 orang adik beradik.  Dua lelaki dan dua perempuan. Dilahirkan di Klinik Bersalin Yasmin, Lumut, Perak pada 14 Oktober 2012.  Sejurus dilahirkan Muhammad Abid dipindahkan ke SCM Hospital Seri Manjung kerana disyaki lahir tidak cukup bulan dan kurang berat badan.

Seminggu berada di SCM ditemani umi yang turut sama berpantang di sana.  Bermacam-macam peristiwa yang ditempuhi.  Berpeluang berjumpa dengan ramai pakar perubatan kanak-kanak dan juga pelajar perubatan yang datang melawat.

Kepulangannya di rumah disambut meriah oleh abang dan kakak-kakaknya yang setia menunggu ketibaan adik bongsu.

Serba ringkas catatan mengenai anak bongsu yang dinamakan sempena dengan nama pilihan ayahnya yang diambil bersempena nama eorang Ustaz yang dikenali.

Semoga Muhammad Abid menjadi anak yang soleh serta dipanjangkan umur dalam kesihatan yang baik dan diberkati Allah.


25 April 2014

Demam nak tumbuh gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tajuk ini telahpun ditempah beberapa bulan yang lalu.  Ketika Abid demam kerana hendak tumbuh gigi.  Kesian kan kat Abid... dah berbulan-bulan hilang sakit tumbuh gigi dan kali ini sakit itu datang lagi. Dan datangnya sakit itu ketika umi tiada di rumah... ketika umi menghadiri KAD di Shah Alam.

Ayah memang lah ... dah umi balik baru nak cerita Abid demam... Ayah kata tak nak bagi umi bimbang lagipun demamnya bercampur dengan demam rindu... Elok umi balik kena tambah 1 hari lagi cuti untuk 'take care' Abid dan Inas yang turut demam.


14 April 2014

14.4.14 | 18 bulan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, sekali lagi post entry mengenai budak ini.  Pagi tadi dah buat post mengenai dia yang bakal ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.


Gambar: #MuhammadAbid di #kkia #nervous tunggu giliran untuk #suntikan #18bulan. Giliran #14. Huwaaaa
Muhammad Abid | Teruja atau cuak neh?

Pagi tadi, bawa Abid ke KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak) untuk pemeriksaan berkala... kira macam berjadual.  Jika tidak ikut jadual... bising jer misi kat KKIA macamlah kita sengaja walhal kita pun ada kerja lain yang kadang-kadang terdesak kan.  Sabar jer lah...  


Genap 18 bulan dan suntikan lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, genap usianya 18 bulan atau 1 tahun 6 bulan.  Sungguh cepat masa berlalu masih terasa seakan semalam ianya berlaku.  Semoga Abid bertambah sihat dan pintar.



24 Mac 2014

Dia dah pandai buka sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apa yang dia buka sendiri tu?

Ketika kami anak beranak sedang asyik menonton tv tiba-tiba kedengaran bunyi pintu ais dibuka.  Tak siapa pun endah dengan bunyi pintu peti ais dibuka.  Maklumlah sedang kusyuk menonton tv.

Tiba-tiba kedengan suara menjerit.. "Abid buat apa tu?"

Apa lagi umi pun melompat le nak ke dapur.  Tak sempat sampai dapur, Abid dah meluru lari ke ruang tamu dan ternampak Abid pegang otak-otak di tangan kirinya.  Melelong-lelong berlari menuju ke depan tv, ingatkan tadi meluru ke muka pintu.  :D



Baru terperasan rupa-rupanya Abid dah 'kupas' sendiri otak-otak yang diambil dari peti ais.  Otak-otak semalam yang ayah bawa balik.

Terus saja duduk depan tv... lepak-lepak sambil makan otak-otak.  Macamlah boleh habis seketul tu.  

Abid memang suka makan otak-otak, tambahan otak-otak yang ayah bawa balik ni tak pedas sangat.  Isinya juga halus dan sedap.  Sesuai sangat dengan kanak-kanak seusia Abid; 1 tahun 5 bulan.


Nak otak-otak?  Dah tunjuk, nak ambil tak bagi pula.  Terus masuk mulut.  Sekali ngap sepenuh-penuhnya dalam mulut.  Geram betul.


Sekali makan, masuk banyak-banyak... nak tolong suapkan tak bagi.  Sudahnya sampai termuntah-muntah.  Itupun tak serik lagi... nak makan juga.  Tapi tak habispun... Abid makan separuh saja.

Abid dah pandai buka otak-otak sekarang nie... memang nak sangka.  Ohh... umi sudah ketinggalan dengan perkembangan anak-anak dek kesibukan dengan urusan kerja.  Mudah-mudahan belum terlewat untuk umi terus mengikut perkembangan anak-anak.

Jom makan #otak-otak.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia



$$$



29 Januari 2014

14 Januari 2014

14 Januari 2014 | Cuti Umum Balik Kampung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Abid ketika ini berusia 15 bulan genap.
Pakai baju abang dan seluar abang juga.  Masih molek dan elok dipakai.  
Nampak rupa macam suka bergaya... tengoklah besar nanti..

01 Disember 2013

Dah faham konsep

Assalamualaikum dan selamat sejahtera






Abid sekarang ni sudah memahami beberapa konsep asas. Antaranya seperti tertera pada gambar di atas.

Bekas tu pemberian MIL semalam. Asalnya berisi gula-gula MIL dapat dari kenduri di kampung. Gula-gula sudahpun diselamat abang dan kakaknya. Tinggal bekas kosong.

Umi saja masukkan kiub kecil dalam bekas tu... datang abid bawa penutup dan ditutupnya. Dah pandai lah ...

Adakah kepandaiannya ada kaitan dengan demamnya 2-3 hari lepas? Umi sendiri tak tahu... yang pastinya orang tua-tua akan mengaitkan demam atau ragam anak kecil ada kaitan dengan sesuatu penambahbaikan seperti nak dapat baju baru, nak berjalan, nak tumbuh gigi, nak bercakap atau paling kuat sangat mitosnya adalah nak dapat adik... ohhhh tidak!!!!

Suka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid

27 November 2013

Cerita bergambar kisah anak bongsu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


















sebahagian dari ragam budak kena demam campak...


suka duka pentas dunia

17 Oktober 2013

Sebelum dan selepas yang dramatik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Nak buat tajuk cerita kena ada daya tarikan... baru ada orang nak baca.  Tapi aye buat tajuk macam di atas tu, tak tahulah siapa yang tertarik nak baca.

Apa-apa pun kalau tak ramai nak baca... dapat sikit pun jadi lah buat ubat pelepas malas... setelah sekian lama dok buat entry melalui note smart jer.  Jadi hari ni rasa besar sikit semangat sebab baru berpeluang buat entry melalui pc (komputer).

Sebagai permulaan cerita untuk hari ini al kisah semalam adalah hari yang teramat baru buat Muhammad Abid.  Ini adalah kerana semalam juga umi dan aya teramatlah gigih dan bersemangat sekali untuk menukar penampilan Abid.  Juga bersempena dengan Aidiladha.


Ini adalah penampilan Abid beberapa hari yang lepas dan gambar ini pun pernah disiarkan di sini.  Nak letak gambar terbaru sebelum semalam tak berapa kena pula dengan wajah sekarang.

Abid bukannlah besar sangat budaknya.  Saiznya kecil saja sesuai dengan berat semasa lahirnya iaitu 2.2 kg.  Kalau nak diceritakan al sebab sejurus kelahirannya memang tak sanggup.  Kalau tak silap pernah juga beberapa kali buat intro mengenai sejarah kelahirannya tetapi tak berapa nak jadi juga... sebab terlalu terharu.



Dan... ini adalah penampilan Abid yang terbaru selepas operasi petang semalam.  Maka semakin terserlah semangat dan kepintarannya dalam setiap pergerakan.  

Apa lagi... selepas operasi cukur kepala besar-besaran petang semalam.. cepat-cepat bagi minum ubat selsema dan demam.  Sebagai persediaan dan peringatan sebab dah jenuh jugalah semalam berendam air... kesejukanlah Abid.

Kakak dan Abangnya asyik mengejek... Siaplah korang bila Abid besar nanti. 

Hahahaha

Sekian adanya.


suka duka pentas dunia


15 Oktober 2013

Aidiladha dan ulangtahun yang terlepas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sekali update cerita melalui note smart.  Cerita ini pada asalnya telahpun direkod pada tengahari tadi tetapi atas kekhilafan sendiri... cerita itu terpadam atau mungkin juga terawang awang entah di mana.

Sila abaikan cerita di atas kiranya ia terlalu skema atau menjengkelkan.

Selamat menyambut Aidiladha.  Semoga Aidiladha ini memberi erti yang mendalam dan amat bermakna.  Sesungguhnya Aidiladha merupakan hari kemenangan bagi umat Islam. Terutamanya di Malaysia sehari sebelum 10 Zulhijjah 1434, penggunaan kalimah Allah telah diputuskan dengan rasminya adalah hak ekslusif umat Islam.

Semalam juga iaitu 14 Oktober, merupakan ulangtahun kelahiran yang pertama Muhammad Abid.  

Semoga Abid dikurniakan kesihatan yang berkekalan dan diberkati.

Suka dunia pentas dunia

Keletihan dan mengantuk

Assalamualaikum

Letih sungguh hari ini.  Sudahlah malam tadi tidur lewat, pagi ini bangun awal.

Setelah siap semua orang hari ini sarapan lemang dengan rendang dan minum pula Milo.... tersangatla mengantuknya sekarang ni

Shhhhhh.... Abid nak tidur!

:)

08 Oktober 2013

Dia pun dah pandai !!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hujung minggu lepas, semasa jalan-jalan entah ke mana.  
Kelihatan seperti tiada arah yang dituju.
Ketika ayah berhentikan kereta di stesyen minyak... harga minyak 'naik' pun kena isi jugak
Abid berdiri di tingkap kereta sambil memerhati sekeliling.
Agaknya apa yang bermain difikirannya. 



Dah pandai berdiri sendiri sambil berpaut di tepi 'jendela' kereta
Indahnya pemandangan alam

Mood umi dah kedaung nun entah ke mana
Melayang-layan di langit tinggi
Kaki terasa tidak jejak di bumi
semakin semak rasanya dalam kepala
geliga dah malap
gelap gulita seisi alam
..... 


suka duka pentas dunia

05 Oktober 2013

Gaya duduk yang klasik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Buat tajuk macamlah entry menyengat sangat.  Tapi tak kisahlah sebabnya memang tajuk tu sama dengan isi cerita yang nak buat nie..jangan terkejut eh..

Agak-agaknya lah kan macam mana gaya duduk yang dikatakan klasik tu eh.... 

Ini adalah pandangan peribadi aye dan dari mata kasar aye.  Gaya duduk yang klasik adalah seperti bertimpuh dan bersila.

Kalau perempuan terutamanya anak gadis bila duduk mesti bertimpuh.  Manis mata memandang.  Tetapi itu dulu-dulu zaman belum ada sofa L-shape atau sofa jati atau yang seangkatan dengannya.  Dulu-dulu kalau yang ada kerusi atau sofa pun tak banyak dan biasanya rumah orang kaya seperti tokey kedai ataupun cikgu.

Zaman sekarang kalau nak jumpa anak gadis atau anak dar bertimpuh adalah ketika majlis akad nikah.... jeng jeng jeng... betul tak?  Tak juga sebab ramai yang pilih untuk duduk atas kerusi kerana tak betah duduk bertimpuh atau bimbang rosak baju... 

Dan gaya duduk bersila pula lazimnya dikaitkan dengan orang lelaki.  Pasti nampak segak dan bergaya jer bila duduk bersila... jangan dibuat kena gout sudah... memang tak betah duduk bersila...

Betul tak... betul kan?

Ini adalah gambar berkaitan apa yang dimaksudkan dengan salah satu daripada gaya duduk klasik.  


Biasa tak jumpa orang tua-tua duduk begini?  Selalunya dikampung-kampung.  Kalau dapat duduk macam ni... rasa selesa sangat.  Terutama ketika nak makan... tak kiranya lelaki ke perempuan... :P



Nasib kau lah Abid... jadi bahan untuk cerita dalam blog umi kali ni.  
Apa tengok-tengok... 



cepat jer bertindak... cepat lari... Abid dah angkat punggung nak bangun.



Eh... tak jadi pulak.  Nak merangkak jer rupanya ingatkan nak bangun.  Amboi sekarang ni semenjak dah pandai merangkak lajunya jer geraknya.  Bila nak berjalan pula?  Demam dah dua tiga kali kebah dah... 


Suka kan dengan contoh gambar gaya duduk yang klasik.  Ha itu gaya duduk baby yang bakal mencecah umur setahun tak berapa hari lagi... tak lama lagi Abid dah boleh berjalan.  Sekarang ni baru buat ujian tapak kaki.

Sekian adanya... selamat buat semua.


suka duka pentas dunia


26 September 2013

Apabila Abid demam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Abid dan keluarga!


Sekarang memang musim penyakit ke?

Entah tak tahu lah.  Abid tu asyik demam, kejap kejap selsema dan sekarang tambah pula dengan batuk-batuk.

Tak bawa ke klinik?

Dah bawa malam tadi.  Doktor kata demam biasa jer.  Doktor bagi ubat batuk, selsema dan demam.

Kesian Abid.  Banyaknya nak makan ubat.  Sekarang ni dah pandai... menjerit-jerit tak nak makan ubat... Jangan bimbang... umi usahakan juga supaya Abid dapat makan ubat :D

Okey... boleh tak cakap macam ni kat anak?

Kalau tak nak makan ubat ... jangan demam!

Parah betul la...


25 September 2013

Hari Rabu Tanpa Kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Baguskan ada istilah 'Hari Rabu Tanpa Kata'.  Boleh bagi peluang kepada blogger yang malas nak tulis atau tiada idea sangat-sangat tetapi nak juga buat entry... buatlah entry yang ringkas tanpa banyak kata atau langsung tiada kata-kata hanya gambar sahaja.

Beginilah hasilnya bila setiap hari Rabu. :D

Mainan untuk Abid?
Apa saja asalkan duduk diam
Boleh umi bersiap dengan aman :P



Inas nak tidur
Kakak dodoikan yer
Nak kakak dodoi ke nak kakak pok?
Cepat-cepat pejam mata :P



Boleh la kan... kisah ringkas di hari Rabu.


Terima kasih.


28 Ogos 2013

Dua wajah yang berbeza pada waktu yang sama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Bangun pagi merupakan satu agenda yang paling dinanti oleh dua beradik ini.

Si adik memang suka sangat bangun pagi-pagi sebab dapat tengok muka umi dan ayah (berbeza ke dari malam tadi?).  Bangun jer terus ceria dan lompat-lompat.  Memang tak duduk diam.

Tapi bila tiba waktu bergambar... boleh pulak duduk diam (sekejap).  Macam faham jer muka dia nak kena jadi bahan dalam blog umi.

Wajah Abid yang ceria
baru 10 bulan rupanya...


Si kakak memang muka kadang-kadang tak berapa nak ceria. Entah apa mimpi malam tadi... jerit-jerit tak tentu pasal...

Pagi ni... muka moyok semacam jer... kira cukup bagus dah sebab tak meragam.  Kalau selalu dan kadang-kadang bangun pagi ... hangin semacam jer... nak mandi sendiri (nak main air sebenarnya)... duduk dalam bilik air 'berejam-rejam' (lama la tu).


Inas Insyirah... yang suka buat tak tau bila nak ambil gambar
mood kedaung la tu... entah apa yang dimenungkan
umurnya ketika ini baru mencecah 2 tahun 8 bulan


Mood nak berbloging dah semakin pulih tetapi bertelagah pulak dengan aktiviti keluarga dan kerjatangan... macam mana nie...

Suka duka pentas dunia.  Rumahku keluargaku...